Friday, November 25

RUU Babi Menjadi Keutamaan Exco Melayu Pulau Pinang @afifbahardin


RUU Babi Diluluskan serta merta di DUN Pulau Pinang
Mengejutkan apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perternakan Babi 2016, iaitu satu RUU yang rasanya tidak pernah kita dengar selama ini.

Tentu ramai yang terfikir, apa kejadahnya RUU babi dibentangkan dan diluluskan oleh sidang DUN.

Lebih mengejutkan apabila RUU itu dibentangkan oleh Exco Melayu iaitu Dr Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya dengan alasan bahawa enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri babi berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

``Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," kata Dr Afif bercakap bagi pihak kerajaan DAP Penang ketika membentangkan RUU itu.

Apalah nasib penduduk di Pulau Pinang selepas ini? Kawasan yang diluluskan oleh RUU Ternakan Babi Penang itu pula di kawasan Jawi, tempat majoriti Melayu

Difahamkan ketika ini sudah terdapat lebih dari 150 buah ladang-ladang babi tradisional diusahakan di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya diusahakan di kampung-kampung tradisional majoriti orang Melayu.

Kenapa kawasan penduduk Melayu menjadi korban untuk pembangunan projek ternakan babi?

Tiada langsung soal sensitiviti agama dan kaum diambil kira dalam hal ini.

Mampukah penguatkuasaan yang serius dijalankan terhadap penternakan babi ini selepas RUU babi diluluskan?

Terutamanya hal melibatkan pencemaran air sungai, iaitu satu isu yang selama ini membelengu penduduk di negeri berkenaan.

Menyedihkan apabila RUU babi itu diluluskan oleh PKR dan DAP namun mereka membantah Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016  atau RUU355, sedangkan RUU 355 jelas untuk umat Islam sahaja.

16 Oktober 2016, Ketua Menteri DAP Penang iaitu Guan Eng membantah keras RUU 355.

Begitu juga dengan PKR, yang sehingga kini masih bermain tarik tali dalam isu RUU355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sehingga kini presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan pendiriannya.

Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah sebelum ini ialah usul pindaan RUU 355 berkenaan mempunyai banyak kelompongan dan mendakwa ia bukan hukum hudud.

Kepada penyokong pembangkang, bukalah mata anda dan lihat sendiri bagaimana RUU babi boleh diluluskan dan mendapat sokongan ADUN Melayu PKR dan DAP di Pulau Pinang namun dalam RUU 355, mereka membantah dengan memberikan pelbagai alasan.

Bukalah mata anda. Berapa agaknya bajet yang telah diluluskan untuk RUU babi ini? Nampaknya kerajaan DAP Penang lebih utamakan RUU Babi dari selesaikan masalah banjir di Penang.

Biar rakyat duduk dalam banjir janji babi dapat diternak secara moden. Memalukan bila ada Melayu diperkudakan DAP untuk membaca usul RUU Babi ini dalam sidang DUN.

Guna Melayu untuk angkat sepanduk babi di Bersih 5, kini guna Melayu untuk baca dan luluskan RUU babi. "Bijak sungguh" Melayu yang dipergunakan DAP ini.

Thursday, November 24

YUNUS ALI SUAMI MARIA CHIN PENDEMO SETARAF HISHAMUDDIN RAIS BUKAN SEORANG TUAN GURU ATAU ULAMAK!


Yunus Ali adalah rakan karib dan generasi seangkatan Hishamudin Rais dalam kebangkitan pelajar pada era awal tahun 70-an dulu. Begitu juga pernah aktif bersama Anwar Ibrahim dizaman pelajarnya. Yunus Ali telah meninggal dunia pada 25 hb September 2010.

Info mengenai Yunus Ali boleh dibaca dalam buku  'Bersama Anwar Ke Penjara (1993)' tulisan Kamarazaman Yacob, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, tahun 1974.

Kerja Arwah Yunus sejak dari muda adalah dari gerakan mahasiswa berdemo, melarikan diri keluar negara, kembali dari luar negara ditangkap semula hinggalah ke akhir hayat terlibat gerakan hak asasi dan demo. Maria Chin hanya menyambung legasi Yunus yang mereka pernah bekerja sebelum ini. Sejak bila pula Yunus Ali jadi ulamak Tuan Guru Setaraf Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz, Fadzil Noor, Harun Din dll?

Pada tahun 1988, tidak lama selepas pulang dari London selepas puas melarikan diri Yunus sekali lagi ditahan. Kali ini dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)di bawah Operasi Lalang yang diarahkan oleh Mahathir Mohamed ketika itu. Dia ditahan di Pusat Tahanan Politik di Kamunting, Taiping, Perak. Malah banyak kali juga terlibat demo anti Mahathir. "Mahathir Melayu Mudah Lupa".

Kini Arwah Yunus Ali membuktikan Mahathir memang Melayu Muda Lupa. Ops Lalang 1987 sehinggalah tahun 1988 turut memenjarakan Yunus Ali dalam ISA. Mahathir Mohamed menangkap beliau atas alasan tertentu bawah ISA.

Hari ini 2016 ketika isteri arwah Yunus bernama Maria Chin Abdullah ditahan dibawah Akta Sosma kerana penganjuran Bersih 5 dan penemuan dokumen-dokumen gerakan menjatuhkan kerajaan Mahathir Mohamad pula mengetuai Demo Bersih. Malah terhegeh-hegeh dalam himpunan menyokong Maria Chin. Apa agaknya perasaan Mahathir penjarakan suami Maria Chin dulu kini beliau pula jadi tukang 'jilat' kepada Maria agar dibebaskan isteri orang yang beliau penjarakan? Inilah hukum karma. setidaknya sebelum Mahathir 'pergi' biarlah Mahathir belajar bahawa justifikasi kuasa yang beliau gunakan semasa ada kuasa dan tiada kuasa.

Yang pasti hanya orang gila tulis artikel Yunus Ali sebagai "Tuan Guru Yunus Ali"!

Apapun semoga Arwah tenang disana. Ceritanya sudah habis di dunia. Oleh kerana ada orang gila ungkit kisahnya adalah wajar dijelaskan siapa Yunus Ali yang dikaitkan dengan politik Maria ni.

Wednesday, November 16

TAMBANG MRT SUNGAI BULOH-KAJANG DIDEDAHKAN @MRTMalaysia @MyRapidKL


Tambang MRT bermula RM1, bayaran tunai atau Kad TnG sahaja sehingga Julai 2017

Rapid Rail Sdn Bhd, yang akan mengendalikan perkhidmatan MRT Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) dibawah jenama perkhidmatan Rapid KL, Pada 15 november 2015 telah diumumkan struktur penuh tambang, yang bermula dengan tambang nominal RM1 untuk perjalanan satu hentian berdasarkan kepada struktur tambang tanpa tunai.


Tambang paling rendah untuk perjalanan satu hentian mengikut struktur tambang tunai pula adalah RM1.10, antara stesen Pasar Seni dan Merdeka.Tambang maksima adalah RM6.40 berdasarkan kepada struktur tambang tunai, dan RM5.50 berdasarkan tambang tanpa tunai, meliputi perjalanan penuh antara Sungai Buloh dan Kajang, sepanjang 51 kilometer dan melalui 31 stesen.

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016; meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.

Fasa 2 Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang,dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.

“Struktur tambang sudah diluluskan oleh Kerajaan dan adalah berdasarkan kepada bayaran masuk nominal atau „nominal flag fall‟ dengan kadarmenurun untuk setiap empat hingga lima kilometer perjalanan – sama seperti struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel yang dikendalikan oleh Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad.


“Butiran penuh struktur tambang MRT boleh didapati di laman rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my. Struktur penuh tambang akan turut dipaparkan disemua stesen MRT untuk panduan penumpang.

“Seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan LRT, monorel, dan bas RapidKL, kami memberikan diskaun 50 peratus untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas pengantara MRT.

“Kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun boleh naik percuma,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato‟ Ir Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Oleh kerana Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel sekarang, Zohari berkata para pengguna MRT akan melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai ataupun Kad Touch n‟ Go sahaja.“Warga emas, pelajar dan golongan OKU boleh membeli token konsesi berwarna merah daripada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di setiap stesen MRT,” kata Zohari.

Zohari menambah kata warga emas, pelajar dan golongan OKU hanya perlu menunjukkan Kad Pengenalan, kad pelajar (sekiranya tidak memakai uniform), atau Kad OKU ketika menaiki bas-bas pengantara MRT untuk menikmati diskaun 50 peratus.

“Tambang nominal untuk perkhidmatan bas pengantara MRT adalah RM1 untuk satu perjalanan,” kata Zohari, sambil menambah kata bahawa sebanyak 120 bas pengantara MRT akan beroperasi untuk memberi perkhidmatan kepada 26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka dibawah Fasa 1.

Zohari menambah kata Kad-kad MyRapid, yang kini digunakan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL, akan dinaikkan taraf secara berperingkat sebelum pembukaan Fasa 2 Laluan MRT SBK pada Julai depan.

“Kami akan memberi makluman terkini secara progresif pada masa akan datang,” kata Zohari, sambil menambah kata bahawa persiapan akhir sedang dibuat untuk 12 stesen pertama yang bakal dibuka pertengahan Disember.

Mengenai Rapid Rail Sdn Bhd

Anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Rail Sdn Bhd bertanggungjawab untuk mengawasi operasi rel Prasarana Malaysia Berhad(Prasarana) – LRT Laluan Sri Petaling, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Monorel dan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang,
yang akan mula beroperasi Disember 2016.

Setakat ini,perkhidmatan LRT dan monorel mengendalikan lebih daripada setengah juta penumpang sehari; sekali gus menjadikan Rapid Rail Sdn Bhd adalah penyumbang utama untuk hasil Kumpulan.
Mengenai Rapid KL

Rapid KL adalah jenama perkhidmatan rel dan bas yang dikendalikan oleh dua anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad. Sementara Rapid Rail Sdn Bhd menjadi operator kepada perkhidmatan LRT dan monorel, perkhidmatan bas Rapid KL dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd. Selain perkhidmatan bas

Rapid KL, Rapid Bus turut mengendalikan operasi bas Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive