Khamis, 29 Mac 2012

29/03/2012

saya bertanya kepada kamu,

perempuan berpantang boleh makan kek harijadi?

kalau boleh sila sarankan saya jenis kek yang sedap.

cuma satu tiada dua

saya cinta sampai bila-bila.

isteri saya sudah umur 28.

Isnin, 26 Mac 2012

teriak.

saya pandang cermin.

bawah mata sedikit gelap.

kesan tidur dengan tiga wanita dalam satu kamar.

bila seorang menjerit,

yang seorang lagi pun ikut jerit.

saya cuma mampu tahan jerit.

pasrah.



pusat saya popular.

pusat kamu?

Jumaat, 16 Mac 2012

Kurnia.

alhamdulillah.

ibu selamat melahirkan.

anak selamat dilahirkan.

12.15 tengahari,

3.24kg

aisyah irdina muhamad firdaus


Debar 2.0

tunggu masa,

doakan semua selamat.

Rabu, 14 Mac 2012

kisah benar pelanggan baru saluran televisyen berbayar dengan definasi tinggi.

706,

703,

734,

706,

703,

734.

itu sahaja.

yang lain membosankan.

jauh terperosok dalam hati,

ada sedikit menyesal.

saya ambil pakej RM100 sebulan tahu!

Selasa, 13 Mac 2012

ekspresi jiwa luka.

saya selalu kena herdik.

"cukai tanah saya da 5 tahun tak sampai.bila sampai kena denda sampai beratus ringgit.korang punya salah tak hantar bil saya plak kena bayar denda? jadahnya??"

maka saya jawab :

"tu lah dia! da sampai surat warning baru nak bising.da tahu cukai tanah tu wajib tak kan tiap tahun nak kena ingatkan? apa ingat bila setahun tak sampai bil kira free lah?komensen la encik~~bil tak sampai ambik la inisiatif  datang sini check.apa susah sangat? sibuk sangat kah?orang macam encik ni saya ingat nak gi berak pun kena ada orang tolong ingatkan! puih!!"

serius saya jawab begitu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi dalam hati lah.

mana berani saya luah.

sebab kamu pelanggan.

pelanggan adalah raja.

pelanggan sentiasa benar.

saya sambung senyum sambil membelai kamu dengan kemesraan.








*pengeluaran bil hasil tanah bagi negeri selangor biasanya bermula pada disember.tarikh akhir pembayaran adalah 31 mei dan denda dikenakan bagi pembayaran lewat.jadi lah manusia yang berguna.bil lambat sampai sendiri datang cetak.boleh?

**kenapa bil kamu tidak sampai?serius saya tidak tahu tapi ada teori yang mengatakan kerajaan negeri saya mahu jimat duit setem.keh keh~

Jumaat, 9 Mac 2012

pesong.

kadang-kadang,

konfigurasi otak jadi carca marba.

talaan lari.

sistem bermasalah.

entah apa punca.

pagi tadi saya sapa tuan kedai tempat saya biasa beli surat khabar:

"assalamualaikum uncle! bila balik umrah??"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
terkebil-kebil Encik Ban Leong pandang saya.

saya tidak tahu apa saya fikir masa itu.

*cerita lebih kurang sama.

Selasa, 6 Mac 2012

mulut bergaram.

dari jauh lagi Man sudah lambai kepada saya.

bila sudah dekat kami bersalaman tanya khabar masing-masing.

"10 tahun rasanya kita tak jumpa."

saya mengiyakan Man punya cakap.

borak,

borak,

borak,

akhirnya sampai kepada cerita kerja.

Man macam berat mulut.

Man cakap segan nak beritahu dia kerja apa.

"segan apa pasal??"

saya tanya man cuma senyum kelat.

"kau la mulut masin!"

terus saya teringat masa sekolah,

saya pernah cakap sesuatu kepada Man.

saya gelak.

"takpe Man tu kerja halal lah~~"

Man terus senyum kelat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"kau nanti da abis sekolah mesti kerja posmen.sebab nama kau SURATman"

ayat yang saya guna usik Man masa sekolah dulu.

keh keh~

Isnin, 5 Mac 2012

kembali.

haji salim pergi umrah.

maka saya bercuti 2 minggu jaga ainul.

hari ini saya bertugas semula.

punyalah saya rindu meja kerja saya.

begitulah ceritanya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kamu yang bergelar suri rumah,

penat  menjadi kamu rupanya.

yang sebenarnya mahu tayang set televisyen baharu.

keh keh~