Monday, August 1, 2016

Bacalah kitabmu..

اقرا كتابك ، كفى بنفسك اليوم عليك حسيبا
" Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu"
( al- Isra': 14)

Happy birthday, me!!
A year nearer to my end. And a year has passed with things that i don't know will bring me to heaven or hell, deeds has done that unsurely will bring more weight to my mizan or not later..

Dear Mashirah,
Hidup ini penghujungnya hanyalah satu sahaja iaitu kematian. Sebuah pengakhiran untuk kehidupan yang sementara ini yang menandakan bermulanya pula episod abadi sama ada bahagia aman damai tenteram di syurga ataupun terseksa duka lara dan nestapa di neraka. Bersusah susah dahulu di dunia  dengan hati yang redha dan tunduk kepada Pemilik dunia akan menatijahkan sebuah keamanan di akhirat nanti, namun bersenang lenang dengan hati yang takbur dan melupakan hakikat ketundukan kepada Dia sudah tentu memberikan balasan yang mengazabkan pula nanti..

Pilihlah pilihan yang terbaik dan bijak untuk dunia yang sementara yang imbangannya hanya sekadar sayap sang lalat, dan senantiasa lah pula untuk memuhasabahkan kembali setakat mana pilihan yang diambil makin menundukkan hati membawa diri rapat dengan Ilahi atau makin membawa diri jauh dari tempat impian yakni syurga firdausi yang tertinggi.

Dan bacalah kitabmu!!!
Takutlah pada hari yang di mana Pemilikmu pula akan memperlihatkan kepada semua akan isi kandungan kitabmu itu..

Mahu perkara baik sahaja yang didedahkan, maka berbuat baiklah sahaja  di sepanjang kehidupan..
Dan berdoalah agar bukan sebaliknya yang menimpa diri sendiri di hari penyesalan nanti.

 Dan bacalah kitabmu!!!