Friday, November 30, 2012
December Wish
Dear December...
No more drama, no more annoying people, no more fears, no more tears.
Less stress. Less pain. More Happiness. More Laugh.
All things in my life are gonna be okay, no more problem and tears.
I could always be healthy, happy, no more tears and smile all the time.
Credit to https://twitter.com/damnitstrue
Monday, November 12, 2012
Sedih, kecewa dan hampa.
Seperti mana aku pernah pesan kat diri sendiri, kat kawan-kawan, kat adik-adik eh eh aku ada sorang je adik, jangan letak harapan tinggi menggunung. Nanti kecewa. Tapi walau tak letak harapan pun, aku kecewa jugak.
Perasaan dia tuh lagi teruk dari putus cinta..urghhh..
Ibu ayah mama papa mommy daddy, jangan letak harapan tinggi menggunung pada anak-anak. Jangan salahkan mereka kalau impian kita tak tercapai. Kita tak tahu mungkin diorang pun ada matlamat hidup, berusaha nak capai sesuatu untuk kita, nak banggakan kita, cuma taknak tunjuk, nanti kecewa. Kekecewaan mak ayah mungkin kecewa lagi hati mereka seperti kecewanya hati aku di saat ini.
~The End~
Thursday, November 8, 2012
Spekulasi separuh akhir 2012 #part I
Phewww, memang tugasan aku pada akhir tahun selalu datang bertimbun. Nak nak lagi banyak program tv yang bertindih sekarang ni memaksa aku pilih beberapa senarai saja yang berbaloi untuk di pokus. So, aku amik keputusan untuk buat review tentang separuh akhir muzik-muzik. Tiap-tiap tahun pun aku buat review pasal ni ye dok?? teheee.
Jangan bazir masa, jum review sikit lagu-lagu yang bakal berentap di separuh akhir.
Separuh akhir pertama, 11 Nov 2012, Ahad
1. Cerita dia - Drama band. Lagu ni mula-mula dengar aku menyampah tapi lama-lama dengar pun masih lagi menyampah. Suara nak rock je dari awal sampai minit terakhir lagu.
2. Idola - Azlan & The Typewriter. First time dengar lagi aku dan terpikat. Melodi indah, suara Lan yang unik. Aku memang syak lagu ni bakal jadi Juara Lagu. Wajib jadi juara!!
3. Watak - Hafiz. Lagu yang membawa kelainan pada Hafiz tapi aku rasa lagu dia yang ni tak berapa strong sangat. Perghhh ala-ala Ramli Mukasurat (MS) je aku komen.
4. Aku Datang - Tomok. Oh, perasan tak dah 4 tahun Tomok masuk separuh akhir kan? Semenjak dia menang OIAM, memang dasyat jugak career dia. Tapi yang penting hari Sabtu ni aku nak pegi tengok filem Istanbul Aku Datang!
5. Aku Suka Dia - Ainan Tasneem. Kalau diikutkan dari segi populariti, lagu ni memang layak. Mungkin bakal jadi macam Cinta Muka Buku. Sekadar jadi penyeri dalam final nanti je la. nak menang, mungkin belum masa lagi lah.
6. Pelangi Senja - Stacy. Aku syak lagu ni boleh pergi final jugak. Orang dah muak la dengar Stacy nyanyi lagu ala-ala disco ni, sesekali layan lagu ni memang menusuk di qolbu. One of my favorite song.
7. Jerrypah - Aizat. Lagu ni catchy dan simple. Walaupun menarik, aku tak sokong lagu ni masuk final.
8. Majnun - Hazama. Secara jujurnya masa dia bersama MUH dulu memang aku selalu maki dia, suara tak boleh challenge Lan ada hati nak jadi vokalis MUH. Last-last tersuka pulak sejak dia masuk AF9 minggu yang dia nyanyi lagu Soul Sister eh eh eh. Tapi sorry to say aku tak pernah dengar lagu Majnun ni kihkihkih.
9. Pencinta Terbaik - Sofarz. Band ni macam underdog kan. Bamm tiba-tiba je muncul. Tapi lagu ni memang terbaik lah!! Layan. harap-harap ada tempat ke final.
10. Kasanova - Stacy. Lagu disco huh! Aku banned juri-juri kalau lepaskan lagu ni ke final. Dah muak dengar muzik camni.
11. Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar. Lirik best, melodi best. Harap-harap Asmidar tak pakai baju fix taw sebab perut dia buncit. Iols tak suka!
Separuh Akhir kedua, 18 Nov 2012, Ahad.
12. Anak Kampung - 1 Nation Emcee feat Jimmi Palikat. Satu lagi lagu yang catchy, mesra pendengar. Kalau tak nak kena bom, baik hantar lagu ni ke final.
13. Terukir Di Bintang - Yuna. Lagu simple. Yuna dah bertaraf internasionale, dapat tak dapat lain citer lah kan sebab nama dah bumm kat luar sana.
14. Angkasa - Diandra Arjunaidi. Oh please lah, suara dia mendatar dan macam malas nak menyanyi ataupun menyanyi macam takde mood. Nanti time lagu ni perform, aku nak tukar channel lain kejap.
15. Tanpamu - Amir Jahari. Siapa kata budak AF tak laku? Lagu ni best, again lagu yang catchy tapi lirik pendek sangat asyik ulang yang sama je.
16. Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram feat Sleeq. Hello!! Ratu Juara Lagu zaman dulu kembali lagi. Kompem masuk final nanti ni! Harap-harap vokal Sleeq tak pancit macam masa perform kat Anugerah Blockbuster haritu, muntah.
17. Ombak Rindu - Hafiz 7 Adira. Lirik pendek, ulang yang sama. Tapi sebab fenomena sekarang kan, mungkin masuk final. Ala, tiap-tiap tahun macam ni kan. Konspirasi je lebih.
18. Terlalu Mencintaimu - Suki. Not bad. Harap ada peluang. Nampak kelainan sikit bila orang Cina masuk bertanding.
19. Beginilah Caranya - Sam & Yana. Hurmm, biasa-biasa je. Tambah lagi nak tukar penyanyi, Ajai pulak tuh. Haishh.. Kena saman tak kalau komen cam gini?
20. Tapi Bagaimana - Spider. Lagu M. Nasir kot! Siapa yang berani menidakkan lagu M. Nasir untuk ke final?? Silap-silap Juara Lagu nanti.
21. Sebelah Jiwaku - Jac. Rasa-rasanya ada tempat kot kat final nanti. lagu penuh semangat. Oh, baidewei ini lagu tema aku.
22. Lagu bedroom Sanctuary. Hariku perlu dipenuhi dengan senyumanmu lalalalalala. Tak sokong!
Separuh Akhir Ketiga, 25 Nov 2012, Ahad.
23. Taman Pengganti - Black feat Malique. Kalau tak silap dalam lirik lagu ni ada Syawal, lagu raya ke ni? Tapi best jugak. Dah lama rasanya Juara Lagu tak menampilkan part lagu yang bercakap-cakap, i dont know what to call it, hik hok (hip hop) or rapping.
24. Harapan - Hyper Act. Lagu bagus. Ada peluang.
25. Panik - Bunkface. Aku suka lagu Jatuh berbanding dengan lagu ni. Motip aku citer lagu lain?
26. Simetri - Hazama & Amy Search. Ahh, mesti masuk final ni. Otai kot! Kalau otai tak masuk, malu lah!
27. Mesti Ada Cinta - Akim & Fiq. Oh, first time dengar tajuk lagu. Ada eh? sekadar menghiasi separuh akhir ;P.
28. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo. Bagi kredit kat Aweera sebab menjerit di akhir lagu selama beberapa saat. Ingat senang ke? Rasanya akan ada tempat jugak kot kat final.
29. Patah Seribu - Shila Amzah. Orang tengah laku kat China ni, mesti masuk final punya lah!! Tv3 suka jaga standard.
30. Ku Akui - Hafiz. As always, too melodious. That's typical Hafiz. Yang penting, Hafiz ada 3 pencalonan, mesti salah satu atau dua lagu dia sangkut ke final.
Perasan tak lagu najwa Latiff takde? Apa yang aku dengar gosip, Najwa tak tercalon sebab tarik diri nak pokus SPM. Elok lah tu dik. Belajar dulu ye. Yang aku sedih kenapa lagu Nera- Hatiku Milikmu tak tercalon??? Oh, shadappp uolss yang suka mengomen kenapa lagu ni boleh tercalon, kenapa lagu tu tak tercalon?? Persoalannya, kau ada undi carta muzik-muzik?? By the way, aku pun dah lupa siaran muzik-muzik sekarang hari apa hah? pukul berapa hah? pengacara masih sama ke? hewhewhew.
Selesai. Phewww, penat woh.. Tak sangka, panjang jugak aku mengarang malam ni. Dah termakan masa tidurku. Tiba-tiba terlupa yang aku tengah sakit telinga teheeeeee.
Goodnite uolssss~
Subscribe to:
Posts (Atom)