Wednesday, November 12, 2014

Mana Yang Lebih Perlu Dibelai Dan Disentuh?



Assalamualaikum..

Aku sangat tertarik dengan nota Dari Tinta Nuri Supian dalam ruangan majalah Mingguan Wanita baru-baru ni. So, aku pinjam ayat-ayat beliau untuk dikongsi di sini. Semoga bermanfaat,


I have Touch A Dog.


Kempen yang memeningkan kepala especially para ibu bapa , pasti jenuh nak menjawab persoalan dari anak-anak yang masih kecil yang belum mengerti apa-apa 'sejauh mana boleh dan tidak boleh memegang anjing?'.


Tak boleh ke kita biarkan saja dalam fikiran anak-anak kita yang beragama Islam bahawa memegang anjing itu TAK PERLU. Anjing itu tak boleh dipegang sesuka hati tanpa sebab yang munasabah. Sebelum ini mereka kan sudah terbiasa 'jangan sentuh anjing'.


Sebelum ni takde program-program sebegini, nahh sekarang mak ayah pulak yang naik pening penjelasan manakah yang terbaik untuk meyakinkan anak-anak di bawah umur tentang sentuh dan belai anjing.


Pasti ibu bapa bimbang mengenai pemahaman anak-anak kecil yang terlibat sama dalam program tersebut. Adakah mereka tahu dan paham apa itu samak? Anak sekecil itu pasti otaknya berfikir anjing itu boleh dipegang. Bila dah besar nanti 'Oh, aku pernah pegang anjing, aku tak takut dan aku boleh pegang anjing'. Sudah tentu mereka sendiri bercelaru mana yang betul mana yang tidak betul.


Berbuat baik pada binatang itu memang dianjurkan dalam Islam tapi tidak perlulah sampai memegang dan membelai dengan manja  sedangkan kita tahu kedudukan anjing itu sudah sah najis (bila dua-dua berkeadaan basah) dan membawa kepada haram. 


Alangkah baiknya kalau kita menganjurkan kempen menyentuh, membelai dan menyayangi  ibu bapa, orang tua yang mana sudah tentu memberikan pahala berlipat kali ganda serta pahalanya mengalir ke syurga. 





Ya Allah, lindungilah kami dari azab neraka Mu. Insyaallah. 

Tuesday, November 11, 2014

Bebelan Si Warden...


Assalamualaikum..


Zaman remaja tak sah kalau tak memberontak even yang muka suci murni perkerti lemah lembut macam aku pun pernah buat benda yang tak berfaedah kat sekolah. Menyorok dalam locker masa prep, sembunyi bawah katil sebab taknak pergi solat berjemaah kat surau. Sanggup tu duk bergelap dalam bilik dengan kipas tak buka pastu tambah kawan kentut pulak masa tu perasaan mak aihh, nikmat sangat.


Denda? Macam-macam, kena cuci toilet kat blok akademik, kena round padang, cabut kemuncup kat padang. Apa cikgu-cikgu ni ingat kita ni akan insaf ke? Silap la cikgu, kitorang lagi suka kena denda lebih-lebih lagi kena beramai-ramai rasa seronok. Boleh show off kat orang la konon wei awasss, ingat aku ni baik sangat ke?


Dulu-dulu selalu pikir macam la cikgu tak pernah buat silap masa zaman dia kecik-kecik dulu kan?


Sampai lah satu ketika, warden panggil suruh berkumpul di bilik tv nak bagi tarbi'ah, dalam hati apa lagi yang nak dibebel ni sakit telinga hoi. So, bermula lah bebelan bla bla bla... kenapa taknak pergi semayang jemaah kat surau? (eleh, cikgu pun tak pergi jugak). Kenapa taknak pergi prep? (pergi pun bukan study jugak, baik duk bilik). Kenapa taknak pergi riadah petang-petang? (yang cikgu tu sedap duk tidur time kitorang keluar riadah, ingat baik tuk kesihatan ke?)...


Dengar sini anak-anak semua..


Masa tu je korang akan diperhatikan, disuruh, dikawal..kena buat itu ini dan jangan buat itu ini. Bertahan lah sampai umur 18 tahun, tunggu SPM je. Pastu nak buat apa, just go on. NO ONE WILL CARE. Kalau amik kisah pun tak sama macam dulu lagi. Yelah, kita dah besar. Sampai bila orang akan bagi reminder. Takkan sampai kawen pun still nak orang remind kan kita? Habis tu anak-anak nanti siapa nak cakne?


Masa tu masih lagi masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tak meninggalkan kesan pun. Suddenly, aku dapat rasakan kebenarannya. Once dah masuk universiti, dah takde orang bebel kejutkan solat subuh. Tak bangun tak solat jawabnya, tak siapa nampak. Cikgu takde, ibu ayah takde. Kawan-kawan? Relax buat tak tahu. Malam-malam study? Tak kot, melepak tengok movie kat lappy, borak-borak mengumpat.. Dapat result menyedihkan keluar air mata darah pun dah takde guna. Dah grad nak cari kerja pun susah dengan result yang cukup-cukup makan je.

Dulu dan sekarang



Bila throwback semula, Ya Allah aku nak ucap terima kasih pada cikgu-cikgu dan warden-warden yang menjaga serta mendidik aku dulu. Disuruhnya ke surau untuk solat jemaah Alhamdulillah, aku masih lagi ingat zikir-zikir selepas solat, Asma 'Ul Husna, ayat-ayat Surah Yasin walau terkadang tergagap terlupa tapi masih lagi terngiang-ngiang. Terima kasih cikgu sebab paksa kami pakai tudung kena jahit tengah nak tutup dada, Alhamdulillah, masih lagi ada kebaikan yang pernah kami lakukan dalam hidup kami.


Kini tiada siapa kisah. Kita buat salah terus saja dihentam sebab persepsi orang 'dah besar panjang takkan tak boleh pikir mana yang baik mana yang haram, mana pahala mana dosa'. Orang sekarang lebih suka dan seronok bila orang lain buat kesilapan, nak tegur jauh sekali.. cuma tegur di belakang sambil sindir-sindir. Sendiri mahu ingat la pada empunya diri, jadikan kesilapan tu suatu pembelajaran dan jangan ulangi lagi.


So, bila aku baca berita murid-murid trauma dirotan warden gara-gara tak bangun solat subuh.. hrmmm.. adakah murid-murid itu sendiri sedar akan kesalahan diorang? Even warden tersebut kalau ikutkan jangan lah merotan bercampur emosi tapi tidakkah mereka nampak ini berpunca dari siapa? Mak ayah tak siasat ke apa aktviti anak-anak di sekolah? Kasihan mak ayah zaman sekarang, terlalu mengejar mencari wang ringgit untuk menampung keluarga tanpa sedar kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak itu lagi penting dari memberi kesenangan dan keselesaan kepada keluarga semata-mata. Mencari rezeki biarlah berpada-pada, anak-anak itu adalah amanah dari Allah, jangan terlalu melepaskan tanggungjawab mendidik itu kepada guru/ warden. 


I miss my S so much.. ehhh?>&%


Sejauh mana kepercayaan mak ayah kepada guru??


Anda yang menghantar anak-anak supaya dididik di sekolah tapi anda juga yang memarahi guru bila anak-anak dirotan?  Kalau begitu, didik lah sendiri biar kita tahu sebaik mana anak kita. 


P/s: No wonder lah aku tak ditakdirkan jadi guru (ayat suami) sebab aku ni tak tough. Nak jaga anak orang, diri sendiri pun susah nak berak.. kaitan?? **larikkk*


Monday, November 10, 2014

Foto & Video Viral..motif bermusim??



Holla, Assalamualaikum semua..


It's been a while since the last time I was here. Oh betapa masa itu sangat mencemburui ku. Masa atau perasaan malas? haha.. whatever.


Well ya'all.. sejak kebelakangan ini aku rasa sangat annoyed dengan apa yang berlaku di sekeliling especially kat social network facebook. Ya, aku mengaku yang zaman-zaman aku dah berlalu. Zaman yang macam mana tuh? Ala zaman yang suka check in kat facebook, post gambar dengan caption "Sila abaikan muka ku yang comot ini".. oh no, kalau boleh aku taknak ingat langsung zaman itu. 


Apa yang menarik sekarang ni? Bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja, balik kerja, makan dan tido. Oh ada lagi tambahan aktiviti aku bila aku datang kerja, selalu jugak officemate aku ajak berborak; 


"Eh ada tengok tak video budak perempuan mengamuk ngan uncle cina pergi hempuk kereta dengan stereng lock?"


"Ada tengok budak kena buli kat sekolah? Hari tu budak singlet hitam, sekarang anak yatim pulak, kesian. Baru je tadi I tengok budak perempuan bergaduh di sekolah, yang paling latest budak lelaki bergaduh dengan budak perempuan, dasyat!"


"Ada tengok tak kanak-kanak kecik kena dera kat nursery? Dipaksa makan ubat. Yang satu lagi tu kena ikat tangan dan kaki dalam bilik, ish takut betul orang zaman sekarang ni kan"


Bla bla bla bla bla...





Aku tak tau barah apa yang telah menyerang masyarakat kita. Sedih dengan keadaan sekarang ni, video di viral kan, dari seorang melompat ke seorang dan yang lain turut berkongsi video/foto tersebut kat facebook. Lalu sumpah seranah, kata-kata jijik, memenuhi segenap ruang komen. Bermacam-macam andaian yang dilemparkan dan muncul lah para ustaz & ustazah segera yang memberi komen yang lebih cenderung menghukum terus mereka dengan berkata itu ini. Siapa kita untuk menghukum mereka? Cukup sempurna kah kita? Akhirnya mereka semua bertelagah sesama mereka sendiri padahal tiada kaitan pun. 


Aku cukup marah, siapa sebenarnya yang merakam video-video tersebut? Apa motif sebenarnya? Adakah untuk dihebahkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati? Adakah untuk menghukum mereka yang melakukan kejahatan dalam video tersebut? Tiada medium lain kah untuk menyampaikan pesanan kepada mereka di luar sana? Kenapa video itu tidak terus dihantar ke pihak polis untuk disisasat dan diambil tindakan? Mengapa perlu disebarkan di facebook, youtube dan sebagainya? 


Dan mengapa kita jugak turut berkongsi video tersebut? Tidak cukup kah orang lain je yang berkongsi video itu, tak perlu lah kita nak viral kan lagi. Adakah kita mahu jadi antara yang terawal untuk berkongsi cerita-cerita panas sebegini? Sungguh aku tak paham. 


Mungkin inilah yang dikatakan dunia akhir zaman, manusia tidak sedar seakan-akan membenarkan diri mereka dikuasai oleh syaitan melalui cara yang sangat halus. Kalau berterusan begini, Ya Allah.. Lindungilah kami dari ujian-ujian getir di dunia dan ujian-ujian getir menjelang akhirat. Tetapkan hati kami Ya Allah, jangan bolak-balik kan hati kami Ya Allah. 





Amin Ya Rabbal Alamin