Saturday, April 27, 2013

Renungan bersama #bab 1




" Setiap manusia rezeki tidak sama, ada yang dapat kerja awal, ada yang dapat jodoh awal, ada yang dapat peluang sambung belajar tinggi, ada yang murah rezeki, sentiasa untung, cukup semua keperluan dan macam lagi yang Allah bagi.. tapi jangan terlalu sombong sebab itu semua hanya pinjaman dan pemilik sebenar adalah Allah SWT.. Ingat, kesenangan juga adalah suatu dugaan "




Thursday, April 18, 2013

Mendidik si kecil jangan sembarangan



Ibubapa Cemerlang

Bagaimana mengawal anak-anak 1-4 tahun yang suka menjerit-jerit ?

1] Bila anak itu menjerit, datang kepadanya dan cakap berbisik. 

2] Jika dia ada anak patung atau toy kegemarannya yang dia sayang, anda boleh
               ambil dan lakunkan seperti puppet dan suruh puppet itu minta kepadanya agar

               dia tidak menjerit.

3] Jika ada ambil buku yang ada gambar telinga dan dengan puppet tadi biar
               puppet itu menceritakan apa yang akan terjadi kepada telinga dia dan tekaknya

               jika dia terlalu suka menjerit.

4] Anak-anak kecil lebih mudah faham bila kita menggunakan karakter mainan
               mereka untuk mengajar mereka sesuatu.

5] Menjerit kembali kepadanya bukanlah jalan penyelesaiannya. Anda hanya
               menggalakkan dia untuk meneruskan perbuatannya itu.

4] Anak-anak kecil lebih mudah faham bila kita menggunakan karakter mainan
               mereka untuk mengajar mereka sesuatu.

5] Menjerit kembali kepadanya bukanlah jalan penyelesaiannya. Anda hanya
               menggalakkan dia untuk meneruskan perbuatannya itu.



Anak-anak zaman sekarang bukan macam kita dulu. Pendekatan nya sangat jauh berbeza. Kadang-kadang kita terfikir, apalah salah kita sampai anak-anak jadi macam tu. Tapi kita tak sedar cara yang kita praktikkan tu tak berkesan. Kita cuba meniru bagaimana cara mak ayah kita dulu mendidik kita adik beradik. Takde salah nya cuma cara tersebut perlu diolah menjadi lebih segar kan. Sebab apa? sebab era kegemilangan kita yang dulu dah lama berakhir. Ini zaman serba canggih. Anak-anak pun semakin maju ke hadapan. Kadang-kadang yang umur 4 5 tahun pun boleh berfikir macam orang dewasa. Ini semua pengaruh tv. Jadi, para ibu bapa sila AWASI anak-anak anda!! 

Pesanan dari seorang aku yang mula terbit ciri-ciri ibu tiri.... muahahaha

Tuesday, April 9, 2013

Berhenti sebelum bermula



Maafkan aku..
Sangat lemah..
Aku gugur sebelum berjuang..
Aku takut mencuba..
Aku takut pada risiko..

Maaf maaf maaf..
Ikhlas dari lubuk hati ku yang paling terdalam...




Saturday, April 6, 2013

Sekeping hati yang memakan diri



Aku tak benci, cuma sakit..
Aku tak marah, cuma segan, malu..
Bila orang mempermainkan hati ini dalam diam..
Benar orang cakap, diam itu berisi.. bagi aku sangat bahaya..


Aku tak mahu mempermainkan hati dan perasaan orang lain..
Sebagaimana aku mengharapkan perkara yang sama..
Aku inginkan kejujuran, keikhlasan..
Senang kata kalau taknak cakap taknak..
Mengapa perlu simpan?
As simple as that *sambil petik jari*


Aku pikir benda simple macam ni kenapa susah sangat orang nak buat?
Paaaaannnnnnggggg *tertampar hati sendiri*..
Owhhh, rupanya susah ye kawan-kawan?


Sebenarnya hati, perasaan tidak boleh dipaksa..
Perasaan hadir tak terduga..
Sekelip mata kita suka lalu jatuh cinta,
Bila datang yang ke dua, hati terdetik lagi terus jatuh cinta..
Bukan tak sayang pada yang pertama, cuma yang kedua ini lebih sayang..
Macam mana tu?
Salah ke diri ini? Tak salah kan?
Yang salah adalah hati... *senyum senget mulut*


Bukan ke perasaan yang wujud ini adalah anugerah dari Allah?
Jadi aku pikir, aku faham kot..yer, mungkin faham kot...
Faham apa?
Faham bila seseorang yang sayang pada yang kedua tapi masih tak lepaskan yang pertama..
Daripada cakap terus, okey kita dah tak sayang awak.. nampak kejam!
Hati manusia ni memang lumrah, mudah rapuh bila disentuh dipermain-mainkan..
Tapi walau rapuh, retak, hancur sekalipun...masih lagi mampu berfungsi dengan baik..
Malah akan jadi lebih kuat!


Terima kasih Ya Allah.. 


Sekian coretan insan terpilih yang pernah terluka (yang penting bukan aku) bahahahaha *sila tampar*