Wednesday, 4 March 2015

Petualangan Jawa Part 3 (Day 1 sambungan malam) dan Day 2

Bila la nak abis post trip tanah jawa nih.. Ok jom sambung..

Kami cek in di homestay Bromo dah tengah malam.. dah 12 lebih time tu.. Cuaca punya la sejuk.. buka kasut pijak lantai rumah mcm pijak airbatu. terus sarung kasut balik hahaha.. lantak la berkasut dlm rumah mcm omputeh.. tuan rumah pasang water heater utk kami cuci2 apa yg patut mlm tu.. tak mandi pun, hahahaha.. Homestay tu ada ruang tamu dan 2 bilik.. aku amik satu bilik, EA amik satu bilik. Dlm bilik ada katil queen, ok la selesa katil dia, dan ada gebar tebal utk melawan kesejukan. Each room ada bilik air sendiri. Tak ambil gambar homestay pun sebab gelap pekat.. lps blk dari gunung pun lupa nk amik sb keletihan hahaha..

Around 2.45am macam tu dah bangun, tido2 ayam je pun sebab takut terlewat bangun.. alarm berbunyi je terus siap2, x mandi jugak sebab dh agak akan berpeluh2 panjat gunung.. sekali lagi berdebar2 mampu ke aku ni huhuhuhu.. ketuk pintu bilik EA, tak bangun2.. risau dah kalau terlambat ni.. dari tips2 blogger yg aku baca, kena pergi awal supaya jip blh parking dekat kalo tak mau jalan jauh sgt ke kaki gunung tu.. dok ketuk la pintu bilik dia.. last2 dia jaga and bersiap. aku sempat minum susu mkn biskut sikit bg ada tenaga nk mendaki nanti. Abg nizam dtg ketuk pintu dlm 3.30am, driver jip pun dh ready, driver ni la tuan punya homestay tu jugak.. So bergerak la aku dan EA ke bromo merentas pagi yg masih gelap pekat. Kitorang amik 1 jip sewa khas x kongsi dgn orang lain.. dah paham jalan pun slow, nak rilek2 posing la apa la, kalau share dgn org kena berkejar2 termengah2 karang si badan besor ni...




 Ni masa dah terang nak turun dari gunung tu.. tu yg berderet kecik nun jauh di sana tu jip2 yang parking bersusun tunggu penumpang masing2.

Yg kat bawah ni semua gambar masa di penanjakan.. kami ke penanjakan utk tgok sunrise bromo, batok dan semeru.







Ni pulak masa perjalanan turun dari penanjakan utk ke kaki gunung Bromo.. masa pergi gelap tak nampak apa, bila turun masyaAllah cantiknya!






Lepas tu kami gerak ke kaki gunung Bromo pulak.. jip akan parking di tempat yg dikhaskan lps tu kita kena jalannnn jauuhhh jugak la siap kena mendaki nak ke kaki gunung Bromo tu.. tapi kitorg sewa kuda.. tak kuasa nak berjalan.







Ni laa anak tangga nak naik ke kawah Bromo.. tinggi sungguh!


Dah selesai kat sini kitorang gerak ke Savannah atau setengah org panggil Bukit Teletubbies.. Lepas nampak pemandangan cantik turun penanjakan, jumpa pulak padang pasir sementara nak sampai ke Savannah.



Ok dah sampai Savannah.. Macam kat London dan Scotland pulak jenis pokok2 dia, kabus dia menutup gunung.. teringat kenangan daki bukit kat scotland dulu huhuhu..





Ni la jip yg kami naik.. kat pintu jip tu ada nombor, senang nak ingat..



Selesai kat Savannah, gerak pula ke Pasir Berbisik.. nama tempat ni diambil dari satu movie Indo, famous la jgk movie tu.. masa kami pegi tu pasirnya basah, so tak dapat la dengar pasir tu berbisik-bisik.. takpe la bukan rezeki kami. Posing pun cukup la.






Selesai semua, kitorang pun balik ke homestay menempuh laluan berpasir dan jalan yang berliku2.. jalannya tak ada penanda jalan, drivers akan ikut trail driver2 jip yg lain.. kalau angin kencang bertiup dan trail tertutup pasir, driver yg pakar akan cari trail semula dan yg lain2 akan ikut trail dia.

Psl souvenir, kat kaki Bromo je ada jual tau.. kat Savannah dgn Bromo tak de. Ada satu je penjual kat Savannah, tu pun tshirt je.. Kalau u alls duduk homestay, dkt2 tepi simpang jalan tu ada kedai jual souvenir jugak dgn harga yg lagi murah.. kitorg tak perasan kedai tu sb masa sampai homestay dah gelap, keluar homestay pun masih gelap.. so kitorg beli yg kaki Bromo je..


Balik homestay dlm pukul 10, boom tido balik sebab letih hahaha.. Dlm tghari siap2, cek out dan bergerak ke Batu pulak..

Bye bye Bromo!


Wednesday, 11 February 2015

Petualangan Jawa Part 3 (Day 1 sambungan)

Ok jom sambung.. hahahah mukadimah takde salam takde terus melompat nak sambung post kan.. lama sangat dah tinggal ni.. Jom.

Selesai di House of Sampoerna, kami terus gerak ke kawasan wisata religi sunan ampel.. Di sini lah makam Sunan Ampel yang famous tu, one of wali songo kan? hehehe need to brush up my history knowledge.

 Ni pintu masuk ke kawasan wisata ni..




Sebelum sampai ke kawasan masjid, akan melalui deretan rumah orang-orang Arab kat situ.. dan akan lalu kawasan belanja, all tempat shopping la kan,, hahahah tempat favourite ni.. tapi tahan nafsu dulu....


 Abg nizam suruh rasa benda ni.. macam dessert laa.. ala2 cendol.. tapi cendol dia warna putih. bolehla buat basah tekak.



 ok dah sampai kawasan masjid.. dari luar nampak kecik.. tapi bila tengok dalam, wahh luas..


 ni tempat wuduk lelaki.. kat kawasan depan masjid.


 kena jalan masuk dalam lagi, akan jumpa papan tanda ni.. dah nak dekat kawasan makam dah ni.. kami diberitahu bila dah masuk maghrib, semua org kena tinggalkan kawasan makam ni, so kena cepat2.. 

Ada disediakan tadahan air paip dan tempayan. Notis yang ditampal kat situ, itu air untuk minum.. Pengunjung2 kat situ minum lah utk amik berkat.. aku plak.. ermmm x pe lah, terima kasih..

Di kawasan makam tu sendiri x dibenarkan ambil gambar. So tak dapat la share kat sini. tapi memang ramai la orang duduk keliling kuburan, baca doa etc.. x perasan pulak sama ada ada yg menangis meraung ke kat situ.. sebab baca dalam blog2 lain katanya ada kes2 macamtu. Details pasal sunan ampel dan kuburan2 lain yg ada kat situ korg cari la kat blog lain yer.. Kitorg ni nak cepat, tak sempat nak membaca penerangan2 yg ada.. takat snap2 gambar je pastu blah...nak kejar pegi bromo plak ni..

Ok selesai kat sini, sementara nak balik ke kereta, sempat singgah shopping dulu.. beli jubah2 utk anak buah lelaki.

Nak bergerak ke Bromo plak ni... Otw ke sana, abg nizam bawak kereta lalu jalan sebelah Lumpur Lapindo.. Tapi hari dah gelap masa tu.. so xde lah nak memanjat tebing tu tengok lumpur2 yang disebut2 orang tu.. tengok dari dalam kereta je.. terus vroomm vroomm ke bromo.

Pukul 10 lebih ke 11 lebih ntah, singgah makan kat restoran tepi jalan. makan rawon.

Ni la rawon. Rasa sup la, sup daging.. yg biji2 putih tu kepala tauge besar tu rasanya. aku x amik pun.. tapi tekak aku ni x lalu lah rasa rawon ni.. kedagingan sangat.. aku tak boleh bnda2 rasa hanyir daging sangat nak muntah.. utk org yg suka steak ke sup daging yg kuat gila rasa daging ke, mutton/lamb ke agaknya boleh telan la kot rawon ni. so aku telan nasi je dgn tempe.. sedih..

Next, sambung journey to Bromo.. Aku surrender tutup mata je, nak tidur.. sebab dari Malaysia pun x tido dari semalamnya.. Esok subuh sapie nak mendaki pulak.. terasa la abg nizam bwk keta, laju tp selamat hahahah.. cuaca pun makin sejuk, kita kasi keluar jaket tebal balut badan tutup muka, jom tido..


Ok next post aku sambung citer di Bromo.
Bye

Monday, 2 February 2015

Petualangan Jawa Part 3 (Day 1)

Hi!


Yes, yes, long overdue post.. Haha berat bontot sungguh.. Ok lets begin..



I dah cerita pasal perjalanan ke airport subuh2 hari tu kan.. Kita fast forward ke ketibaan di Surabaya ya.




Alhamdulillah flight lancar. Tak ada masalah tiba ke Bandara Internasional Juanda Surabaya di Sidoarjo. Selesai urusan imigresen dan kastam Indo, kami keluar ke balai ketibaan. Tak nampak pula bayang Abg Nizam, supir yg diupah. Dan unfortuntely, my handphone walaupun dah on selepas tutup sepanjang flight, xde connection dgn sebarang syarikat telekomunikasi Indonesia. Sebelum2 ni, kalau sampai Indo je, berlumba2 sms masuk welcome to Idonesia, gunalah talian kami etc.. Isshhh... camner nk contact supir ni? Muka pun x kenal. X ada pula sesiapa pegang placard tulis my name.. I pun silap, tak confirm betul2 macammana nak kenal dia...Tried using EA's hp, pun x dapat connect. Termangu2 kitorg kat situ kejap. Lantas buat keputusan keluar tunggu di kawasan dekat kereta lalu lalang, mungkin dia tak dapat parking dan menunggu di tepi jln ke.. Tak lama lepas tu, baru my hp berfungsi semula, dapat line. terus call dia. And dipendekkan cerita, kami selamat bertemu supir dan bergerak naik kereta.



As I've mentioned before in previous posts, rancangan kami totally berubah sebab ticket keretapi punya hal.. Maka tour Surabaya akan dibuat sepantas kilat untuk hari ni sebelum berangkat ke Bromo.

 Kota Surabaya.. otw dari Sidoarjo (Bandara) ke tengah2 kota..


Interesting art they have there..



Tempat pertama kami singgah ialah ke Monumen Kapal Selam atau singkatan org sini ialah MonKaSel kalau tak silap.. 

 Di hadapan pintu masuk Monumen.. utk makluman, kami tak masuk pun ke dalam kapal selam tu.. Sebab mengejar masa.. Dapat tangkap gambar pun jadila.. Lagipun, hasil bacaan reviewer2 sebelum ni mengatakan tempat ni sempit, aku memang tak muat... Abg Nizam pun kata x payah masuklah, rugi duit dan masa kalau masuk sempit then takleh gerak ke area dlm kapal selam tu haha.. So redha je la...

 Ini bayaran entrance masuk ke MonKaSel. Sesapa yg rasa kurus dan minat kapal selam boleh masuk, silakan.. I tak halang hahahah..


Kemudian, kami gerak ke landmark paling utama di Surabaya.. Yang menyebabkan kenapa Surabaya dinamakan sedemikian.. Ikan Suro dan Boyo dok bergaduh (shark vs. crocodile).
Dekat je tempat ni.. sebelah parking Monumen Kapal Selam tu je..

Posing sikit kat sini.. Ni bukti dah sampai Surabaya ni..




Seterusnya, kami gerak ke Masjid Cheng Hoo untuk solat. Masjid dijaga bersih dan cantik, letaknya dalam kawasan perumahan.. Besar2 rumah keliling masjid ni. Tempatnya selesa, konsep open air rasanya..cuma jadinya kat bahagian perempuan xde kipas dan rasa hangat.. berpeluh juga la masa solat. Nak keluar dari masjid nanti bagila duit infaq sikit, tabungnya ada di pondok guard di entrance masjid.
 Pintu gerbang ke Masjid Cheng Hoo

 Posing depan binaan masjid selepas solat. Kat belakang tu bahagian lelaki, bahagian perempuan kena pergi ke kiri.


Di sebelah bahagian perempuan, ada mural yang cantik, macam 3D la kiranya, dan binaan kapal.. agaknya nak simbolik kan Laksamana Cheng Hoo ni belayar naik kapal kan ke sana.. 

Selesai solat dan ambil gambar di sini, kami langsung gerak ke House of Sampoerna.. Abg Nizam buru2 nak ke sini, sebab ingat tutup office hour, takut tak sempat pulak.. Dah sampai, rupanya, dia tutup malam.. 

 Kawasan parking House of Sampoerna.. Ada 2 biji kereta antic display kat situ..

 Ada juga tour bus disediakan, tapi masa kami pergi tu, dia dah habis operating hours.. free rasanya.

Di depan pintu masuk House of Sampoerna.. Jadi model kejap hihihi



 Bila masuk ke dalam je, ada byk gambar2 menceritakan sejarah produksi rokok di masa lampau.. Bau tembakau semerbak, tapi I tak kisah sebab dah biasa dgn bau rokok dari kecil masa ayah jadi perokok tegar.. sekarang ayah dah berhenti merokok ada lah dlm 5-6 tahun dah.


 Bungkusan rokok zaman dulu2 rasanya, ke bungkosan rokok utk dieksport.. tak ingat dah

 Ni penerangan sikit. Kalo rajin, baca lah.

Ada byk artifak2 mesin, dan kelengkapan utk menghasilkan sebatang rokok. Dari kertas pembalutnya, tembakaunya, dll..

 Sempat posing di gerai photo booth yang disediakan.. Jadi mbak penjual ya.. 

 Ni otw nak naik ke Tingkat 2 pula.. sepanjang tangga tu, dipenuhi dengan poster2 rokok Sampoerna.


Oleh sebab kat atas tak dibenarkan berfoto, maka takde lah gambar kat tingkat 2 ya. Ada kawasan jualan cenderahati dan kaunter bayaran kat situ. Dan ada disediakan cermin lutsinar yang boleh lihat ke bawah utk melihat pembuatan rokok by hand oleh pekerja2 Sampoerna ni.. Tapi sebab kami datang lepas office hours, maka pekerja2 semua dah balik.. Jadi, walaupun House of Sampoerna ni dibuka sampai jam 10pm ke 8pm i tak ingat dah, u olls akan lihat kerusi yang disusun kemas di setiap meja pekerja je.. orangnya takde huhuhu.. Nasib baik ada 1 mesin penceritaan kat atas tu, yang menayangkan dokumentari pembuatan rokok by hand ni.. dapat la juga menonton cara2 pekerja melipat kertas pembungkus rokok tu, melilit tembakau dengan kertas pembungkus, gamkan pula, susun dlm kotak dll.. semuanya dibuat dgn tangan.. hebat diorg blh fokus je buat benda tu, kalau I sure dah gila bosan hahaha.

Selesai dah kat House of Sampoerna.. Ngantuk dah la.. cerita Day 1 x abis lagi ni...Nanti i sambung lagi ya.. Sori u olls.. bye nak tido dulu..