Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah aku perbuat
Kau limpahilah aku dengan kesabaran yang tiada berbatas
kau berikanlah aku kekuatan fizikal dan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharala lidahku dari kata2 nista
kau kuatkan lah semangatku untuk menempuhi segala cabaranmu
kau berikanlah aku sifat kasih sesama manusia
Ya Allah,
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMU di arash
berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
sekiranya suami ku ini suami yang membimbing tanganku di titianMU
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ini adalah bidadara untukku di jannahMU
Limpahkan aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Ya Allah
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
kurniakanlah aku kekuatanMU untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar terus dari terlena
Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia
peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh MU
berikan aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini di takdirkan bukan untuk ku seorang
KAU tunjukkan lah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMU
Ya Allah,
Sesungguhnya KAU yang maha mengetahui apa yang terbaik untukku..
AMIN YA RABBAL A'LAMIN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan