Friday, March 29, 2013

JJCM Kuala Selangor - Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Last hunting hehehe. makan malam yg superb!!

K.zie n pqlee bawak kami p medan ikan bakar Pantai Jeram. Masa sampai tu dah dekat pukul 7 lagi org dah ramai tapi tak sesak lagi. Lagipun sebelum tu k.zie dah kol dulu booking mana tau penuh kan, tau2 je lah cuti sekolah ni. Kat sini ada surau so boleh lah solat sementara tunggu makanan sampai.



Kerapu bakar dan sotong bakar.


ok dah sampai semua. Boleh la makannnnn.




Ketam bercili. Sedapnyeeeeeeeee.. Ketam besar isi banyak. Ala nak beli ketam la esok hahahaa.


Masa balik orang dah ramai. Kat sebelah sana ada Aroma Ikan Bakar. Saja la lalu nak tengok. Mak aiii ramai giler manusia. Macam ada pesta. Aku rasa dua2 kedai ni best kalu tak orang tak ramai. Ok ini wajib pegi lagi nih hahahaha. Semua kau nak pegi kan, simpan duit bebanyak boleh makan puas hati hahaha.

Sekarang ni kami dah ubah plan kalu pi jalan-jalan. Kalu dulu2 suka lah nak tgk shopping complex lah bangunan2 tinggi lah kali ni kita cari empat makan. Tak yah kedai yg besar2, gerai tepi jalan pon ok asal sedap. Tak gitu encik Pakcik Botak? Hehehehe

Ok habis lah sudah JJCM Kuala Selangor kali ini ye. Next ke mana plak kita? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.......

Thursday, March 28, 2013

JJCM Kuala Selangor - Cendol Durian Borhan

Review ini adalah pendapat saya. Bukan dipengaruhi oleh kawan, suami mahupun toley kedai hehehe.

Ok Seumur hidup aku ni baru pertama kali dengar cendol durian. Petang-petang pas cuci mata tgk sawah padi, kena plak cuaca panas membahang je, elok sangat la basahkan tekak ni dgn cendol.



4 bekas utk 4 org makan


Tu diaaaa!!! 


Hehehee ni bukan dia makan sorang nih hahahaha


Sementara tu k.zie n paqlee pi solat, kami pun tambah lagi cendol sorang satu hihihihihi. Sedap la wei... terbaikk! Aku rasa sepanjng aku penah makan cendol lah, cendol ni palling best. Dengan tak brp manis nya, sedang2 elok hilang dahaga. Alahai jauh nya nak pi lagi nih hahahaha


Banyak cawangan  ni kalu tak silap ada 7. Sape nak sila la gugel ye tampat mana yag ada. Utk makluman, kuala terengganu takde ye huwaaaa!

Ok, ni aku bagi 5/5 bintang. markah penuh!

Wednesday, March 27, 2013

JJCM Kuala Selangor - Sawah padi

Kesian kan org yg tempat dia takde sawah padi hahahahaha. Tapi serius memang cantik ah tempat ni. Berangan-angan aku nk buat rumah kat tengah2 sawah ni tapi mana nak cari sawah hahahaha.

Kak Zie cakap sini lah depa shooting Nur Kasih. memang cantik sgt. Tak terluah dengan kata-kata.








Geram je aku tengok tali air ni, rasa nk terjun je hehehe


Wat apa tu cik abang ?



Post wedding photoshoot hehehee



Hehehehe romantik takkkk? hahahaha. Ok next time mesti datang lagiiiiiiii!!!

JJCM Kuala Selangor - Chalet Hj Dorani

Ini hari yg sama dengan hari yng p makan mi udang. Ingat nak pekena cendol dulu tapi kita p round dulu lah lagipun perut tengah sengkak. Kita JJCM jugak -jalan2 cuti mata hehehee. K.zie cakap nak tunjuk chalet atas air, ok kita p tengok mana tau satu hari nanti nak duk sini hihihihi.



alahai berisi nya muka 


xdan nak senyum huhuhu.

Best jugak tempat ni. Bagi aku yg sukakan air, pantai dan yg sewaktu dengan nya aku mmg suka lah tapi bagi yg tak suka bunyi ombak xyah lah sbb mmg betul2 atas air hahaha. Ok boleh masuk dlm wish list nih hehehe.

Otw balik kita singgah beli buah dulu. Mangga ni memang all time favorite aku lah. Kalah buah durian.



Ok buah dia manis :)


Tuesday, March 26, 2013

JJCM Kuala Selangor - Mi Udang Banjir

Misi hari kedua bermula hehehehhee. Ok, terima kasih kepada sahabat kami Kak Zie dan Paqlee kerana sudi menumpangkan kami tido hehehehe.

Sebenanrnya dah lama nak pi Kuala Selangor, nak tengok keindahan sawah padi nya yang seluas mata memandang. Alhamdulillah tercapai. Tapi sebelum tu kena isi perut dulu hehehehe. Menu yg diidam-idamkan. Ni kes terliur tgk Iqram Dinzly makan le ni tapi lupa kedai mana, xpe kita redah je.


1st time sampai sini, dan insyaallah lepas ni akan datang lagi :D




Ok, dah tiba ke destinasi hehehe




Kami berempat. 3 order mi udang banjir, sorang lagi nasi goreng udang. Nampak sangat menyelerakan. Rupanya betul lah kedai ni yg masuk JJCM TV3 tu sebab ada plak JJCM hehehe nasib baik jumpa hihihi.



selak udang baru nampak mi hihihihi


Model ni kata sedaappppp!



Sedap ke tak? ok, biarlah pinggan mangkuk itu berbicara hahahahaha.


Lawan plak dengan laicikang di tengah panas terik. Memang mantop! hahaha laicikang ni best aku suka sebab pertama dia tak de sampah sarap yg terlalu banyak, simple je. kedua sbb ada parutan buah pala mmg terbaik!

Next time boleh datang lagi. Aku bagi 4.5 bintang dr 5 bintang. Bagi yg duk Kuala Selangor tu best lah korang ek hari2 boleh makan hihihihihi. Ok tak kelaka.

Monday, March 25, 2013

JJCM KL - Meatball Ikea

Jumaat aritu pi Industrial Court lagi. Khamis dah turun KL. Kali ni cadangnya nak stay sampai Ahad. Saja la nak JJCM kan hahaha.

Aktiviti selesai je kat industrial court. Jadi pelancong hehehehe.


Ootd - merah mak ngah. Terima kasih kpd baju kurung cotton ini sbb aku tak nmpk gemuk hahahaha




Selesai dalam kul 10 balik hotel tido seround cover yg malam td punya kul 3 pagi smpai. Pas checkout p cari masjid jap PB nk solat jumaat. Dan misi seterusnya bermula selepas itu ................

























jeng jeng jenggggggg...



Orang ramai jugak tapi tak lah sesak. Tapi entah kenapa kali ni aku rasa meatball ni tak sesedap semasa mula-mula makan dulu huhuhuhu. tapi tetap habis hahaha ok ni kongsi dgn PB ye, tak larat nak habis sorang. PB order chicken cho, pastu ambik chicken spring roll dgn kek coklat apa ntah. Kek daim xde plak tapi sedap giler weh kek coklat tu.

ok, misi hari ini selesai. Misi seterusnya tungguuuuuuu.

Thursday, March 21, 2013

Cute babies

Dahlia and Damia :)




Kecik2 dah pandai buat duck face hihihi