Ada ayam sikit dlm peti. Pakcik botak kata nak makan nasi.
Ok kita lauk telur bungkus. 1st time nih!
'Cantik' sgt la telur bungkus ni..koyak rabak..hahahaha
Thursday, June 30, 2011
Monday, June 27, 2011
Tq Lan Banana belanja saya!
Pas zohor tadi saya nak bertolak ke Kuala berang. Masa dlm keta dah bercadang nak singgah beli air jagung Lan Banana sbb tak lunch lagi kan.
Smpai kat Lan Banana order air jagung 1, jemput pisang+ubi+goreng pisang 3inggit campur2. Siap bungkus tu akak tu tetiba tanya :
"Ada iklan pasal Lan Banana kat internet ke?"
Aku ni terpinga-pinga jap. Tetiba teringat ari tu wat entry psl Lan Banana ni.
" Ha'ah ada tapi lama doh"
"Akak niat nak belanja ni. lama dh cari. Semua tengok psl lan banana tu dlm internet ".
pastu anak laki dia mencelah:
"pakai keta saga warna putih kan?"
Teringat keta kami iswara putih.
"Ha ye lah.."
"takyah bayar lah ari ni, akak belanja, terima kasih sbb promote Lan Banana. ramai org mari".
Huhuhuu terima kasih la kak belanja saya. jumlah belian saya tadi RM5.50 je tapi hepi sgt sbb secara tak lansung dpt tolong perniagaan org kan. Huhuhu bak kata kawanku 'wing-wing situation' hahahaha
Like like like!
Thursday, June 23, 2011
Alas kabinet tv
Alhamdulillah, ada sorang pompuan cute ni sudi nak tempah alas kabinet tv. berpeluh jg nk menyiapnya. Setelah diconfirmkan saya start buat skit2. Cadangnya nk buat granny square+fish net. Harap2 menjadi insyaallah. Dan harap2 org tu suka la ye ;)
Banyak lg ni. Cadangnya dia nak guna utk raya. Saya target utk siap paling lewat pun bulan puasa. Harap2 dpt siap awal sbb saya buat waktu mlm dgn hujung minggu je. Takleh nak concentrate tiap2 hari la sbb keja kan.
Alas meja kat rumah sendiri pun tak buat lg ni. Kalu tak sempat nmpknya xde alas meja la, kita pakai kain tudung je la wat alas eh..hahahaha

Wednesday, June 22, 2011
Entry mengimbau kenangan ~permainan zaman dulu2
Haiii syok pulak wat enrty mengimbau kenangan ni. Kali ni kita mengimbau kenangan permainan zaman dulu2 pulak. Oh masa kecik2 dulu best sgt. Sambil dukung adik sambil berlari main. Huhuhu adik saya ramai uols. Saya anak permpuan sulong. Bawah saya ada 6 adik masa saya drjah 3. Bayang kan ye uolss. Nak main buleh tp kena bawak adik skali. Huhuhu tapi tetap enjoy. Main dpn rumah je ;D
Gambar adalah di gugel ye. Mintak izin la kalu sape2 tuan punya gambar terbaca ;)
1. Lompat getah
Ni lah game yg paling best aku rasa. Bawak getah p sekolah tu. Asal rehat rela tak makan sbb nak main. Dari zero pint smpai part last yg kena menari tu. Menari smbil lompat getah belit2 kaki. Wakakakaka! kalu 1 group tu kita je yg idup, kena cover utk geng yg dh mati tu. Rmh lama dulu ada tiang tinggi, kalu xde geng main sorang2 smbil ikat getah kat kedua2 tiang. uukr sendiri ikut paras diri sendiri hahahaha. Mmg rare lah!
2. main bola katok/rounders
lebih kurang gini lah. Game ni lah saya paling ingt sbb sambil dukung adik sambil berlari. Pakai baju kurung uolss. Main dgn budak2 laki. Tapi yg x syoknye bola slalu x jumpa. sudahnya kita bungkus batu dlm suratkkhabar/ Balut2 telabl2 dgn s.kabar pasti ikat dgn getah pastu bungkus lg dgn plasti. Buat 2,3 biji. Kalu hilang lg ambik baru. Nak beli duit xdok uols. Semua budak2 berkumpul kat rmh saya sbb rumah saya ada laman luas, so mak x marah lah sbb main smbil dukung adik. Huhuhuu
3. Main ciping / tudung botol
Saya sgt terer main game ni! Terer masa darjah 4. Bawak g sekolah lwn dgn ketua kelas saya menang tau! Sanggup g kedai kopi cari tudung botol. Huhuhuu best2! Pakcik botak mesti tak pernah main ni. Hahahahaha
4. Bola balikg selipar
Kumpul selipar banyak2, pastu baling dgn bola. Huhuhu. Budak2 laki main jahat tau. hahahaha saya tak brp gemar sgt game ni.
5. Main bedil
Main ni blh menangis uolls. Biasa mintak ayah buatkan. Buah dia pakai buah senduduk ataupun rendam suratkabar dlm air pastu ambik skit, bulat2kan pastu sumbat. Bila tembak kuar punyi 'plop'. Kena tembak sakit ni. Mau berair mata. Kalu main ni tak sah kalu tak gaduh pas tu. Hahahaha
6. Lawan biji getah.
Ini biasa main dgn adik2 dan sepupu. Buah getah banyak jenis tau. masa dulu blh cam buji getah ni jenis rimau ke kura2 ke. Biasa kura2 ni kecik tp kuat. Huhuhu Tindihkan pastu cuba pecahkan dgn tapak gn. Kalu yg tal pecah kira menang.
7. galah pajang.
Ini tak brp suka sbb slalu org laki main ngelat. Paling tak suka tau. Susah nk naik atas. Huhuhu
8. Main jentik guli
Jentik guli tu, kalu kena dapat la kat kita. Sama mcm main jentik gelang getah. Bila dh bertindih kita dpt la getah yg kena tindih tu ;)
9. Main bokeh / konda-kondi
Gini le rupanya. tapi mak ayak x bagi sgt main ni sbb bahaya. Takut kena muka ke apa ke, tapi best sgt!
Banyak lagi wei. Lawak sgt kalu ingat. asyik main je. Yelah waktu ptg masa dh siap semua keja lah. Biasa kul 5 lbh tggu teduh skit, tggu kwn2 dtg baru start main. Kul 7 stop semua. main smpai berpeluh2. Enjoy sgt. Skrg cuba try main lompat getah mau bergegar 1 badan hahahahah.
Ok ween, mcm biasa sila buat ye!
Buah-buahan yg dimakan masa zaman kecik-kecik dulu
Ari tu sembang dgn wina, psl buah2an yg slalu mkn masa kecik2 dlu. Asyik sembang psl makan je kita kan win? Hahahaha. Ok, kat sini gigih tau goggle buah2an ni, nk mengimbau kenangan. mesti ada yg tak kenal kan. Ok, kita tgk satu2 ye :). Semua gambar adalah di goggle. Kalu ada sape2 tuan punya gambar ni mintak izin lah ye, sbb main ambik dr goggle je ;D
1. Buah kemunting
buah ni biasa jumpat kat area2 kwsn pantai. Dulu2 masa praktikal sokmo lah masuk dlm rok (semak) sbb nak caru buah ni. Sedap giler weh.
2. Buah ulat bulu
Buah ni kalu masak warna kuning oren gtu. Sedap, rasa dia manis. Bunga dia pun cantik. Selalu ambik wat main dulu2 lah. Skrg ni kalu jmpa mesti x rasa nak makan. dulu2 rilek je, semua benda makan. daun ulat bulu ni pun org masak jg, biasa dlm bubur lambuk pun ada.
3. Buah kekuk/ceri
Ni kat rmh mak ada sampai beranak pinak. Tebang tumbuh lagi. Rimbun sesuai dijadikan pokok teduhan. Burung suka buah ni. Hahaha dulu2 org tua kata kalu makan buah ni nanti jd benak otak. Tak dok la..hahaha. Masa zmn U dulu ada 1 public phone kat Tok Jembal, sebelah public tu ada la poko kekuk ni. Kalu teman org bergayut, kita ni duk la layan buah kekuk. Siap rebut2 lg..Huhuhu kenangan sungguh.
4. Buah jambu arang.
Buah ni susah sgt nk jmpa skrg. Agak2 dh pupus kut. Kalu makan ggi akan jd merah . Mak marah tau kalu kena baju sbb wrna nya susah nak tanggal. Heheh masam2 cicah garam best ni!
5. Buah getah.
Oh buah ni tak makan pun. Tap kecik2 dulu kat rmh arwah tok belah ayah ada kebun getah. Slalu la masuk dlm kebun cari bijik getah ni wat main laga. Ada biji getah kura2 la, biji getah rimau la, macam2. Kalu rasa nk wat jahat skit, asah bijik getah kat simen smpai panas pastu tekap kat kulit sape2, hahaha mmg menangis wa ckp lu. Suka jg korek2 isi dia dlm dia pakai dawai, pastu letak batang aiskrim wat helikopter. Huhuu syoknye..
6. Buah gelang / gelam putih
Kita panggil buah gelang. Banyak sgt kat rumah dulu ni. Buah dia putih kecik2 je. rasa tal rasa sgt, ala manis2 kelat. Banyak sgt kat tepi semak. Huhuhu. Suka tgk buah ni sbb dr jauh nampak wrna putihnye.
7. Buah jambu golok.
Kat dpn rumah mak saya ada sebatang pokok ni. Dh tua pun. Masa zmzn dia buah banyak2 dulu, saya paling rajin kutip buah tp simpan biji. nanti dh banyak jemur kasi ilang getah pastu bakar. Huhuu best sgt. Pastu mula lah getah lekat kat jari. Seminggu tak hilang siap kena kikis dgn pisau. Buah ni saya suka sgt buat ulam dgn nasi selain masak sayur lemak dgn sotong. Huhuu nikmatnya :P
8. Buah oren susu/ markisa
Buah ni sekarang dah dikomersialkan. Banyak dah jual kat supermarket kan. Kalu dulu2 main kutip tepi semak je. Kitorang panggil buah oren susu. Ada sape ntah cite dulu, buah ni disukai oleh hantu susu. Ala hantu yg bawak batu nisan mai ketuk umah org mintak susu. sbb dia xdok susu jadi dia makan buah oren susu ni lah. Sape lah reka citer tu hahahaha.
9. Buah senduduk
Sape pernah makan buah ni angkat kaki! Hahahaha kecik2 dulu kalu hari jumaat kan tak sekolah, kitorang adik beradik masuk ke kebun tokki. Kat kebun tu bnyk pokok senduduk ni. Cari buah yg masak pastu makan. Habislah satu mulut jd wrna purple. Pastu kalu waktu pagi kitorang cari kudup bungan senduduk wat main. Kudup tu kita wat lipstic., sbb bentuk dia comel nye..hehehehe
10. Buah ubat nyamuk /mempelas
Buah ni rasa dia masam giler. Tp suka mkn masa balik sekolah rendah dulu. Dulu2 g sekolah jln kaki. Lalu kut jln kampung banyak le pokok2 ni. masa balik ambik le makan. Daun pulak ambik wat asah penunjuk buluh untuk mengaji nanti. Heeheh kenangan betul lah ;)
Win, aku nk tag ko boleh? hehehehe
Tuesday, June 21, 2011
Tepung bungkus
Tetiba rasa nak makan kuih tepung bungkus pulak. Hmmm nak beli ke nak buat, beli ke buat. Rasa nak makan yg panas2 suam lepas dikukus tu. Dlu kat rmh mak ada sorang makik tu buat, xtau sekarang masih buat ke x. Adui sedapnya. Ni bukan mengidam ye, ni mengada-ngada namanya..hahahaha.
Kalu buat pun mcm senang je. Tp tak berbaloi pulak nak buat utk makan 2 org. Tp rasa nak buat!
Kalu buat pun mcm senang je. Tp tak berbaloi pulak nak buat utk makan 2 org. Tp rasa nak buat!
pic credit to goggle (zanaz70.fotopages.com)
Arrrhh sedapnyeeeee.. dah 2 hari asyik duk pikir kuih ni je... tak blh jadi ni..Kita tgk resepi pulak.
Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan
Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan

Resepi credit to http://hanieliza.blogspot.com
Sunday, June 19, 2011
Sharing (tiru tajuk wina)
Tadi tgh2 blogwalking ternampak wina dh update log dia. Apa lagi cepat2 baca. Rupanya dia buat tag, dan kena tag lah jawabnya. Menarik jugak tag ni.
Sebetulnya saya mmg suka beli barang mekap tapi tak suka sgt bermekap. Saya suka mekap muka org. Muka sendiri tak brp menjadi, hahahaha. So brg mekap pun ada yg guna dan ada yg tunggu jadi emas hahahaha.
7. Krim dan pewangi

1. Beg mekap
beg ni beli masa expo barang thai kat Giant dulu, rasa2 ada dlm 3 thn lps. Skrg ni tak bawak dah beg mekap ni, berat kan beg aku je..hahhaa
2. Bedak
Yg bulat tu Maybelline minerals. Bedak ni bagus sbb mcm foundation tp versi debu. Awal2 dulu je pakai skrg jarang sbb malas nk guna berus tu. Sudahnya try beli pixy tu. Best jugak. RM14.90 beli kat sabasun.
3. Eyeshadow
Yg pakai hari2 yg besar tu, 88 pellete. Beli lama dah. Geram sgt tengok, yg ni juga digunakan utk mekap2 dan main2 conteng2. Yg hitam putih tu mmg wajib ada, pakai pun tak pakai mana. Yg coklat tu eyeshadow base sendayu tinggi. Bila pakai base ni pakai eyeshadow murah pun nmpk mcm yg mahal punya.
4. Celak
Celak hitam ni wajib, tak pakai eyeshadow pun xpe janji celak pakai. Yg paling best yg pendek tu la. Maybelline express apa ntah. Murah je rasanya. Yg pjg tu Avon punya. Tak pakai pun. Yg putih tu celak putih tu beli sbb awal2 bljr mekap dulu mcm best je. tp jarang sgt pakai sbb malas. hahahaha
5. Blusher.
Yg ni dua2 pakai hari2. Yg bulat tu bodyshop beli masa offer. Kalu x offer jgn harap. Best sbb warna dia cantik dan tahan jugak. Yg pellete tu beli sbb geram tgk warna warni. banyak warna. Dh banyak kali jatuh, tu ada yg kosong tu, hahahaha
6. Lipstik
Sbnrnya pakai 1 je yg atas sekali bekas silver tu. Maybelline watershine. Ini je yg bibir saya blh terima. Start pakai masa zmn bljr dulu adalah 10 thn dah pakai brand yg sama. Yg tengah tu sendayu Tinggi punya. Kalu ada function baru pakai yg ni campur dgn maybeline tu, warna jadi tahan skit. Ygpink bawah skali tu beli sbb nak mekap adik2 kawen baru ni. Saya jarang pakai.
Krim ni brand Nutox. Huhuhu opismate ku sedang tergila2 kan brand ni skrg. Tp yg ni night repair. siang saya tak pakai sebarang krim mau pun foundation. Dan serius saya mmg tak pakai minyak wangi. Yg roll on tu Avon punya dh brp tahun tak habis2. Sbb mmg tak pakai mana pun. Kekadang je sapu.
Ok, dah siap dah. Nak tag opismate ku si fiza la ;)
Jemput makan ;)
Alkisahnye semalam ada kenduri rumah pakcik. Sempena persaraan kut. Makan nasi lauk gulai kawah, ikan masin la, ok lah. Ptg balik rumah rasa macam tak puas je makan td..huhuu
Sudahnye.............
Bertambah 2 kali..hakhakhakhak!
Jemput makan semua ;)
Sudahnye.............
Bertambah 2 kali..hakhakhakhak!
Jemput makan semua ;)
Wednesday, June 15, 2011
Kisah hari bapa
Salam uolls,
Pertama sekali nak ucap banyak2 terima kasih kpd izman kerana sudi memberi kebenaran utk berkongsi kisah beliau dan papanya. Sgt terkesan dihati saya tatkala membaca teguran dan nasihat dr papanya.
Hubungan saya dgn ayah sgt baik tp biasalah, ayah jenis suka gurau kasar2, dan kami adik beradik pun jarang ucap perkataan sayang. Dulu2 masa kerja x pernah bagi duit kat ayah sbb semua urusan perbelanjaan rumah mak yg uruskan. Ayah cuma bagi duit kat mak dan dia akan ambik sikit utk diri dia saje. So bila bagi duit saya bagi kat mak je, tp kebelakangan ni saya start bagi kat ayah w/pun RM50. Puncanya saya tanya mak, nak bagi duit tak kat ayah? Mak kata ayah xnak pun tp kalu nak bagi ayah suka. Bukan dia nak sgt duit kita kan.
So, lps tu sy start bagi kat ayah. Tak banyak pun tp sayat tgk ayah sgt gembira smpai cium duit tu. Sya terharu sgt, mak kata ayah sgt menghargai pemberian tu w/pun x banyak. Kemudia saya terpikir (knp sebelum ni x pikir ek), ayah lah yg kerja dr muda smpai tua utk membesarkan kami 8 beradik, tp knp bila saya dh kerja saya berkira utk bagi duit kat ayah. Padahal itu perkara pertama yg saya patut buat. Mulai dr saat itu, wlau mcm mana sengkek pun, saya tetap akan hulurkan duit kpd ayah sbgai tanda ingatan. Sob sob sob, sedih pulak.
Bila baca kisah izman dan papanya buat saya lagi terharu. Saya paparkan disini utk renungan kita bersama. Harap korang dpt baca utk iktibar kita ye, walaupun citer ni agak panjang tp sgt berbaloi membaca nya.
Berbalik kepada hari bapa. aku teringat nasihat dan teguran papa aku semasa aku balik kampung minggu lepas. kisah kasih sayang seorang bapa kepada anak.
begini kisahnya.
semasa aku balik kampung, isteri dan anak2 aku kurang sihat. isteri aku kurang sihat kerana buatan orang (dah 6 bulan), manakala anak2 selsema. so, aku banyak menghabiskan masa di bilik bersama keluarga berbanding melayan papa aku. begitu juga lepas balik dari kelantan, aku banyak habiskan masa dengan anak2 berbanding melayan papa aku. suatu masa, ketika aku balik dari membawa keluarga aku ke bandar jerantut membeli sedikit keperluan, aku duduk diberanda rumah. aku membaca akhbar yang baru dibeli sambil minum teh panas. papa juga menyertai minum petang itu. dan..... papa memulakan syarahannya.
"aku tau mu sayang kat anak2 mu, tak boleh dengar anak2 menangis sikit, mu nak gi jenguk. aku tau anak2 mu tak sihat, mu laki bini berjaga sampai pagi. tapi mu kena ingat macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat mu."
aku diam.
papa terus bercakap. "mu ingat aku sayang kat mu masa mu kecik2 je ke? TIDAK! aku sayang kat mu dari mu lahir, masa mu sekolah, sampai la mu berbini dan beranak pun begitulah aku sayang kat mu".
aku dah rasa sebak dan bersalah (aku tak nak cerita bab air mata aku dah bergenang).
"kalau mu rasa sayang kat anak2 mu, aku terlebih lagi sayang kat mu. dari mu lahir, apa mu nak aku beli. mu sakit, aku dan mami mu tak tidur sampai pagi. masa dulu bukan macam la ni, klinik ada 24 jam. dulu klinik takde, hospital jauh. mu demam, berjagalah sampai pagi tuam tuala basah atas dahi mu".
"mu nak sekolah, mu sebut je nak ape, semua aku beli. tak cukup di damak, aku pegi beli di jerantut. semua aku beli, asal mu nak gi sekolah je. tu pun punya la pemalas mu nak gi sekolah. macam2 peel tak nak gi sekolah, tapi aku sabar. mami mu puas pujuk gi sekolah hari2. dengan aku, dapat la rotan kalau malas gi sekolah".
"mu kerja, aku tak mintak apa2. mu bagi duit, aku ambik. mu tak bagi, aku tak mintak. aku jaga anak2 aku tak pernah minta anak2 bayar balik. kalau mu nak bayar, mu rasa berapa harga mu nak bayar aku? mu kerja sampai matipun mu tak boleh bayar! tak de harga, tak ternilai harga untuk ibubapa yang jaga anak2. mu tak perlu bagi duitpun, aku masih sayang kat mu. mu tak bagi duitpun aku masih hidup, duit aku ada. tapi kalau anak2 bagi duit, walaupun RM10, aku cukup bersyukur. rasa seronok sangat".
"segala yang anak2 bagi, aku tulis dalam dairi aku. bukan aku nak banding anak2, atau aku nak tau berapa anak2 bagi duit kat aku. tapi aku seronok ingat apa anak2 bagi kat aku. mu kena ingat, mu buat baik kepada ibubapa sekarang, Tuhan akan balas dengan memberi keberkatan. Insyallah anak2 mu nanti secara automatik Tuhan beri mereka ilham untuk membuat jasa kepada mu laki bini pulak. kalau aku mati nanti, mu mintalah dairi tu, mu tengoklah apa mu pernah bagi kat aku. aku tak nak banding berapa mu bagi kat aku, berapa adik beradik mu yang lain bagi kat aku. mu kerja besar, memanglah mu bagi lagi besar. tapi ingatan dan bagi tu dah cukup. mu bagi Rm10, aku terima. mu bagi RM100 ,syukur. mu bagi aku rm1000, aku alhamdulillah".
"mu anak hok tua, mu kena ingat. adik beradik kena sepakat. kalau adik beradik susah mu kena tolong. mu adik beradik memang ada yang susah, ada yang senang. aku tau. aku kalau aku sakit, aku cakap kat ma mu jangan telefon kat anak2. tak nak susahkan anak2. aku tau kalau anak2 tau aku sakit, anak2 pakat nak cuti, nak balik tengok aku. mu yang paling jauh, aku sakit masuk spital baru ni aku tak bagi cakap, tapi mu sampai dulu. dah kena cuti 2-3 hari".
aku hanya diam.
"mu ingat berapa kali mu pernah beli kain baju kat aku?". aku mengeleng.
"aku tau anak2 tak pernah ingat sebab anak2 rasa kalau bagi kain baju, tu cuma kain baju. tu pada anak. pada aku, kain baju tu tanda anak2 ingat kat bapak dia. raya baru ni mu beli baju john master kat aku, size L. aku dah la makin kurus. sebab anak beli baju, punya la aku suka, aku gi kedai jahit cina di jerantut tu nak kecikkan baju tu. nak kecik dengan aunty mu, dia takut rosak baju. baju tu dah la harga dekat rm200, aku habis rm26.40 pergi kecikkan baju tu. suka aku pakai gi sembahyang raya. suka sengih aku sorang2 pakai baju mahal anak bagi. tapi bukan maksud aku suruh anak2 bagi kain baju mahal kat aku, kalau bagi kopiah harga rm2 pun aku pakai. Alhamdulillah, hak anak bagi ni makayah rasa suka pakai".
"dulu masa mu baru kerja, belum nikah, tiap2 bulan mu balik. dah mu menikah, anak keluarga sendiri, 2-3 bulan baru balik sekali, aku tak kata apa. mu dah ada tanggungjawab sendiri. kerja pun banyak, aku faham kalau anak2 tak boleh selalu balik. tapi sebagai bapa, aku pun teringat kat anak2 aku. kadang2 lepas sembahyang menangis aku teringat anak2. susah ke hidup anak2, senangke hidup anak2. aku tau, tak kan anak2 aku tak makan walau sehari. tapi kasih sayang bapa tu kuat. kalau anak2 balik, sukanya hati. kalau sakit rasa tak boleh bangun tu, tiba2 je rasa kebah. saje kuat semangat, nak berborak dengan anak2 dan cucu. tapi kalau anak2 balik kampung, tapi buat tak peduli kat aku, rasa kecik la hati aku. ingat balik nak tengok aku, tapi buat tak cara kat aku".
aku dah tak mampu angkat muka. rasa malu pada diri sendiri.
"masa anak2 nak balik rumah, rasa sedih je hati aku. bila la mu nak balik pulok. sempat ke nak jumpa lagi. tapi aku sedih jugak kadang2 dengan anak2 ni, dah balik rumah tu, bagitau la dah sampai rumah ke belum. aku sini tunggu la nak dengar khabar anak2 selamat sampai rumah ke tidak. ye la aku tau anak2 dah besar, dah pandai bawa diri. tapi aku ni masih bapak, selagi ada nyawa mu tu masih anak aku. aku risau kat anak2 aku. kalau dah selamat sampai tu, bagitaulah. tak nak telefon tu, sms lah. payah sangat nak tulis "dah selamat sampai rumah"? kadang2 sampai tengah malam aku dok tunggu2 anak2 telefon dah selamat sampai. kadang2 aku cakap dengan ma mu, emmmmm... dah sampai ke anak2 tu, senyap je tak de khabar berita. kadang2 tu saje cakap buat ambik hati, anak2 semua dah besar, dah selamat sampai la tu. kalau ada apa2 hal, tentu dah ada orang telefon bagitau."
"aku pun tak faham anak2 ni, susah sangat ke nak telefon tanya khabar makayah. tak abis rm2 pun sekali telefon. aku pun bukan tak tanya apa, dapat dengar suara anak2 dah syukur alhamdulillah. lama2 sekali tak jumpa anak2, tak dengar suara anak2; terasa sebak je. nak tidur pun tak boleh. tu yang kadang2 aku pulak yang suruh ma mu telefon. saje nak dengar suara anak2".
aku masih bungkam. tak mampu berkata apa2 sebab apa yang dikatakan memang benar belaka.
"mu ingatlah kata aku ni, mu pesanlah kat adik beradik mu yang lain. aku tak pernah bezakan kasih sayang pada anak2. semua anak aku sayang. aku tau mu kadang2 kecik hati, nak marah ke adik beradik lain, aku marah ke mu. mu kena ingat mu tu anak lelaki paling tua, selepas aku, mu lah yang kena tengok adik beradik mu. aku bukan hidup menongkat langit, suatu hari aku akan mati, kalau mu adik beradik rasa ingat kat aku, bacalah doa. kalau mu ada duit lebih, buatlah tahlil. tahlil ni aku tengok dah lama mu tak buat, buatlah. itu amalan kita pada yang mati. doa jangan kedekut, doa ni biar sampai semua. pakat adik beradik, buat tahlil kat arwah mami mu tu. tahlil ni bukan untuk seorang, buat sekali untuk arwah tok nenek, arwah tok tua mu dan semua muslimin dan muslimat yang dah mati".
"cukuplah anak2 tau, walau aku tak pernah tunjuk macam mana aku sayang kat anak2 aku; macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat anak2 aku. walaupun anak2 dah besar, aku tetap sayang anak2 aku sampai aku mati".
Apa kata anda ?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa kata anda ?
Monday, June 13, 2011
Menu hari ini ;)
Hari ni kami suami isteri adalah berpuasa. Asyik makan je kan, kita bagi perut rehat pulak.. Balik opis terus masuk dapor siap2..
Sup sayur. Udang + bebola ayam sweet sour dan yg paling ditunggu2 sambal bilis tempoyak.Auu lama dh teringin nk buat ni. Pertama kali makan masa g hntar Anif dftar matrik itu ari. Makan rumah Kak Ja kat Seremban. Terus jatuhcinta!
Rasanya senang je. Gugel jg resepi tp bnyk versi plak. Ada yg letak serai la. Last2 saya buat yg paling simple. Potong bawang holland, tumis smpai layu, masuk bilis yg belum digoreng, kemudian masuk tempoyak yg ditumbuk dgn cili padi. Letak air skit kasi pekat dan sebati.
Masa berbuka td makan lah, Ya Allah sedapnyeeeee. Cuma x pedas. Buh 2 biji je takut pakcik botak x tahan pedas pulak.
Nampaknye kena beli tempoyak banyak2 buat stok ni ;)

Bantal bulu burung ~ wajib baca!
~Sticky post~
Sharing this info from http://wanitabertudunghijau.blogspot.com . Terima kasih utk bacaan yg sgt berguna ni.
******************************************************
Kuliah zohor semalam sebenarnya menyentuh tentang banyak aspek. Tapi aku nak ringkaskan tentang satu topik sahaja iaitu tentang mengumpat. Aku nak tujukan entry ini khas buat diri aku sendiri. Aku ceritakan di sini versi aku ya.
Ustaz kata, pada zaman dahulu, ada seorang wali Allah. Dia sering diumpat oleh golongan munafik Tapi sebagai wali, dia tetap memaafkan sesiapa saja yang mengumpatnya. Nak dijadikan cerita, salah seorang yang mengumpatnya tadi tiba-tiba mendapat taufik dan hidayah daripada Allah. Maka, dengan penuh rasa bersalah, dia kembali mendapatkan wali Allah tadi untuk memohon maaf. Wali Allah tadi cakap boleh, tapi dengan bersyarat iaitu sediakan sebiji bantal yang diisi padat dengan bulu burung.

Selepas menyediakan bantal yang dikehendaki, wali tadi meminta orang tersebut mengoyakkan bantal itu. Maka berterbanganlah bulu burung tadi. Wali Allah meminta semula orang tersebut kembali mengutip segala bulu burung yang dah berterbangan tadi dan kemudian memasukkan semula ke dalam bantal.
Malangnya, orang tersebut tidak mampu lakukan. Adalah mustahil dapat mengumpul kesemua bulu yang telah terbang entah ke mana. Tiba-tiba wali tadi berkata lebih kurang beginilah,
Beginilah perumpamaan orang yang mengumpat. Dosa kamu mengumpat aku telah ampunkan. Tapi bayangkan bulu burung tadi adalah diibaratkan seperti orang-orang yang mendengar umpatan kamu sebelum ini. Adakah kamu tahu sehingga ke manakah umpatan tersebut telah disebarkan? Kamu takkan mampu kutip dan kumpul.
Aku terfikir semasa zaman kejahilan aku. Aku suka umpat artis dan ahli politik. Tiba-tiba aku terasa kerdil. Aku sangat-sangat berdosa.
Aku malu sendirian. Sejak aku tersedar sehingga sekaranga aku cuba elakkan perkara negatif macam ni. Insyaallah aku tak nak terjebak lagi dalam perkara yang mengundang dosa macam ni. Aku elakkan juga menulis entry yang berbaur mengutuk atau menghentam orang lain.
P/S : Nak kumpul pahala terasa sangat berat, tapi nak kumpul dosa terasa ringan je kan. Ni mentaliti akhir zaman. Aku cakap pada diri sendiri. Kurangkanlah bercakap tentang perkara sia-sia. Basahkan lidah dengan berzikir. Biar orang pandang kita hina, sebab zaman sekarang orang yang berlumba-lumba mengejar pahala dipandang serong, tapi itulah bekalan kita kat sana. Aku tak kisah orang pandang aku alim ke, alim-alim kucing ke, ustazah ke, sebab aku dalam proses nak mengubah diri aku. Aku banyak dosa.
Apa yang aku cakap, aku tulis semuanya nak ingatkan diri aku dan aku cuba nak berkongsi perubahan hidup aku di dalam blog ni. Dulu aku jahil, sehinggakan aku tak rasa aku mampu tebus dosa aku. Aku hanya mampu pohon pada Allah supaya ampunkan dosa aku.
***********************************
Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan iman ku..
Sunday, June 12, 2011
Piala FA tiba di Kuala Terengganu
Ptg td balik opis pakcik botak ajak g syahbandar. katanya piala FA sampai ptg ni. Sedang molek je masuk parking, rombongan playerdan piala pun tiba. Dgn mat2 motor memenuhi kawasan parking. Pakcik botak heret jugak saya meredah lautan manusia nak g dekat player.
Last2 dpt juga jumpa. Series wei, Mazuki Yusof tinggi dan hensem. Hakhakhak! pakcik botak jgn marah ye. Anda yg paling hensem di hatiku ;)
Last2 dpt juga jumpa. Series wei, Mazuki Yusof tinggi dan hensem. Hakhakhak! pakcik botak jgn marah ye. Anda yg paling hensem di hatiku ;)
bersemangat tak abih pakcik ni. Satu hari ni je status Fb dia psl bola je..
ketibaan player dan piala
sempat jugak lah pakcik botak tumpang gmbar dgn opismate dia sama Joseph Kalang Tie
Status terbaru SUKMA, Terengganu juara jugak! Hebat! Hatrik!
Skrg ni berdebar2 nak tunggu pengumuman cuti dr MB pulak. Huhuhu bila agaknya ye? Dapat 2 hari ke 1 hari? Pakcik botak kata 1 hari je huhuu. Tunggu je lah ye ;)
Gelagat org tgk bola..
Terengganu juara! Alhamdulillah..
Berdebar je tgk bola mlm ni. Akhirnya menang jugak.
Saya nk tunjuk gelagat org tengok bola ni..hahaha. Layan je laaaa
perlawanan yg sengit dan buatku senak perut.. tggu MB umum cuti lah kita ye.. ;)
Friday, June 10, 2011
Mari kita ke ladang hoi! hoi!
Ladang tepi rumah ye kawan2..
lalang dan rumput dah bermaharajalela..Nk kata panjang takdelah panjang sgt. Tapi dh tumbuh la. Pakcik botak asyik la du kata nk simenkan tanah.
Ehhhh mana bolehhh! sayang tau nanti nak bertanam kat mana. Org nak tanah dia nak simen pulak. sya dah plan nak tanam macam2 kat tepi pagar tu tapi tu lah, nk pegi nursery cari pokok pun satu hal. Bila nk pegi ni.
membebel2 pakcik ni kata rumput dh panjang. Pastu nk simenkan tanah baru rumput tak tumbuh. Hello saya tak izinkan tau! Biarlah rumput tu nk tumbuh, kurang2 buleh juga berzikir kat tuan rumah kan..hehehe

ambik gambar dr atas.. saya malas mau turun lah..
membebel2 pakcik ni kata rumput dh panjang. Pastu nk simenkan tanah baru rumput tak tumbuh. Hello saya tak izinkan tau! Biarlah rumput tu nk tumbuh, kurang2 buleh juga berzikir kat tuan rumah kan..hehehe
Sunday, June 5, 2011
Pokok ceri terengganu
Lama tak jumpa pokok ceri ni. Yg saya tau pokok ni dipanggil pokok ceri terengganu. Tak pasti kat tempat lain panggil apa. Jumpa pokok ni masa g kenduri kawen opismate, apa lagi terus ambik gambar hahahaha.
Rimbun pokoknye. kebetulan tgh berbuah. Buah ni tak masak lagi.
Banyak yg dh masak tapi tinggi. Buah nya segugus mcm buah anggur cuma besar skit dr buah anggur dan warnanya merah bila masak.
ada 3 biji yg masak. merah menyala.
Buah ni rasanya agak kelat2 manis. Kalu nak makan kena gelek2 dulu kat tangan kasi lembik. Kalu tak lagi lah banyak rasa kelat nya. Sejujurnya saya tak brp gemar buah ni cuma suka tengok je sbb buah dan pokok nye canjtik. Daunnya pun menarik. Sesuai utk dijadikan pokok teduhan di kawasan rumah :)
Ween, ko pernah tgk tak pokok ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)