Day 4 : 17 April 2016
Hari ni checkout pukul 6.30 pagi. Pukul 6 pagi dah cerah tau sebab 6 petang dah gelap gulita. Kami sarapan ala
kazam kadar kat pantry, ada tempat masak dan tempat makan. Macam biasa tetamu lain tak kelihatan hahaha. Makan roti + tuna dan bancuh kopi 3 in 1 je. Pantry dia bersih dan luas. Kelengkapan nak masak semua ada. Kalau nak guna boleh lah. Tapi kitorang memang tak masak. Kalau korang yg pergi esok2 nak masak boleh bawak sabun untuk sertu sebab tak tau depa masak apa kan.
Tempat tengok tv
Dapur tempat masak
Tempat makan. Sebelah dapur je ni
Ni hotel dari luar. Masa check in malam tadi gelap nak ambik gambar tak nampak hhhahaha
Malam tadi masa cari kedai fish and chip kami pegi kat satu tempat sebab ada satu restoren. Tapi restoren tu tutup dan kami nampak kawasan tu macam menarik sebab tepi tasik so pagi ni kami singgah jap nak tengok. Memang cantik sangat kawasan perumahan nya. Tenang, sejuk, nyaman. Memang jatuh cinta weh rasa tak nak balik je hahaha
Memang cantik. Tak dapat nak gambarkan keindahan tempat ni
Kemudian kami terukan perjalanan ke Cape Leeuwin Lighthouse tapi kami sampai awal sangat dalam pukul 8 am. Waktu operasi nya 9 am. Tak pelah ambik gambar dari jauh jelah. Kami tak nak tunggu sebab jauh lagi nak pergi. View sangat cantik. Tempat ni adalah pertemuan antara dua laut iaitu Laut India dan apa nama laut satu lagi lupa dah hehehe.
Hentian seterusnya adalah di Margaret River. Berenti sekejap untuk isi perut dan cuci mata. Margaret River ni bandar kecik banyak kedai tepi jalan. Kami stop dekt Subway beli roti dan sayur je. kemudian kami letak sambal bilis hahaha. Singgah kejap je dan teruskan perjalanan ke Busselton Jetty.
Busselton Jetty ni ada jeti yg panjang dan ada jugak taman yg mana masa kami sampai tu ramai sangat orang dan ada macam pasar kecik depa buka kat situ. Hari ni hari Ahad so tak heran orang ramai kat taman ni. Nasib baik jumpa parking hahha lupa lak weekend.
Kami park kereta kat depan taman ni.
Sape rajin boleh baca hehhee
Kami pakai sedondon hari ni baju daripada Harash Collection. Ada sorang perempuan baya-baya mak kita tegur baju kami cantik dan sedondon hahaha
Anjing ni macam mop lantai hahaha. Comel weh geram plak
Ini lah Busselton Jetty. Boleh masuk dengan bayaran Aud 3 untuk jalan kaki dan aud 17 kalau nak naik train. Kami jalan kaki saje hahaha . Jarak ke hujung jetty ni sepanjang 1.8 km. Kat hujung sana ada Underwater Observatory. Boleh masuk dan walk under the sea dgn bayaran Aud 32. Kami jalan kaki pon separuh jeti je huhuhuhu jauh wehhh hahaha. Kat jeti tu depa sediakan teropng dan kalau nasib baik boleh nampak dolphins berenang. Dekat tempat beli tiket tu ada kedai jual souvenior. Boleh la masuk cuci mata ke nak beli ke. Kami tak beli apa kat sini sebab harga mahal skit.
Aku berkenan penutup tandas ni tapi berat hoi haha
view sepanjang perjalanan
Ok, dari Busselton Jetty kami bergerak balik ke Perth. Plan kami nak sampai ke Freemantle selewat-lewatnya 3 pm sebab nak shopping souvenirs. Kedai tutup pukul 5 kalau tak silap. E-shed buka Jumaat-Ahad sahaja. Alhamdulillah sempat sampai walaupun terlewat sikit. Pusing-pusing jugak nak cari parking nasib baik jumpa depan E-Shed tu. Kena alert dengan simbol parking. Ada P (free parking, tp ada limit kalau x silap), 1P, 2P, 3P atau 1/2 P. 1/4P pun ada. Kami parking dekat simbol 3P dgn kadar Aud 4.50.
Ada banyak kedai dalam E-Shed ni. Kami dapat info Malaysian biasa memborong di Megabes atau Aussin. Sebenanrnya dua kedai ni sebelah menyebelah je. Mulanya kamk masuk Aussin pastu nampak kawan kami keja dkt Megabes tu so terus masuk sana. Tapi sebenanrnya Aussin lagi besar dan banyak pilihan. Kami habis dalam Aud180. Sebenanrnya tak plan nak shopping sebab kami pon datang bawak bagpack je. Umie lagi lah banyak giler hahah dengan family kirim. Last termenung tepi bakul hahaha. Oklah yg tu kita pikir kemudian.
Selesai shopping kami nak makan fish and chips yg famous dekat Kailis's. Since ramai yg kata best so memang teruja nak try. PB ambik Fish & chips yg berharga Aud11. Aku ambik seafood platter ada fish and chips, sotong celup tepung, udang dan scallops. Harga Aud18. Ok jgn risau psl status halal. Kedai ni mmg x certified halal tapi depa dh buat pengesahan memang tak gunakan lemak haiwan ataupon alcohol kecuali chilli mussels guna alcohol. So jgn beli chilli mussels tu. Kalau was-was jg makan. Makan megi dlm cawan je la hahaha.
Kami maka kat luar tepi kapal. Feeling sangat duk obersi uolls hahaha. Tgh syok makan lalu la skrang retis ni berpeluk dgn bf dia dgn rambut perangnya. X heran pon dia nak berpeluk tu tp yg heran nya kat Malaysia dia ni bertudung. Ada la 2-3 production staf depa kut jalan sekali. Rupanya Umie dah ambik gambar dgn dia pastu retis ni siap pesan jgn publish kat media sosial sbb dia tak pakai tudung. Jadi sejak itu aku tak heran sangat dengan retis yg bertudung kecuali beberapa yg memang betul2 mcm Miznina, Natasha Hudson dan beberapa lg. Yg ala2 ni hmm ko tau la pegi oversea tudung ke mana.
Selesai makan semua kami check in balkk hotel yg sama masa 1st day itu ari. Asalnya kami book Perth Ambassador Hotel. Saje nak feeling duk hotel mahal skit hari2 terakhir kan tp bila duk beatty lodge ni mcm ok je so kani cancel yg perth ambassador tu nk booking yg ni semula. Nasib baik sempat boleh cancel. So sampai bilik, mandi, solat dan siap2 kami pon decide kuar cuci mata kat bandar Perth sebab belum sempat explore lagi. Malam tu kitorang ke Elizabeth Quay. Lokasi betul-betul di tengah bandar Perth. Parking banyak tapi max 1P je boleh parking. Parking dalam bandar mahal banyak hahaha 😂 Aud6.50. Syiling banyak aud 1, aud 2 berat giler weh. Buh je lah. Tapi jgn la convert ok.
Dari tempat parking nk ke Elizabeth Quay tu kami terbau macam rempah kari megi. Sedap weh. Rupanya ada restoren india. Nampak mewah juga. Boleh je nak makan sebab ada tulills vegetarian . Kami jalan-jalan ambik gambar. Bandar Perth sangat cantik waktu malam. Bersih giler walaupun tak jumpa tong sampah pun tepi-tepi jalan macam kat Malaysia.
Selesai jalan-jalan di Elizabeth Quay ingat nak balik hotel sekali rasa nak mengeteh plak hahaha. Google punya google ada satu restoren org Malaysia iaitu D'Nyonya Penang Cafe. Restoren ni tutup 10 pm dan last terima customer 9.30 pm. Kami sampai dekat-dekat nak 9.30 depa terima kasmi masuk lagi tapi orang takde dah. Ada sorang je. Kami order kongsi-kongsi jugak sebab tak rasa lapar sangat plus portion makanan yg agak banyak. Selesai makan kami nampak sepasang suami isteri duk kat meja macam tengah buat kira-kira. PB pun tegur lah, rupanya memang owner dia iaitu Puan Diana Zainal dan suami. restoren ni mak dia punya katanya tapi sekarang dia yg uruskan. Lama jugak kami bersembang membawak ke luar kedai hahahaha. Ramah sangat Diana ni. Siap bergossip ok hahahaha.
Selesai makan semua, kami balik ke hotel dan kroh kro kroh. kita bersambung di entry seterusnya ;)