Thursday, September 19, 2019

Welcome Ainur Dzafina Mohamad Dzulfadzli

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

WAH WAH.. lama betul tak update blog. maklumlah busy.
Rasanya last time baru je update pasal bersalin yang sulung. tup tup on this moth, my second daughter already 8th moths! HAHA.. its a longggggggggg story then.

So macam biasa, I would like to story on this blog so that bila anak-anak mama dah besar,  boleh baca-baca macam mana mama ko nak beranakkan korang. hahaha

Masuk je minggu ke 38, mama memang dah tak larat langsung nak bawak perut. Aku start sakit pinggang dan punggung masa baru masuk 5bulan..Seriously. sakit yang boleh buat emosi. Masa ni Dzul tak sengaja buat benda salah pon, aku boleh bantai merajuk mcm apa. Adam pulak, my pregnancy masuk 8bulan, dia boleh start buat perangai.. 😑 Semua benda dia bantai menangis. Nak mandi pagi, salah buat apa-apa..semua dia nak nangis. I turns to a dragon tahu tak. 😂😂😂

Masa ni orang kata, lepas bersalin nanti Adam akan okay lah. Itu yang buat aku tak sabar nak bersalin. Oleh sebab itu, hari-hari aku google pasal natural induce. HAHA! macam-macam. Makan buah nanas la, senam itu ini lah, but let me tell you something yang berkesan. Korang kena kerap bersama suami masa hujung-hujung pregnancy tu. Tapi memang terbukti pon,.cuma aku tak pandai nak terjemahkan dalam bentuk tulisan aku ni ha. Tak pandai nak explain. Sebab tu Biologi masa form 5 dulu aku cuma C5 jee 😜

Masa 5 Januari tu, aku dah start rasa contractions, tp sangat slow.. cuma bila dah pernah beranak, aku boleh beza Braxton Hicks yang tipu-tipu tu dengan real punya. Masa tu pagi lagi. Since dah rasa, aku cuma cakap kat Dzul dan mak aku yang aku dah ada rasa.. tapi lambat lagi. So haritu aku cuma penuhkan aktiviti mengemas rumah sebab rasa-rasa lepas ni banyak terbengkalai. Sental bilik air, lipat baju, kemas beg ke hospital everything. Kebetulan masa tu sabtu, walaupun cuti memang tak kemana sebab dah ada rasa mcm tu..

Masuk je Asar, rasa tu masih ada cuma dh boleh rasa kuat sikit tapi sangat-sangat boleh kontrol plus. Tak ada masalah. So aku decide nak berjalan-jalan je petang tu kat taman. Bawak Adam sekali round-round taman. Dalam 2round jugak,. Tapi masa tu dah boleh rasa la bila contraction tu datang, aku memang nak duduk je,.sakit jugak tp mild lagi.

Lepas jalan-jalan, aku decide nak makan. Konon-konon nanti nak tenaga sebab nak meneran. Yang si Dzul dah cuak jugak, kejap-kejap tanya ok ke tak. ok ke tak. I said, I know when then time is cominggg.. so rileks je,. jadi sebab rileks sangat sempat membaham lempeng cecah asam pedas, mee bandung, sate. aceeehhhh 😋😂😂

Balik pon dah magrib. Masa tu masuk toilet baru perasan ada tanda darah dekat pantyliner. I told mak dan Dzul. Cuma aku cakap lambat lagi ni. Sakit sikit-sikit je.. hehehe.. so selesai solat magrib aku dh rileks jap. Wasap dengan pengasuh Adam yang maybe aku akan hantar Adam tengah malam.. sebab aku dah rasa nak bersalin. Alhamdulillah, akak tu ok je..

Everyhthing went well. Kesian Adam malam tu aku suruh Dzul tidurkan dia sebab aku sakit dah. Tapi sebab dia memang nak kena tidur dengan aku, aku tidurkanlah dia dalam melayan contraction tu. Hehe..Start pukul 11malam lagi aku dh rasa sakit lagi kuat, Cuma aku masih mampu nak melayan. Adam dan Dzul dah tidur.. aku je lah terlelap dalam pukul 12-1pagi tu. Pastu terbangun sebab sakit sangat.

Start pukul 1 pagi tu memang tak dapat lelap lah. memang aku layan sakit mcm mana aku baca dulu. Mulut tak lepas-lepas baca doa nabi Yunus tu. Aku dah install timer untuk tracking contraction tu. Sampai tersujud-sujud aku rasa masa tu. Ni maknanya dah kuat lah.. Cuma cara bernafas tu memang membantu, aku sempat squat bagai lagi. 😜 Masa contraction datang, aku genggam tangan Dzul kuat jugak la sampai dia terbangun dan tanya ok tak. aku masih ok cuma dia dah tak nyenyak lah tidur. hehe

Tapi last-last 3.30 pagi, aku tengok dah 5min sekali. dah boleh pergi hospital lah. Sebab nak hantar Adam dulu semua.Kang tak sempat, terberanak pulak. HAHA.. Tapi on the way hantar tu, memang sebak. 4 pagi hantar anak tengah tidur ke rumah orang. Rasa ya Allah, kalaulah ini kali terkahir mama jumpa Adam.. sebak sungguh. Lepas sampai, mama tetap cium-cium Adam walau dah sakit2. Sampai Dzul terlanggar bonggol pon nak marah. Sempat jugak singgah 7E nak beli roti dan air milo.. Makan laju2 sebab nnt masuk labour room mesti dah tak dapat makan. hehe

Sampai hopsital pukul 4.15 pagi..Ckap sy nak bersalin, terus dorang suruh tukar baju. Masa tukar tu sempat tukr pad sebab darah makin banyak keluar. Padahal sejam lepas salin takde pulak banyak mcm tu. Sambil2 jalan nak ke labour room tu, nurse boleh pulak suruh cepat sikit. Aku ni dah berhenti-henti pasal sakit rasanya dah 2minit sekali. HAHA. Nurse ambik info sikit-sikit, dan cek bukaan Masa tu 5pagi. Nurse cakap dah 6cm. Ohh kejap lagi bersalin la. Tapi dia inform kawan nurse lain dengan nada, dah 6cm! macam tak sempat je. haha maklumlah, dorang kan tukar syif pukul 7 pagi. Kalau boleh nak lah balik pagi tu tenang, tapi tah mana minah ni datang dah 6cm. hehe..

Dalam pukul 5.10pagi, ada sorang nurse lain datang, cakap nak pecahkan air ketuban. Ok, this is my very first time sebab sebelum ni Adam air ketuban pecah sendiri..Agak sakit tapi layan je.. Jangan keraskan kaki.. buat mcm biasa. Cuma orang lain punya pengalaman mcm senang je. aku pulak rasa apesal mcm susah pecahkan air ketuban! HAHA.. Then dia cek bukaan dah 8cm.. InsyaAllah katanya boleh bersalin normal.. Fyi, Hospital Kulai ni memang fully normal. Epidural pon tak ada offer. Jika ada apa-apa masalah memang terus ke HSA JB naik ambulans. Masa tu pukul 5.20pagi. So nurse kata dalam 2jam lagi bersalin la..TETAPI!

Aku dah tak tahan nak meneran. Actually lepas dia pecahkan air ketuban tu, urge nak meneran tu makin kuat. Masa tu kebetulan Dzul baru siap register then nurse suruh masuk. Aku nampak muka dia, bertambah-tambah nak meneran. KAHKAH 😂😂

Tapi nurse siap kata eh tak boleh lagi dik, awak belum nak bersalin. Hak alahhh 😒 aku yang nak bersalin laaa.. Tapi last-last dia cakap takpelah dik, awak cuba ye.. Masa ni lah nak buat apa yang kita dah praktis. Tunggu urge nak menera, then meneran dengan gaya yang betul ye anak-anak. Pegang buku lali, mata tengok perut, meneran pon kena betul. Pernafasan whatsoever. You guys boleh je google. Banyak bagi tips. Aku tak reti lah nak explain. Kang lain gaya tah apa-apa jadi aku pulak kena tanggung. Nasib baik Dzul banyak membantu sebab aku ada angkat-angkat punggung which is tak betul ye. Nanti koyak besarrr...

Tapi itulah, sebab baru 8cm, akak banyak kali jugak aku meneran. Alhamdulillah semua dimudahkan. Tepat 5.35 Pagi, lahirlah baby perempuan yang aku tunggu selama ni. Ah bunyi mcm lama benor je. Adam baru 2tahun 3bulan masa tu. 3kg! Sama mcm Adam..Alhamdulillah.. sekejap je sakitnya tu. Cuma biasalah, aku benci part menjahit. tak besar tapi dah kalau namanya jahit kulit, bukan mcm jahit baju. Bezanya, nurse yang jahit luka aku tu mcm pro, laju zap zup zap siappp... Aku syak dia memang nak kejar balik 7 pagi tukar syif masa tu hehe..

Disebabkan semuanya sekejap.. Laki aku hantar gambar dekat group family inlaw pukul 4.20pg, 5.35 bersalin, semua mcm terkejut. Eh dah siap? Eh apa ni mcm semua tak caya takde inform apa-apa tiba-tiba aku dah setel semua.. By 6.20 pagi aku dah clear semua cuma sebab nurse busy nak tukar syif,  aku mcm tertunggu lama la.. 7.30 pagi baru sorong masuk ward biasa.. Alhamdulillah.. Smooth journey anyway.





 Cuma sepanjang hari tu aku tak boleh nak tidur. RENGAT! Mana yang tak tahu sakit rengat tu apa, pergilah google. Tengah-tengah tidur tu boleh terasa-rasa lagi sakitnya..

Masa masuk wad tu, Dr baruu je lepas buat visit patient.. so melepas la aku. Bukan apa aku kalau boleh nak cepat-cepat setel nak balik. I miss ADAM so much.. 😥😭😭  Adam datang melawat tengahari dan petang, cuma Dzul baru je balik, Nurse panggil sebab Dr nak cek kot-kot ada tertinggal cebisan uri ke apa.. and once again, Alhamdulillah, a smooth one.. Baby ok..dah kencing (masa skin to skin dia dan kencingkan mama),jahitan ok, So Dr announce yang MAMA DAH BOLEH BALIK! YEyyyy! haha.. Dzul baru unpack barang masa melawat, beli selipar etc, sekali dah boleh balik! Syukur.. Endingnya semua tunggu mama kat luar tu then yay! Balik... Macam check up kan. Datang pagi, balik petang. Alhamdulillah!!

So lets go through our confinement together baby, AINUR DZAFINA BINTI MOHAMAD DZULFADZLI! and this month she turns to 8 months! Sooo.. next story maybe baby ke3? HAHA NOO!