Wednesday, December 29, 2010

award friendly form achikz~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

harini dapat award.. namenye friendly award. hehehe. treima kasih kepada pemberi award...

(klik untuk ke tuan rumah yang comel ni...)

ni award!


hehe.. rase macam tak percaya bile achikz bagi award ni. aku ni takdelah bagus mane pon..(bagus la jugak) heh, sudahla kau mariatul..berangan tak sudah.

pedapat aku pada blog achikz ni, okey.. secara keseluruhan menarik. orangnya cantik, blognye ringkas dan tak serabut. kire senang hati lah aku nak bace entry dan komen...
beselah.. tiap award ade soalan, ade tag2.. meh sini..

tempat yang paling aku nak pergi
soalan ni bf aku pernah tanye. aku jawab pulau sipadan. aku takkan jejak pulau tuh selain untuk berbulan madu. hahaha.. sangggup tahan nafsu nak kesana as long as aku belum berbulam\n madu. lepas dah h.moon kat sane, baru boleh jejak banyak kali.. jage kesucian pulau. hahahaha

3 perkara menarik tentang diri sendiri.
  1. aku baik
  2. aku comel
  3. aku manje
ok, tag!




ape dah jadi dengan team bola Malaysia?~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



Malam ni semua Malaysian mesti nak tengok RTM kan..
Yelah, malam ni ade game final 2nd leg affsuzuki cup..
So, aku pon antara yang PASTI tengok dan macam biaselah, akan ditemani oleh 3 orang lelaki sebagai pengulas seperti yang aku dah cerita kat sini.

The point of my view:
Malaysia boleh sangat nak menang coz dah ade bekal 3-0 untuk malam ni. (kalau tak 4-0). Tapi kena lebih berhati2. yang paling penting keselamatan yan aku rase semua orang pon tahu yang pemain Malaysia berada dalam zon bahaya bile beribu rakyat Indonesia berpiket kat depan hotel dimana pemain Malaysia menginap. Sampai tempat latihan Malaysia pon terpakse dipndahkan sejauh 1jam perjalanan dari tempat menginap gara2 hampir berpuluh ribu rakyat Indonesia berkumpul kat di padang. Tertanye sejauh mane petugas keamanan yang hampir 7ribu orang boleh memberi jaminan terhadap keselamatan pemain Malaysia malam ni, sedangkan perusuh jek dah berpuluh ribu.

Yang paling baru tentang laser, takut gak kalau Malaysia kena balas balik akibat tindakan penyokong Malaysia yang pancarkan laser kearah MARKUS sengal tuh walaupun aku yakin mesti Malaysia kena lebih hebat dari kelmarin.

Next, tergelak besar dengar berita semalam bile akhbar indon tulis kat akhbar
“ Dakwa Gawang Ditabur Serbuk, Markus gatal-gatal”. Hahaha.. hey, bukan ke 2nd half kite tukar gol. Malaysia takde pulak gatal2. hahaha. Tak professional la dorang ni. Bile dah kalah segala benda buruk keluar. But one thing yang aku sedar, indon mesti menang besar bile main tempat sendiri tapi kalah kat tempat orang. Bukan dorang ke yang main bomoh?

Lepas bomoh, dorang dakwa lagi pemain sayap kanan, S.Kunalan tu sebenarnya pemain import dan buat rusuhan kat stadium bung karno, Jakarta sampai sekarang stadium tuh kena baiki sekarang dan cakap K.Rajagopal à K.Rajagombal? sh*t giler lah kan. Macam2 cerita Indonesia ni.

So, sebagai peminat fanatik bola sepak Malaysia, aku akan bagi sokongan terbaik terutama pada hero, Safee Sali. Hee~
Jom reramai sokong Malaysia walaupon aku memang agak mustahil untuk terbang ke Indonesia.
Dan tentang ramalan sotong yang name GUNDEL tu berpihak kat Indonesia, aku tak percaya langsung. Dengan paul yang popular tu aku tak suke, apetah lagi sotong belaan indon tu.

p/s: go Malaysia go! Bagi 7-0!! Haha~



Tuesday, December 28, 2010

barang sekolah; keperluan atau kehendak?~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



26hb disember 2010:
Ambek kesempatan teman adek2 aku beli barang sekolah. Sempat jugak aku memikirkan ragam adek2 aku ni.

Zaman aku:
Kasut paling mahal pon tak sampai RM40.
Stoking paling mahal pon RM4.
Beg sekolah paling mahal pon RM40.

Zaman adek2 aku:
Kasut kalau harga tak around RM100, tak pandang.
(tapi untuk 2 tahun)
Stoking paling mahal yang nike, adidas harga RM10 sepasang.
Beg sekolah kalau harga tak around RM50 tak pandang.

Tapi aku tengok bukan adek2 aku jek. Orang ramai yang beli belah untuk anak2 pon lebih beri perhatian pada part yang mahal saje.

Jauh beza sekarang.
Aku tak tahu tuntutan manusia sekarang yang demand ATAU harga yang memang melambung. Tolong sharekan opinion korang. Aku nak jugak tahu.

Pada aku: belanjalah mane yang mampu. Yang penting kite boleh beri yang terbaik untuk anak2 atau sekurang2nye mampu BELI yang BARU. Bukan pakai yang lama.

Haish. Nak pergi ceramah adek2 aku jap.

p/s: aku pon sendiri jatuh hati dengan CONVERSE RM125.90 krim purple. Hahaha….


Monday, December 27, 2010

Tahniah Malaysia

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


maaflah terlambat hupdate. mase tak mengizinkan. walau macam mane pon aku still nak update gak pasal negara terchenta nih...~ hahaha





Bangga rasanya menjadi rakyat Malaysia walaupon kita masih berhutang baki 90 minit lagi perlawanan bola di stadium Bung Karno, Jakarta. Masih segar jeritan aku, bapak aku dan adik2 aku bila Malaysia menyumbat gol pertama minit ke-62. haha.. meh aku gambarkan ape yang berlaku kat ruamh aku bile seorang perempuan, serta 4 lelaki mengulas game ni.

Pada 45minit pertama:

Masing2 kondem Malaysia specially bapak aku. Haha. Die memang kondem giler2 tau lagi2 bile Malaysie terlepas bola. Haish. Aku yang memang suke team yang Rajagopal create ni, memandang dengan geram kat bapak aku.

Adik2 aku- same jek macam aku jugak
*wehhh.. bile la nak gol*…. (kate2 aku dan adek2 aku dalam hati)

45minit kedua:

Bengang betul dengan penjaga gol Indon, MARKUS yang asyik stopkan game almost 10 minit bile die tarik cowok2 indon keluar padang.
Geram jugak dengan orang yang suluh laser tuh. Bodoh lah*
Minit 62, gol cantik dari Safee Sali!! Memang cayalah bro. dahlah ensem, gagah, badah tough, kacak, terer main main bola..STOP! *terlebih sudah,…
Then sekali lagi tandukan beliau menjadikan Malaysia 2-0
Dan minit yang paling menggembirakan aku bila ASHAARI, player yang paling pemalu dalam HARIMAU MALAYA ni golkan dengan sepakan kencang.. pergh.. sumpah bangga doe.. bayangkan Malaysia bekalkan 3-0 ke Indonesia.

Bapak aku pulak menghentikan meng’kondem’ Malaysia terus duduk tengok bola. Hahaha.. baru tahu,
Tapi ape yang aku perasan, Malaysia selalu susah nak carik rentak because of suke ikut rentak game lawan mase mula2.pandangan aku jek lah.. hee~

Sekian ulasan.


p/s: harap2 kat Indonesia nanti Malaysia mampu main baik macam ni. Btw, aku tak pernah tengok Malaysia main best macam ni.


Saturday, December 25, 2010

bile orang remaje kembali kepada budak2~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


Seronok bile jadi bebudak semula.
Semalam, disebabkan rase bosan yang melangkaui 99%, aku
Join adek aku ngan kengkawan die main.
Hahaha..
Dengan bebudak darjah 4,5,6 pon aku main.
Boring kowt~
Aku main baling selipar, tembak ruse or bola beracun,
Sembunyi2, lubang tikus.
Perrgghh..kepuasan yang aku dah lame tak rase.

semua dak kecik nak geng ngan aku. hahaha
maklumlah, aku kan terer..
tengah main lubang tikus yang lompat2 tuh,
bedebuk!!!!
adoi...jatuh!
mase aku lompat tuh, geng adek aku angkat tangan tinggi2. mau tak jatuh!
abes luke lutut aku tu darah balik.
siku, lutut, tapak tangan calar balar.
haissshhh dak ni~
main la betul2.
terus aku stop main. heee~

p/s: jatuh hantaran kawin aku calar2 camni. ahaks!




Friday, December 24, 2010

rahsia masa kecil #3-anak patung

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


sekarang bebear.
aku tak pernah ade anak patung.
TAK PERNAH ade.
jeles tengok kawan2 aku semua ade anak patung.
beselah.pompuan kan. 
kirenye macam wajib.
ade sekali akak aku beli kat genting. kecik. tu jela aku pinjam.
tu pon puas gaduh oh...


die dala kedekut. aku plak kalau nak,
tak kire lah sape punye. sape tanak weh. comel jek.
tapi tulah. aku kan ganas.
bile main jap jek, aku pulang balik. 
sebab maklumlah. geng aku ni laki sume.


bile dah besar pon, aku ade 3 jek.
yang first, my sayang yang bagi. thanks~
mase die belikan, aku cakaplah,
ni first time aku dapat anak patung.
die gelak!
yea.. aku memang padanla kan..
tak pandai nak bergaya.
sure2 tak sesuai nak kumpul benda2 ni.. hahaha



from my sayang. the first bear.


p/s: rase macam taknak dah. tapi kalau ade yang nak bagi lagi, silekan. haha,



Thursday, December 23, 2010

rahsia masa kecil #2-gaun

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


aku dari kecik jarang ade pakaian yang bernama
<GAUN!
yang aku kenal just baju tshirt ngan seluar pendek.
melekat sampai ke besar aku tak suke gaun. nampak ayu sangatlah.
tapi pernah gaklah aku suruh mak aku belikab satu.
sebab dak pompuan kawan aku sumenye pakai gaun, aku jek 
pakai seluar pendek. 
kire macam dorang geng ngan dak2 die jek lah...
aku plak join dak laki main paya ke, tembak2 ke..
sedangkan dorang main anak patung.
tapi.. mak aku tak beli. mamk aku buat jek. tak delah sedih sangat.. kurang2 ade. 
tapi aku rase jangggal!
so, sekali jek aku pakai lepas tuh takde dah.
abes terselak sane, terselak sini.. jadi.. aku tak pakai dak. haha~








p/s: aku sangat suke seluar.



Wednesday, December 22, 2010

rahsia masa kecil #1-bantal busuk

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


aku ade bantal busuk..
tahlah.. dari kecik aku mesti ade bantal busuk untuk tido.
ade sekali aku pergi lawatan sekolah tadika, balik dari melaka,
bantal busuk aku dah takde sebab arwah nenek aku dah buat bantal baru. 
maknenye malam aku balik melaka tuh aku tak boleh tido nyenyak.
dahsyat kan?
sampai sekarang aku ade bantal busuk yang aku jage 
BBBAAEEEKKK punyer dari darjah dua.
warna? jangan tanyelah.. dari warne pink dah nak kelabu2.. hahaha
jangan harap aku nak upload ; malu ah!


p/s: ssyyhhh.. jangan cakap sape2 tau. malu. hee~



Monday, December 20, 2010

aduhai encik jiran~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



Jiran. Korang mesti ade jiran kan.
Mestilah. Wajib ade jiran.
Harini aku nak kongsi satu cerita yang bukan nak mengaibkan insan bernama jiran, tapi sekadar perkongsian cerita dan untuk korang semua amek iktibar.
Ape korang rase kalau encik jiran macam ni.

  1. pasal pokok ceri. Benda ni pon boleh bergaduh. Nak jadikan cerita, ade 3 pokok ceri depan rumah si A. 1 kat sempadan. 1 kat umah A dan 1 lagi kat umah jiran. Semua rapat2. ade satu hari tu, family A niat nak tebang pokok yang tengah sebab semua rapat sangat dan semakin membesar. So A ngan jiran die bincang lah nak tebang pokok tengah tu. Yup dieorang setuju. Tapi family A tak buat la on the spot but after 2bulan macam tulah. Lepas jek bapak si A tebang, terus jek kena serang dengan jiran die. Haish. Apebenda ni. Kan ke dah setuju. Kesian mak A. Anak jiran die mesej macam mesej dengan member. Kurang ajar sebab die samekan mak si A dengan orang tak betul. Sial.

  1. kalau dah berhutang, boleh tak bayar tak payah nak sakitkan hati mak A? Kenapa. Jiran A ni suke ambek barang berhutang. Jadi every month mestilah kena bayar kan. But dieorang suke sangat lengahkan mase nak bayar. Kadang2 sampai 2 bulan tangguh yang nilainye sampai 5-6 ratus. Kan ke melampau. Bile mak A dah bengang, mak die mintaklah. Haish. Jiran die boleh plak buat muke. Berhari2 tak bertegur. Korang rase sape yang salah erk? Aku pon konpius nak salahkan sape.

  1. terbaru pasal tanah. bengang betul aku dengar A cerita. A cakap sekarang ade krisis lagi antara keluarga die dengan keluarga sebelah. Kat felda kan sempadan tanah dah diberi dan diukur. Felda siap letak batu penanda. Tapi ade ke jiran si A ni kate family A alihkan batu penanda tuh untuk ambek tanah dieorang. Gile ke ape? Sengallah. Batu tanda tu punyalah dalam Felda tanam, ape kejadahnya bapak A nak korek dan alihkan batu tu.

Kesian kan keluarga A. kalau korang dapat jiran macamtuh, apelah korang buatkan? Ni baru sikit jek. Kalau korang dengar dari si A, banyak sangat dah keluarga dia tanggung. Sabar lah A. aduhai encik jiran.

p/s: bangang punye jiran


Sunday, December 19, 2010

apelah nak jadi~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



Sekarang berlambak iklan tv yang aku tengok makin melalut.
Makin tah pape. Apelah.
Korang perasan tak yang sekarang banyak sangat iklan yang sms tu.
Yang ON CINTA lah.. ON KENING lah.. ON TIPS lah..
Segala bagai ON.
Ape yang diorang nak sebenarnye.
Kejar keuntungan melampau sampai buat sms macam tuh.
Yang terbaru yang horoskop yang ade cerita pasal kerjaya,
Percintaan semua tuh.
Bukan ke semua tuh serupa dengan TILIK

Bukan pe, hari tu aku bw kat blog orang,
Ade cerita pasal penilikan.
Die kate, haram membaca apa2 tilikan apetah lagi nak mempercayainya.
Haaa… jelaskan.
Memanglah die tak target orang islam ke, orang agama ape ke..
Masalahnya benda ni kan bagi perspektif tak baik pada orang yang tonton.
Paling penting sekali budak2 kecik yang tengok tv tu sekali.
Hancur!
Bulat2 percaya ape yang dorang nak sampaikan.
Kalau buatnye bebudak ni percya sampai ke mati tak ke naya?

So, sebagai ingatan kepada aku dan jugak korang,
Kalau boleh elaklah bace horoskop semua.
Yea, aku  pon dulu suke sangat bace horoskop kat satu majalah ni,
Tiap2 bulan aku beli dan tak miss bace horoskop.
Sekarang kite semua dah tahu, yang bace tilikan tu haram.
Kalau tak boleh nak elak jugak, tolong lah jangan percaya.
Kite saling ingat2kan.
Pada yang dah ade anak2 kecik, tolong terangkan pada mereka.
Walaupun dorang tak tanye, tolong betulkan takut dorang percaya dalam diam.
Oh yes, tolong betulkan aku kalau hukum yang aku letak kat sini salah dan ade buat korang tak suke.
Sebab aku 3B (budak baru belajar) hahaha..
Dan sebab aku pon tengok kat satu blog yang aku percaya ape yang disampaikan nye

p/s: selamat beramal! Wink ;)








Saturday, December 18, 2010

jawab tag ema~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Do u think u're HOT?
i think not too  hot. so, i need to  heat up my self more~ haha.

Ur current wallpaper
guess what. aku ade wallpaper yang same dengan ema.
gambar crocs lima manusia yang giler gambar. seni. 


tell about the wallpaper
mase tu otw pergi perhilitan. kat rnr. aku nampak mr.press pakai crocs.
kak nad pakai crocs. aku pon. ema ngan fatin same kasut.
aku panggil press cakap nak amek gambar.

the last tyme u ate pizza
last? dah lame sangat tak makan ni. mungkin mase dengan ema dan yus.
aku meroyan nak makan spagetti but at last order gak pizza coz tak tahan
nafsu. buruk sungguh perangai aku.

last song u listened to
lagu always be there by maher zain. baru jek.


besides completing this taggin' thing, i am...
tengok tv dengan anak sedara yang comey lote ni ha...

 nicknames
  • menok
  • mariatul
  • atul
  • miss M
  • atul

tag 5 people
  1. yana
  2. adieb
  3. kerol
  4. yanie
  5. arip
the person on no. 1 is...
die kawan aku. lame tak dengar kabar sejak tukar kos ni.. heee~

say something to the person on number 5....
woi arip! ade blog ke tak!

no.3 is in a relationship with...
err... nak bagitahu ke tak erk.. er...

what about no. 2
beliau ni sangat2 suke dengan kos baru die!

love words to no.4
aku sayang ko la yanie. hahaha

4 facts about the people u tagged.
  1. bloggers
  2. kawan2 aku
  3. member2 aku
  4. sahabat2 aku.
  5. errr...
p/s: penat ah buat nih!



khas untuk kau.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



Aku sayang kat kau. Sayang giler.
Kalau boleh aku nak jadi milik kau satu hari nanti.
Nak sangat.
Tapi 1 jek aku boleh cakap.
Aku TAK BOLEH jadi milik kau.
Sebab ade orang lain yang aku lebih perlukan.
Aku perlukan lelaki tu melebihi aku memerlukan kau.
Tuhan akan beri ape yang kite perlu, bukan yang kite harapkan.
Boleh tak kau faham aku untuk sekali ni.
Lagi 1, aku taknak kisah silam aku jadi racun dalam hidup kau.
Ya, untuk mase sekarang mungkin kau akan kate kau tak kisah siapa masa silam aku, tapi akan datang, mampukah kau terima aku sebagai perempuan yang teruk untuk bakal anak2 zuriat kau?
Aku sayangkan kau. Aku terpaksa lepaskan kau supaya kau dapat yang lebih baik. Aku yakin tu. Kau sangat baik. Boleh memimpin perempuan macam aku yang tak terarah ni.

Satu hari nanti kau akan faham kenapa aku lakukan benda ni semua. Kau akan faham kenapa aku sayang sangat kat kau tapi tak boleh terima kau. Aku yakin. Sangat yakin.

Pergilah sayang, aku bukan yang terbaik seperti yang kau cari. Kau bukan ciri2 lelaki yang aku perlu sekarang. Banyak benda yang buat kau tak faham aku. Aku pelik. Aku sangat pelik. Aku tak boleh nak hidup dengan lelaki macam kau. Tapi aku sayang kau. Giler kan? Yea, aku pelik. Tapi satu aku harap, kau tak membenci aku dengan katekan aku pendusta. Aku hilang arah tanpa kau.

Bila kau bagi kate dua pada aku, aku down. Tapi aku nak kau tahu yang aku tak mampu nak pilih antara kau dan die. Sampai sekarang, aku seorang. Mungkin kau katekan aku bahagia. Tapi hati aku takde sape yang duga. Kau tuduh aku pendusta, tapi hakikatnye kau tak tahu ape perasaan aku. Kalau boleh, aku nak jumpe kau, jelaskan pada kau. Tapi ape yang aku dapat, kau tak peduli langsung rupenye.

Kalau kau bace ape yang aku tulis, aku mintak maaf. Aku lemah dengan semua ni. Hari ni aku berstatus sudah berpunye. Mungkin esok, aku akan lepaskan semua ni. Aku nak jadi tabah macam kau. Nak kuat macam kau. Ajar aku. Didik aku. Jadikan air mate aku ni bernilai pada seorang lelaki. Ingat, kau tinggalkan aku dalam dua pilihan yang aku tak mampu.

p/s: aku sayang kau.




story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


(ini adelah sticky post)







Lambat betul aku kan.
Bukan lambat. Tapi aku bz lah. Banyak benda nak buat.
Lately aku selalu dengar lagu die.
Sebelum ni aku just dengar jek. Tak sempat nak paham ape benda alah yang die cube sampaikan. So sepanjang cuti ni aku pergi cc, cari lyric lagu die.. pahamkan ape benda. Yea, aku sangat kagum dengann die. Menyanyi lagu islam yang aku rase sangat menarik. Bestkan. Aku rase korang pon ramai yang dah jatuh hati dengan lagu die.
Care die die sebarkan islam unik. Aku rase kumpulan nasyid pon xboleh nak buat macam die.
Anddd…. Aku teringat satu cerita yang ditayangkan mase sempena awal muharam hari tu. die kate bayangkan betapa banyak pahala Maher Zain dapat. Lagu yang memuji Allah. Kemudian kalau orang lain turut menyanyi, pahala die akan turut bertambah. Die punye dakwah sangat menarik walhal selama ni kalau aku dengar menyanyi ni datangkan dosa dan pelupa. Tapi berbaza dengan maher zain. Paling aku suke lagu die setakat ni for sure FOR THE REST OF MY LIFE and INSYAALLAH. Sangat tenang dan mendamaikan. Aku jatuh hati dengan lagu die. Atau die? Haha. Berangan sudah….

p/s: heee~ jom berangan!


Friday, December 17, 2010

Aku mase dulu.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.
(ini adelah sticky post)





Sekali teringat daa…
Dulu kat area umah aku ade satu warung goreng pisang.
Aku suke betu lmakan goreng pisang mase tu.
Asal petang jek mkan benda alah tuh.
Ala, beli seringgit mase tu dah dapat sepuluh. Sonok makan sorang2.
Oh ye, mase kekecik aku tak suke kongsi makanan dgn orang.
 Hey.. see my bodylah.
Aku chubby giler mase kecik.
Lasak.
Aku suke tanye mak aku kenapa dalam ramai2 aku sorang jek lain.
Gemuk.
Abang dan akak aku pulak suke mnyakat.
Bile aku tanye mak aku, abang aku mesti cakap sebab aku mengandung.
Tahu ape jadi.
Aku menamgis sambil gosok perut. Hahaha
Memang sengal. Esok tanye lagi.
Menangis lagi.
Hahaha. Cerdik.

Balik semula pada cerita goreng pisang,
Ade sekali tuh jiran aku panggil.
Mintak tolong belikan goreng pisang.
Heh.
Bagi RM1 kertas sekeping dan 50sen, dan 5keping 10sen.
Maknenye rm2 lah.
Aku pon senang hati pergi.
Mase tengah tunggu goreng pisang tersebut digoreng,
Aku kira duit.
Ish.
Nape ade RM1.90?
Mane lagi 10sen tuh.
Banyak kali aku kire. Biar betul. Aduhhh… camane ni.
Aku kire banyak kali. Kire lagi.
Damn it. Give up.
Tetiba aku dapat idea. Jahat punye.
Aku bungkus semua syiling tu dalam duit kertas.
Bile pakcik tu bagi pisang, aku bayar dan terus lari!
Jahat betul aku.
Punyelah takut, lepas tuh kalau aku nak makan goreng pisang,
Aku mesti suruh kawan aku yang belikan.
Haha
Mariatul. Budak nakal. That’s me.

p/s: pisang goreng ke goreng pisang. Lantaklah.



Thursday, December 16, 2010

the most valuable time

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



Salam..
Sekarang aku dah ade rutin baru…
Jogging. Hahaha
Bunyi cam giler gaban jek berjogging..
Tapi aku tetibe suke giler.
Sebab jog dengan family feel lain sikit.

Pukul6 pagi dah berjogging. Awal giler kan?
Tapi akusuke. Tenang. Xde orang nampak.
So aku boleh lah nak lari sesuke hati aku
Kat tengah jalan tu ibarat jalan tuh aku yang punye.. heee~

Kul7 sarapan dan terus kemas umah. Pastu aku mulakan ativiti haram.
Apakah?
Sambung tido.
Lantaklah orang nak kate anak dara hape. Menarik. Hahaha
Bangun semula baru mandi dan masak untuk tengahari.
Aku agak suke rutin ni.
Tapi kalau boleh takanak lah amalkan selalu sebab aku
Takut terbwak2 ke sem depan. Dan lah ade kelas area kul 10 kan.. hehehe
Apelah.

Petang pulak aktiviti dengan  family jugak. Berkebun.
Seronok!
Kat belakang umah dah banyak batas sayur.
Oh yea.. lupe nak bagitahu.
Parents aku dah tak berniaga lagi,
Sebab nak berehat. Aku suke.
20tahun aku hidup jarang sekali bangun pagi aku ade parents.
Jarang dapat sarapan same2.
Jarang ade kualiti itme sesame.
So, aku sangat hargai mase sekarang. Semua pon aku kongsi dengan parents.
Live.
Laugh
All together.
Suke betul..hheee~

aku nak upload gambar.. tapi ade problem lak. lain kali ok..^_^

p/s: i've found the most valuable time in my life..