Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/D3DAA648-70E5-4ADA-A120-DEB08F0950AF/Documents/Blogger/)
Penipu.
Kita semua penulis. Sama ada secara lahiriah kita menulis atau tak, hakikatnya jauh dalam diri kita ada jiwa dan naluri seorang penulis yang tinggal mahu atau tak mahu saja keluar menunjukkan diri, secara terang pada umum mahupun tersembunyi.
Baru-baru ni aku kehilangan Mama yang teramat aku sayangi. Hari ni genap hari dua puluh lima. Allah dah ambil Mama dari kami, nikmat cinta dan kasih sayang seorang ibunda yang Dia pinjamkan sekejap dan sementara di dunia. Abah juga, lepas lima tahun Abah tak ada, Allah jemput Mama pula. Aku terima semua dengan berlapang dada. Semoga Allah temukan kami semula nanti di syurga. Allahumma amin... :)
Lagipun, Allah dah kata:
Every soul will taste death. And We test you with evil and with good as trial; and to Us you will be returned.
~Surah al-Anbiya: 35
Mama pergi dalam tenang. Aku redha, dan takda apa yang aku sesalkan walau tak sempat tatap wajah Mama untuk kali terakhir. Sedih, ya sedih. Tipulah kalau langsung tak menangis. Tapi bila ada kawan-kawan yang tak putus-putus beri kata semangat dan turut mendoakan, aku jadi kuat. Lagi pula, apalah sangat kehilangan yang aku rasa ni kalau nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Gaza, Palestin, Syria, Rohingya. Hilang keluarga, hilang harta, hilang nyawa, hilang semua. Allahurabbi...
Insya Allah aku kuat. Hidup perlu diteruskan.
Sekarang tinggal beberapa bulan nak menghabiskan sisa-sisa pengajian di sini. Aku akan pulang dan tinggalkan kau, wahai bumi Perth. Kau buat aku jatuh cinta. Tapi hati aku ada di sana, tertinggal di Malaysia. (Eh?) :P
Terus menulis ya, Zahara.
Insya Allah :)
Tengok ni. Mana mungkin aku tak kuat? 😊
Terima kasih ya, kamu si penulis misteri. Sayang kamu 800% :) 😘❤️
No comments:
Post a Comment