Assalamualaikum semua.....
Dua hari cuti...sabtu ahad..... mori banyak melepak kat rumah aje...... Bila dah melepak.... rasa tak seronok asyik duduk aje... jadi mori gie la rewang rewang ke dapur ....Dapat gak lah mori masak lauk2 yang lain sikit... mengubah selera. Kali nie... mori nak syer resepi yang mori dapat dari kawan sepejabat. Sharon namanya.... orang Sabahan juga. Kebetulan dia bercerita yang dia akan masak untuk satu majlis. Jadi mori saja menanya dia cam mana masak Lemon Chicken chinese style.
Dia syer la resepi nya .... Mori pulak x menyalin... main ingat ingat gitu aje..hehehe.... Tapi Alhamdullilah... menjadi jugak. Sedap..yummyyy... Thankyou Sharon for the recipes.
Nak makan lauk nie...sedap ketika masih panas... maveles sungguh...mori ganding kan dengan Fillet Siakap masak Thai.... nanti mori syer resepinya.... tak larat nak syer dua resepi serentak.
Resepi Lemon Chicken
Bahan-bahannya:
Bahan A
3 keping isi ayam bahagian dada yang di potong kecil
lebih kurang 2 sudu makan lada sulah
1 sudu teh garam
10 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
(perap kan ayam bersama bahan bahan di atas dan ketepikan sebentar)
Bahan B
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung custard
garam sedikit
lada hitam sedikit.
(gaul kan kesemua bahan dan ketepikan)
Bahan C
Telur 1 biji di pukul
Cara-carannya:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak untuk mengoreng ayam.
2. Celupkan ayam ke dalam telur tadi dan kemudian golek golekkan atas tepung dan goreng sehingga garing.
3. Goreng sehingga habis ke semua ayam tadi.
(Tips: Jangan celup terlalu lama ayam ke dalam telur supaya nanti tepung tidak berketul ketul semasa di goreng)
Bau wangi mengoreng ayam bersalut tepung menusuk hidung anak mori. Tengah2 studi... boleh dia bangun dan pergi ke dapur mencari bau wangi ayam. Di cekup ayam yang di goreng masuk ke mulut... lepas satu persatu ayam yang sudah di goreng masuk kemulutnya....hehehe... Sedap la tu kan... mori suka kalau dia suka makan. Nampak dia berselera.
Untuk sos nya... mori terlupa cam mana Sharon ajar kan. Jadi mori mengoggle dan jumpa resepi dari Hanamemories dan mori ikut resepi nya. Thank you Hana for the recipes. Maveles sungguh.
Boleh lihat di hanamemories for resepi yang sebenar. Mori dah lebih kan sedikit bahan2 nya.
Bahan-bahan untuk kuahnya:
1 biji lemon di ambil jusnya
2 cawan air
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan madu
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
(gaulkan kesemua bahan di atas)
Ambil kulit lemon yang telah di perah tadi, lebih kurang setengah atau kurang sedikit. Hiris halus. Jangan ambil bahagian putih dalam nya.... pahit sedikit
1 sudu makan butter
Cara-carannya:
1. Panaskan kuali dan cair kan butter.
2. Masukkan bahan-bahan di atas dan biar kan mendidih sehingga agak2 pekat sedikit.
3. Kemudian tuang kan ke atas ayam yang telah di goreng tadi.
4. Hidangkan.
Sekian dulu dari