Showing posts with label kawan lama. Show all posts
Showing posts with label kawan lama. Show all posts

Saturday, June 11, 2016

Bertuahnya Mat Ju.


Ini sahabat saya .
Mat Ju namanya.
Seorang jurutera di Saudi Arabia.
Setiap hujung minggu, kalau tak pergi umrah, dia akan ronda-ronda dengan motor Harley Davidson nya.
Semoga Mat Ju di Rahmati Allah selalu.
Hebat demo Ju!

#gambar dari fb Mat Ju.

Sunday, December 18, 2011

Melawat sekolah lama setelah 30 tahun.

Gambar dari facebook Zainal kifli........Nazri, Hazmal dan Othman.


Pagi tadi Pak Man menghadiri majlis perjumpaan semula bersama kawan-kawan sekolah semasa di TI Kuantan dulu.
Setelah 30 tahun kami kembali semula ke sekolah.
Masuk kelas lama. Jumpa beberapa orang cikgu yang turut hadir.
Masuk asrama lama. Jumpa member sebelah katil. Tuan Setia.........
Melawat bengkel tempat belajar memahat dan menukul. Tanam pokok di kawasan sekolah.....huhahuha.
Pak Man tak dapat hadir pada majlis di sebelah malam kerana ada urusan di Raub. Selepas subuh bertolak dari Raub. Sampai agak lewat. Datuk Zul tengah berucap.....
Cuma rasa sedikit kecewa kerana kawan-kawan sekelas tak ada. Malam tu kata nya Yusof Othman ada hadir, tapi pagi-pagi lagi dah balik ke KL kerana ada urusan keluarga.
Tak tahu bila lah nak dapat jumpa dengan budak-budak 5B nih.......sibuk sangat kah mereka ini?

Tuesday, October 25, 2011

Selamat Hari Deepavali !


ditujukan kepada Dato M Karathu dan semua rakyat Malaysia yang menyambut nya.

Wednesday, September 7, 2011

Bersama kawan-kawan lama.(Mat Sabu tiada dalam gambar).

Hari Raya ke-3. Gambar dari kamera Zul. Mat Sabu memang tak ada dalam gambar kerana dia bukan kawan saya.
Nik Hashim, Imi Uro, Zahar, PM, Zulkharnain.

Thursday, September 1, 2011

Kasut Raya 2011.

 Sepanjang 3 hari beraya , ini lah kasut yang paling menarik bagi Pak Man. Hoiiiii......baru tu!. Dia kata kasut tu dia beli pada 28 Ramadhan. Khas untuk raya. Hidup Zahar!!!!!!.

Yang ini pula, kasut putih. Hoiiii........Hail Amir punya feberet tu!!!. Baharuddin Hj.Omar pun pernah pakai. Dato Ahmad Jais dan juga Dato Yahya Sulong. Kelassss!!!!!.

(juru gambar - Nik Hashim).

Hari Raya ke- 3 ...open house rumah Tn.Hj Nik Hashim.

 Pak Man dapat jumpa ramai kawan lama yang sama-sama menghuni Asrama Jati kira-kira 25 tahun yang lalu. Yang baju oren tu namanya Suhaimi Ura. yang baju merah tu Mat Ju, dan yang baju kotak-kotak tu lah dia Tn.Hj Nik Hashim. Pak Man selalu naik motor Tn. Hj (kapcai DJ 703) semasa belajar di sekolah pondok di atas bukit Shah Alam. Sekarang ni mereka dah pakai kereta besar-besar belaka. Pangkat pun besar-besar. Alhamdulillah...........

 Mereka rancak berborak. Projek juta-juta.......... Pak Man dengar saja. Nak cerita pasal SK Semantan Ulu tak ada siapa yang nak dengar. (Tak apa.......nanti aku hentam dalam blog aku)

 Pak Man tertarik dengan kaki salah seorang kawan Pak Man ni. Kenapa?. .......sebabnya dia ni pakai kasut baru!!!!!!     kasut raya. Caya lah brader......... memancar-mancar.....atas bawah......sama naik.

Ini lah dia tuan punya kaki tu........seorang usahawan bumiputra yang cerah masa depan. (sori bro!....gurau sikit. Tahun depan minta maaf pulak).

Sunday, March 13, 2011

InterKok

Hari ini satu lagi cerpen Fudzail tersiar dalam Mingguan Malaysia.
Menarik sekali jalan ceritanya!
Boleh baca DI SINI...

Tuesday, January 11, 2011

Bob Lokman - keturunan Tok Kenali.

 Wajah Bob Lokman yang terbaru. Pak Man ambil dari Blog Mimpi Senja.
Pada malam Anugerah Juara Lagu ke 25 baru-baru ini, semua pencipta lagu dan penulis lirik berhimpun di Bukit Jalil tapi Bob berada di Stadium Melawati Shah Alam kerana menghadiri solat hajat bersama-sama ribuan penyokong kerajaan Negeri Selangor.
Mengikut cerita Mohd Zain Mat Taha, kawan lama Pak Man (gambar atas). Bob ni adalah anak cucu Tok Kenali, ulama besar di Kelantan. Mat Zain ni satu kampung dengan Bob, iaitu Kubang Kerian.
Mat Zain beritahu Pak Man 20 tahun dahulu, tapi Pak Man ingat sampai sekarang.
Pak Man pun dah lama tak jumpa Mat Zain. Sekarang ini dia jadi Pengurus Besar KTMB.
Zain, demo ni hensem dari muda sampai ke tua .
Hensem sepanjang zaman...........

Sunday, August 8, 2010

Tun tak boleh didakwa di mahkamah?.

Suatu masa dahulu semasa masih lagi belajar, ada seorang kawan yang menjadi tempat rujukan kawan-kawan yang lain, nama nya ZKK. Pak Man masih ingat lagi tentang pertanyaan Pak Man berhubung dengan gelaran Tun. Apa istimewa nya gelaran ini.
ZKK kata ,"oooooooh...banyakkkk."
Yang paling best nya ialah Tun ni tak boleh didakwa di mahkamah. Sebab itulah kalau orang dah berhenti jadi menteri kerajaan akan beri gelaran Tun, agar orang itu tak boleh didakwa.
Tapi sekarang ni, Tun Dr.Ling Leong Sik kena dakwa di mahkamah.
Oooooooooiiii.........ZKK, kau berada di mana sekarang?.
Aku nak dakwa kau..........

Monday, June 7, 2010

Aku Tak Masuk Universiti.

Buku di atas adalah merupakan tulisan terbaru Fudzail(kawan sekelas Pak Man semasa di Ting.4 dan Ting.5). Buku ini akan dilancarkan tak berapa hari lagi di Kuala Lumpur.
Fudzail sekarang ni menetap di Dubai( sudah lebih 10 tahun dah).
Walau pun Fudzail ni adalah seorang konsultan dalam bidang IT tapi sangat berbakat dalam bidang penulisan. Itu adalah anugerah Allah terhadap beliau.
Sebelum ini beliau sudah menulis beberapa buah buku, cerpennya selalu keluar dalam akhbar, begitu juga puisi.
Kali terakhir Pak Man jumpa beliau ialah pada tahun 2009 yang lalu semasa beliau balik bercuti.
Pak Man harap anak-anak semua akan beli buku ini. Ia mengisahkan tentang kehidupan anak-anak Melayu yang belajar di New Zealand dalan tahun '80 han. Sekarang ini mereka semua sudah berjaya dalam kehidupan, ada yang jadi Timb.Menteri , ada yang jadi MP pembangkang, dan berbagai lagi.
Pak Man juga sedang dalam proses mengumpul bahan untuk menulis buku pertama Pak Man. Pak Man harap Fudzail akan sudi membantu Pak Man dalam projek ini.
Untuk sementara waktu, tajuknya adalah "Aku Tak Masuk Universiti".

Thursday, November 19, 2009

Pak Him Salor.

M Ibrahim Deraman....kawan baik Pak Man semasa bertugas di Penjara Penor, Kuantan.
Yang sebelah kiri tu adalah Pak Him. Yang sebelah kanan, tongkat ke bawah tu Pak Man.
Sekarang ni Pak Him jadi pegawai paroll negeri Pahang.
Sudah bertahun-tahun kami tak jumpa. Tiba-tiba Pak Man terjumpa blog ini.

Selamat berblog Pak Him.



Sunday, October 18, 2009

Durian Hitung atau Durian Sangka.

Pak Man tak pernah tengok lagi pokok durian yang berbuah di batang nya. Biasa nya durian akan berbuah di dahan.
Pak Man terima gambar ni dari kawan Pak Man, Zamri/Putiq. Zamri bertanyakan tentang benih 'durian hitung' ni samada Pak Man tahu atau kenal sesiapa yang ada benih nya.

Zamri ni hobi nya menanam pokok-pokok yang pelik-pelik dan pokok yang sudah hampir pupus. Dia kata untuk tatapan anak-cucu di kemudian hari.
Orang Raub panggil durian ni dengan nama 'durian hitung' atau 'durian sangka'. Durian ni tumbuh meliar di dalam hutan. Buah nya tak ada isi, cuma ada biji sahaja. Sebab tu lah tak ada orang yang tanam.
Buat masa sekarang ni Pak Man belum jumpa lagi lah dengan benih nya. Usaha bertanya kepada orang-orang yang selalu masuk ke hutan tu dah Pak Man buat. Kalau mereka terjumpa nanti, mereka akan beritahu.
Pak Man harap Zamri tunggu saja lah ya..........

Monday, October 5, 2009

Sekiranya ada yang berhajat nak ke Kota Bharu.....

Kepada tuan-tuan dan puan-puan para pembaca blog Pak Man yang dihormati sekalian,
sekiranya anda berhajat nak bercuti atau berurusan di Kota Bharu, suka Pak Man mencadangkan satu tempat penginapan yang begitu selesa dan berpatutan harga nya untuk anda sekeluarga.
Apartment ini kepunyaan kawan Pak Man.
Butir-butir lanjut adalah seperti di bawah.

Kelantan Trade Center Apartment
-Rate : RM140-00/night
-Able to accomodate 4 persons
-Flexible Check-in and check-out time(subject to availblelity)
-Location: Kelantan Trade Center-Town center,Kota Bharu Kelantan and close to Specialist Hospital,Stadium and Foodcourt.
-Walking distance to the most attractive shopping area such as Pasar Siti Khatijah,Bazar Buluh Kubu,Bazar Tengku Anis and Kota Bharu Trade Center.
-Furnished with Twin and single bed plus sleeping bed,mini bar refrigerator,Air-cond,Iron,DIY beverage,Cutlery,Kettle,Fan,Hot water shower,Kitchen,Dining Table for 2 persons,Access card at the main entrance,24 hours security and attractive lobbyParking
- AmpleFor Reservation: Hajjah Noriah 012-3580004/012-3456513/09-7438070

Friday, June 26, 2009

28 tahun ...lama tuuuu.

Baru sebentar tadi (8:30 am) Pak Man berbual melalui telefon dengan kawan lama yang sudah 28 tahun tak jumpa.
Dia kata suara Pak Man dah berubah.........hahahahaha...maklumlah tiap-tiap hari minum air bumi Pahang dan gulai asam rom.
Fudzail baru semalam tiba dari Dubai. InsyaAllah kali ni kami akan berjumpa. Kerana kalau tak jumpa kali ni mungkin lain kali tak sempat doh.
Kita ni nak dipanggil olehNya tak tahu bila. Bila-bila masa pun akan dipanggil. Nombor giliran tu ada tapi kita tak tahu.
Jadi kalau ada hajat nak buat sesuatu tu buatlah segera jangan bertangguh-tangguh.
Selamat kembali ke tanah air FUDZAIL!.

Saturday, February 28, 2009

Orang Gedebe....bila dah pencen jual budu.


Pak Man terima email dari seorang kawan di Kota Bharu. Dia kata pagi tadi di pergi ke Pasar Siti Khadijah, terkejut besar dia bila terserempak dengan orang ini tengah berjual BUDU jalan kaki keliling pasar. Betul ke?......

Tuesday, January 13, 2009

Sudah ditakdirkan begini.

Dua hari lepas Pak Man ada terima email dari kawan lama. Dah 20 tahun lebih tak jumpa. Email kawan lama tersebut membuat Pak Man terfikir tentang diri ini.

Kawan tu tanya Pak Man ,"Betul ke mu jadi cikgu?, macam mana boleh tersesat jadi cikgu?, tak ada dengar pula kawan-kawan kita yang lain jadi cikgu".

Kawan-kawan lain semua jadi jurutera....tiba-tiba ada seorang jadi cikgu. Pelik!

Kenapa tak itu dan kenapa tak ini. Banyak betul kenapa nya.

Bagus lah tu....ambil berat!

Dia cerita pasal kisah dia sekarang ni jadi jurutera perunding, .....

Pak Man tahu ramai kawan-kawan yang jadi jurutera. Boleh dikatakan 3/4 daripada kawan sekelas jadi jurutera. Bagus lah tu...Alhamdulillah.

Pak Man jawab email nya, "Aku dulu pernah terlibat dalam pembinaan Lapangan Terbang Changi , masa tunggu keputusan SPM....pergi S'pore jadi buruh binaan, buat longkang".