boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label dadah. Show all posts
Showing posts with label dadah. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Saturday, July 7, 2012

Uncle Seeker di tuduh Positif dadah "MORPHINE"

Biasalah dah faham sangat dah.... 
 

Sumber : Polis Johor 

Blog Uncle seeker pun dah di hide,, tak boleh masuk, kecuali dengan mengguna satu laman url klik http://hidemyass.com/  

Namun ada hamba Allah yang sempat menyelamat blog tersebut dengan menggunakan alamat http://uncleseekers.blogspot.jp/ 

Buat pembaca blog manjungmari, sebagai tanda sokongan kepada pejuang pengeak kebenaran, yang mana mempunyai akaun FB, jom pakat-pakat pi klik  http://www.facebook.com/KitaSemuaUncleseekers






Monday, October 17, 2011

Ahli UMNO disahkan bebas sepenuhnya daripada dadah

Aku hanya boleh ucapkan tahniah....


Tersebar berita ini di Cyberita Singapore...

Mudah cetak
E-mel

17 Okt 2011

LUAR NEGARA

Jamal disahkan bebas sepenuhnya daripada dadah

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Jamal Abdillah, disahkan bebas sepenuhnya daripada ketagihan dadah tetapi memilih terus tinggal di Rumah Pengasih sehingga beliau bersedia menghadapi kehidupan di luar, kata Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi.

Katanya, meskipun Jamal sudah mendapat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih selama lima tahun, beliau akan tetap dibantu dan dibenarkan terus tinggal di situ.

'Kami akan bantu dia. Mungkin dia takut menjalani kehidupan di luar kerana bimbang terbabit semula dengan dadah. Jamal adalah harta negara, jadi apabila dia minta terus tinggal di Rumah Pengasih, tak kan kita hendak tolak pula walaupun dia sebenarnya layak duduk di luar,' katanya yang ditukil Berita Minggu Malaysia (BMM) semalam.

'Apabila ditanya kepadanya, dia hanya memberitahu yang dirinya masih belum bersedia,' jelasnya selepas Majlis Graduasi Pengasih keempat, di sini, kelmarin.

Beliau berkata selepas lulus temu duga yang dijalankan bagi menilai tahap pemulihan, Jamal juga sepatutnya layak menerima sijil pengiktirafan.

Namun, beliau tidak dapat hadir kerana ada undangan menyanyi di Kedah.

Pada 24 September lalu, Jamal mengadakan konsert 'Akustika Jamal Abdillah' di Stadium Tertutup Singapura yang bertujuan mengutip derma untuk Jamiyah Singapura.


Link : cyberita.



Komen ; Dok perati lama dah, dah banyak kali dah keluar kenyatan kata pulih,, tup-tup dengar cerita kena tahan akibat positif dadah,, moga-moga bila dah jadi ahli uMNO ni tidaklah lagi kut....



Wednesday, July 13, 2011

Abang Ipar Ahli Parlimen UMNO dihukum penjara dan sebat kerana dadah..

Salam Sejahtera,

Apa nak buat, ahli Parlimen UMNO yang paling bising dalam Parlimen....


ni pun nyaris-nyaris nak masuk penjara,,, kerana syok kat adik nya... jadi apa nak boleh diharapkan nak menolong abang iparnya....
.

Jadi kenalah berehat dulu,,,, bukanya lama pun 30 bulan.,, tolak cuti, berkelakuan baik boleh dibebas awal.......


Cerita lanjut di hiburan

Monday, October 25, 2010

Bapa Borek anak rintik??!!

Betuikah peribahas amelayu ini.... bersamaan dengan gambar di bawah....


Syamsul bergambar bersama ayahnya, Datuk Yusof Haslam selepas memenangi anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift pada Festival Filem Malaysia ke-23, yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, Ahad. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHAN

Siapa ingat lagi, anak ini pernah dituduh terlibat dengan dadah, nasib baik bapa pelakon cerita polis.....bergaduh dengan teman wanita yang juga artis dan berbagai lagi... jadi bukanlah lagi rintik....

Thursday, May 6, 2010

Bagaimana Undang-undang Akta Dadah Di Malaysia..

Salam Sejahtera...

Terus terang aku keliru dengan undang-undang di Malaysia, terutama sekali dadah..

Hairan betul,, setahu aku kalau penghisap atau mat gian, mat feet, selalunya kalau ditahan diperiksa urine, dan positif dadah selalunya di tahan dan dihantar ke pusat pemulihan Serenti...

Kalau pengedar pulak, jikalau lebih dari 25 gram ke atas kalau tak silap aku hukuman mandotori gantung sampai mati, tolong betulkan kalau aku salah...

tetapi mengenai bab si pelakon Benjy ni kalau nak kira megikut dari laporan polis melalui akbar, dia ni kesnya lagi hebat, bukan lagi pengedar, malah siap ada makmal proses lagi, waktu sidang akhbar polis dulu, siap ada buku resepi lagi nak buat dadah, ni kategori lagi hebat....

Tetapi hukumannya 2 tahun di pusat pemulihan akhlak,,, oii benjy ni budak bawah umur ka!! Sebab setahu aku pusat pemulihan akhlak untuk budak bawah 18 tahun, benjy ni dah bapak budak....

Apakah kerana ia pelakon!!!, Macam Jamal abdillah dulu, waktu mula-mula ditahan di Sarawak, pun kena kena pusat tahanan saja, sebab ia penagih, tetapi benjy bukan penagih, mak dia sendiri Azean Irdawati pun menafikan dengan mengatakan anak dia gemok, bukan macam penagih dadah...

Kenapa ya,,, kena kepada pengedar biasa, tak kira tok imam masjid ka dribar teksi ka.., silap-silap hari bulan gantung sampai mati, kalau tak ... pun seumur hidup penjara....

Tetapi bab benjy ni lain pulak...., hairan aku,,, bukan aku dengki atau apa pulak, kalau nak buat undang-undang tu biar adil kepada semua rakyat,,, jangan anak atau adik menteri lain, rakyat biasa lain,,, nanti kalau dah kena dua tahun untuk artis, apa kata ramai lagi artis akan turut serta dalam pengedaran dadah.... apa nak hairan 2 tahun hukuman di pusat pemulihan....,

Hebat 1malaysia


Saturday, March 13, 2010

Pihak TV Bersubahat Melindungi Artis Melakukan Jenayah.

Salam Sejahtera...

Apakah kerana artis-artis yang membantu media TV dalam dunia hiburan, maka bila sesuatu yang berlaku terhadap artis-artis aib muka mereka cuba diselamatkan.

Kejadian ini berlaku dalam berita TV9 juga sebentar tadi berita 8.30 mlm, TV menyiarkan kes gitaris kumpulan rock ditahan reman pada pagi tadi..Mengikut cerita dari pembaca berita OKT tersebut cuba nak memecah masuk rumah jiran sebelahnya, nasib baik jiran yang lain nampak perbuatan tersebut dan menahannya...

Rupa-rupanya artis tu memang taik ganja dan syabu, itu yang dlaporkan di Mstar, cuma kemyuskilan aku kenapa pihak TV cuba memblur (tutup) muka artis tersebut, sedangkan wajah-wajah sebeginilah sepatutnya diberitahu kepada penonton supaya berhati-hati, sekurang-kurang dapat kenal siapa artis-artis yang terlkibat dadah dan bertambah hebat dengan peningkatan menjadi penjenayah.

Apakah artis yang juga manusia biasa melakukankan kesalahan jenayah perlu diberi perlindungan, katakanlah yang kena tangkap tu ustaz-ustaz , nak tambah hot lagi terlibat dengan pembangkang menetang kerajaan, tentu sureheboh jadinya...

Artis dan Pemimpin UMNO Adik Beradik

Salam Sejahtera...

Berita di akhbar hari ini heboh dengan artis pelakon lelaki popular ditahan polis kerana edar dadah. Artis ini anak kepada pelakon veteran wanita yang popular juga..., hebat artis sekarang, dan pandai edar dadah..,

Sebelum ini yang selalu kita dengar artis penyanyi yang terlibat mengambil dadah, sebab nyanyi nak tambah bagi nyaring lagi.. tetapi kini artis dah pandai edar dadah, inikah rupa artis nak dijadikan ikon kepada remaja...

Mengikut akhbar kosmo inilah rupa kondo tempat artis tu ditangkap, tahu siapa artis tu, aku dah dapat agak dah siapa dia, tetapi tak berani nak dedahkan namanya, biarlah bila kena dakwa dimahkamah nanti akan diketahui juga..

Manusia bangsa melayu ni, kalau hidup tanpa panduan agama, maka inilah jadinya, hidup nak serba mewah, tempat tinggal rumah setinggan atau flet tak mainlah, kereta kalau setakat Kancil 660 buat pi pasar aja,,,, makan kat warung tak nak, pakaian beli kat butik, ada brand punya,, dah kahwin pun ada lagi teman wanita,,, oleh kerana budget tak cukup. berlakon pun dah kurang.. tak dapat offer lagi, hidup dah biasa mewah, jalan mudah edar dadah.

Sama jugalah pemimpinn-pemimpin uMNO, lebih kurang artis juga gaya hidupan mereka, malah lebih lagi,, nak jaga hati penyokong dan berbagai lagi, oleh kerana gaji atau elaun tak cukup, jalan mudah salah guna kuasa......mereka tibai rasuah,,.

Jadi artis yang bermasaalah seperti ini dengan pemimpin UMNO yang korup sah, mereka memang bersaudara.. seorang pengedar dadah, seorang lagi pentekedarah rasuah...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari