boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, July 31, 2011

Buku INTERLOCK jadi MOU antara Najib dengan Palanivel..

Salam sejahtera,




Presiden MIC Palanivel telah mencipta sejarah kerana mewakili dari kaum India dilantik sebagai Recycle Minister, Koh Ksu Koon Kaum Cina, Shahrizat Jalil kaum melayu separa mamak, kenapa recyle… sebab pengundi dak tolak masa Pru 12 dulu, Najib pi pungut balik….

Inilah perangai unik Najib, sejak 54 tahun UMNO memerintah, tanpa segan silu, tanpa rasa malu-malu U help me, I help U, atas dasar apa Palanivel dilantik sebagai Menteri Penuh, apakan kerja-kerja yang cemerlang pernah dilakukan oleh Palanivel untuk penambaikan Negara Malaysia, secara peribadi dari pandangan aku adalah 10 kali lebih baik lantik Ibrahim Ali dari palanivel, ada juga faedah-faedahnya .

Apakah kerana MIC mempunyai keahlian 600,000 ahli diseluruh Malaysia dan 390,000 ahli yang boleh mengundi.

Apa pun nampaknya, Najib terpaksa mengikut kehendak Palanivel setelah dua pihak kowtim baguih punya,, MIC tidak akan membahas buku yang menjadi konterversi kaum India iaitu buku novel INTERLOCK dalam persidangan mereka semalam, dan sebagai ganjaran tersebut Palanivel diberi jawatan Menteri penuh.

Teringin nak dengar apa komen Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamad Aziz lepas ni, kalau sebelum ni Koh Ksu Koon kena sembur berapi-rapi dalam Parlimen…..

Kesian kat Ketua pemuda UMNO,

Dah lama dok menunggu belas ehsan Najib,,, tak dapat juga apa-apa jawatan, jolok dah, bodek dah,, apa lagi,, lompat keluar aja belum,, tunggu apa lagi..


Berita Terkini - SAH! Ostad Kazim calon UMNO DUN Manjoi...

Salam sejahtera,



Mula-mula bila aku terbaca berita ini dari blogkekawan sesama kita tak berapa nak percaya sangat, msih dok was-was betui ke tidak,.Klik batuvskayu..

Tetapi bila terbaca berita yang agak terkini kemudian datang nya dari sumber yang sahih maka benarlah yang Ostad Kazim bakal jadi calon UMNO.. Klik mediapermatangpauh. .

Ha ha tak sesia aku dok buka cerita kisah si Kazim sebelum ini, walau pun berpuluh-puluh kritikan yang aku dapat...ambik kat ko orang.. cakap orang tua-tua tak mau nak percaya...

Apa pun kalau benarlah Ostad Kazim tu jadi calon UMNO, bagi aku sengaja ia tempah maut untuk karier dia sebagai penceramah.......


4.4 Juta Tikus di Bandaraya Kuala Lumpur..

Salam sejahtera,



Bandaraya Kuala Lumpur bukan saja jutaan manusia yang menginap disana, malah sejumlah 4.4 juta tikus membiak drastik dalam tempoh 5 tahun lepas pada nisbah 2 ekor pada setiap kediaman....

He he masaalah rakyat asing pun tak terkawal, datang lagi haiwan perosak tikus... aduhai Kuala Lumpur....... Klik SINI ..

Punca utama menurut Pengarah Jabatan Kesihat DBKL Dr Sallehudin Abu Bakar adalah disebabkan pengeluaran lesen kepada penjaja makanan yang menyebabkan tikus mudah membiak....


Dato Seri najib mencari "Talian Hayat"


Oleh Dr Dzulkefli Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor

31 JULAI — Bila penulis menerbitkan satu makalah “General Election in July, folks!” pada 20 Mei lalu, ia bukan bertujuan untuk ‘spin’. Mengimbas kembali, itulah ruang tarikh atau ‘window’ paling wajar menyerang-hendap atau ‘ambush’ Pakatan Rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen boleh menjadikan perhimpunan Aman Bersih 2.0, 9-Julai lalu di satu kedudukan yang sukar diberikan tumpuan oleh penganjur. Lebih parah lagi bagi parti-parti politik yang dalam ‘panic mode’. Najib gagal.

Malang buat Umno-BN, Perdana Menteri Najib tidak sehebat pendahulunya. Najib kini sudah kehilangan jendela atau ‘window’ paling strategiknya. Sebaliknya, tidak keterlaluan kalau penulis nyatakan bahawa Najib mungkin sahaja akan kehilangan peluang untuk memimpin dalam perang PRU k-13 ini! Maksudnya, penulis meramalkan Najib akan disingkir sebagai Presiden Umno sekaligus Pengerusi BN sebelum PRU ke-13,.

Begitu sekali? Ya, demi menyelamatkan Umno-BN, Najib akan bakal diketepikan. Sejarah akan berulang. Tun terpaksa diketepikan Umno untuk menyelamatkan parti Melayu itu, sebab telah menjadi ‘liabiliti’ terbesar perjuangan parti mereka. Ternyata strategi itu berbisa dan mengena. Pak Lah menang besar dalam PRU ke-11, April, 2004 itu, bahkan antara terbesar dalam sejarah politik pilihanraya Umno.

Kini Umno sedang menghitung opsyen atau pilihan strategik yang sama. Bezanya Tun diketepikan setelah terlalu lama memimpin; 22 tahun. Najib baru sahaja masuk tahun ketiganya. Najib pun belum pernah menang pilihanraya umum yang dikemudinya sendiri. Besar harapan Najib untuk membuktikan kepemimpinannya.

Mungkin sahaja itu akan tinggal cita-cita. Dia semacam akan tersungkur di garis permulaan tampaknya. Dia sedang menemui ‘ su’ul khatimah’ atau ‘kesudahan buruk’ dalam kerjaya politiknya. Bagi seorang ahli politik tambahan calon negarawan, kesudahan seperti itu amat mengaibkan dan mengerikan sekali.

Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib?

Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya (bukan ‘pendek kata’), Najib telah menjadi ‘liabiliti paling besar’ buat Umno diambang PRU ke-13 ini. Dia telah menjadi seumpama Tun dalam masa yang jauh lebih singkat. Bagi sebuah parti, yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tak ada siapa yang akan kekal. Tapi parti dan ‘perjuangan’ mesti dipertahankan, walau apapun. Mungkin ‘mantra’ atau ‘maxim’ ini umum dan berkuatkuasa untuk semua. Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi. Tahap sokongan atau ‘approval rating’ beliau, mengikut dapatan beberapa pusat kajian polls, menunjukkan peningkatan pada peringkat awalnya menjadi PM. Najib telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan ‘pandangan awam’ atau ‘public opinion’ sehingga sanggup mengungkpakan bahawa ‘Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat.

Najib cuba perbaikki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh pra PRU ke-12 dengan mantranya “Rakyat di dahulukan dan prestasi diutamakan’. Kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baikpulih ‘persepsi’ terhadap partinya. Najib juga cuba mendekati dan melayani warga ‘netizen’ dan golongan muda dalam media baru- facebook dan twitter dan berinteraksi secara maya dan ‘engaged’ secara langsung juga dengan mereka.

Justeru, tidak hairan Najib masih boleh memenangi beberapa pilihanraya kecil sehingga keputusan mutakhir terikat pada kedudukan seri 8-8 sejak selepas PRU ke-12.

Namun amat malang bagi Najib, semakin ghairah beliau membuktikan kepimpinannya, semakin menyerlahkan kelemahan sebenar dirinya, samada pada rakyat atau pengundi dan lebih parah lagi kepada pendukung setia dan ‘warlords’ partinya sendiri, Umno.

Mutakhir ini, ‘tahap sokongan’ atau ‘approval rating’ terus merosot berbanding sedikit waktu dahulu. Tiga tahun adalah lama dalam politik. Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta kebocoron dalam pengurusan kewangan dan pembangunan Negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya. Najib seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu. Beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

Samada isu nama Allah, isu kepala lembu atau babi hutan. serangan terhadap rumah ibadat, Interlok, PPSMI, GMI, rampasan negeri Perak dan pelbagai lagi perilakunya dalam beberapa PRK khususnya di Sibu, Serawak dan Hulu Selangor, telah pun menyelak hakikat sebenar ‘dirinya’. Beliau ‘reckless’ atau tidak punya ‘jatidiri politik’ yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan.

Sebaliknya kata-kata tidak cermat, seperti ‘you help me dan I help u’ memperkuhkan pelbagai amalan buruk dalam rasuah politik pilihanraya. Memberi kedudukan tinggi orang yang sabit rasuah sementara dia mahu perang rasuah. Dia sinonim dengan tabiat flip-flop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan. Beliau hanya mahu ‘sokongan’ semua.

Kini Najib berdepan pelbagai ujian getir. Rakyat dan pengundi terus menilai sementara partinya terus cemas serta rimas dengan prestasi Najib dan mutakhir ini gelagat buruk dan perilaku ‘first ladynya’ . Ia memburukkan lagi peluang Najib. Berbelanja besar dan ‘taste’ atau selera hyper-mewah berlawanan dengan anjuran menyuruh rakyat bercermat. RM4.5 juta menganjur Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 wanita pertama kebanyakan dari Negara Afrika bukan satu yang wajar dalam 13 tahun bajet defisit yang ditanggung kerajaan BN.

Beg tangan, gelang tangan mewah dan cincin belian didakwa RM24 juta yang ada hubungkait dengan FLOM itu amat tidak disenangi rakyat yang dianjurkan berjimat dalam mendepani himpitan kos saran hidup yang tinggi. Perbelanjaan besar rumah kediaman PM dan TPM juga dipandang cukup jelek oleh rakyat. Pertikaian pelbagai pihak tentang ‘entourage’ keluar Negara seperti urusan pra-pertunangan di Kazakhstan masih menantikan pertanggungjawaban secara telus dan amanah.

Najib kini kehilangan ’goodwill’nya atau ‘sangka baik’ dan ‘hormat’ rakyat pada dirinya. Ini petanda buruk bagi seorang pemimpin, khususnya ketua sesebuah kerajaan.

Bersih 2.0 pula terus menyerlahkan kepimpinan buruk Najib dan kegagalan beliau menangani cabaran Politik Baru. Kini rakyat-pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik samada kerajaan atau pembangkang. Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang ‘kotor’ dalam sistem pilihanraya. Ini termasuk hal kekotoran dalam daftar pemilih dan mengundi lebih sekali. Isu dakwat kekal lawan kaedah biometric akan terus menjadi polimik tajam. Najib gagal menangani isu semudah ini. Ataukah beliau mahu menyerlahkan niat jahat kerajaannya?

Kezaliman dan tindakan ganas pihak PDRM terhadap peserta Bersih 2.0 satu hal yang menunjukkan bahawa Najib dan menteri-menteri gagal memahami bagaimana mendahulukan rakyat dan faham bahawa ‘era kerajaan tahu semua sudah berlalu’. Najib mendapat liputan buruk media dalam dan luar Negara, termasuk kritikan dari pimpinan politik dalam partinya seperti Saifudin Abdullah dan Khairy Jamaludin., Kedua-dua tokoh pemimpin muda Umno. Mungkin ramai yang takut bersuara.

Tidak pernah disaksikan betapa masyarakat ‘netizen’ media sosial memarahi pemimpin parti politik seteruk kali ini. Tetapi dengan Najib ini, selepas Bersih 2.0, lebih 200,000 warga sebuah facebook menuntut Najib berundur segera. Ini cukup menyiksakan seorang pemimpin!

Semacam tidak memahami realiti akar umbi, Najib terus membuka pelbagai ‘front’ memerangi rakyat-pengundi yang sepatutnya dimenangi hati-budi mereka. Umno-BN terus memerhatikan Najib yang bertindak ‘sumbang’ mungkin dengan nasihat pelbagai firma ‘consulting’nya termasuk APCO, yang tidak tahu waqi’ atau realiti politik Negara dan salur-galur psiki orang Melayu, kaum Cina-India dan ratusan etnik dari sabah dan Sarawak.

Najib wajar melebarkan lingkungan kawan dan memperkcilkan lawan. Perilaku mencetuskan kesan sebaliknya. Najib tidak tahu bahawa beliau punya musuh dalam selimut. Najib melalui sepupunya Hishamuddin menahan 6 pemimpin Parti Sosialis Malaysia, yang hari ini dinobat sebagai PSM06 atau EO6. Dr Jeyakumar, MP Sg Siput yang juga ditangkap telah memulakan mogok laparnya. Atas tekanan rakyat, penulis meramalkan mereka akan di bebaskan. (Telah pun).

Najib mengundang amarah kaum India, yang sokongan mereka belum pasti akan kembali kepada BN. Menteri Sumber Manusia dari MIC dan Presiden telah ‘broke-rank’ lantas mengecam kerajaan Najib atas tahanan di bawah Ordinan Dharurat 1960. Kini seluruh lapisan rakyat sivil dan politik Pakatan bergandingan untuk membebaskan tahanan EO6 ini.

Front perang antarabangsa juga dibuka oleh Najib ketika secara ‘terdesak’ mengambil tindakan menahan lantas ‘mendeport’ William Bourdon, peguam hak asasi manusia yang menjadi peguam sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia, SUARAM, yang mengangkat pendakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

Peguam yang datang untuk berucap dalam program ‘fund raising’ Suaram bagi membiayai kes perbicaraan terhadap dakwaan rasuah syarikat Perancis DCNS yang membekalkan kerajaan Malaysia kapal selam scorpene, akhirnya dihantar pulang setelah didakwa melanggari peraturan visa kemasukannya. Sekali lagi rakyat dan dunia memerhatikan apa pulak yang cuba dilindungi Najib kali ini. Kes akan didengari di Mahkamah Perancis pada bulan September tahun ini.

Bermakna Najib kini terpaksa berdepan dengan risiko besar dengan apa yang bakal didedahkan siasatan peguam Suaram ini. Mampukah Najib mengangkis persepsi buruk ini, jika sebutan itu membabitkan orang kepercayaannya? Mampukah Umno menerima dampak buruknya seandai dapat di dedahkan Willaim Bourdon nanti skandal perolehan scorpene tentang siapa antara penerima RM540 juta itu?

Najib terus ditimpa nasib malang kerana mantra keramat “1-Malaysia” nya pada awalnya adalah memenangi pengundi kaum Cina dan India yang telah menyokong pembangkang. Ini pendekatan ‘inklusif’ atau ‘keterangkuman’nya. Sedari awal mantra ini kurang disenangi oleh partinya sendiri. Ia dilihat terlalu lunak kepada kaum bukan-Melayu. Mahyuddin sedari awal telah menyanggah dengan beliau bertegas dia Melayu dulu ‘Malay first’ sesuai dengan slogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ yang didukungi Umno sejak azali.

Pelbagai pendekatan ‘inklusif’ Najib tidak di’kongsi’ oleh partinya dan Perkasa digunakan oleh ‘warlords’ Umno seperti Tun Malhathir untuk membantah segala program Najib termasuk agihan projek MRT dan pelbagai lagi yang dilihat terlalu “1-Malaysia”. Seawalnya Perkasa mahu mengheret Najib sebagai bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 dsbnya.

Kini Najib bukan sahaja dilihat gagal membaikpulih ekonomi dengan segala program transformasinya bermula NKRA, NKEA, SRI, Model Ekonomi Baru (NEM), ETP dan EPP, tetapi ditanggapi ‘warlord’ partinya sendiri sebagai menghakis ‘penguasaan politik’ dan ‘kedudukan ekonomi’ orang Melayu. Penubuhan Teraju, penghapusan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dan pelbagai tindakan bolak-balik dan ‘patah-balik’ tidak dapat merawat ‘kemarahan warlords’ partinya sendiri. Hakikat tentangan dari dalam ini tidak mudah Najib tangani. Ia lebih menusuk jiwanya dari serangan Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil.

Mutakhir ini dan sedikit berlain adalah penubuhan Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan-kawanya. Ia tidak boleh dipandang mudah oleh Najib. Mereka bukan parti pembangkang dan bukan juga 62 NGOs yang menubuhkan Bersih 2.0. Mereka adalah ahli Umno dan BN, sebahagian besar adalah pemimpin atau mantan pemimpin Umno-BN dan berjawatan dalam kerajaan seperti Kadir Sheikh Fadzil, Syed Hamid Albar, Osu Sukam dan dari MCA seperti Ong Tee Keat. Penentangan mereka adalah atas dasar menentang “korupsi, kronisme dan krisis perkauman” yang membarah dan endemik dalam Umno dan BN.

Mereka juga mahu menjadi kuasa ketiga dan sanggup menentang Najib. Apakah mereka bersedia untuk bersama Pakatan dalam satu “Grand Coalition” untuk menjatuhkan kuasa Najib dan Umno-BN? Apakah ‘game-plan’ atau strategi Ku Li. Tidak jelas sehingga kini. Yang jelasnya mereka sangat marah kepada Najib yang dilhat gagal mengeluarkan Negara dari segala macam krisis yang mereka juga adalah sebahagian darinya satu masa dahulu.

Di persimpangan kritikal ini, Najib semacam keseorangan. Yang jelasnya menyokongnya ialah Rosmah. Kalau cepat dilakukan PRU ke-13, ramai yang mahu terus bertanding akan terus terpaksa bersamanya. Sebabnya dalam tradisi Umno, Presiden menentukan calon-calon. Tetapi kalau lambat, tak siapa pun takut dan segan kepada Najib. Dan masa tidak menyebelahinya. Kalau mahu tunggu lepas Bajet, yakni bulan Oktober-November, skandal Scorpene menghantuinya. Kalau mahu tunggu tahun depan Mac-April, pemilihan partinya menjadi Najib lebih gusar dan gundah gulana.

Di persimpangan ini, kombinasi fraksi 3-M – Mahyuddin, Mukhriz dan Mahathir, dikatakan tidak akan duduk sahaja untuk menyaksikan partinya mereka punah kerana gelagat Najib-Rosmah. Usaha Najib mengembalikan sokongan kaum Cina-India disaksikan sebagai gagal. Umno mungkin sahaja memikirkan supaya jangan buang masa dengan kelompok kaum ini.

Apakah Mahyudin-Mukhriz-Mahathir akan merancang manjtauhkan Najib bagi mempastikan Umno berpeluang untuk terus menguasai kepimpinan Negara? Mampukah fraksi 3-M ini mengekalkan sokongan kaum Cina dan India yang cuba dimenangi Najib? Tentunya tidak. Mampukah Umno bertahan dengan hanya sokongan Melayu yang juga terbelah dua? Apakah mereka ini disokong fraksi Amanah Ku Li?

Umno jelas di kedudukan yang paling parah sejak pasca PRUke-12. Mereka masih belum mendapat sentuhan strategi keramat lagi. Apakah Najib-Rosmah akan terpaksa dikambinghitamkan bagi memberi talain hayat kepada parti Melayu tertua di dunia ini?

Najib terus mencari tallian hayatnya untuk kekal bernafas di Putrajaya....


Sumber : najib-mencari-talian-hayat

Rosmah oooh Rosmah.... mengaku ajalah...

Salam Sejahtera,

Bukan ahli atau anggota pembangkang sahaja yang kecewa dengan situasi yang berlaku dan panas sekarang ini, malah orang-orang UMNO sendiri pun kecewa dengan apa yang telah berlaku dalam negara,

Sikap keborosan Rosmah dah menjadi pertikaian ahli UMNO..... wakaka....,



Baca seterusnya di rontogdaily.

Saturday, July 30, 2011

Kementerian Pertahanan Muflis!....

Salam sejahtera,




Sebelum ini Tony Phua berkata
“Saya juga menunggu pegawai-pegawai Kementerian (Pertahanan) supaya memberi jawapan dan penjelasan di mahkamah nanti,” kata Pua kepada Roketkini berhubung laporan akhbar semalam bahawa Zahid mahu saman beliau jika terbukti berlaku penyelewengan fakta membabitkan Angkatan Tentera Malaysia di dalam buku terbaru Pua, “The Tiger That Lost Its Roar.”
Belum sempat nak naik mahkamah, dah lain pulak ceritanya,, projek tak dihentikan..... kalau kedudukan kewangan mengizinkan kita akan teruskan.. klik .utusan.
.
Agak-agak bila keadaan nak mengizinkan tu.....@#$%^&*.











Najib meRASUAH MIC untuk menghadapi PRU13..

Salam sejahtera,

Aku hairan sungguh, sebelum ini...




mangkok atas ni digelar PARIA oleh blogger UMNO sendiri, tak puas hati dengannya...... Klik .dey-palani-tambi-wokala-wollii-pundek..

Dalam dok pundek-pudek tu Najib boleh pi bagi pangkat jadi full minister bro.... bagi senator, bagi Timbalan menteri, hari ini Menteri Penuh..., Klik presiden-mic-naik-pangkat-jadi-menteri-penuh.

Macam ini Najib selesai masalah dalaman BN, makin bertmabah susut duit rakyat yang membayar cukai....




,


Berita gumbira... Maaf diterima...legaaa..

Salam sejahtera,



Mencemar duli FAM, terpaksalah nak buat bisnes punya pasal...Chelsea accept Malaysia .





K Rajagopal kena belajar dengan Dato S Ambiga..

Salam sejahtera,

Dah jadi lumrah alam,, kalau menang tak cukup tempat nak diisi dengan kepujian,,, tetapi jika sebaliknya inilah yang berlaku...,


Menyokong penuh!
Apa pun keritikan yang membina untuk kebaikan bersama tak ada salahnya jika diambil guna pakai selepas ini.. Klik usah panggil pemain ke kem kebangsaan.,



Gantung Seluar Dalam dan Coli di Komtar....

Salam Sejahtera,



Biasalah kalau dah jadi pencacai UMNO boleh apa saja,, ditahan oleh polis sebelum ini hanya sekadar jangan ambik tindakan,,, tak bagi nampak sangat siapa ada dibelakangnya....


Kini dia buat hal lagi, biasalah dah nak puasa,, lepas tu nak raya,,, cari modal nak buat beli mercun..... Klik SINI ,,


Friday, July 29, 2011

Dato Seri Najib akan jalani pembedahan Isnin ini...

Salam Sejahtera,

Apakah cerita sedih ini ada hubungkait dengan kekalahan Malaysia di tangan Pasukan Singapura malaam tadi.....,


Cerita lanjut klik agendadaily.

Sebelum ini masuk hospital kerana demam chicken fox..., kali ini sebab lutut sepak bola futsal bulan Mei lepas,,dah dekat 3 bulan baru nak bedah,, biar betul beb,, .., susah nak fikir lah,,

Agaknya sebab itu mereka sanggup tuduh Mat Sabu berlakon kena langgar, rupa-rupanya Presiden UMNO yang pakar berlakon...,









Najib PM terakhir dari UMNO....

Salam Sejahtera,


Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya—sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai.

Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas.

Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa ‘gerun’ di hati rakyat terbanyak—sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM.

Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25?

Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemoh kawan-kawan


Baca sepenuhnya di najib-pm-terakhir-umno


Kekalahan Malaysia dengan Singapura - Najib hilang satu modal politik...

Salam sejahtera,

Apa lagi yang boleh nak dikatakan dengan keputusan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, kalau tanya kat aku baguih juga Malaysia kalah... bila aku tengok pemain dari Cina menyumbat gol penyamaan timbul seronok, bukan apa, Keupayaan Malaysia semakin tertekan.... baru ummph..

hangpa nak kata aku tak ada semangat patriotik... lantak pilah... seperti yang aku dok sebut semalam, kalau Malaysia menang Najib lagi besaq kepala, banyak modal dia lagi untuk nak mengempen PRU13 yang semakin dekat, itu satu faktor,

Aku dok terbayang, tiket paling murah RM30, tak dok kira yang mahal,, pukul rata RM30x85000 FAM dengan Stadium dah dapat kutip RM2.55 juta, duit rakyat, tak termasuk ulat-ulat yang ambik kesempatan menjual semula tiket dengan harga RM50 setiap satu.pandai depa buat bisnes...

Kesian pada penonton-penonton,, duit habis beratus,, keputusannya errmmm....







Bila aku dok baca dari blog Dato AKJ, dia sarankan kalau pemain Malaysia nak kuat sehingga mencapai taraf dunia, pemain-pemain skuad harimau perlu di "KASI'... wakaka pakai minta cerailah Rita Rudani.......

Team Malaysia kalau bermain dengan team wanita dunia pun belum tentu lagi boleh menang... tudia... aku tak tau kenapa Dato AKJ boleh mengkritik sampai begitu sekali,,,, dan banyak lagi kritikan pedasnya.....baca kadirjasin.


Apa yang aku dok nampak inilah kesan terbaru buat rakyat Malaysia bila pengaruh sukan tidak diawasi, budaya-budaya luar yang kita dapat...


Dan budaya sebegini yang UMNO suka pun,,, kerana ini warisan penjajah...



Bahasa Malaysia - Beranikah UMNO ?!...

Salam sejahtera,




Isu bahasa Malaysia... PPSMI untuk pelajar anak-anak orang melayu pun masih tak dapat nak diselesaikan lagi, apatah lagilah nak usul dijadikan bahasa melayu sebagai Bahasa Resmi Asean... keluar cirit hijau pun tak berani.. kena shutup dengan Lee Hsien Loong diam terkedu Najib.....

Nasib baiklah ada negara Indonesia yang berani... Tahniah buat Indonesia.... baca dia antaranews.






Thursday, July 28, 2011

AWAS - Jangan bagi ROSMAH MANSUR lihat gambar ni....



Bukan Apa,, takut nanti rakyat kena berjimat penggunaan elektrik,........rakyat dah cukup terseksa...


Kenapa muka Najib dan Rosmah tak ada dalam gambar ni...

Salam sejahtera,,,

Persengketaan di dalam UMNO semakin ketara.........


Ulasan apa cerita sebenar dalam gambar ni boleh baca di tukartiub.

Pimpinan PKR - Betul ke gambar ni..memalukan...

Salam Sejahtera,

Aku tak mau nak komen banyak,, kalau pimpinan bukan Islam satu hal juga... perangai dari UMNO tu tak boleh nak dibuang jauh-jauh..ka...




Sekarang dah jadi buah mulut UMNO... mediapermatangpauh..




.







Sesekali rasa kesian,, sesekali padan muka hang...

Salam Sejahtera,


Sepatutnyalah bila dah menjadi super senior atau super otai dalam parti UMNO Ku LI akan dihormati dan disanjungi oleh semua ahli parti termasuk pimpinan...

Janganlah hanya bia waktu terdesak seperti PRK Galas yang lalu, Ku Li diberi penghormatan yang bersebab, habih selesai PRK Galas mampuih pi la hang... inilah yang berlaku dalam UMNO..Pemimpin Reput digelarnya kepada Ku Li.....

Baca di rontogdaily.

Apa pun aku rasa tindakan Ku Li melancarkan Amanah itu ada kesannya, apa tidaknya, seorang dari Ahli Parlimen UMNO awai-awai dah maklum tak mau bertanding lagi ..., utusan.

He he ..mungkin tak mau bertanding atas tiket BN...kenapa sebelum ni zaman Mahathir dan Pak Lah merasa juga ia pegang Timbalan Menteri, mai ke zaman Najib dah tak ada jawatan, kisah dia ni pun pun dah heboh dalam blog-blog UMNO...

He he kita tunggulah keputusan dari rakyat apakah hukumannya selepas PRU 13,, Kesian kat Ku LI,, padan muka hang Najib...

Wednesday, July 27, 2011

Psywar UMNO Memang Gagal, Muhyidin pulak ambik peluang...

Salam Sejahtera,

Hairan bin ajaib, kalau dah laman web penyokong UMNO sendiri turut menghentam Presiden mereka sendiri, ini sudah kes berat,, apa cerita beb,,, Pakatan pula jangan lah dok leka lagi...,



Boleh baca sepenuhnya rontogdaily.


Peluang yang terbuka luas, tak kan nak dilepas oleh Mahyudin, bila lagi nak lawan taukeh.....





Pakat lawan lah sesama hangpa,, lagi cepat berkubur lagi bagus......


Pengerusi Belia ditangkap LIWAT

Salam Sejahtera..

Ini ada satu lagi berita kelakar,, namun ia betul-betul terjadi,,, bukan angkara spesis manusia bernama saifol.....



Gempar dan benar. Pengerusi Persatuan Belia Dinamik Barat ditangkap atas dakwaan meliwat ahlinya. Laporan polis dibuat pada 12 Julai 2011 dan pengerusi berkenaan ditangkap oleh PDRM pada 23 Julai 2011.

Seleranya seperti Anwar Ibrahim juga, depan belakang sama rasa, sama sedap. Pengerusi ini khabarnya merupakan keldai belaian dan belaan EXCO Belia NSDK, YB Samad. Nampaknya, Samad konolah menjauhkan diri daripada kelompok persatuan belia yang ternyata tidak cerdik dalam urusan persatuan mereka, apatah lagi urusan selera kehidupan semasa mereka.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban juga dikobarkan selalu import Persatuan Belia Dinamik Barat dalam program-programnya. Begitu jugalah dengan Sekretariat Belia di bawah YNS yang dipercayai masih dipimpin oleh Farman, seorang yang dengkel ilmu kepemimpinan belia.

Natijah pelik ini mungkin kerana terdorong dek ghairah dalam melakukan protes dan demontrasi kerana membantah keputusan pengadilan Anugerah Belia Negara kategori persatuan belia 2011, mengadakan sepanduk di hadapan foyer Klana Resort Seremban semasa YAB MB berada di sana untuk merasmikan Sidang Majlis Perundingan Belia Negeri, menyebar pertuduhan bersifat subjudis kepada Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sembilan kerana dikatakan diskriminasi akan Dinamik Barat dan pelbagai lagi.

Gamaknya pertubuhan belia semuda Dinamik Barat yang wujud selepas Akta 668 tahun 2007, tampaknya begitu lemah dalam menta'akul dan memberi makna kepada sebuah organisasi yang sihat akal, sihat seksual, sihat tubuh, sihat fizikal dan sihat roh persatuan ini.

Pak Sedaro fikir ramai lagi "mungkin" manusia bertopengkan Persatuan Belia dan NGOs yang sama selera dengan Anwar Ibrahim. Amatlah malang kepada Samad Ibrahim, Wan Salwati Abdullah, Farman, Wan Fazamy dan sesiapa jua aktivis belia yang berkelana bersama Persatuan Dinamik Barat yang terpalit dengan skandal luar tabii sang Pengerusi. Rupanya Zaharuddin ini berkongsi SELERA Anwar Ibrahim. Cuma bezanya dia bukan Ketua Umum Partai Keling Ramai, Partai Kencing Rakyat dan Parti Korupsi Rangers.

Sumber : paneh.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari