boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, May 31, 2009

PRK Penanti - Keputusan sebagai HADIAH BUAT PM 1MALAYSIA

SALAM SEJAHTERA...

Tahinah Dr Mansor...

Walaupun pun jumlah pengundi hanya 7,100 undi, (46.15%)...namun rakyat Penanti suara ramai tetap memilih calon PKR dengan mendapat 6052.. majority 5558 lebih besar dari majority PRU12 yang lalu yang mana hanya mendapat 2219 undi..

Mungkin boikot dari UMNO berjaya...tetapi peningkatan jumlah undi untuk PR begitu ketara peratusnya...melebihi dari 100%.

Jadi ... buat PM 1 Malaysia,...UMNO dan sahabat-sahabat BN sekelian, bersedialah  keluar dari puncak pemerintahan untuk bertukar menjadi pembangkang pula pada PRU13 nanti. Rakyat dah bersedia untuk menukar kamu semua.....

Terima kasih buat Kak Min, tolong buat press confrence   
setiap hari.. tindakan tersebut membuat pengundi Penanti semakin ramai pengundi calon PR... Terima Kasih......

Kita berjumpa lagi di Manik Urai Kelantan pada bulan hadapan... Siap sedia lah kamu UMNO BN  menerima keputusan penghakiman dari rakyat...  Jumpaaaa di saaaanaaa................................

PRK Penanti - Nikmatnya bila UMNO tidak bertanding.

Salam Sejahtera....

Terbukti sudah... bila UMNO tidak bertanding pihak Polis yang menjadi pengawal utama UMNO boleh relak... sila panggung kyusuk penuh tawadduk.. 

Inilah standard polis Malaysia... Hanya bertugas untuk kepentingan UMNO menjadi tugas utama...

Cerita lanjut dimana tempat Polis ni tertidur dan sebagainya KLIK DI SINI.

Harap-harap IGP Musa Hasan siap sedialah memberi jawapan yang anggotanya boleh tertidur dalam tugas..wartawan-wartawan bolehlah pi tanya.. nanti kita dengar apa jawapannya...

PRK - Pengakuan Kak Min

Kak Min: Ahli Umno juga keluar mengundi...
Muda Mohd Noor | May 31, 09 4:06pm

Terdapat ahli dan penyokong Umno di DUN Penanti keluar mengundi hari ini, terutama di kawasan Kuala Mengkuang, dakwa calon bebas Aminah Abdullah.

Calon bebas yang menggunakan lambang kunci itu berkata, beliau sendiri yang pergi mengangkut pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Saya tahu mereka ahli dan penyokong Umno kerana saya pergi sendiri ke rumah mereka.

"Tetapi jumlahnya tidak terlalu ramai, berpuluh orang sahaja.

"Dan mereka kata hendak pangkah calon kunci (Kak Min)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Aminah, ahli Umno yang keluar mengundi kerana mempunyai mempunyai kesedaran untuk mengundi.

Ketika ditanya peluangnya dalam pilihanraya kecil ini, Aminah berkata, beliau tidak tahu mengenai peluangnya.

"Tetapi ada orang PKR kata saya tidak boleh menang. Bagaimanapun, tunggu lah keputusannya nanti," katanya.

Aminah berdepan dengan calon PKR, Dr Mansor Othman dan dua lagi calon bebas, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Sumber = Malaysiakini.

MM - Apa pun dengan ini terserlah peribadi anda dengan perbuatan apa yang anda lakukan....

Muktamar PAS ke 55 - Husam masih lagi menjadi sasaran utama..

Salam Sejahtera!!
Tidak cukup dengan penulis upahan/blogger upahan MSO, kini UMNO dengan barua-barua mereka masih tak berputus asa... sekarang secara terang-terangan mereka turut nak memecah belahkan keharmonian apa yang ada dalam jemaah PAS. Inilah rupa seorang barua UMNO yang menggunakan apa yang kebolehannya sebagai penulis bekerja dengan Utusan Melayu yang tugasnya memecah belahkan keharmonian orang lain...KLIK DI SINI

Si Barua ni nak menyamakan Datuk Husam dengan peristiwa PAU 1993 dimana DSAI mencabar arwah Tun Ghafar Baba. Datuk Husam menjadi mangsa tulisan  mereka adalah kerana ucapannya tidak mahu PAS meneruskan perhubungan/pertemuan agenda Melayu dengan UMNO. Kami ahli PAS mahu bersatu  semua orang Melayu, dan juga semua penduduk Malaysia tak kira kaum.....tetapi bukan di bawah UMNO, bukan di bawah PAS.. tetapi dibawah AL-Quran dan Hadis sebagai rujukan..

Cukuplah sekali PAS bersatu dalam BN bersama UMNO sebagai panduan.. cukup hanya sekali... cukup....

Datuk Husam hanya menjalankan tanggungajawabnya...sebagai AHLI PAS.. beliau mengikut arahan tuan/mentornya Dato Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Teruskan Dato.. Insyaallah.. kami akan meneruskan sokongan terhadap Dato...

Sultan gesa atasi jenayah komersial

SERI MANJUNG: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajib memberikan perhatian serius terhadap jenayah komersial dan memastikannya ditangani dengan pantas serta berkesan. 
Baginda bertitah, ini penting kerana jenayah kolar putih membawa impak negatif lebih luas berbanding rompakan biasa. 
Negara yang mempunyai perangkaan tinggi jenayah komersial juga boleh memberi imej buruk bagi pelabur dan pedagang asing.

“Jika bank dirompak, kerosakan hanya tertumpu kepada cawangan bank berkaitan dan jumlah dirompak. 

“Apabila jenayah komersial berlaku dalam organisasi ia menjejaskan seluruh rangkaian sistem perniagaan, boleh melumpuhkan seluruh operasi dan mengakibatkan urus niaga terjejas manakala ratusan atau ribuan pekerjanya pula berkemungkinan hilang pekerjaan,” titahnya merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, semalam. 

Sultan Azlan bertitah, pegawai dan polis yang mengendalikan jenayah komersial perlu meningkatkan kemahiran, pengetahuan, keupayaan dan kapasiti bagi menangani jenayah itu demi menjamin iklim perdagangan dan ekonomi negara terus diyakini pelabur.

Baginda bertitah, tindakan tegas dan pantas memang perlu dilakukan kerana jenayah komersial mampu berlaku dan merebak dengan cepat. 

Jika perlu, perundangan harus diperkemaskan selain mengutamakan usaha latihan bagi mewujudkan pegawai penyiasat yang lebih cekap. 

“Jenayah kolar putih yang semakin ketara memerlukan kemahiran penyiasatan yang lebih canggih serta kapasiti pendakwaan lebih cekap. 

“Pertambahan penduduk, pergerakan manusia lebih mudah, kemajuan teknologi komunikasi dan dunia tanpa sempadan mewujudkan senario dan corak baru kegiatan jenayah ini,” titahnya.

Sultan Azlan juga bertitah, semangat rondaan penduduk harus dihidupkan kembali terutama di penempatan yang mempunyai jenayah tinggi. 

Titahnya, ketika negara menghadapi ancaman komunis, rakyat melakukan kawalan menerusi home guard serta unit kawalan kampung dan semangat itu perlu dihidupkan kembali.


Komen!! 

Ampun Tuanku.. Pada Hemat patik anggota Polis di Negeri Perak terlalu sibuk untuk melaksanakan semua tugas-tugas aspek keselamatan, Negeri Perak masih tidak stabil suasana politiknya.. selagi Tuanku tidak perkenankan perbubaran DUN negeri Perak, selagi itulah Polis sibuk menjaga kepentingan politik UMNO.. Sebelum tragedi 5 Feb 2009 Negeri Perak aman damai.. Polis tak perlu sibuk ke sana ke mari, tetapi selepas kejadian tarikh tersebut Polis hingga ke hari ini sibuk siang malam menjaga kepentingan UMNO.

Saturday, May 30, 2009

Kisah Zambri & The Gang Kena Halau di Batu 8 Lekir...


Salam Sejahtera...

Hari ini jam 2.30 ptg lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri...Tuan tanahnya,.

Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.

Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada.. maka kereta Rasmi Zambri. Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus minta keluar dari tanah kawasannya.. mereka tak indah larangannya.. malah mereka semakin gostan keretanya ke belakang, menyebab dia memekik tak faham bahasa ka sambil menepuk kereta tersebut.
Bila dah malu tak ada arah, mulalah cari pasal.. tanya kat tuan rumah ni, tanahnya tu bayar cukai ke tidak.. lagi la hangat tuan rumah, dapatlah maki percuma darinya "Pukimak hangpa", seawktu mereka nak keluar dari rumahnya ada lagi suara-suara mengatakan jangan layan orang tak betul...situan rumah balik balik sapa yang tak betul, kalau berani mari.. tak ada sapa yang beranila nak masuk.. dah bersalah.. nak tak nak mula tebal keluar balik... lawatan pun tak jadi..

Malu besarlah Zambri, kerana tak jauh dari situ kat Batu 10 Lekir adalah rumah mertuanya, tup-tup dia sendiri kena halau...

Pada sebelah petang DS IR Hj Nizar pulak pergi melawat ke situ, dah HJ Nizar pun risau juga pada mulanya.. takut kena halau.. sebab sangkaan mereka tuan tanah ni jenis orang tak betul... suspen aja mereka nak turun dari kereta,,, rupanya bila ia nampak Hj Nizar sampai berlari ia sambut Hj Nizarkat kereta, siap cium tangan lagi... berbangga dia dapat bertemu Hj Nizar dan ia menceritakan kisahnya yang berlaku pd Hj Nizar.. rakaman ceritanya bersama HJ Nizar ada di blog otai-manjung.
Tuan Tanah/Rumah ni menetap di KL.. entah habuannya nak jadi cerita balik kerumahnya dapat bertemu Zambri.. nasib Zambrilahhh... itulah MB yang bukan pilihan rakyat.. Padan muka kau Zambri... Kau dimalukan depan anggota polis.... depan Menteri Kabinet MCA...korang mereka tahu yang rakyat betul-betul tak suka...pi la ngadu kat Pak Mentua kau tu... apa dia nak kata....

Jangan pandang rendah kekuatan BN di Manek Urai

Salam Sejahtera...

Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Pengarah Pilihanraya BN Tok Pa menegaskan  kekuatan BN tidak boleh dipandang rendahBaca Di SINI.

Tak ada sapa pun yang dok capoi mulut merendahkan keupayaan UBN aihh, malah raja katak Semalaysia sendiri telah memberi amaran akan menelanjangkan PAS Kelantan.

Apahal Tok Pa yang kalut semacam ni... PAS Kelantan memang tak pandang rendah kat UBN kalau bertanding secara anak jantan,,, memang kalau cara mengikut lunas undang-undang demokrasi, UBN akan dihormati... tetapi kalau UBN sama saja sewaktu PRK Bukit Gantang, UBN sama menyibuk di Penanti walaupun tak bertanding, Guna Polis, SPRM, Majlis Perbandaran apa saja ajensi kerajaan maka UBN bukan saja dipandang rendah malah lebih hina dari taik babi......!!!khawwkh ...... pthuihhh.

Penanti: Polis siasat 3 pemimpin Pakatan Rakyat

BUKIT MERTAJAM: Polis sudah memulakan siasatan terhadap tiga pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang berikutan kandungan ceramah mereka pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang menyentuh isu sensitif. 

Dua lagi pemimpin PR yang sedang disiasat adalah dua ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai dan Badrul Hisham Shaharin. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaacob, berkata ketiga-tiganya disiasat mengikut seksyen 4 (1) Akta Seksyen dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah. Beliau berkata demikian pada sidang media sebentar tadi. 

Sumber : BH Online.

Komen: Fitnah cerita apa tu... Lim Kit Siang pandai buat cerita fitnah ka... ada sesiapa yang tau.... N Gobalakrisnan pun pandai buat cerita fitnah juga ka... Cikgu Bad pun kena juga.. cerita fitnah lagi....fitnah apa ya... kesedapan ais krim magnolia ka atau Aminah Abdola!!!
Fitnah ka tak fitnah 1Malaysia dah tau.... Siasatlah lah sama Korean Times, NY Times dan macam-macam berita Times dunia yang buat fitnah tu... jangat siasat pemimpin PR ajaaa...

Menteri BN yang takut pada mati!?!?

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha (kiri) mendengar penerangan daripada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid dan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Razak Muda (kanan) mengenai operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa runtuhan bangunan yang pernah menempatkan Jaya Supermarket di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Bernama

Hangpa perati betui-betui.... bab mati ni orang Cina takut sungguh...Pengarah Bomba tak pakai helmet, dan yangs orang lagi tu pun pakai topi/cap uniformnya... tup-tup si Menteri sorang ni pakai helmet... mana punya helmet mat rempit dia pakai aku pun tak tau.......

Anasir Luar yang cuba nak pecah perpaduan ahli PAS!!

Salam sejahtera....

Aku ingat nak relak sekejap... malas nak menulis apa-apa lagi... tapi bila dalam dok relak.. meninjau dari satu blog ke satu blog masuk balik ke blog parasit yang suka nak memecahkan perpaduan ahli jemaah parti...blogger ni memang hebat.. memang ternama... wartawan.. penulis... tetapi nampak nya bila masa kita jemaah PAS nak bermuktamar, sibuk nak memilih pimpinan baru tanpa adu domba kata-mengata kepada calon-calon yang lain...tetapi si parasit jahat ni mula nak buat sibuk.. 

Sebelum ni dalam blognya dia dah mengaku tak akan usik individu tertentu sehingga selesai muktamar.... tetapi nampaknya dia lebih teruk lagi... memang dalam tulisannya kali ini dia tak menyentuh nama individu -(ok lah aku terus sebut nama Individu tu - Dato Husam) lagi... tapi aku yakin desperado yang katakan hanyalah pada Dato Husam..Ceritanya Di Sini.

Apa hal yang si Parasit sekoq ni sibuk sangat sesiapa yang nak pimpin PAS... itu hak perwakilan.. kalau dia tak puas hati dengan sikap Dato Husam mengenai projek kambing jamparynya tu, itu hal lain..tunggulah kes tu kat mahkamah... apa pun orang dah tahu cerita hal sebenar.. Dato Husam cuma menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat Kelantan kepadanya...bukan hanya untuk kepentingan si Parasit sorang.

Bagi aku ketiga-tiga calon Timbalan Presiden baik dari penyandang YB Ustaz Nasarudin Mat Isa, Haji Mat Sabu dan YB Dato Husam Musa, kesemuanya adalah yang terbaik belaka.. itu sebab mereka boleh jadi pimpinan PAS...aku ulang... ketiga-ketiga mereka adalah terbaik... semuanya sayang kepada Islam, sayang kepada Parti.

Pada muktamar 4 tahun lalu sewaktu Ustaz Nasarudin bertanding dengan Ust Hasan Shukri lalu, aku memang berharap Ust Nasa menang, keran apa.. bagi aku bila muka baru ada pembaharu dalam parti yang aku sayangi...dan alhamdulillah Ust Nasa dan pun pegang jawatan Timbalan, dan sekarang untuk penambahbaik dalam parti aku rasa tak salah kita tukar pula Timbalan kepada yang baru.. untuk kebaikan parti yang aku sayang..cuma dari sini aku lebih nampak yang lebih daripada ketiga-tiga calon tersebut ada pada Dato Husam.

Tugas yang diamanahkan kepada Dato Husam sewaktu beliau menjadi Naib Presiden adalah cukup baik sekali untuk Parti dan Pakatan Rakyat. Aku ambik contoh besar ialah sewaktu krisis perlantikan Nizar nak menjadi MB Perak dulu, yang mana mendapat sedikit kekecohan antara Parti dalam PR... siapa wakil parti yang banyak turun buat penyelesaian... Dato Husam, beliaulah yang ke hulu ke hilir sehinggalah DS IR Nizar dapat menjadi MB Perak selama 11 bulan...dab banyak lagilah cerita-cerita mengenainya.. tak perlulah aku nak senarai semua sekali, nanti aku dikatakan berlebih-lebih pulak.. seolah-olah yyang 2 calon lagi tidak baik,, bukan itu maksud aku... aku nak yang terbaik dalam parti... dan lagi satu sewaktu perjumpaan blogger se Malaysia di Pasir Putih Kelantan sehari sebelum penamaan calon PRK Kuala Terengganu tahun lepas, Dato Husam juga sudi melapangkan masa membuat pertemuan dengan blogger cikai dari PR.. tetapi aku tak pegi.. hangpa tak percaya tanya blogger MSK, Sya-Reform dan Ciberboron dan ramai lagi....biarlah si parasit tu nak tulis apa pun...nanti jawablah beliau di hadapan Allah, kalau siparasit tu rasa dia betul.

Insyaallah, aku akan sambung lagi kisah-kisah Dato Husam dalam pentadbiran negeri Kelantan, apakah yang beliau alami di sana.. aku tengah mencari berita dari sumber yang sahih. dan juga kami blogger dari kumpulan Blogger Network Perak terutama MSK akan turut sama-sama menulis membantu Husam untuk menjawat Timbalan Presiden PAS.

Kisan Semalam dan Pagi ini...

Salam Sejahtera....

Petang semalam adalah satu hari yang cukup menggembirakan aku, kerana rumah aku ada insan yang cukup aku hormati dan sayangi iaitu blogger Dr Wahab Arbain telah sudi menjejak kakinya ke rumah aku.. Terima kasih Dr kerana sudi mari ziarah saya...

Sempat jugalah kami berbual keadaan isu semasa dan banyak perkara dan maklumat yang aku dapat dari Dr Wahab...tapi sayang sikit kerana bini aku kerja petang, lewat baliknya.. kesian orang rumah Dr Wahab kerana tak ada regu dia nak berbual..cuma sesekali Dr Wahab merujuk kepadanya sesuatu untuk mensahih kan sesuatu cerita dengan lebih tepat. 

Walau apa pun bini aku balik hampir jam 7 ptg... dapat juga bertemu dengan Dr Wahab dan isterinya.. walaupun pertama kali bini aku bertemu isteri Dr Wahab, alhamdullillah bila dah sama fikrah dan jemaah, kemesraan dengan serta merta mudah terjalin.

Tapi sayang terlalu pendek masa yang aku rasakan, jam 7.20 ptg Dr Wahab dah nak balik ke Kapar Selangor... tak sempat aku nak ajak makan malam kat rumah, cuma yang sempat aku sediakan goreng pisang dan kueh apam balik... buat kopi O terlebih kopi pulak kata bini aku.. minta maaf ya Dr ... ..

Jam 10 40 lebih aku SMS kat Dr Wahab.. tanya dah sampai ka belum.. risau juga.. sebab Dr tak biasa lalu jalan Lumut Teluk Intan...sekejap saja dah sampai jawapan balik... Alhamdulillah, Dr Wahab dah selamat sampai ke rumahnya.. Lega rasa hati...
Dr.. lain kali kalau nak hantar anak ke Kuala Kangsar kalau dari Kapar saya rasa adalah lebih dekat Dr melalui Jalan semalam ke Manjung dan selepas tu Dr ikut jalan ke hala Bruas dan ambik hala ke Manong terus ke Kuala Kangsar... ikut itu lagi dekat dan jalan tak sibuk...saya agak dalam 280 km lebih kurang... nanti waktu Dr nak hantar anak balik ke Kuala boleh cuba jalan itu.. sampai kat Manjung singgah dulu lagi sekali kat rumah saya...nanti saya tunjukkan jalan...

Tengahmalam tadi pulak aku terjaga , angin cukup kuat malam tadi.. tetapi hujan tak setara mana pun... pagi ni waktu aku nak mai kerja.. hati kecil yang ada sedikit ingatan jahat... tetapi sayang bila alu sampai sampai ditempat tu masih macam biasa... cuma ada lah mamat-mamat yang dok lap kerusi yang basah dek hujan semalam... harapan jahataku  biarlah khemah-khemah yang berdiri megah tu runtuh... rupanya Allah menyayangi lagi mereka... walaupun mereka bertindak zalim terhadap rakyat negeri Perak.

Dan aku yakin dan percaya apa yang berlaku ke atas rakyat negeri Perak ini ada hikmat dan kemenangan yang lebih besar dari memerintah negeri Perak...aku pasti.......

Friday, May 29, 2009

Muktamar PAS dan jalan ke hadapan...

MEI 29 — Sebaik sahaja kembali dari tanahair pada 26 Mei, segala tumpuan saya adalah kepada politik Malaysia.

Saya menyertai rombongan Speaker Parlimen ke Uzbekistan dan Kyrgystan pada 19 Mei yang lalu untuk mengukuhkan hubungan di antara Parlimen. Sebagai ahli Parlimen yang termasuk dalam kumpulan persahabatan antara parlimen bagi Negara Islam dan Timur Tengah saya bersama dengan empat ahli Parlimen yang lain telah dipilih dalam rombongan ini untuk menjayakan misi negara.

Ianya satu penghormatan untuk menggalas tanggungjawab mempromosikan Parlimen Malaysia di mata dunia. Sepanjang lawatan resmi, ketika waktu rehat sambil bersantai, kami mengambil masa keemasan untuk berbincang tentang politik Malaysia kerana agak sukar suasana bersantai ini untuk ahli Parlimen PR dan BN dapat duduk sekali dalam misi negara.

Walaupun kami bukanlah pembuat keputusan tetapi bertukar maklumat dan pandangan tentang masa depan politik Malaysia sekurang-kurangnya dapat menjadi satu “intellectual discourse” bagi menajamkan lagi kefahaman kami terhadap senario politik Malaysia dan masa depannya yang mencabar.

Tepat jam 8.30 pagi penerbangan Uzbekistan Airways mendarat di KLIA setelah perjalanan 7 jam dari Tashkent. Saya mengambil peluang untuk tidur sepanjang perjalanan namun sempat berbual dengan seorang tokoh muda Umno dari Parlimen Pulai tentang politik Malaysia serta permasalahan kepartian yang dihadapi oleh parti masing-masing.

Agak menarik kerana kami mewakili golongan muda parti masing-masing, aspirasi kami seolah sama untuk melihat politik Malaysia dan  parti masing-masing maju  kehadapan. Jam di Tashkent semasa waktu bertolak pukul 10 malam, saya dan YB Pulai hanya sempat bertahan sejam sahaja perbualan dan selebihnya masing-masing melayan mimpi untuk balik kepangkuan keluarga dan tanahair.

Telefon bimbit saya tak berhenti berdering selepasa sahaja diaktifkan tanda pesanan bertubi-tubi kerana sepanjang di luar negeri saya mematikan telefon bimbit. Antara pesanan baru yang diterima ialah dari SMS harakah yang diajukan dari kawan-kawan memaklumkan senarai terakhir calon-calon untuk pemilihan parti PAS dan antaranya ialah senarai terakhir lima calon untuk jawatan Naib Presiden termasuklah nama saya.

Saya tidak terkejut kerana sehari sebelum saya berangkat iaitu pada 18 Mei saya telahpun mengirimkan faks ke Pejabat Agung PAS memaklumkan pengesahan saya akan bertanding. Sememangnya keputusan untuk menerima dan mengesahkan untuk bertanding bukanlah mudah.

Beberapa kali saya teragak-agak untuk menarik diri kerana merasa terlalu kerdil berbanding dengan nama-nama besar lain yang turut dicalonkan, tetapi berbekalkan keinginan untuk berkhidmat kepada parti dan nasihat ikhlas dari saudara dan kawan-kawan saya gagahkan diri untuk  menerima pencalonan jawatan ketiga tertinggi dalam PAS.

Saya telah berada dalam Jawatankuasa PAS pusat selama dua penggal, sebelum itu saya dalam Dewan Pemuda dua penggal juga. Di peringkat negeri semasa di Melaka pernah menjawat Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Penerangan selama beberapa penggal.

Saya juga merasai kepimpinan akar umbi apabila pernah menjadi YDP Kawasan Jasin dan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Serkam, kini saya masih YDP tetapi di Bayan Baru Pulau Pinang dan Timbalan Pesuruhjaya Pulau Pinang setelah berpindah balik negeri asal pada tahun 2004.

Pengalaman dua kali kalah dalam PRU turut mewarnai pahit maung permainan demokrasi yang saya pilih untuk sertai dan bermain dengannya semenjak 1999. Saya berasa kerdil apatah lagi dua tokoh besar seperti YB Salehudin dan Dato’ Mahfuz Omar pernah menjadi bos saya semasa dalam Pemuda dulu.

Dato’ Tuan Ibrahim pula seorang tokoh agama yang disegani manakala Dato’ Nik Ammar memang berpengalaman dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan selama beberapa penggal. Sudah tentulah saya gentar semasa menerima pencalonan Naib Presiden, namun saya melihat bahawa PAS hari ini sudah jadi “mainstream politics”.

Semalam setelah berkempen di Penanti kawan baik saya menyebut satu perkataan yang besar tentang Pas, katanya “la ni masa untuk PAS, buatlah sesuatu supaya ia berada di hadapan!” walaupun dia mengucapkannya sambil menikmati roti nan di Restoren Subaidah Seberang Jaya, ungkapannya mempunyai implikasi yang besar dalam masa depan politik Malaysia seluruh negara.

Atas alasan melihat masa depan politik Malaysia supaya dapat membuat anjakan dari kepompong yang ada, saya beranikan diri untuk jawatan ini bagi saya membentuk lakarannya melalui landasan PAS yang mempunyai potensi besar untuk mengubah lanskap politik tanahair.

Namun matlamat besar ini bukan mudah dan bukan retorik, ia memerlukan pandangan menyeluruh kepada masa depan politik dan bagaimana PAS dapat menyesuaikan diri dalam perubahan ini, adakah PAS mahu menjadi saksi kepada perubahan? atau mangsa kepada perubahan? ataukah PAS memilih untuk menjadi peneraju kepada perubahan.

Pemikiran perubahan politik ini ada disiplinnya, ia bukan hafalan dalam buku-buku “management”, ia satu panduan bagi pengamal-pengamal membuat ramalan-ramalan tentang apakah implikasi jika tidak mengikut garispanduannya, oleh itu terpulanglah kepada kita untuk memilih apakah konsekuensinya.

Untuk memastikan keputusan yang terbaik PAS perlu bersifat artikulatif kepada dasar yang diperjuangkan di mana asas pendekatannya mestilah inklusif dan retrospektif kepada suasana kelilingnya. Semua ini memerlukan kepimpinan PAS yang menjiwai aspirasi nasional yang disandarkan oleh orang ramai kepadanya, ia bukan lagi parti eksklusif untuk golongan tertentu pada masa-masa tertentu.

Alasan saya dengan premis pemikiran sebegini bukan sahaja justifikasi untuk bertanding tetapi bebanan kepimpinan yang perlu menjadi agenda kepimpinan yang bakal akan ditentukan oleh perwakilan PAS seluruh negara.

Saya heran mengapa isu yang diperbincangkan di ambang pra muktamar ini ialah samada mahu ulamak atau tidak sebagai pemimpin atau polemic peribadi yang hanya pandai melabelkan orang ini “Erdogan” orang ini geng “muqabalah” atau orang ini “PAS tulen”. Apakah semua isu ini akan memberi kesan kepada sifat artikulatif, inklusif dan retrospektif yang terpaksa dihuraikan oleh kepimpinan baru nanti dalam agenda nasionalnya?

Lebih penting daripada itu bersediakah kepimpinan baru nanti mendidik ahlinya menjadi parti yang akan “lead the way forward?” Itulah yang bermain di benak saya sepanjang jalan dari KLIA ke Pariti Buntar dan sesekali dikejutkan oleh anak bongsu saya yang minat bertanya tentang perjalanan saya ke Asia Tengah sambil membelek gambar dalam kamera digital saya.

Hanya dengan memikirkan apakah masa depan politik Malaysia dan perkembangan global, sesebuah parti politik itu boleh maju ke hadapan. Parti politik memainkan peranan yang penting membentuk lanskap politik dan untuk dia melakukan demikian parti itu perlu menjelmakan dalam dirinya aspirasi yang akan membawa negara ini ke arah itu.

Isu perkauman, isu patriotism, isu keutuhan diri dan isu identity bangsa Malaysia, kesan isu global semua perlu diperincikan dalam kerangka struktur pemikiran parti terhadap permasalahan di atas dan kemudian kemampuan parti untuk merungkaikan kerumitan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ahli dan orang awam!

Siapa kata menjadi pemimpin sebuah parti politik begitu mudah dan simplistik? Sebab itu, saya kurang faham mengapa dalam pemilihan parti yang besar ertinya kepada masa depan politik tanahair kita masih berbincang lagi persoalan ulamak atau professional, Erdogan atau muqabalah sedangkan masa depan negara terbentang luas di hadapan mereka.

Perwakilan hanya perlu memilih siapakah bakal kepimpinan mereka yang boleh membawa aspirasi nasional untuk membawa negara ini satu langkah kehadapan, persoalannya apakah perwakilan dapat mendalami dan menjiwai peranan mereka yang penting dalam muktamar nanti?

Saya menaruh harapan dan keyakinan, itulah sahaja bekalan yang ada pada saya. Sambil isteri saya yang setia  di sebelah bertanya apakah saya yakin untuk meneruskan hasrat bertanding, saya menjawab “harap-harap keputusan ini sesuatu yang tepat pada waktunya dan tepat pada tempatnya, hanya orang yang tepat itu saya serahkan kepada perwakilan nanti”

Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.


Komen: Alangkah cantiknya PAS dengan pemimpin baru,, Timbalan dipegang Datuk Husam Musa, manakala Naib Presiden pula oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Mujahid Yusof Rawa dan YB Salahudin Ayob.Cantik pada pandangan aku laa...


Jawapan dari Towkey Ronggeng Joget Cina sewaktu PRK Bkt Gantang.

Zahid tiada niat debat dengan Husam
May 29, 09 3:09pm

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memang tiada niat berdebat dengan rakan sejawatannya dalam PAS Datuk Husam Musa secara langsung di sebuah stesen televisyen, Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar rasmi PAS Harakah hari ini, menteri pertahanan juga melahirkan ducakita kerana exco kerajaan Kelantan itu mendakwa beliau menarik diri daripada menyertai rancangan tersebut. 

"Saya tidak pernah mengesahkan kepada TV9 apatah lagi dengan Datuk Husam untuk menyertai siaran langsung rancangan Hujah pada 26 Mei," katanya. 

Zahid bagaimanapun mengakui TV9 pernah menjemput beliau untuk menyertainya.

"Penolakan untuk tidak menyertai program tersebut adalah disebabkan oleh komitmen saya terhadap acara-acara lain yang telah diatur pada hari dan waktu yang sama terlebih dahulu dan ini telah saya nyatakan kepada mereka (TV9)," katanya.

Husam semalam dilaporkan menuduh Ahmad Zahid "tidak bertanggungjawab" apabila enggan hadir membahaskan isu rasuah.

Beliau juga menyatakan rasa kecewa kerana stesen televisyen TV3, satu bumbung dengan TV9, menyiarkan perdebatan itu dengan bekas pemimpin PKR Mohamad Ezam Mohd Nor - yang menggantikan menteri berkenaan - tanpa persetujuannya. 

Sambil meluahkan rasa dukacitanya dengan penarikan diri Ahmad Zahid, Husam berkata stesen penyiaran itu pada awalnya memaklumkan kepadanya bahawa Zahid mengesahkan kedatangannya dan tidak mahu digantikan dengan individu lain.

"Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, sama ada dalam parti mahupun kerajaan. 

"Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau," Husam dilaporkan berkata kepadaHarakahdaily.net.

"Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab daripada gagalnya debat (itu). Tidak Zahid, tidak juga TV9? 

"Saya sudah berada di Sri Pentas (hari itu). Zahid tidak muncul. Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru."


Malaysiakini..

Komen: Hangpa percaya ka cakap pemimpin UMNO ni... 10 yang dia cakap 1 pun tak boleh nak percaya......

Orang-Orang Terkaya Di Malaysia...

Salam Sejahtera.....
Towkey Gula masih mengekalkan takta kekayaan di Malaysia......



Yang lain aku tak hairanlah sangat, sebab mereka memang orang peniaga korporat... tapi yang ke 16 dan ke 35 dalam senarai.......

Beruntung ya!! Daddy kasi.... Bukan dedikasi.......

Kehendak rakyat !!!!!!! OOOPphhhs....KIV dulu..............

Kehendak anak-anak.... oooooooo... mesti.... tanggungjawab seorang ayah kepada anak........

Apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada diri ku, lagi kaya daripada 40 orang terkaya tu... iaitu nikmat Islam... Alhamdullilah aku di kurniakan Islam... aku dapat mengenali Islam yang sebenar.... bukan Islam Hadhari...  

Aku tak perlu nak sibuk-sibuk pening kepala bagaimana nak menambahkan harta aku supaya bertambah banyak.... cukuplah apa yang Allah kurniakan kepada aku... moga-moga aku tak perlu nak jawab dihadapan Allah di Rabbul Jalil kemana harta yang aku ada aku gunakan... 

Insyallah... aku juga nak jadi kaya... aku pun mau kaya sebelum aku mati.... aku mau kaya dengan Islam dan Iman.. cukuplah kekayaan itu.. Insyaallah.

ADA RANCANGAN ROSAK KREDIBILITI PEGAWAI SIASAT KES ANWAR?


Mantan ketua CID dakwa notis muflis diberi untuk halang daripada beri keterangan atas Peguam Negara dan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat kes serangan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga menyebabkan matanya lebam pada 1998, semalam mendakwa ada rancangan peringkat tinggi yang menggunakan notis muflis ke atas beliau untuk merosakkan kredibilitinya menjelang beberapa kes mendatang, termasuk kes liwat pemimpin pembangkang itu Julai ini.

Agensi berita rasmi Bernama kelmarin melaporkan bahawa Datuk Mat Zain telah diisytiharkan muflis pada 21 April lalu kerana gagal melunaskan hutang RM250,000 ($103,525) dan diberikan notis itu Selasa lalu.

Laporan-laporan mengenai kes Datuk Mat Zain itu telah dikeluarkan oleh beberapa akhbar utama Malaysia, termasuk laman berita The Malaysian Insider yang melanggani khidmat berita Bernama.

Semalam, The Malaysian Insider menyiarkan kenyataan Datuk Mat Zain berkaitan dengan hal tersebut.

'Saya katakan dengan pasti bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang amat kuat yang mahukan demikian.

'Alasan mereka ialah untuk memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya serta menghalang saya daripada memberikan bukti terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan IGP (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan kerana memalsukan bukti dalam kes 'mata lebam' 1998 yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,' dedah beliau dalam kenyataannya itu.

Datuk Mat Zain, yang memilih untuk bersara pada 2001 sebagai Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, berkata beliau percaya notis muflis terhadapnya ada kaitan dengan rayuan beliau kepada lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar membersihkan namanya selepas agensi itu membebaskan Tan Sri Abdul Gani dan Tan Sri Musa daripada dakwaan pemalsuan bukti yang dikemukakan Datuk Seri Anwar.

'Saya mempunyai alasan untuk percaya bahawa pasukan pendakwaan menjangkakan Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes 'mata lebam' itu pada satu ketika dalam perbicaraan beliau. Bukti saya akan menjadi penting pada ketika itu. Satu-satunya pilihan mereka ialah memusnahkan kredibiliti saya.

'Percayalah saya, itu bukan satu-satunya kes yang mana kedua-duanya pernah campur tangan,' tegas beliau dalam kenyataannya itu.

Datuk Mat Zain mendedahkan bahawa beliau diarahkan peguamnya agar meneliti kes muflis itu kerana beliau belum pernah menerima sebarang notis berhubung tindakan saman peniaga, Encik Yap Thoong Choan, 72 tahun, yang difailkan pada 10 Ogos 2004 terhadapnya untuk mendapatkan semula baki hutang belum terbayar sebanyak RM250,000.

Datuk Mat Zain, 60 tahun, dikatakan berhutang sejumlah RM500,000 dalam satu perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 22 Februari 2002, menurut The Malaysian Insider.

Kenduri Kahwin - Banyak Perkara Bidaah Yang Berlaku...

Salam Sejahtera...

Hari ini Kedah, Kelantan, Terengganu dah mula cuti sekolah, mana kala besok Sabtu Semua negeri di Malaysia mula bercuti sekolah. Dan menjadi kebiasaan utama Kenduri Kahwin atau pun juga Majlis Walimatul urus akan rancak bermula... Dan nampak gayanya trend lama dulu menular kembali... apa dia... kalau dulu tren bersanding... zaman 80han sehingga dengan aku sendiri kena bersanding, jenuh aku dok adjust dengan arwah bapa mertua aku, tapi ia berkeras nak buat juga... aku tak upaya.. terpaksalah ikut juga... sampai sekarang gambar-gambar pernikahan kami bini aku sorok.. tak bagi anak-anak lihat... malu kepada anak-anak sendiri....

Tapi naik ka tahun 90han dah kurang tak ada lagi acara persanding... naik tahun 2000 nampaknya macam ada balik... walau pun tak ada persandingan, kekadang tu pelamin dibuat juga.. tak apa ke benda aku pun tak tau... nak ambik berkat ke jadah apa.....ini tak kira sapa.. baik PAS ka UMNO ka sama saja.. bab ni sudah dia orang nak buang budaya ni...aku tak tau depa yang masih dok buat kerja ni semua ni faham ke tidak Usyaz-ustaz dok tegur perkara-perkara macam tu semua.. tak boleh...

Macam aku pada 6 Jun 09 nanti, kawan lama setempat kerja sendiri mai ke rumah aku hantar kad jemputan kahwain anak perempuannya...semua kekawan aku sesama kerja 20 tahun lalu dijemput katanya.. jadi aku pun bercadang nak pegi jugalah sebab boleh jumpa balik kekawan lama yang berbelas tahun tak jumpa...bila aku terbuka kad jemputannya tengok aturcara majlis.. makan 1200 tgh 4.00 ptg.. 2 ptg bersanding... tu dia...berat juga tuuu,,, dok fikiak juga macam tak nak pegi dah.. berat rasa hati.. tapi kalau tanya ke bini aku bab bersanding tu lah yang depa suka... nanti balik mulalah pengantin lelaki begini.. pengantin perempuan begitu... ada saja yang tak kena... tu yang Islam haramkan bersanding...

Apa pun banyak perkara-perkara yang tersenarai tak sepatut berlaku pada kenduri kahwin...

1 – Membuka Aurat     2 – Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita      3 – Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu   4 – Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna     5 – Mencukur Janggut       6 – Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan    7 – Adat Bersanding dan Pelamin     8 – Menabur Gula-gula, Coklat, dan Bunga    9 – Adat Merenjis Air Mawar     10 – Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran    11 – Bersalaman Dengan Bukan Mahram     12 – Tahlilan dan Kenduri Bacaan Doa Selamat      13 – Sesi Nanyian-nyanyian, Muzik dan Kugiran    14 – Permainan Kuda Kepang     15 – Bomoh Tolak Hujan   16 – Mengambil, Melukis, dan Menggantung Gambar       17 – Upacara Memotong Kek Perkahwinan    18 – Berbelanja Besar Untuk Set Pakaian    

Keterangan lanjut mengenai 18 perkara yang tertulis di atas tu seperti dalil, hadis-hadis yang  mengeh perbuatan tersebut kalau hangpa nak semak KLIK KAT SINI.

Moga-moga kita dalam nak melaksanakan tuntutan beribadah dapatlah kita hindari perkara-perkara tersebut.


Hukum Islam - Nilai UIAM !!

Salam Sejahtera....

Raden Farah Al Wani Ab Halim, 21, yang mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang tentera yang baru lima hari dikenalinya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menangis teresak-esak ketika memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya yang juga penuntut Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum dijatuhkan hukuman penjara dan denda kerana berkhalwat. Hakim Syarie Mohd Radzi Abd Latif tetap menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM2,000 terhadapnya.

Inilah hukum Islam yang terlaksana di bumi Malaysia dibawah pemerintahan UBN selama 50 tahun. RM2000 dan 3 hari penjara. Dan yang pasti lepas tu pelajar tu pasti digantung dari UIAM.

Kenapa jadi begitu... Inilah yang dinamakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Darul Boleh... Betapa ramai anak-anak gadis Melayu yang sebelum mereka masuk ke UIAM adalah terdiri dari pelajar-pelajar Sek Men Agama bertudung labuh masuk UIAM lingkup habis...
Nasib baik anak perempuan aku sendiri tak ke sana, dia rela ke Darul Quran, sedangkan ramai kekawan sekelasnya yang ke UIAM selepas tu bila berjumpa berubah habis... kalau dulu baju kurung/jubah bertudung labuh, habis bertukar T-Shirt ketat seluar jean tudung tiga segi.. selepas tu bila anak aku berjumpa bekas Ustazahnya sewaktu sekolah menangis kesedihan Ustazah tu diatas kejadian yang menimpa pelajar-pelajarnya... Inilah budaya yang menimpa pelajar perempuan Melayu di UIAM.
Sebab utamanya ialah bila berlakunya pertembungan budaya luar yang dibawa oleh pelajar dari luar negara yang sama-sama menuntut di UIAM...mengapa boleh jadi begitu... apakah pihak UIAM tidak boleh menetapkan dasar-dasar polisi sebagai UIAM... aku tak tau apa yang tak kena...mungkin kejadian ini salah satunya juga bila DSAI di berhentikan dari menjadi Rektor UIA dengan digantikan kepada Dato Sanusi Junid bekas MB Kedah...
Apa pun tidaklah semua pelajarnya begitu.. segelintir sahaja... dan dari segelintir inilah yang menjadi taik kepada pelajar lain... cuba kita fikir kenapa kes khalwat lain tidak disiar gambar mereka... tetapi bila kena dari pelajar UIAM akhbar tanpa banyak cerita terus siarkan gambar... seolah-olah pelajar UIA pun teruk sama juga wanita lain... UIAM dah tak ada nilai-nilai Islam.. inilah dasar media utama negara... memburuk-burukkan nama Islam...apakah begitu.... hangpa sendirilah fikirkan...
Sumber - BH Online

Nizar VS Zambri - Masih Ada lagikah Keadilah Mahkamah...

Salam Sejahtera...

Kalau pada 22 Mei lalu jam 3.45 ptg Mahkamah Rayuan telah menempa sejarah Demoraksi Berpelembagaan di Malaysia telah di rogol oleh 3 orang Hakim yang membuat keputusan tak sampai 5 minit dengan mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi. Walaupun kononnya keputusan tersebut mendapat sokongan dari pengamal undang-undang antarabangsa.. ikut kata PM 1Malaysia....

Maka pada 28 Julai depan satu lagi kes prosiding semakan kehakiman yang difailkan oleh V Sivakumar terhadap 3 ekor ADUN yang belot dari Pakatan Rakyat. BACA DI SINI.

Apakah masih ada lagikan sisa-sisa keadilan untuk Pakatan Rakyat..Jangan harap buang sedikit pun, PR hanya boleh bawa ke mahkamah untuk Rakyat Malaysia tahu yang Mahkamah Malysia telah menjadi market babi H1N1, Maka rakyatlah yang akan membuat pengadilan sebenar pada PRU13 nanti. Biar rakyat 1Malaysia tahu betapa bangsatnya Mahkamah 1Malaysia. 

Berehatlah wahai Suruhanjaya Semakan Kehakiman, khidmat dan tugas anda yang telah di lantik sewaktu Era Tun Pak Lah tidak di perlukan oleh PM 1Malaysia.

Thursday, May 28, 2009

Pengakuan Dari Calon Pro....

Saya Bertanding
Ada yang menegur saya baru-baru ini. Dia mengatakan soal bertanding ini adalah satu kewajipan apabila telah dicalonkan. Tak perlu nak beristikharah lagi kerana dalam soal ini yang baik adalah jelas. Apabila nama dicadangkan, kata beliau, kita kena tawarkan diri untuk berkhidmat dan relakan diri apabila perkhidmatan dituntut. “Adakah Khalid Al-Walid beristikharah dulu selepas gugurnya Abdullah Ar-Rawahah di Mu’tah dan namanya dicalonkan?”, tegas beliau lagi. Amboi... pandainya berhujjah apabila nak ‘volunteerkan’ nama orang lain, terfikir saya!

Lagipun, sebenarnya nama aje yang sama, tetapi jauh sekalilah jika hendak dibandingkan diri ini dengan Panglima Islam yang agung itu.


Namun saya pernah mendengar hujjah sebegitu pada tahun-tahun 80an dulu lagi dan saya juga bersetuju dengan ketepatannya. Tetapi, tidak pula salah beristikharah kerana kita pun ada masa dan peluang untuk melakukannya. Keadaan sedang bertempur seperti di Mu’tah itu amatlah berbeza sekali. Lagipun, bukankah kita ini sentiasa mengharapkan keputusan yang terbaik di sisi Allah?

Akhirnya saya pun membuat keputusan untuk bertanding dan saya serahkan sahaja kepada perwakilan. Harapan saya berhubung peranan saff kepimpinan baru yang bakal ditabalkan telah saya suarakan dalam 
posting sebelum ini dan itulah juga peranan dan arah tuju yang akan insyaAllah saya bawa sekiranya saya dipilih. Di bawah pantauan Majlis Syura Ulama’ saya yakin tidak mungkin Pimpinan Pusat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan tuntutan syara’. Namun, selain dari soal tumtutan syara’, apabila berhadapan dengan beberapa pilihan, yang semuanya harus di sisi syara’, kematangan politik dan pemikiran politik yang jelas adalah amat penting untuk menjamin keputusan yang terbaik. Kadangkala walaupun seseorang itu ‘alim ataupun profesional, namun dia tidak bijak berpolitik dan tidak matang dengan tipu helah pihak lawan. Ini akan menyebabkan beliau membuat pilihan yang tidak tepat dari segi politik.

Mungkin ada yang mempertikaikan kenyataan ini, khususnya apabila melibatkan golongan ulama’ dan mengatakan ulama’ akan dibimbing Allah dalam semua keputusan mereka. Setiap langkah mereka diberkati dan walaupun tidak mahir dan tidak begitu pandai berpolitik, Allah akan menentukan semuanya sebaik yang mungkin. Pasti ada yang mengatakan “YB ini terlalu menggunakan otak!”, seolah-olah menggunakan otak itu pula menjadi satu kesalahan.

Otak adalah pemberian Allah dan memang wajib digunakan. TETAPI otak ini hendaklah dipandu dan dibimbing oleh Al-Quran. Apabila berhadapan dengan beberapa pilihan, semestinya kita kena fikirkan dan bahaskan pilihan yang terbaik. Ini sebahagian dari usaha yang diwajibkan. Seperti cadangkan Al-Hubab kepada Rasulullah (SAW) di Badr. Lainlah kalau ianya wahyu! Namun pilihan dan strategi politik bukannya wahyu, sepertimana juga pilihan strategi perang seperti di Badr.

Saya ingat lagi kata-kata TG Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam soal ini apabila beliau merumuskan perbahasan pada hari itu dengan mengatakan, “mereka bukan ingin menjadi diri sebagai hamba kepada Allah, mereka seolah-olahnya nak ‘memperhambakan’ Allah!”, kata beliau berhubung pendapat tidak perlu berfikir, semua kita serah kepada Allah. Fikrah ‘tawakkal’ dan ‘alim cara Melayu macam inilah yang menyebabkan ummat Islam mundur kerana malas nak berfikir dan malas nak menggunakan serta ‘mengasah’ otak yang telah Allah rezkikan dan amanahkan kepada kita. Berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW) serta usaha ‘mujahadah’ yang bersungguh-sungguh, termasuk mujahadah berfikir, ummat Islam telah menjadi ummat yang memimpin ummat manusia yang lain seketika dahulu.

Contoh yang paling jelas dalam soal kematangan berpolitik, perang Siffin. Tentera Ali(RA) sedang maju kedepan. Tentera Muawiyyah sedang teruk diasak. Tentera Muawaiyyah minta berdamai dengan meletakkan Al-Quran di hujung lembing. Ali (RA) kata teruskan tetapi ramai sahabat-sahabat yang lain menuntut supaya berdamai seketika. Perdamaian memberi peluang untuk tentera Muawaiyyah menyusun kembali kekuatannya dan terselamat dari dikalahkan.

Sama juga kita pada masa ini. UMNO/BN sedang diasak teruk. Mereka meminta kita berdamai, berbincang, bermuzakarah. Ada yang cenderung, ada yang menolak. Yang cenderung memikirkan masalah orang Melayu. Yang menolak memikirkan perjuangan Islam. Islam akan membela orang Melayu dan bukan Melayu. Perbincangan dan muzakarah menimbulkan fitnah. Kesatuan dalam PR akan teruji. UMNO/BN akan memasukkan jarum-jarum mereka dan melaga-lagakan kita. PR baru ditubuh. Usaha yang menimbulkan fitnah perlu dijauhi. UMNO berkawan bila tersepit. Cakap pasal Islam bila tergugat. Utusan Malaysia pun kempen Kepimpinan Ulama’. UMNO Shah Alam anjurkan ceramah dua orang Ustadz exco Pemuda UMNO. Ini samalah seperti Al-Quran dihujung lembing.

Mereka yang bijak dan matang dalam politik akan tahu mana yang lebih tepat. Itu sebabnya TGNA dalam sessi medianya telah menyesebut soal kemahiran berpolitik. Isunya bukan ulama’ lawan profesional. Isunya kemahiran berpolitik. Kepimpinan Ulama’ telah jelas tertegak melalui pemantauan dan kuasa yang diberi kepada Majlis Syura Ulama’. Semua dalam PAS menerimanya. Termasuk saya. Saya bertanding bukan untuk mencabar kepimpinan ulama’ yang saya sendiri memperjuangkan perlaksanaannya. Saya bertanding supaya konsep itu benar-benar difahami dan dihayati. Pada masa yang sama saya menawarkan khidmat saya sebagai seorang yang telah lama berpolitik supaya PAS akan maju ke depan melalui PR demi merangkul kedudukan sebagai parti politik yang unggul dikalangan ummat Islam dan bukan Islam di Malaysia. PAS memimpin ummat Islam ke zaman politik yang baru di mana Islam merupakan asas politik kita. Bukan dengan UMNO. Bukan bersama UMNO.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Muktamar PAS 5-7 Jun 09 - Perkukuhkan Pakatan Rakyat.

Salam Sejahtera!

PRU12 2008 yang lalu telah menunjukkan kepada kita yang pengundi-pengundi bukan melayu telah menjadi faktor utama kemenangan calun-calun PAS/PR di negeri-negeri Pantai Barat. Trend ini terus diikuti bila berlakunya PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, insyaallah pada 31 Mei nanti satu lagi PRK di Penanti. 

Disebabkan pada 4 PRK yang lalu semuanya BN tewas menyebabkan PRK Penanti BN tidak bertanding, mungkin kalau mereka ada keyakinan diri maka UMNO akan menjengukkan mukanya yang malu-malu segan pada PRK di DUN Manik Urai Kuala Kerai Kelantan. Apakah PAS dapat mengekalkan kemenangannya yang lalu... Belum tentu... UMNO ni banyak akal dan helahnya.. Pengalaman 50 tahun memerintah adalah satu aset paling berharga buat UMNO.

Dari apa senario di atas PAS perlulah melakukan penambahbaik ke atas perpaduan ke tiga-tiga parti Pakatan Rakyat. Alhamdullilah dari PRK Kuala Terengganu, Parti DAP telah mula sama-sama turun padang membantu Calon PAS dan Kerusi Parlimen Kuala Terengganu dapat kita rampas dari UMNO. Kemudian di ikuti pula PRK Bukit Gantang, lagi sekali Pemimpin Parti DAP dan PKR turun membantu calon PAS dan Alhamdullillah, walaupun BN menentang dengan begitu aggeresif, PAS dapat mengekalkan kerusi Bukit Gantang.

Ini adalah pengundi Bukan Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO, bahkan parti komponen BN sendiri sekarang berani menentang dasar UMNO, sepatutnya perkara sebegini diambil peluang oleh PAS, siapa pemimpin PAS yang berani ke hadapan untuk sedemikian, yang aku terpandang atau terperasaan ialah Naib Presiden PAS sahaja iaitu Datuk Husam, beliau telah menggunakan inisiatifnya berjumpa Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek, berjumpa Tengku Razaleih dari UMNO, walau pun ini hal krisis Perak, tapi dari kesempatan itu PAS memainkan peranan.

Dalam tempoh kurang dari 3 tahun lagi kita akan menghadapi PRU13, masa semakin suntuk untuk PAS kalau nak ambil balik Perak dan Terengganu, apatah Malaysia...dari sini kita masih dan memang amat memerlukan bantuan dari undi bukan melayu yang sebelum ini menjadi penyelamat kepada UMNO. Itu yang kita perlukan.. Kita tidak boleh harap dengan penyokong UMNO yang dari DULU, KINI dan SELAMANYa...manakala pengundi atas pagar pula mereka bijak menilai mana yang lebih baik...

Dari sini apa yang aku nampak Pimpinan PAS Alhamdulillah, kerana sudah boleh duduk sekali dalam nak menghadapi tugas besar untuk menjatuhkan UMNO. Terutamanya Presiden PAS sendiri.
Tapi sayang, kerja-kerja baik seperti ini aku tak pulak terpandang atau terbaca mengapa Timbalan Presiden tidak ikut bersama-sama,, bukan maksud aku ikut belakang Presiden, tetapi duduk sesama pimpinan PR yang lain, jarang aku nampak.. sepatutnya Timbalan kena lebih aggresif dari Presiden, ini tidak... Nasib baik ada Naib-naib Presiden dan Setiausaha yang kehadapan.

Pengundi-pengundi bukan melayu adalah kebanyakan mereka golongan bijak, suratkhabar mereka melaporkan dengan telus, tidak seperti kita, malah mereka sendiri sanggup mengorban calon dari kaum mereka sendiri untuk mengundi calon PAS, dan inilah bantuan dari langit yang kita terima dengan tidak kita sedari.

Trend dan budaya ini harus kita kekalkan sehingga ke PRU13 nanti, bagaimana.. pada muktamar nanti perwakilan-perwakilan yang membuat pemilihan, buatlah pemilihan dengan bijak, pilihlah pimpinan yang membuat kerja, bukan setakat pergi bagi ceramah dan ajak demontrasi, bukan maksud aku tak perlu demontrasi, tetapi kita nak pimpinan yang dinamik, ada wawasan masa hadapan, pengalaman kerja dalam pentadbiran, ini semua perlu untuk membantu Presiden, Timbalan perlu ada semua itu, bukan setakat boleh bentang kertas kerja dan bagi syarahan, Timbalan perlu lebih semuanya, sebab bila-bila masa Timbalan akan naik jadi Presiden.

Tapi ada pulak yang menyatakan biarlah golongan Ulamak yang memimpin, aku setuju bab itu, aku pun tak boleh nak komen, tapi kita kena ingat semua pimpinan PAS adalah semuanya yang berkebolehan, itu sebab dia kita lantik jadi pimpinan, dan terbukti bila Dato Seri Ir Nizar jadi MB selama 11 bulan, beliau bukan ulamak, beliau engineer... tetapi beliau boleh mentadbir... tak ada cacat celanya, malah ramai ADUN-ADUN DAP dari kaum Cina yang pandai mengkaji Al-Quran. Begitu juga aku punya YDP,  beliau pun bukan Ulamak, Ustaz pun bukan, tetapi beliau dapat menjalani kehidupan sehariannya macam ulamak, jadi tak perlulah kita nak pertikai ulamak atau tidak pimpinan itu, dalam ada Majlis Dewan Ulamak sebagai kuasa mutlak yang menentukan sesuatu.

Tentu hangpa akan tanya pasai apa aku dok sibuk sangat... ya la aku sayang kat PAS, aku baru rasa sikit saja kenikmatan kemenangan yang begitu indah sekali, pertama bila kemenangan DUN Pasir Panjang pada 8 Mac 2008 dan yang keduanya bila kemenangan PAS di Bukit Gantang yang lalu... sebelum ni kekalahan aja....aku dah cukup puas merasai kepahitan kekalahan,.... jadi aku nak rasa lagi kemenangan ini sehingga aku dijemput oleh malaikat maut.
 

Beruntungnya Menjadi Anak Pegawai Kanan Polis!!!

Salam Sejahtera!!

Belumpun selesai kecoh kes penghakiman krisis Perak mengenai siapa MB yang sah, yang mana MB Mahkamah Rayuan yang menang... kini timbul pula kisah di mahkamah Sesyen...Hangpa baca kisah yang terlalu menyayat hati di bawah ini...

Mahkamah terkejut terima surat dari penjara

KUALA LUMPUR 27 Mei - ''Tidak pernah sepanjang berkhidmat dalam bidang perundangan ini saya mendapat atau berjumpa atau mengetahui pihak penjara boleh mengeluarkan surat memohon hukuman ringan bagi tertuduh.''

Itu merupakan reaksi Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin apabila peguam bela S. Saravanan mengemukakan surat tersebut kepada mahkamah hari ini sebagai sokongan terhadap rayuan untuk mengurangkan hukuman anak guamnya, Yap Yong Yee @ Mohd. Razif Yap Abdullah, 29.

Surat bertarikh 15 Mei lalu dan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Penjara Sungai Buloh tersebut begitu menarik perhatian hakim itu sehingga beliau berulang kali meneliti surat berkenaan.

Tertuduh berada di dalam penjara selama 15 bulan sejak ditahan pada 23 Februari tahun lalu.

Terdahulu, Mohd. Razif mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan termasuk satu tuduhan pilihan iaitu memiliki sepucuk pistol dan sembilan butir peluru hidup.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 3.45 pagi, 23 Februari tahun lalu di Batu 3, Jalan Ipoh di sini.

Tertuduh yang merupakan anak kepada seorang pegawai kanan polis sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 sebelum pertuduhan tersebut dipinda kepada Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aizam Aiza Zamran.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Abidin juga sempat bertanya kepada Mohd. Razif perkara pertama yang akan dilakukan apabila dibebaskan kelak.

''Saya nak tengok anak dulu. Saya tak dapat tengok anak masa di penjara, tak dapat nak tengok mereka masuk sekolah. Nenek saya meninggal beberapa minggu lalu pun saya tak dapat tengok. Saya rindu anak-anak,'' katanya sambil menangis menyebabkan beberapa orang awam termasuk wartawan menitiskan air mata.

Zainal Abidin juga bertanyakan kepada tertuduh kenapa dia tidak berjumpa dengan bapanya yang merupakan pegawai polis untuk menyerahkan pistol yang didakwa dijumpai.

Tertuduh hanya menyatakan dia berasa takut kerana dia dibesarkan oleh datuk dan nenek sebelah ibu.

Bapanya juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau pernah bertanya perkara yang sama sewaktu menemui anaknya selepas ditahan polis dan turut mendapat jawapan yang sama.

Mahkamah selepas meneliti hujah dan rayuan kedua pihak menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan bermula dari tarikh tangkap ke atas tertuduh.

Zainal Abidin, sebelum prosiding berakhir sempat menyatakan: ''Encik Mohd. Razif, saya hanya boleh ucapkan selamat berjaya, jadikan kesilapan awak ini sebagai motivasi untuk menjadi seorang yang lebih berguna dan setegas mana pun seorang bapa ia adalah untuk kebaikan. Awak boleh jumpa keluarga awak.''

Mohd. Razif dan bapanya kemudiannya sempat berpelukan dan kedua-duanya dilihat menangis hiba selama beberapa minit di mahkamah sebelum tertuduh dibawa masuk ke lokap.

Komen MM..Aku nak tanya.. tak usahlah anak orang biasa macam kita... kalau anak Sarjan Misai yang kena macam tu agak-agak mau ka penjara bagi surat sokongan.......... Itulah Undang-undang di Malaysia...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari