W.A.N.I.T.A
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. (sungguh sgt amat benar!!)
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. (btol tu..paling x besh kalu kene desak2 kan..huhu..rasenyer, laki pun rasa cmni kot..)
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). (tu la..part ni mmg betol la..kalau yer pun ada menda yg kita x suke..sure buley tolerate munyew..uu)
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. (tepat!! kdg2 bila hangout ngn kwn, sedetik pun x pernah lupe kt org yg me syg!!)
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (me kalah bab lawan2 mata ni..maluuuuu..awww!)
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. (benar..tataw cmnew nk react tu satu hal..nk bezakan pujian benar dgn pujian palsu pun satu hal..ehehe)
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. (not for me kot..sbb me x approach lelaki for love..belum ader experience mintak kapel ngn kaum adam ni..uuu)
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. (no komen lagik..but, good advice fer guys!)
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (sokong2!!)
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. (wah..kasar tu..tinggal jer laki cmtu..tp b4 tinggal tu, ckp "pungkok hang!!")
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (aah aah..saye suke kan keadaan yg ceria2..hoho)
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (been there..chit!! tp x la smpai sume rakan2 kan..roomates cukup le..uu)
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!. (ntah la, if laki senyum kt me..x raser pape pun..tp huney saye dilarang senyum sebarangan kt pompuan2 lain..uuu)
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. (jgn gelojoh, kang terlepas..)
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. (hahaha..benar lagi jitu!!)
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. (err..benar lagi jitu jugak!! tp, utk yg single saje la..)
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! (yes..tp kdg2 kene pepaham jugak..klu tgk tetibe diam semacam tu, try2 la pujuk kan..x pun ckp sepatah dua, test water dulu ke..)
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. (oh!! benar!!)
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (for me, romantik itu perlu..tp romantik yg x konsisten 2 bek x payah!)
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. (hahaha..x..x..)
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! (ya, kite x boleh force otak kita nk buang kisah silam 100%..yg penting chenta hatiku mmg sorg je..)
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya. (betul tu..x dpt morning msg buley mendatangkan angin puspus..hehe)
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (tepat!)
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (aah..hampagas! sampah masyarakat!)
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (dalam 75% je kot yg saye setuju dgn kenyataan ini..hehe..cinta itu subjektif la..)
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. (sapa tamaw?)
27. Senjata wanita adalah airmata!! (x la senjata sgt..sbb me ni x salu sgt nangis..uu)
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (bukan nk kata mende2 cmni indicates how much a guy loves a gurl..just, ia perlu utk tambah rencah manisnya berpasangan..)
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah… (betul tu..)
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. (yesssssssss..dan perhatian!!)