dengan blognya myfr3ak telah memberi penghormatan menyiarkan kisah saya dan blog ini.
MIMPI KE BINTANG TV2
Dokumentari Tv Kisaah Omara
Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya
Ke Pulau Pinang
Sabtu, Februari 28, 2009
Terima Kasih Blog myfr3ak Siarkan Kisah Saya
dengan blognya myfr3ak telah memberi penghormatan menyiarkan kisah saya dan blog ini.
Isnin, Februari 23, 2009
Poskad Tahun 1973 Ketika Mula Kerja Di Kuala Lumpur
Isnin, Februari 16, 2009
Urus Lukisan, Tatahias Dan Cetak Buku Bacaan Bergred
Tahun 2006.
Menguruskan lukisan, tatahias dan cetak Buku-Buku Pusat Sumber Jabatan Pendidikan Pulau Pinang 'Buku Bacaan Bergred'.
Antara buku-buku ini ialah : AKI, BABA, BONDA, DIN, USOP, AKI dan HAMID.
Setiap muka surat disertakan dengan gambar yang menarik. Gambar yang terdapat dalam buku ini dapat menarik minat murid untuk membaca. Perkataan yang digunakan dalam buku ini semuanya perkataan VKV, KVKV, KVK, VKVK, KVKVK dan KVKKV sahaja. Banyak perkataan yang digunakan secara berulang. Teks bacaan disusun secara berperingkat-peringkat daripada satu ayat yang mudah kepada ayat-ayat yang lebih susah.
Jumaat, Februari 13, 2009
Temuramah Seniwati Saadiah Dalam Tahun 1976
Seniwati Saadiah atau nama sebenarnya Satya binti Baharom. Gambar hitam putih yang saya ambil ini dalam tahun 1976 semasa menemuramahnya mengenai penglibatannya di dunia perfileman. Arwah yang peramah banyak bercerita kisah-kisah di zaman perfilemannya terutamanya kisahnya dengan P. Ramlee dalam filem 'Antara Dua Darjat'. Ada rahsia yang diberitahu kepada saya tapi beliau minta saya jangan tulis, katanya hanya untuk pengetahuan saja. Di penghujung tahun 70an saya kerap mengikuti persembahan pentas Saadiah dan suaminya Ahmad Daud.
Datin Saadiah Baharom, 67, meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati dalam tahun 2005.
FILEM LAKONAN: Racun Dunia (filem pertama, 1950), Bakti, Takdir Ilahi, Kembar, Aloha, Dewi Murni, Pembalasan, Penghidupan, Juwita, Bapa Saya, Manusia, Anjoran Nasib, Sedarah, Gadis Peladang, Yatim Piatu, Kerana Kau, Istana Impian, Kecewa, Insan, Kembali Seorang, Penarik Beca, Ribut, Hang Tuah, Semerah Padi, Kasih Sayang, Mogok, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut, Dandan Setia, Antara Dua Darjat, Isi Neraka, Putera Sangkar Maut, Aneka Hiburan, Indera Bangsawan, Panji Semerang, Mas Merah, Siti Muslihat, Korban, Dupa Cendana, Mambang Moden, Jeritan Batin, Pusaka Pontianak, Takdir, Melancong Ke Tokyo, Lampong Karam, Anak Buluh Betung, Nora Zain - Ejen 001, Ibulah Syurga, Sial Wanita, Jahanam, Permintaan Terakhir, Sumber Ilhamku, Ceritaku Ceritamu, Sumpah Semerah Padi dan Matinya Seorang Patriot (1984).
Perkahwinan pertamanya dengan Ahmad Samad atau Atan, bertahan selama tujuh tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Azizah, Noraini dan Rohaya. Saadiah kemudian berkahwin dengan Ahmad Daud dan melahirkan tiga anak, Fauziah (Ogy), Faizal dan Fazlina.
Rabu, Februari 11, 2009
AJK Persatuan ANDAYANA Bukit Mertajam 1975
Ahli Jawatankuasa Persatuan ANDAYANA Bukit Mertajam.
Kami bergambar ramai setelah ditubuhkan. Mungkin dalam tahun 1975.
Duduk Dari Kiri - Zaitun Murad, Omar M. Hashim (saya), Mohd. Ismail Ariffin (Penulis Skrip Teater dan Drama Tv), Abdullah Ismail (Wartawan Berita Harian), Shariff Tan (Pengarah dan Pelakon Teater dan Drama Tv) dan Sofiah Embi.
Berdiri Dari Kiri - Fuady Yusof (Wartawan Utusan Malaysia), Mansor Ahmad, Md. Hashim Mohd., Zain Bakar, K.M. Noor (Kechik Mohd. Noor), Yusof M. Hashim (Kartunis dan pelawak) dan Muruhananthan.
Persatuan ini usianya tak lama, tak sampai setahun.
Ahad, Februari 08, 2009
Artikel Dalam Utusan Pengguna Mac/April 2008 Enjit-Enjit Semut
Sebuah artikel tulisan saya jodol 'ENJIT-ENJIT SEMUT Lagu Pantun Penuh Sindir' disiarkan di akhbar Utusan Pengguna Mac/April 2008 Ruangan Budaya m.s. 14.
Petikan artikel:
"........salah satu lagu rakyat yang dilupai oleh anak-anak sekarang ialah lagu Enjit-Enjit Semut. Lagu ini permainan untuk kanak-kanak yang tidak perlu menggunakan tenaga atau memerlukan ruang di halaman atau di padang. Ia cukup di dalam rumah, anjung, beranda atau di halaman tempat berehat waktu lapang.
Ia mencerminkan kesepakatan dan keakraban sesama kawan. Ia dinyanyikan bagi memberitahu bagaimana sesaorang, jika mempunyai kepentingan atau ingin selesa, berubahlah segera untuk mendapat keadaan yang lebih baik........"
Logo M. Shariff Production Dari Gambar M. Shariff 1973
Bandingkan dua gambar ini. Pertama, gambar asal yang saya ambil semasa M. Shariff (masih bujang) tinggal di Wisma Belia, Kuala Lumpur dalam tahun 1973. Gambar ini saya ambil dengan kamera biasa yang berharga RM18. (Kamera pertama saya dibeli kongsi dengan adik saya Yusof). Kedua, gambar logo M. Shariff Production di penghujung tahun 80an. M. Shariff jadikan logo penerbitan album-albumnya dengan menambahkan kaca mata pada gambar yang saya ambil ini.
Saya mula berkawan rapat dengan M. Shariff sejak tahun 1973. Ketika itu M. Shariff tinggal di bilik sewa di Wisma Belia, 40 Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Saya baru berjinak-jinak menjadi Wartawan Sambilan Akhbar Berita Harian ketika itu. Saya banyak menulis artikel-artikel hiburan dan puisi.
Khamis, Februari 05, 2009
Sahabat Lama Ismail Ariffin Bertemu Kembali Melalui Blog
"Saya tengok Tv Astro, nampak Omar sedang bercakap mengenai blog boria. Lepas tu saya bukan blog Warisan Boria dan dapat nombor telefon Omar," kata Ismail yang biasanya saya panggil 'Mail' saja.
Mohd. Ismail pernah bekerja sepejabat dengan saya di Pejabat Telegraf tahun 70an dulu. Pernah sama-sama bergiat aktif dalam persatuan kebudayaan di Seberang Perai.
Beliau juga seorang penulis skrip drama, drama tv dan teater yang popular sedikit masa dulu. Antaranya Siri Komedi Tv1 'Santan Berlada' dan banyak lagi. Skrip 'Raja Pengemis' tulisannya pernah membawa Omar Abdullah, Sidek Hussein, Sabariah Hitam dan Ibrahim Akil memenangi Johan Teater Peringkat Kebangsaan di penghujung Tahun 70an dahulu. Mail juga pernah menerima Anugerah Sri Angkasa Skrip Drama Terbaik tahun 80an dahulu.
Gambar: - Dari kiri - Saya, Azizah (isteri), Kak Zaharah - meninggal (isteri Ismail), Mohd. Ismail Ariffin dan anak-anaknya. Gambar ini diambil semasa saya dan isteri baru berkahwin kunjung ke rumah Mail di Kuala Lumpur dalam tahun 1977.
Ahad, Februari 01, 2009
Darjah 4 Sek Kbgs Bagan Tuan Kechil Butterworth Tahun 1964
Darjah 4, Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, Butterworth Tahun 1964.
Saya harap, kawan-kawan sekelas saya yang gambar tertera di sini atau keluarga mereka bolehlah menghubungi saya kerana bercadang nak adakan pertemuan kembali di sekolah ini, di tempat yang sama dan Cikgu yang sama untuk bergambar semula seperti ini. Telefon saya - Omar - 013 4220091.
Antara nama yang saya masih ingat - Idris Zakaria, Kadir, Romainoor, Mokhtar, Aziz, Bahar, Zainal Abidin, Omar Syed Abu Tahir, Ibrahim, Che Pi, Kamal Kamaruddin, Hamid Pak Wan, Manogran, Kamaruddin Salleh, Rahim Che Ros, Yusof Md. Isa, Zaini Ismail, Ariffin Darus, Cikgu Fatimah, Norsiah Yunus, Norliah Ismail dan Insun. Setakat ini saya hanya pernah juma kembali Romainoor, Omar Syed Abu Tahir, Kamal Kamaruddin, Hamid Pak Wan, Kamaruddin Salleh, Zaini Ismail, Cikgu Fatimah, Norsiah Yunus dan Insun. Yang lain-lain tiada khabar berita....
Setakat ini beberapa orang rakan termasuk guru telah saya temui. Harap ramai lagi yang dapat dihubungi. Kemungkinan besar sekolah lama ini akan dirobohkan, saya dah bertanya dengan guru besar sekarang (2009) Cikgu Mat Jan.
Gambar Kiri - Saya semasa dalam darjah 2 (Tahun 1962)