Asri datang Pt. Raja.
Cuti 4 hari.
Rabu sampai malam.
Ahad sat2 tadi dah balik.
Sengaja aku biarkan dia balik awal.
Sebab sakit hati.
Tak makan tak apa.
Kelibat dia pun tak nampak depan rumah tu.
Tadi nangis lagi.
Hempas pintu lagi.
4 hari ni dah 2kali aku buat perangai.
Sebab frust. Sebab sakit hati.
Masalah rumahtangga memang kena bawak berbincang kan.
Aku dah WhatsApp dia masa kali pertama aku mengamuk utk 4 hari ni.
Aku anggap dia faham apa yg aku nak apa yg aku kurang.
Tapi tadi jadi lagi hal yg sama.
Aku jadi tak tahan dgn sikap dunno seorg lelaki.
Aku menangis sepuas2nya tadi.
LOSER kan aku?
Ada jugak carutan yg menampakkan betapa hodohnya aku tadi keluar.
Tapi tak banyak mcm selalu.
Mungkin perlu ikut cara dia.
Diam membisu seribu bahasa.
Ikut hati aku nak call dia suruh dia balik sini.
Aku nak salam dia peluk dia cium dia.
Dgn harapan dia faham hakikat seorang isteri.
Tapi mungkin aku tak cukup solehah utk seorang suami yg menikahi aku.
Dalam hati rasa sakit. Rasa kecewa yg tak tergambar.
Sudahlah. Selesaikan mana yg dah bermula.
Asri? Simpanlah sayang & kasih utk dia dalam2.
Sekian.
Sunday, 28 December 2014
Wednesday, 24 December 2014
tarikh sepatutnya aku abc
tapi delay
aku bercadang nak tunggu seminggu delay baru test
tapi 20/12/2014 aku dah abc
ok fain. sila frust.
terus whatapps Asri yg ada depan rumah
it is just me yg tak tahu nak explain directly
eye to eye
so test kit yg aku beli satu2nya dari bulan 8 hari tu masih belum sempat digunakan
entah ke mana entah menatang tu
sebab kali ni aku macam kononnya yakin la aku pregnant sbb on 3/12/2014 mmg ada spotting pun
di samping perut aku cramp yg aku mmg tak boleh luruskan badan langsung. asal bangun je rasa nak tumbang. minum air putih rasa nak muntah. gosok gigi pun nak muntah
(entah2 sbb gastrik tak?)
ngan tetiba Asri dapat offer kerja Honda..
aku pulak dapat offer mengajar..
memang tetiba aku pun rasa kot2 rejeki baby ke?
group2 mom to be ngan TTC tu mmg dah lama join dah..si Nadz yg dok invite aku masa aku tak pernah terfikir langsung nak ada baby
tapi bila baca2 post kat group, blog...
rasa cam sayu je sbb takde anak lagi
hahaha..
ni pun macam rasa sadis padahal bukannya time pms pun..
boleh berair mata kot
siot je.gurrr.
jauh di sudut sanubari
memujuk hati
mungkin masanya belum benar2 sesuai
untukku & pasangan menjaga amanah itu
barangkali bila keduanya benar2 sudah stabil
barangkali bila kami sudah mula duduk sebumbung seperti pasangan normal
barangkali juga sehingga selesai ijazahku yg satu ini
siapa tahu bukan?
sebagai hambaNya.. kita.. memang benar2 perlu bersangka baik padaNya..
Tuesday, 16 December 2014
"kalau orang tu ikhlas, Tuhan akan lorongkan kita utk mengenalinya"a reminiscence quote from not-so-ordinary friend of mine
someone from my past
rasanya quote ni sudah terlalu lama disimpan di dalam hati
seringkali aku melihat quote ini dalam2
cuma memahami maksud terselindung
cuma utk mengenali
seorang demi seorang
mana tahu kot2 sepadan tulang rusuknya yg ada padaku
mencari dan terus mencari
hingga akhirnya ketemu
7 tahun menantikan kebenaran quote itu
di saat hati benar2 tidak mahu toleh ke belakang
mengenang kisah kasih 7 tahun lepas yg penuh kepincangan
saat dikhitbah juga aku mengiyakan tanpa ragu
walaupun di saat kurangnya sumber kewangan
juga di saat aku sedang berjuang utk memulai ijazah yg satu ini
barangkali hati sudah betul2 bulat
memilihnya menjadi sang suami
orangnya biasa2 saja
tak ada harta
romantik juga tidak
agamanya juga biasa2
bukan ustaz bukan juga lulusan sekolah agama
melainkan lulusan sekolah katolik yg huha2
1-3-2014
saat wali memberikan wakalah
saat akad dilafaz
saat doa dipanjatkan padaNya tanda syukur
terima kasih ya Allah
atas nikmat yg diberikan
terima kasih ya Allah
kerana menyembuhkan luka ini
mungkin inilah yg dikatakan
"kalau orang tu ikhlas, Tuhan akan lorongkan kita utk mengenalinya"
Tuesday, 21 October 2014
Orang kata lepas kahwin tak payah berkira
Duit kau duit aku duit aku duit kau
Orang kata lepas kahwin mmg kena banyak toleransi kena banyak bertolak-ansur
Orang kata lelaki lepas kahwin mmg akan ada fasa utk dia berubah menjadi lebih dewasa
Dan utk kesemua 'orang kata' tu mmg perempuan lah yg kena banyak berkorban kena banyak makan hati
Aku dan dia..
Baru 3 bulan menjalani kehidupan sbg suami isteri yg sebenar
Ada komitmen ada rumah utk diduduki walaupun hanya hujung minggu
Terkadang nafas terasa sesak membuat itu dan ini
Acapkali juga terpaksa berlagak macho
Padahal dalam hati rasa tak secure
Dalam benak memikirkan apa yg boleh dilakukan utk membantu
Juga apa yg perlu diungkap utk memberi semangat
Padahal hal sendiri juga sudah kusut
Ingin juga meluahkan lelaki rendahkanlah ego kamu utk perempuan ini yg telah berkorban utk kamu
Yang seringkali menangis utk kamu
Mendoakan yg terbaik utk kamu
Acapkali nafas dihela sambil mulut terkumat-kamit mohon kekuatan
Ada juga terkadang sang akal nakal mengatakan
"hidup dgn ibu ayah dulu tak begini"
Sungguh.. aku hanya anak perempuan yg tidak mengerti apa itu susah
Mengadu pada ibu ayah juga tak mampu
Kerana isteri itu perlu menjaga maruah suaminya bukan?
Sesalan itu tidak pernah ada..
Kerna aku menyintainya..dan aku menyayanginya..
Cuma terkadang rasa begitu ampuh dan lemah
Moga2 diberikan kesabaran serta kekuatan untukku.. untuk dia mengharungi cabaran hidup berkeluarga
Saturday, 18 October 2014
Dia call tanpa disuruh
Dia kata rindu tanpa ditanya
Tak tahu nak respons camne
Sebab dalam hati juga rindu yg amat
Sehingga diluahkan oleh air mata
Tapi diri harus kuat
Sebab inilah yg harus dibayar utk sebuah perhubungan
Hamparkan rasa rindu dlm doa
Pohon pada Ilahi moga" dipermudah urusan dikuatkan rasa kasih & dirahmati
Pintaku dialah syurgaku di sini & di sana
Allahurabbi... sungguh.. aku benar" rindu..
Moga" dia di sana baik" sahaja..
Thursday, 18 September 2014
another #diy project
aku buat senirik bantal utk letak tepi-tepi pelamin tu ha..
bahan-bahan:
bantal empat persegi (RM10/3pcs --> kedai teddybear Ayer Hitam)
kain satin putih (RM2.50/meter.. beli 2meter utk selamat --> Nagoya)
riben berlainan saiz (saiz hijau tu 2x ganda saiz biru utk efek lebih ummphh -->Kedai Bunga Riben, Jalan TAR)
bulu merak (RM1/pcs --> kuil Batu Caves)
pita selofan (--> kedai buku je)
border blink-blink (bape posen tah --> Kedai Bunge Riben, Jalan Tar)
hotglue bersama gun nyer
butang ketip (utk ketipkan sarung bantal)
tali tape
kapur jahit
benang
cara-cara:
1- potong kain ikut 2.5 kali ganda saiz bantal. aku lilit je kat bantal tu. punyela malas nak ukur. then tanda guna kapur jahit. lebihkan sikit tepi utk jahitan dan utk letak butang ketip.
2- jahit keliling gune mesin je. selisihkan sikit bahagian belakang tengah utk letak butang ketip. ko faham tak? aku tak jahit tepi pun sebab nanti nampak gemuk pulak bantal aku.
3- selesai jahit, masukkan bantal. ha yang ni perlu hati-hati sebab aku buat sarung tu memang betul-betul muat-muat je. nak-nak aku yg jenis tak menyabar ni masukkan sarung bantal??
4- lilit riben hijau pada bantal & potong ikut saiz yg dikehendaki..riben biru pun ikut saiz riben hijau.
5- jahit sembat. gunakan benang warna sama ye. mulakan jahitan dari belakang bantal (sbb tak nampak)
6- kemudian jahit pula riben biru pada bantal. tindihkan sikit atas riben hijau supaya tak nampak any gap.
7- potong bulu merak then selotip utk elak dari bercerai.
8- selitkan, the gam guna hot glue gun.
Monday, 18 August 2014
Aku bajet nak buat block letter macam kat performance retis2 kat stage tu..
Bahan-bahan:
1-Kotak
- aku guna kotak CPU kt PGR yg supplier nak jual tu.. dari bg diorang duit free
(dah la setup pc main2 kitorang gak yg kene explore balik.oh geramnye)
- satu kotak CPU mewakili satu huruf.. disebabkan aku nak buat ASRI AIDA, so aku perlukan 8 kotak CPU.
2-Cellophane tape
- pilih yg mahal sikit. Jenama loytape yg senang nak koyak tu. Avoid masking tape (tapi aku dah terrrguna)
3-Pembaris panjang
- ni aku pinjam pembaris jahit mak aku
4-Heavy duty cutter
5-Pen
- guna warna merah lagi senang nampak
6-Gluestick
- cepat kering & tak mengerekot
Cara-cara:
Lakarkan hurup “D” menggunakan pembaris. Macam aku, aku just ikut tinggi kotak yg aku ada. Tinggi huruf yg aku buat ialah ¾ saiz kipas meja yg sederhana.
Lebar bagi setiap huruf aku setkan 3 inci. Lebar bahagian dalam kotak, aku setkan 2 inci utk efek 3d.
Langkah 4:
Lakarkan huruf “D” yang sama utk bahagian belakang pula, lekatkan guna cellophane tape.
Langkah 5:
Balut huruf menggunakan kertas mahjong/surat khabar (1st layer). Tujuannya, utk elakkan bahagian lipatan huruf yg kita dah seletip tadi terbuka.
Langkah 6:
Balut sekali lagi kemas-kemas guna kertas mahjong. Kali ni gunakan gluestick supaya cepat kering.
Hasilnya:
Aku letak di kiri & kanan pelamin. Untuk lekatkan, guna double sided tape yg ade sponge tu..
Cover utk whole kaki huruf. Jangan sikit2 pulak, nak terbang huruf tu kena angin kipas.
Oh ye.. daun yg berangkai kat huruf tu sebenarnya tirai pintu bilik yg aku beli. RM35. Cabut dari panel dia then abang aku suruh letak kat huruf. Satu je dah cukup.
Zoom out:
Aku takde gambar full pelamin. Masa siap tu nak pegang henpon pun tak larat nak ambil gambar. OP pun xde gambar full. Sedih tak? Tak pela.. yg penting dah selesai yo!
Thursday, 10 July 2014
Wednesday, 9 July 2014
itu montee.. pun aku beli kat akak ni
disebabkan kalau pos, kos bertambah, jadi aku order je online, tapi mintak Asri pick-up memandangkan dia kerja dekat Shah Alam
manik aku jahit lapis dua benang
lepas jahit sekali, susup balik sekali lagi
sebab aku ni jenis kasar sikit.
jadi kene kuat sikit menjahit tu ha.
akusepakkang[at]gmail.com
Friday, 25 April 2014
Berbicara tentang subjek
Sambil melihat kalendar
Katanya
Usah hirau tentang senggang atau tidak saat itu
Katanya juga
Lupakan seketika tugas hakiki di sini
Apakah dia mengerti
Atau sekadar menguji
Cuba menerangkan
Cuba juga meluahkan
Seringkali muru'ah ini tercalar
Atas perilaku endah tak endahnya
Ya Tuhan
Aku cuma mahu menjadi seorang isteri dambaan dia
Merasa kasihnya dia padaku
Merasa sayangnya dia padaku
Juga merasa manisnya pernikahan itu
Bagaimana lagi harus telusnya lidah seorang perempuan bergelar isteri
Dalam mengucapkan kata2 puitis
Atau perlu saja terus2an menggadaikan muru'ah yg ada
Sebagai seorang perempuan melayu yg penuh dgn sifat malunya
Wahai suamiku
Bagaimana lagi harusku diungkapkan
Apa yg terbuku di hati
Agar kau mengerti
Tangisku acapkali mengiringi
Bersama kesetiaan yg seringkali turut diuji
Saat fizikalmu dekat dgn ku
Aku terasa kau begitu asing
Sehingga sukar utkku menggapai
Apakah hatimu bukan untukku?
Atau aku ini cuma pelengkap acara?
Buat sekeping hati yg pernah terluka ini
Aku cuma mahukan dia
Seorang suami yg mengasihi, menyayangi serta menyintai aku dgn sepenuh hati
Wednesday, 12 March 2014
Saturday, 8 March 2014
alhamdulillah..
segala puji bagi 4JJI...
DIA yg memberikan rasa kasih
DIA yg membuahkan rasa sayang
DIA yg menciptakan rasa cinta
dan DIA yg menerbitkan rasa rindu
alhamdulillah..
segala puji bagi 4JJI...
syukur tidak dapat diungkapkan
atas kurniaan yg tidak terhingga
kerana memberikan dia, sang suami
alhamdulillah..
segala puji bagi 4JJI...
pernikahan ini bukan suatu pengakhiran
tetapi permulaan juga pelengkap separuh agama
walaupun permulaannya agak terlewat
berbanding 'dia' nun jauh di sana
alhamdulillah..
segala puji bagi 4JJI...
pintaku moga2 aku dan suami dapat sama2 melayari bahtera kehidupan
serta menggapai cinta yang satu
dan matlamat hakiki yg hanya pada akhirnya
adalah syurgawi yg didamba2kan oleh semua makhluk bernyawa
alhamdulillah..
segala puji bagi 4JJI...
pintaku..pada kalian yg membaca..
doakan kami..yg baik2 saja...
juga pada 'dia'..
saya sudah jumpa.. jiwa saya yg sebelah lagi..
yg menerima saya apa adanya...
yg menyayangi saya apa adanya...
"hati-hati memberi hati
saat hati menangisi
mengapakah hati diberi pd si dia
namun kuasaNYA melangkaui 'alam semesta
rupa-rupanya, dialah pemilik hati
yg ditetapkan menjadi suami sejak azali"
Thursday, 6 February 2014
alhamdulillah..
usai selesai urusan permohonan nikah yg hanya memerlukan masa 15 minit di PAID..
lalu fokus lari ke sini pula
walhal e-mel yg dihantar bertarikh 2 hari lepas
maklumlah.. tanpa rangkaian Internet mahupun telefon pintar di kampung..
maaflah buat teman yg menunggu..
sakit juga kepala ye..
walaupun dengan bantuan google translate
tergeliat juga urat leher ye
terasa sukar utk mentranslatekan bahasa komputer
sejam jugalah utk abstrak yg cuma sehelai ini..
hai lah... barangkali usai di depan ada title "Dr." 5 minit sudah siap kot...
eh eh eh...
Monday, 27 January 2014
Sunday, 12 January 2014
We will took the oath...
As a husband and wife...
May our marriage be filled with blessedness...
And do pray for our happiness till jannah..
Aminnn...
posted from Bloggeroid