Posts

Showing posts with the label keluarga

Majlis Perkahwinan Adikku

Image
Assalammualaikum.. Selamat Pagi semua..sarapan apa ye? Hari nie nak cerita sikit pasal Majlis Perkahwinan adik kesayanganku.. Tahniah buat keluarga kami dapat orang baru dalam keluarga.Alhamdulillah..Majlis perkahwinan diadakan dirumah kami di Sungai Ara. Majlis serba ringkas berjalan lancar..Door gift di sediakan beberapa hari lepas. Banyak sebab jemputan banyak.Semuanya berjalan lancar dan dirahmati dengan hujan di petang hari.elok ja pengantin sampai,terus hujan..Semoga dirahmati Allah.. Jom tengok gambar-gambar kenduri adik saya..

3.3.2013

Image
Tarikh yang keramat... Selamat Hari Lahir Buat My BFF... HAMZAH yang dok tersengeh tue..     Selamat Hari Lahir Buat Mak Uda da Mak Su aku.. siap berlari-lari lagi ank menantu nak ma hantar kek kat Terminal bas... Terima Kasih Banyak...     Juga Selamat Pengantin Baru Buat Sepupu aku.. Nana Farhana dan Akram   Semoga semuanya berbahagia bersama insan tersayang.... Juga buat rakan-rakan yang turut sama meraikan hari bahagia pada hari ini...

17.2.2013

Assalammualaikum wbt.. Salam hujung minggu... Hari nie dari pagi sampai petang dok mengasuh tok kat rumah.. Fuh memang la menguji keimanan.. 5 minit sekali nak p tandas. tapi bukan nak kencing pun.. Lepas tue saya pakaikan panpers.. tahan la 2 jam.. Lepas tue dia koyakkan pulak..adoi... Tension dibuatnya.. Lastly abah alihkan kerusi tempat dia beristirehat dekat dengan tandas.. Haaa baru dia tau.. hehehe gelisah la dia dok kat situ. tak dapat nak tgk apa orang lain buat sebab tempat tue agak terlindung.. Apa nak buat.. Abah pon dah pening.. Petangnya aku dan mak ke Giant Bayan Baru. Beli beras dan barang-barang rumah.. Terliur jea tengok aiskrim tue.. tapi apa nak buat.. tak boleh nak makan.. Batuk tak hilang-hilang.. Beli box besar untuk letak barang-barang lama..siap beroda lagi. agak murah jugak la.. RM32.88 Lepas shopping,teringin nak makan macam-macam tapi  malas nak pergi beli... Balik ke rumah terus ambil sosej,wedges dan scallop ayam aku goreng dan makan de...

Hari ini...

Alhamdulillah... selamat dah lagi seorang BFF aku bertunang.. 1 langkah sedang menuju gerbang perkahwinan.. Syukur.. aku amat bahagia sebagai seorang sahabat..serta mendoakan sahabat-sahabat yang lain sama-sama ke arah yang sama.. Mudah-mudahan... walaupun tak sempat menunggu majlis sarung cincin tapi lega sebab dapat temankan dia sekejap kat sana.. Lepas kenduri my Bff,sy pon balik rumah dan solat Zohor. Terus ke rumah kenduri yang lagi satu.. Pergi ambil Zam dan Jin.. Kawan VF saya, Nazrul Fitri. walaupun lambat,sampai gak kami...Makan laksa plak tue..sangat sedap walaupun kuahnya agak cair. wah.. tak puas makan laksa..Jadi gambar akan di upload kemudian..oke.. mata malam nie mengantuk awal la... :( napa yea? hati pulak tak keruan dibuatnya.. tengah sembang pasal kenduri tadi dengan mak,terselit pulak satu cerita tentang saya.. Sekadar memberitahu apa sebenarnya dah terjadi pada anaknya yang jauh nie.. Jadi..dengan rela hati mak mendengar cerita-cerita aku.. Terima kasih MA...

Alhamdulillah..I'm in Penang

Image
Assalammualaikum wbt... alhamdulillah saya dah selamat sampai Penang.. Naik bas express Season jam 11.30 pagi..Siap masuk Hentian Duta kemudian baru bertolak..Bas nie berhenti di Hentian Simpang Pulai. Sempat la ke bilik air dan beli roti sebagai alas perut.. Sebelum naik bas,aku singgah ke tempat yang satu nie.. Kedai Buku 1 Malaysia di Pudu Central.Setelah 10 minit,saya memilih beberapa buku yang dah lama menjadi idaman... Yeay... Lega dah dapat bahan bacaan..       1st tertarik dengan buku nie.. saya mula baca buku nie sebaik saja naik bas.. Tak sangka jumpa kata-kata yang saya post beberapa hari lalu..SUKA! ONE DAY YOU'LL BE MINE..     Sampai jea Penang,kena jadi driver sebab adeq saya kurang sehat. Jadi saya yang menurut perintah menjadi driver hari nie.. Sempat singgah di Astaka Sg Nibong sebab kakak nak beli jeruk di kedai Jeruk Pak Ali. Jadi memandangankan tengah kelaparan. Singgah beli pasembur kat Mee Pitchay.. Kat sini memang sa...

15.2.2013

Image
Assalammualaikum wbt... Salam Jumaat... Selamat Pagi.. Alhamdulillah selesai kerja malam 2 hari... Hari nie tibalah masanya saya bercuti 4 hari dan balik Penang.... Bunga tangan dah pun sampai ke tangan tuannya... Alhamdulillah... dia suka..:) Saya pun suka... Jadi.. Bag semua dah siap paking semalam.. Tinggal siapkan tuannya saja.. Balik labat sikit sebab berhasrat nak singgah Kedai Buku 1 Malaysia kat Pudu Central... Kalo ada yang menarik memang nak menangkap sebuah buku... Ok... Semoga saya selamat daam perjalanan dan sampai ke kapung halaman... Amin...   Hand Bouquet BabyPink+BabyBlue

Permintaan Hati 2013

Image
Wish list 2013 1. Menjadi hamba Allah yang lebih baik. 2. Menjadi anak yang Solehah buat kedua ibubapa saya. 3. Menyempurnakan hasrat ibubapa saya untuk melihat saya dimiliki seseorang dan membahagiakan mereka. 4. Mengikuti kursus Perawatan Renal dengan jayanya. 5.  Menambah amal ibadat saya. 6. Tidak menyakiti insan yang saya sayang. 7. Menjadi seorang pekerja yang cemerlang. 8. Mengunjungi tempat-tempat yang menjad idaman. 9. Makcik yang baik kepada bakal anak saudara saya. 10. Mengharapkan pintu hati saya terbuka dan Allah mendengar, memberkati,mempermudahkan permintaan saya.   Buat anda, laksanakan impian anda jua.. Semoga sama-sama kita berjaya dan diberikan kesihatan yang baik.. Amin Ya Rabbal 'alamin..

1.12.2012..

Image
Hari ini merupakan Majlis Langsung Perkahwinan Syikin dan Zack..Pagi-pagi dan bangun pergi cari sarapan sebelum nak makan kenduri.. Jam 10 pagi Syikin mai ambil kami kat rumah kakak di Bertam Perdana. Kami serta saudara yang lain berkampung di sana. Senang dan selesa..Kami si dayang-dayang terdir dari pada sepupu-sepapat yang rapat  terus menuju ke bandar Sg Petani untuk Make-Up.Sampai di sana ada beberapa pasang pengantin tegah menunggu untuk disolek. Kami yang terakhir,maka kenalah tunggu semua siap. Sebab lambat lagi nak di solek,aku pon  keluar dengan Nana mencari bunga segar untuk ditambah pada tepak sireh.Lepas pusing-pusing terjumpa la kedai india yang agak besar dan bunganya cantik..terus aku pilih dan beli 10 kuntum. tangkai rm2.50.. huish... boleh la.harga standard.. Lepas tu terus pergi butik balik untuk ambil pengantin dan terus bergerak balik ke Kepala Batas. Pengantin offer aku untuk make-up tetapi aku menolak sebab kekangan masa dan malas na bukak ba...

Majlis akad nikah dan Henna..

Image
Assalammualaikum wbt.. Salam 1 Malaysia... Berbaik kepada cerita di majlis perkahwinan sepupu saya..30.11.12 pada sebelah pagi adalah hari akad nikah bagi sepupu saa Sikin dan Zack. Majlis berlansung di Masjid Abdullah Fahim,Bertam Putra Kepala Batas.. Masjid baru dan sangat cantik... Dengan sekali lafaz mereka sah menjadi suami isteri.Sayu pulak bila sesi penyerahan Ibu Bapa kepada si suami.. Semoga mereka menjadi pasangan suami isteri yang diberkati Allah.. Amin.. Pasangan menggunakan pakian dari butik Sri Anggerik Sg Petani..Simple dan cantik.       Pada malamnya...sesi tahlil dan sesi berhenna bersama saya.. hehehe memang sengaja nak pakai malam nie.. sebab lebih senang dan kerja-kerja buat bunga telur dah setel.. Lepas Tahlil,kami naik ke bahagian atas dimana letaknya pc kat ruma tue..Henna dan ada tapi tak tahu nak buat design macam mana..Jadi,terus ke google dan taip henna.Keluarlah macam-macam design..Lepas pilih-pilih,terus ja  ambil minyak...

Balik Penang lagie...

Image
    Assalammualaikum wbt dan selamat pagi...   Rabu malam lepas isyak kami berempat balik ke Penang menaiki kereta pakcik. Perjalanan sangat perlahan disebabkan hujan yang tak putus-putus. Dalam perjalanan kami berhenti 4 perhentian juga,ditambah dengan hujan yang kembali lebat dibeberapa kawasan. Sampai di hentian Sg Perak kami bertukar pemandu.Kali ni aku pula membawa kereta. Alhamdulillah hujan dah pun berhenti,jadibolehlah aku bawa mengikut kelajuan yang dibenarkan. Alhamdlilla kami sampai Penang  dalam pukul 2.50 pagi.   Hari Khamis,bermula la operasi membuat apom polkdot dan biskut cornflake chocolate.. petangnya barulah kami ke rumah kendur yang terletak di Bertam Putra,Kepala Batas. Sampai-sampai ikan telah direbus seperiuk besar...Tau kan kalau dah rebus seperiuk komfem la nak buat LAKSA... wooo... kami pon sama-sama perisi ikan seperiuk tue.. Next tugas makcik pulak buat kuah laksa..     

It's Happen

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat Hari Jumaat yang penuh barakah... Sehat ke semuanya...? Akhir-akhir ni tak berapa nak sehat sangat sebab 1 rumah selsema dan macam nak demam... Hari nie nak cerita beberapa berita sedih dah gembira yang berlaku minggu lepas.... Selepas pulang dari Penang hari tue, abah dan mak pan nak ajak aku p 1 majlis akad nikah anak sepupu abah di Putrajaya.Plan memang baik punya sebab aku kebetulan cuti panjang time tue..Plannya mcam nie,lepas abis keje malam iena balik ke Penang,lepas tue,hari jumaat sepatutnya dah bertolak ke Putrajaya sebab hari Sabtu nak attend Majlis akad nikah tue..Hari Ahad pulak terus balik Penang sebab iena pulak nak attend kenduri geng 5P1 yang akan beransung pada malamnya... Jadi hari Jumaat lepas kakak dan abang ipar ke Pearl Maternity Hospital untuk buak check up pasal ada slighty bleeding macam datang haid.Unuk kepastian,mereka ke sana untuk check. Lepas berjumpa Dr,Alhamdulillah dr cakap kakak dah mengandung...Terkejut la doran...

Majlis Pertunangan Ana Dan Am..

Image
Assalammualaikum wbt dan selamat petang... Mata masih lagi tak mau lena..sedangkan malam nanti saya akan bekerja..apa sebabnya? mungkin banyak perkara yang berterbangan di fikiranku... Semoga Allah mmberi ketenangan senantiasa tak kira masa.. Lepas berlansungnya hari pertunangan sepupu  saya,maka sy telah dilantik menjadi pendeco ataupon perancang majlis perkahwnan beliau yang akan diadakan pda bulan 3 nanti Insyallah.. Semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar.... antara gambar-gambar sekitar majlis pertunangan beliau...:) tepak sireh yang sy gubah...fresh flower+felt flower bakal pengantin,saya,my sister,my cousin all hantaran dari pihak lelaki dan perempuan love this pic.. lastly...my handmade hand bouquet.. cantik jugak kan... tapi kecik jea... Selesai...:)

My Handmade Hand Bouquet

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat berhujung minggu.... Alhamdulillah dah selamat sampai Penang semalam... Singgah jap p beli nasi kandar kat Nasi Kandar Kayu sebungkus..Kongsi berdua dengan sepupu saya..Lepas siap makan terus g rumah sebelah buat hantaran yang tak siap lagie.. Gambar kat atas tue ialah bunga tangan yang sepupu saya akan gunakan hari nie... Homemade tau...Semuanya dah siap atas dulang hari nie.. nampaknya bakal tunangan orang pon dah get ready...  tunggu orang datang jea pukul 3 nanti.. semoga semuanya berjalan lancar.. Rumah penuh dengan sanak saudara.. memang seronok.. tapi salah satu soalan yang akan bertubi-tubi terkena pada aku ialah..."bila turn KAK CIK pulak".... Aish.. nak jawap apa lagi.. "insyallah,,doakan yang terbaik..." ewah... Dah dah.. malam nanti sambung lagie... Jom siap g kenduri... Selamat Bertunang Sepupuku..:)

Kek Besday

Image
My Carrot Cheese Cake Assalammualaikum wbt dan Selamat berhujung minggu.. Alhamdulillah selamat dah potong kek hari lahir kita yang ke-20++ hiew.... dah nak menjengah angka 30an tak lama lagi.. Syukur kehadrat ilahi kerna dikurniakan umur yang panjang setakat ini dan moga dimurahkan lagi rezeki saya..Bahagia bersama family serta sahabat tersayang Amin Semalam kami sekeluarga keluar makan malam bersama-sama di Medan ikan bakar Sri pantai yang terletak berhampiran Queens bay.. Selepas tue baru mulakan sesi potong kek.. hehe Mekaseh Mak n my family..:D taun nie tak sempat nak sambut ngan al my fren.. masing-masing bz.. tak pa. next year kita boleh celebrate skali k..Tak lupa juga pada my BFF Hamzah.. happy birthday...:D Sesi potong kek... hehe Yummy... THANK YOU...MMMUUAAAHHHH.....

..Mac terus berlalu...

Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.. Menggigil jugak jari nak menaip nie,apa tidak nya asyik baca enty orang jew kan.. dalam masa sebulan nie aku hanyalah menjadi silent reader jer kat blog kengkawang yang lain... bukan tanak komen,tapi semangat tue kureng sikit la pulak...Mintak MAAF yea semua.. Mac sangat pantas berlalu.Beberapa perkara yang baik dan yang kurang baik berlaku sepanjang bulan nie... Alhamdulillah aku dapat mengatasinya perlahan-lahan.. Hari nie aku sampai di Penang,macam-macam jugak jadi dalam perjalanan hari nie.. Dari HKL aku jalan kaki menuju ke Star Lrt,tah macam mana boleh bli token ke Bandaraya,padahal aku nak ke Plaza Rakyat..hehe nampak sangat tak fokus kan.. dah la kena bli kat kios skarang nie,sebab pakai token. Dah dalam tren baru aku tersedar.. apa lagi,kena la turun dan beli token balik untuk ke Plaza Rakyat. Sampai di Puduraya,aku terus beli tiket trip yang paling awal.. siap p tunggu depan bas lagi,alih-alih driver tak nak bukak pintu bas. Aku pon...

..Jaga-Jaga..

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. Sebelum nie aku terbaca kisah tentang Diabetis dari blog Mama Orked ..katanya keluarga mereka dah ada keturunan kencing manis nie.. So ada kemungkinan beliau jugak akan mengalami masalah yang sama jika tidak dirawat.. Apa yang nak dicelotehkannya ialah tentang diabetis dalam keluarga aku.. Mak aku jugak salah seorang pengidap diabetis.. tapi aku memang selout ngan mak sebab mak betul2 jaga pemakanan dia dan seharusnya makn pon adalah sebahagian dari Kakitangan Kementerian Kesihatan.. Jadinya memang sangat perlu dan wajiblah mak mengambil tahu dan menjaga kesihatan dirinya.. Ubat yang diberi oleh dr semestinya di makan dengan dos,masa yang telah di tetapkan.. Alhamdulillah abah masih sehat dan tidak di diagnos mengalami apa-apa penyakit kronik.. Sekarang nie tengah usahakan agak tak melarat penyakit nie kepada aku.. Alhamdulillah aku telah berjaya menurunkan berat badan kepada berat badan yang sesuai.. badan pon jadi ringan dan dapat mengekalka...

..Apa pun HATI KENA IKHLAS..

Assalammualaikum wbt...dan Salam 1 Malaysia.. Apa khabar semua? harap-harap sehat-sehat belaka yer... Kalau tak sehat,sila dapatkan rawatan segera... Hari nie nak cakap bab HATI dan IkHLAS... dua-dua perkara nie memang tak boleh dipisahkan.. Untuk berbuat sesuatu perkara mestilah datang dari hati,dimulakan dengan niat.. barulah kita akan merasa ikhlas.. Memang ada pepatah mengatakan jika ikut hati,akan mati.. ini berkait rapat dengan perkara yang buruk jika kita tidak dapat berfikir dengan waras menyebabkan kita akan bertindak secara luar kawalan dan akan membawa kebinasaan.. Maka hati selalulah kita pelihara dengan mengingati Allah,zikir serta melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi dan akhirat.. Begitu jua empunya diri,pabila sesuatu perkara mendatang yang menyebabkan hati kita resah.. cepat2 kita melaksanakan solat agar di beri ketenangan..maka dapatlah membuat keputusan sewajarnya.. Kini aku di Pulau Pinang.. kepulanganku tadi amatlah terasa rindu pada tanah t...

Menyambut Aidilfitri 4.9.11..

Assalammualaikum wbt dan Salam kemerdekaaan.. Tamat waktu kerja malam,aku bergegas pulang untuk mendapatkan tiket ke kampung.. Memang banyak lagi tiket memandangkan ramai yang pulang beraya menaiki kenderaan masing-masing. Bus pulak buat spoil.. tiket jam 7.45 pagi, bus pulak yang datang jam 8.30pagi.. Sampai penang dalam kol 2 petang.. Sesampai ja,adik datang ambil.. perjalanan dari KL-Penang sangatlah lama rasanya.. driver memang tak bawa macam biasa.. slow motion ja.. Sampai ja rumah,dah penuh tetamu yang datang.. aku terus bersalam-salaman dengan semua..Perut dah mula keroncong sebab makan roti jer dalam bas.. Apa lagi,aku makan Mee Kari yang panas-panas baru masak tue. SEDAPNYA... Lepas tu rehat-rehat jap,baru aku pegi bersihkan diri,pakai baju raya.. dari petang sampai ke malam,keja aku melayan tetamu,basuh pinggan mangkuk,hidang makanan,sembang-sembang ngan sedara mara,topup kueh raya n buat air... wah.. besh besh sampai sakit tumit kaki hehehe Syioknya walaupun lambat balik ber...

..4 hari sudah..

Assalammualaikum wbt dan Selamat Petang... Dah 4 hari berada di bumi Penang..berbuka bersama keluarga,bersahur bersama keluarga.. cepatnya masa berlalu.. Tak terkejar akan nya.. Alhamdulillah bebrapa jenis kueh buat juadah hari raya sudah tersedia.. menanti tetamu berkunjung di hari raya nanti... Tahun nie aku akan beraya di Kota Metropolitan Kuala Lumpur.. Seperti tahun-tahun yang lalu.. kami akan memakai baju raya ke tempat kerja..:) menyambut raya bersama-sama pesakit yang ada.. Berkongsi juadah bersama-sama.. Best jugaak kan..:) Seminggu kemudian barulah aku pulang beraya di kampung..:) Aku sudah biasa..:) hehehe esok pagi aku akan pulang ke kl..:) semoga semuanya berjalan lancar..

...@ Penang NOW...

Assalammualaikum wbt..dan selamat sejahtera... Alhamdulillah,syukur pada Allah kerna aku telah sampai ke kampung halaman tercinta untuk berjumpa keluarga tersayang.. Sesampainya aku di sini,aku di ambil oleh abah.. Kami terus ke bandar tuk menunggu mak pulang dari bertugas.. Rindunya... Selepas bersihkan diri,aku bersama adikku ke pasar malam Bukit Gedong.. Lamanya tak ke sana.. Yang bestnya selalu aku mesti beli PASEMBOQ.. memang sedap.. selain tu beli makanan tuk seisi keluarga.. balik dari situ,kami menghdangkan makanan dan makan bersama.. Perjalanan hampir 4 jam setengah amat meletihkan,tapi tidak sekali aku boleh tido awal jika aku dah sampai Penang.. Teringat dan teringinnya tuk berjumpa sahabat-sahabat.. insyallah ada kelapangan,pasti kita ketemu jua. Esok banyak urusan yang perlu diselesaikan..Malamya aku dikunjungi sepupu yang menghantar buah durian dari dusun di kedah.. Yummy.. sedap tau.. tapi perut dah full sangat,esok ler baru boleh nak makannya... tau-tau ja ai nak balik....