Posts

Showing posts with the label cuti-cuti

Lamanya tak pergi bercuti dengan geng sekolah...

Image
Assalammualaikum wbt... Selamat petang..alhamdulillah sekarang dah boleh wassap dengan geng satu sekolah dulu..gembiranya.. hari-hari macam-macam cerita depa.. salah satunya pasal bercuti la.. rancang la banyak kali pon,kadang-kadang ja menjadi. Apa boleh buat..bukan semua ada masa dan cuti pada masa yang kita kehendaki.. baru-baru nie geng 5p1 telah pergi bercuti ke Singapore.. Bestnya depa.. Lepas nie rancang nak p Port Dikson pulak.. tapi tak tau la bila.. aku macam biasa la keja time orang cuti,cuti time orang keja.. okeh.. rindunya nak pergi bercuti.. :) korang macam mana?

..Iftar bersama BFF..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Hujan turun begitu lebatnya selepas aku pulang dari melawat sepupuku di Taman Samudera.. Muda-muda dah dapat penyakit.. Tapi anggaplah ia sebagai ujian dari Yang Maha Esa.. Semua ada bahagian masing-masing..buatlah persediaan sebelum terlambat... Semalam,saya mengambil kesempatan beriftar bersama beberapa orang sahabat.. Kami ke tempat kegemaraniaitu di Jeram Kuala Selangor..Alhamdulillah sangat bersyukur di beri kesempatan bertemu sahabat-sahabat semua.. selain itu dapat jua aku berkongsi cerita bersama mereka.. Bagai bertahun lamanya tak jumpa.. Masing-masing punya kualiti masa tersendiri.. Makanan semuanya telah di order oleh En Firdaus a.k.a Capang n kawannya.. walaupun berada jauh di belakang,namun kami masih punya tempat yang selesa..Saya datang bersama Cik Buzu n Encik DF dan encik Hamzah.. Walaupun sesat, sampai jua En Hamzah ke destinasinya..:D Sungguh manis saat itu... :) Miss U All...

..PenAng In da Houz...

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Hari nie perjalanan amat jauh sekali... Dari Kg Baru aku dan Noni ke Putrajaya untuk bertemu teman sealam maya Pn Yana serta En Acong untk menghantar barang yang di pesan.. Kami dijamu dengan Nasi Lemak pagi nie... Mekaseh tuan umah... Pn Yana bie baru jea berpindah ke Putrajaya.. Sebelum ni dia kerja kat Penang.. So bila dah kawen,kena la ikut suami kan... Lepas makan kami pon terus ke rumah Mak Long Noni di kawasan Pandan Indah... Jalan memang jem sangat hari nie... teros lg pegi Kota Damansara... Ada seminar tentang pemprograman diri.. Lepas taman seminar,aku pon terus ke Puduraya amek bas tuk balik Penang... perghh... penatnya... Bus jalan dalam kol 7.40 petang... Alhamdulillah aku dah selamat sampai Penang jam 12.30 pagi...:) SYIIIOOOOKKKKKnyaaaaaaaaa..:)

..Zoo Negara with Adina Deen...

Image
Last Part..... wah.. bukan main lagi singa nie posing..makin lama,ramai yang datang amek gambar singa nie... Jalan-jalan lagi,jumpa rumah ladybird... katanya.. tahun nie tahun kelawar? betul ker... haaa.. ada pulak badak air kat sini.. kalau berendam,entah la berapa init paling lama... kat sini juga merupakan pulat pemulihan orang utan... En. Camel melayan jer sesapa yang sudi suap makanan padanya... Last aktiviti... tengok show pada jam 3 petang...antara binatang yang membuat show ialah singa laut,burung helang,burung nuri, dan beberapa binatang lain..

..Zoo Negara with Adina Deen...

Image
Part 3... with flaminggo... Di Zoo Negara,ada sebuah tasik yang menjadi kediaman bagi burung flaminggo.. suka tengok permandangan kat sini... selain tu boleh amek gambar kat mana yang kita suka.. binatang-binatang kat sini semuanya macam dah serasi dengan pengunjung yang datang... Kat sini ada kedai yang menjual makanan, kemudahan lain seperti surau, tempat berehat, tempat berkelah, kawasan mainan untuk kanak-kanak.. Cik Adina sedang mencari posisi yg menarik... with big elephant... pose yg tah hapa-hapa.. both of us... kami lagie... kalau tak larat jalan..boleh naik trem.. salah satu tempat untuk dilawati.. taman burung.. budak nie dari China rasanya.. berani betul dia kejar burung nie..

..Zoo Negara with Adina Deen...

Image
Part 2.. Selepas melawat akuarium,kami terus meneruskan perjalanan melihat rumah panguin.. Rasanya baru jer ada rumah panguin tue.. Tak sangka pulak buleh tengok panguin kat Malaysia...Selain tue ada ladang haiwan peliharaan seperti kambing, arnab, lembu, kura-kura rusa dan sebagainya... comeikan panguin nie... galeri gambar pon ada jugak bagi yang nak gambar kenang-kenangan... pose yang paling cun... en.giraffe pondk ala-ala giraffe.. suka tengok teratai... kedai cendrahati papan tanda amaran...

..Zoo Negara with Adina Deen...

Image
Part 1.... Haaaa... pernah pergi tak Zoo Negara kengkawan? Masuk kali nie, aku dah melawat sebanyak 4 kali dah. Sebelum nie melawat dengan famili.... tapi kali nie kami pergi berdua jer dengan Cik Adina Deen... Akibat penuh sangat orang yang berkunjung,kami terpaksa parking di bahagian belakang Zoo. Kami masuk dari pintu B,tak dapat la background hadapan Zoo Negara.. Pertama sekali, Harga tiket adalah Rm20 bagi orang dewasa. tempat pertama yang kami melawat adalah Akuarium Tunku Abdul Rahman.. Di dalam nie terdapat pelbagai jenis-jenis ikan yang berada dalam dunia contohnya belacak,puyu,kelisa,arowana dan sebagainya.. Sempat lagi bergambar dengan ikan-ikn tue.. tau-tau jer ramai pelawat datang hari tue... Comel-comel belaka...

...6.40 petang...

Alhamdulillah aku sudah pun selamat sampai ke Kuala Lumpur..walaupun sepanjang jalan tak begitu menarik,nak ku lelapkan mata pun kejap jer boleh... Asyik memerhati keadaan sekeliling sepanjang perjalanan... Entah apa yang bermain di fikiran.. Di tambah pulak encik driver pasang lagu jiwang-jiwang.. lagi la aku melayan.. Sampai di sini,roomate aku datang amek,kami terus singgah kedai makan sebelum balik umah.. lapar tue tak la sangat,cuma nak melapik perut ja agar tak lapar di malam hari... balik jer umah,terus aku membersihkan diri... abeh satu badan bau asap sebab singgah makan kat kedai satay depan Menara TM,Jalan Semarak.. ada orang panggil tempat tue satay pulau... Malamnya terus aku online sambil mengemas bag,apa yang di bawa aku cuba cari space tuk simpan.. hehehehe penuh sangat dah ruang dalam bilik aku nie... Now.. dah selesai dan masa untuk tidur.. :) Selamat malam kengkawan....

..Jam 2.30 sore..

Menanti azan berkumandang... bermakna makin hampir masa aku untuk meninggalkan kampung halaman sekali lagi... entah la,aku tak pernah puas bila balik kampung... walaupun sekadar duduk di rumah... Hendak bertemu kengkawan,masing-masing punya agenda sendiri..tidak mengapa.. aku tidak mahu menysahkan mereka kecualilah mereka tidak punya rencana... Makin hari makin aku memikirkan apa jua kata dari kedua ayahbonda ku... mungkn inilah masanya untuk aku berkerja keras mencari apa yang dihajati... Kata orang memang mudah,tapi bagi diri empunya body agak perit jua walaupun indah nampak dimata...biarpun segala peristiwa lama telah ku kuburkan,namun aku masih perlukan kekuatan untuk meneruskan impian... Tanpa keberanian, impian tidak akan jadi kenyataan... Memang betul ungkapan ini.. Keberanian adalah kunci utama untuk maju kehadapan... Oleh itu... dengan bantuan MU Ya Allah,aku memohon pertunjuk dari Mu.... Mood : aku mau pulang lagi...

..CoRetan Bandung...

Image
20.1.2011 Jam 7.10 pagi kami berlepas menaiki pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Jakarta... Suasana cuaca begitu baik sekali.Aku sekali lagi berpeluang duduk dibahagian sayap kapal terbang.. Boleh la aku merakam beberapa keping gambar... Aku,Buzu,Zura,Sue,Alin dan Shud berada dalam 1 penerbangan..manakala 2 orang lagi bertolak pada sebelah petang.. Sampainya kami di sana,kami menaiki shuttle Cipaganti untuk ke Bandung.. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam... 3 jam telah berlalu,kami tiba di Bandung.. seterusnya menaiki Taksi untuk ke Hotel Guntur.. antara pemandangan di sekitar Hotel Guntur.... Setelah berehat sebentar sambil menunaikan solat, kami terus memulakan agenda utama iaitu shopping di Pasar Baru.... Hanya perlu berjalan kaki merentasi landasan keretapi 200m dari Hotel... Setelah selesai,kami pulang ke hotel... pada malamnya kami ke Paris Van Java,salah satu shopping complex yang terkemuka di sini.. Aktiviti yang terakhirnya, Massage kaki di ZEN Reflexsology....