Pages

Sunday, May 13, 2012

Masih mampu


Haji Othman Ahmad (80 tahun) yang masih mampu memandu dari Johor ke Kuala Lumpur dengan kelajuan 120 110 dan Hajah Hasnah Hasbullah (75 tahun) di majlis konvokesyen cucu sulungnya. 
Moga mak dan abah dipanjangkan umur, dirahmati Allah dan senantiasa sihat untuk beribadat kepadaNya. Insyaallah. (cantik pulak baju orang tepi tangga tu ek)

Wednesday, April 11, 2012

Putu Hantu

Sebulan lepas, bang badang ke hulu langat dan bawa balik benda ni ke rumah. Minggu depannya kita ikut dia ke Hulu Langat lagi. Semata-mata nak benda ni.
Gambar macam ini pun ada kat rumah kucingorengemok...tapi gambor kita senget...gambor dia tegak...tak sama.
...dan memang Berhantu sedapnya.
Kita beli 4 kotak.
Meh sini cakap...kita tak pernah rasa putu bambu sesedap ni...

Sah ni Putu Hantu...
Pergilah cari, beli, rasa...
Jangan beli satu...nanti  hantu marah menyesal...

Sunday, April 1, 2012

Bermaharaja Lela

Hari ini hari Ahad. Bang badang tiada di rumah. Selalunya pada hari ahad dia hanya tiada di rumah kerana keluar membeli surat khabar tetapi hari ini dia betul-betul tiada di rumah. Dia  ke tempat yang jauuuhhhhh dari tempat dia membeli suratkhabar. 
Dia ke Banting. 
Jauuuuuhhhh bukan? 
Jadi hari ini saya malas masak. Selalunya pun saya malas masak tetapi hari ini saya lagi-lagi malasssssss. 

1. Asam pedas ikan mayong - ikan yang berumur 7 hari dalam peti beku
2. Telur asin free - dapat masa kenduri kahwin di Johor Bahru 2 minggu lepas.
3. Kerabu pegaga kosong - pegaga petik belakang rumah pagi tadi
4. Telur dadar - 3 biji telor terakhir di dalam peti sejuk.

Bermaharaja Lelalah saya pada hari ini.

 "Anak-anak sekalian, makanan sudah siap. Raja tiada di rumah...Sila jangan kacau permaisuri...permaisuri nak tengok cerita korea."
Ha ha ha ha haaaa...


"Tetapi bukankah mama hari-hari bermaharaja lela?"


Shut up! 

Tuesday, March 27, 2012

Botok-botok - Saya sangat Bengkak

Peperiksaan SRP Bahasa Malaysia - Kertas 2 

Tajuk- Hobi Emak Saya Memasak Lauk Kegemaran Saya

Adakah kamu tahu hobi emak saya? Kalau kamu hendak tahu, emak saya sangat suka memasak. Kalau saya balik ke kampung, pagi-pagi lagi emak saya sudah memasak.
Kebiasaannya, emak saya akan memasak lauk-lauk kegemaran saya. Lauk kegemaran saya ada beberapa jenis. 
Tetapi sebenarnya saya sangat suka semua lauk. 

Antara lauk kegemaran saya, termasuklah....

Botok-botok... 
Saya sangat suka botok-botok tetapi jarang memasaknya kerana susah. Emak saya akan berkata, tak mengapalah, biar dia sahaja yang masak. Lagipun hobinya memasak. Saya sangat terharu. 
Rakyat negeri Johor memang tahu makanan ini. Namun, ada juga rakyat Johor yang tidak tahu. Nasihat saya, sila jerit kuat-kuat... 
Saya  sangat Bengkak!

 Ini bukan lauk kegemaran saya. 
Tetapi emak saya masak juga. Sekarang saya sudah suka lauk ini juga. Ini ialah ikan pekasam goreng.
Ikan ini emak saya beli dari Kedah. Cerita sebenarnya bukanlah emak saya yang membelinya ada orang yang memberinya.

Asam pedas ialah lauk kegemaran saya nombor satu. 
Botok-botok tadi sebenarnya lauk kegemaran nombor 2 sahaja. 
Sejak dari kecil emak saya sudah beri saya makan asam pedas. Hari ahad emak saya akan masak asam pedas, hari isnin pula emak saya akan masak asam pedas tetapi pada hari selasa emak saya akan masak asam pedas juga. 

Sebenarnya hari-hari emak saya masak asam pedas. 
Menurut emak saya, orang Johor hari-hari mesti makan asam pedas.
Pada waktu itu saya hantukkan  anggukkan kepala saya sahaja. Saya  memang anak yang setia. 
Saya memang hantu asam pedas. Kalau tak dapat makan hidup saya seperti ada yang kurang. 
Seperti gosok gigi hanya menggunakan jari. 
dan 
lauk di bawah ini ialah kari.

 Ini lauk kegemaran saya yang nombor 5 yang emak saya masak untuk saya.
Saya minta maaf. 
Saya tipu di sini. Ini bukan untuk saya. 
Lauk ini untuk bang badang suami saya. Bang badang kata, hari-hari kari, hari-hari kari pun tidak mengapa. 
Nasib baik lauk ini adalah lauk kegemaran saya nombor 5 saja.
Memasak memang hobi yang baik. 
Sebab itulah hobi  emak saya ialah memasak. 
Bak kata pepatah, kalau dah masak Tentulah Penat.


Karangan ini adalah hasil nur terkilan saya sendiri yang tidak saya ciplak daripada mana-mana blog orang atau kucing. 

Harapan saya, cikgu yang memeriksa karangan saya ini memberi markah yang  tinggi kepada saya berdasarkan kepada lauk-pauk enak masakan emak saya dan bukan daripada tatabahasanya. 
Kasihanilah saya cikgu.

Monday, March 19, 2012

Kajol dalam Hujan

Sebelum balik dari Kuantan, kak gerau singgah ke Kg Peremu lagi...
Dan dalam hujan lebat, akak berlari-lari ke Warong Pak Su dan Mak Su untuk membeli Laksam tersedap di muka bumi yang diwar-warkan oleh Cik Kucing Catz. 

Sedang berlari-lari dalam hujan (slow motion yer) , tetiba saja terasa diri seperti Kajol dalam Kuch Kuch Hota Hai. 
Alaaa, masa kajol berlari dalam hujan tu...yang dia malu-malu tamil dengan Shah Rukh Khan tu....
Tak Ingat?
Tak kisah lah.
Tapi dalam kes akak, tidaklah bang badang kejar akak yang nak ke warong pak su....
Hilang akal apa?
Ini Laksam yang  akak bungkus bawa balik, iyalah kan, takkan bungkus bawak tidur...
Pitam. 
Sedap...
Confirm laksam tersedap di muka bumi. 
Pekat dan pedas.
Sebab perasaan macam kajol, maka terlupalah untuk  mengambil gambar warungnya.
Alaaa,,, warung ni sebelah balai polis kg peremu  saja...
Selain laksam, akak beli nasi dagang (sedap sangat) dan nasi minyak. 

Lepas itu, singgah pula di gerai Mok Na.

 Semata-mata nak beli satar.

 Ini  ke mok na ? Entah ya.
Lupa nak tanya  mak cik ni siapa. Jangan kecik hati yer mak cik...Tahun depan saya datang saya tanya.
 Singgah pulak beli keropok lekor kat kedai ni. Betul-betul sebelah Petronas. Beberapa ratus meter dari kedai mok Na tadi. 
(Tu bukan akak tau, itu mak cik jual keropok. Tetiba beri penjelasan? Motif?)

Akhir sekali...
akak berhenti depan kedai ni  sebab nak...
(Yang ini  pun bukan akak tau, masa ni akak dalam kereta lagi.)
.. Sebab nak amik gambor anak rusa nani baru kembang ekor kambing orang bulu basah kuyup.
Comel kan?

Moral daripada cerita:  Akak suka pi kuantan.

Sunday, March 18, 2012

Bersemak samun

Hari Kedua di Kuantan, malamnya kami makan di sini. Kedainya tepi jalan...dekat dengan  masjid kg Peremu, di Tanjung Lumpur.
Sebelah kanannya masjid, sebelah kirinya Marina...
Kedainya tidaklah besar...Ikannya adalah 15 ekor...agaknya lah...sebab tidak banyak.
Tapi Segar bugar.


 Sayur campur...
Tetapi ada taburan bawang goreng 'plastik' dalam sayur itu???!..
 Lala pedas...Ok.
Tetapi anak-anak cakap, yang mama masak lagi best...ceh, ceh, ceh, 
Motif tulis? 
Membakulkan diri?...
Eh, bukan kita yang cakap, kita tulis apa yang anak kita kata saja.
He he he.
 Ikan Bawal Emas Goreng Pedas BerSemak...
Perggh...Baik punya konsep masakan.
Kalau tak cukup tabah, jangan order masakan ini....
Kena selak dan  kuak dulu baru dapat makan ikan...
Sedap.
Kalau yang atas tadi tu bersemak...Yang ini semaknya lagi banyak...
Ini Ikan Aji-aji  Pedas Bersemak-samun. 
Disebabkan sudah 2 kali naik Aji, waraklah  sikit. Itu yang tutupnya lebih kan... 
Bagus-bagus.
 Ini lauk penerima anugerah malam tu...
Ketam goreng telur asin....
Paling Sedappppp
Kak gerau bukan penggemar ketam...
Sebabnya Malas nak korek-korek makan. Banyak sangat bilik nak korek-korek. Dapatnya coet aje.
Tapi...yang ini...
Tak terkata...
Uhhhh, 
Nikmat.
Sedap sampai rasa nak jilat hingga ke siku....
Harga semuanya 148 hinggit. 

Mengikut kata blogger lain, kat kedai ni saja yang ada masakan ketam goreng telur asin..

Monday, March 12, 2012

Kuantan dan Teknik Bayangan

Hari Sabtu, pukul 10 pagi...


"Malas betul nak masak. Kalaulah dapat bercuti ke mana-mana best kan?" berkata-katalah akak di dalam hati. 
Kita tengok bang badang...tengah baca kertaskabor.
Kita psst, pssst  kat dia. Dia toleh kat kita. Dia tanya kita. "Napa?"Kita senyum kat dia. 
Dia senyum balik kat kita..."Napa?" tanyanya lagi. 
He he heee...melawanlah ada can nampaknya.
 'Errr, kita pi cuti nak, kesian budak-budak." Ceh, ceh, ceh. Yang penting keyword nya  budak-budak Ok. 
"Kan baru cuti Bandung?" 
"Emm, aha kan...tak per la.Tapi kalau pi cuti sekolah kali ni, cuti sekolah pertengahan tahun tak yah pi jalan lagi." Ceh, ceh, ceh, macam tak der kaitan jer. 
Dia diam.
10 minit kemudian..
"Bersiaplah kalau nak pergi."
Ngeh, ngeh, ngeh!
"Usha: akak menjadi...
Kuantan lagi.
Dua hotel yang kami teringin, Penuh!
Padanlah muka sebab pi bercuti main terjah ajer. 
Hotel ketiga...hotel yang memang kitaorang sangat suka apabila ke Kuantan. 
Belakang parkson ...

Jenis Bilik: Family BerNasib Baik. 
Sebab masa tiba semua bilik penuh. Tunggu 10 minit. Ada orang cancel booking. 
 1 king, 1 queen...
Selesa.
Sesuai untuk keluarga bersaiz gerau. 
 Yang penting, breakfast banyak pilihan dan Sedap. 
Kalau nak tau makanan sedap ke tidak, tengok Chef dia...Haaa. Ini chef dia...Se spesies macam kak gerau. 
Sure makanan sedap.
 Hiasan pokok buluh dan lengsuir tu...menambahkan lagi  keenakan makanan kat sini. Tak ader kaitan yer? Lantak...
 Mee Goreng. 
Pi kat gerai dia..Dia goreng terus kat situ...

Bayangan pada gambar adalah kerana bayang-bayang diri yang besar penggunaan teknik terbaru foto shoot...
Teknik Bunohan  Bayangan  sebelah.
Hanya orang tertentu ajer tau teknik ni.
 Ini biasalah kan...semua tempat ada..mak budak budak- budak suka.
 Lempeng kelapa. Makan sikit jer...sebab dah tak larat...Ikut hati nak mintak polestrin tapau bawak masuk bilik...boleh?
 Nasi Dagang.... Sila tahan nafsu anda. 
Wallla...Umph... Marrrrvelousssss
Sedap hingga menghentak-hentak meja. 
 Ini Teknik bayangan Melampau.
Teknik ni lagi susah...sebab kena berdiri tegak dengan kedua-dua tangan mengepak dan kamera betul-betul di atas pinggan. 
Susahkan? 
Dah cakap dah...Mesti korang tak boleh buat punya. 

Bermacam jenis kek, dan muffin.
Penggunaan teknik
Bayangan ke dalam...
Teknik ni lebih senang.