Sebelum dicukurkan..
Ni la rupa baby selepas bercukur..botak macam Mawi tak??? :D
Pusat baby telah tertanggal pd hari yg ke-5..cepatkan! Myra dulu tanggal pd hari ke-13 dan Imran pula pd hari ke-7...org tua2 kata lagi bagus klu cpt tanggal..x degil..mudah-mudahan anak mama ni akn jd anak yg baik..amin!
Pada hari ke-7, Hakim telah men"tahniq"kan danial...cecah bibir dgn kurma nabi & air zam zam pemberian Ilah dari Mekah...sblm Maghrib pula, baba telah mencukurkan kepala baby...sunat cukur kepala pd hari ke-7 ni..ni la 1st time babanya cukurkan kepala anak sendiri...dua2 anak sblm ni mama yg cukurkan...
1 comment:
Assalamualaikum.
Apa yang anda buat itu adalah suruhan Nabi. Perkara ini perlu ditegaskan semula supaya amalan ini tidak dikuasai oleh kepatuhan kepada adat,
Orang kita membuat majlis berendoi dan cukur jambul sanggup berbelanja besar tetapi aktiviti dibuat tersasar atau hanya sentuhannya sipi sahaja. Jambul dicukur hanya buat syarat sahaja dengan memotong beberapa helai rambut. ini menunjukkan apa yang dibuat adalah datang dari pengaruh dan kepatuhan kepada adat, bukan atas kefahaman Islam. Kalau ini dibiarkan lama kelamaan amalan sunnah akan hilang dan tidak diamalkan lagi.
Syabas.Anda melakukan yang benar dan sebarkan kepada saudara kita yang leka dengan adat karut marut. Wassalam.
Post a Comment