Tuesday, December 18, 2007

Raya Haji

Raya Haji kali ni kami hanya beraya di KL jer... hmm...bln 2 nnt insyaAllah akn balik ke Kedah utk persiapan kenduri adik2...
  • 21/12 - maternity check up
  • 30/12 - pergi bercuti ke ???
  • 26/12 - daftar Myra di Tadika Islam An-Najah
Kami sekeluarga mengucapkan "Selamat HAri Raya Aidiladha" kpd semua rakan2 yg mengenali kami...

Tuesday, December 4, 2007

NEW PUBLIC CHINA ITTIKAL FUND

  • A new syariah-based fund by Public Mutual Berhad.
  • A minimum of 70% of the fund's NAV will be invested in the greater China region, namely Hong Kong, China and Taiwan market.
  • The fund can also invest in China-based companies listed in overseas market such as Singapore, The United State of America, and other approved market.
  • Equity exposure generally range from 75% - 95% of its NAV
  • Launched at NAV of RM0.25 per unit, and promotional service charge of 5.45% during this offer period, starting November 20, 2007 until December 10, 2007.
  • Min initial investment RM1000. Benchmark PCSF (2 mnths profit +18%!!) Fund size RM1.5 Billion

HURRY UP AND STARTS SAVING WHILE INVESTING!

Sunday, December 2, 2007

My pregnancy: 22 weeks

My baby now looks like a miniature newborn, checking in at 10.9 inches (the length of a spaghetti squash) and almost 1 pound. Her skin will continue to appear wrinkled until she gains enough weight to fill it out, and the fine hair (lanugo) that covers her head and body is now visible. Her lips are becoming more distinct, and the first signs of teeth are appearing as buds beneath her gum line. Her eyes are developed, though the iris (the colored part of the eye) still lacks pigment. Eyelids and eyebrows are in place, and her pancreas, essential for hormone production, is developing steadily.

Wednesday, November 28, 2007

Rahsia Bulan Mengikut Dr. Fadhilah Kamsah

Rahsia bulan anda dilahirkan

(BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH)

OGOS

  • suka melawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • sopan santun dan caring terhadap org lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
  • pandai pujuk org lain
  • terlalu pemurah & bersikap ego
  • nilai harga diri yg sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semangat juang yg luar biasa
  • cepat marah & mudah mengamuk
  • mudah marah apabila cakapnya dilawan
  • sangat cemburu
  • daya pemerhatian yg tajam & teliti
  • cepat berfikir
  • fikiran yg berdikari
  • suka memimpin & dipimpin
  • sifat suka berangan
  • berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
  • sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • cepat apabila ditimpa penyakit
  • belajar utk relax
  • sikap kelam kabut
  • romantik ,pengasih,penyayang
  • suka mencari kawan

Tuesday, November 27, 2007

Aktiviti anak2 sempena cuti sekolah

Myra & imran direhatkan selama 2 bln dr taska sempena cuti sekolah...so, terpaksa la aku jd mama yg kreatif menyusun jadual harian agar anak2 x keboringan di rumah...bgn tido, mandi, sarapan & tgk tv...slalu gak hubby membelikan sarapan kegemaran mereka iatu roti canai atau nasi lemak (tanpa sambal)...klu x sempat mkn je apa yg ada...biasanya stok roti + biskut mmg sentiasa ada kt umah

Antara aktiviti2 yg telah & bakal dilaksanakan:-
  • Week 1-2 : Mewarna menggunakan pensel warna
  • Week 3 : Mewarna menggunakan cat air
  • Week 4 : Menghafal doa2 mll CD
  • Week 5 : Gunting & menampalkan gambar mengikut kategori
  • Week 6 : Play internet game (barney.com , barbies.com, etc..)
  • Week 7 : ....
Mereka akn tido after lunch...dan sambung buat aktiviti yg diberi ... sehingga mama & babanya blk kerja

Kami telah mula mewajibkan anak2 utk ikut solat Maghrib berjemaah tiap ari...semoga anak2 mama akn menjadi anak yg soleh & solehah, insaAllah...

Survey bunga pahar..

Skrg kami dok sibuk membuat persiapan perkahwinan adik yg ke-4 (Mohd Syamsul Hakim) & ke-6 (Nur 'Abidah)...ni la 1st time my parent akn menyambut menantu 2 org sekaligus..sorang dr KL & sorang lg dr Kelantan..pening pale juga ni..mcm2 kena buat...hopefully semuanya akn berjalan dgn lancar

Nasib baik Ilah byk membantu walaupun dia sendiri sibuk sblm saat2 terakhir berlepas ke Tanah Suci dlm beberapa hari lg...pergi Padang Besar g beli kad jemputan & survey bunga pahar..menurutnya bunga pahar dh naik harga...ye la skrg ni tgh trend brg naik harga...x kira la, brg2 mknn, susu, pampers, etc...(yg keje gomen orait kot...br naik gaji 30%...kami yg keje private ni????)

Things to do:-
  1. Beli 100 btg bunga pahar lg..(dah beli)
  2. Bawa Hakim g beli cincin nikah & hbag..(dah beli)
  3. Tempah mak andam & camera man (dah tempah)
  4. Order muffin
  5. Beli paper bag
  6. Beli buah tangan (dah beli)
  7. Banyak lg...
bukan apa, tiap kali kenduri akulah yg biasanya akn arah buat itu ini...mak x brape sihat & along pulak masih kt spital kena demam denggi...adik2 yg lain ditugaskan jaga anak2 sedara yg ramai tu..hmm

Petua Kempiskan Perut & Kecutkan Rahim

haa..ini adalah masalah biasa bg kaum wanita yg telah mengalami proses melahirkan anak :D mcm saya ni...so, try surfing cari petua2 utk mengatasinya..

Antara produk yg disarankan:-
  1. Losyen Mustajab Pati Halia (RM22.00)- dirumus utk m'bantu proses pembuangan lemak & selulit di bhgn perut & pinggang agar kembali kelihatan langsing & cantik
  2. Bidadari (RM52.00) / Senorita (RM48.80)
  3. Krim Bio Serai - bertindak scr cpt utk membakar & mencairkan lemak ke tahap max
  4. Red Guara Cafe (RM18.80)
Petua lama :- kapur makan diperah limau dan sapu pd perut sblm pki bengkung

***any petua yg blh dikongsi bersama???

Salindah
















Formula ini dikeluarkan oleh Prof. Dr. Azizan Hj Ismail, seorang tokoh & pengamal perubatan homeopati, biokimia & herbalisma yg ternama di m'sia

Saya mula menggunakan produk ini semasa mengandungkan anak yg ke-2. Itupun setelah diperkenalkan oleh kwn2. Setelah menggunakannya, saya mendapati mmg ada kesannya. Semasa mengandung saya merasa krg loya spt dulu. Badan pun lbh bertenaga. Proses kelahiran juga cepat. Alhamdulillah anak x kena dmm kuning, tulangnya kuat, cepat tumbuh gigi & kulitnya cantik, aktif & daya ingatannya juga kuat...

Upin & Ipin

Kartun animasi kesukaan anak2 ku...tiap2 hari asyik mengadap laptop mama dia..siap dh blh hafal tiap dialog & doa2 yg ada skali...kartun yg menarik & mempunyai mesej tersendiri...

Monday, November 26, 2007

Family Trip ke Kuantan Tembeling Resort (27-28 Oct 2007)


Percutian yang menyeronokkan...

Pukul 6.00am anak2 dh mula bgn tido, mandi & bersiap2...mereka ni pantang pergi bercuti, mmg suka betul...kami bertolak pd pukul 8.00am ..konvoi 2 biji kete dan terus singgah beraya di rumah Pck. Kahar

Lepas tu pergi ziarah kubur atok & nenek hubby ...

Kami menginap di Kuantan Tembeling Resort...is built on hill slopes & posses beautiful private beaches protected by giant rocks..hanya 5 minit dr Pantai Teluk Chempedak..

Myra & Imran mmg puas mandi kt swimming pool..luas & besar

On d way balik KL...kami borong keropok lekor & sotong kering...coz ada kwn hubby kirim suh belikan...

but my digital cam buat hal lak...so, blm upload lain2 gambar drpd video cam abah & zehan

Barang-barang Keperluan Semasa di Hospital

Untuk Anda:-

1 Kad Rawatan Bulanan
2 Nursing Bra
3 Nursing Pad
4 Maternity Panty
5 Sanitary Pad
6 Baju Panas
7 Stokin
8 Kain Batik
9 Minyak angin panas

Untuk Bayi:

PAKAIAN
1 Baju Lengan Panjang/Pendek
2 Seluar Panjang/Pendek
3 Sarung Tangan, Kaki dan Serkup Kepala (Mittens / Booties )
4. Barut
5. Lampin/Diapers

MANDIAN
1 Tuala
2 Sabun Bayi
3 Syampu
4 Bedak
5 Losyen Bayi
6 Minyak Rambut
7 Krim Bayi

Hmm jika ada yg terlepas, maybe rakan rakan yang dah bersalin dan ada pengalaman tu boleh tambah tambah.

Pentingnya Pemakanan

  1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.

  2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.

  3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.

  4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

  5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

  6. Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

  7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitamin E.

Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.


Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

  • Air kencing
  • Tekanan darah
  • Berat badan
  • Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
  • Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

  • Air kencing
  • Tekanan darah
  • Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

  1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

  2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

  3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

  4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

  5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

  6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

  7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

  8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

  9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

  10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers Lilypie 5th Birthday PicLilypie 5th Birthday Ticker Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers