Memaparkan catatan dengan label recipe seafood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label recipe seafood. Papar semua catatan

Rabu, 18 April 2012

udang goreng telur masin

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


lauk hujung minggu

masa kawan mama datang, dapat le kiriman barang mesia.. antaranya telur masin.. huhuhu.. puas hati weekend haritu membalun telur masin, jangan tanya berapa banyak kolestrol yang telah ditelan.. hahahaha.. sabtu makan bubur nasi bersidekick telur masin.. ahad pula mama masak ini.. udang goreng telur masin n kerabu telur masin.

udang goreng telur masin tu resepi dari myresipi, dan kerabu telur masin tu dalam blog mana lupa. terjumpa masa google lauk apa boleh masak dengan telur masin yang dah siap rebus..

so resepinya..

Udang Goreng Telur Masin (asal myresipi)

Udang dalam 300-400gm (agak2 je tu)
Lada sulah
2-3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak
1 sudu makan butter
1 sudu kecik serbuk pati ayam
3 sudu makan air
lada hitam
garam sikit
daun kari
bawang putih dalam 2 ulas hiris halus
3 biji telur masin dah rebus (bahagian kuning aje)

1. Basuh udang, gaul dgn lada sulah, tepung jagung - goreng deep fry untuk 20-30 saat (nampak merah2 aje boleh angkat)
2. dalam kuali lain, panaskan minyak n butter, tumis bawang putih, daun kari
3. masukkan pati ayam, dada hitam, masuk air.. menggelegak aje masukkan telur masin.
4. masukkan udang.. gaul sebati, biar kejap atas api.. SIAP!


Kerabu Telur Masin (asal dari blog)

3 biji telur (bahagian putih aje) dilenyek
1 biji limau nipis
1 biji cili merah buang biji racik halus
5 biji cili padi - lagi banyak lagi pedas
1/2 biji bawang holland (mama xde bwg merah) - dadu n racik halus

1. Gaul aje bahan2 kat atas tu.. SIAP!

amacam senang tak? try la.. serius sedap.. papa bertambah2 makan tengahari tu :)

Ahad, 27 Februari 2011

missing her

السلام عليکم


them actually.. not just one person.. bila korang terlampau rapat dan sayangkan orang tu, makanan pun korang boleh rasa associated dengan orang tu kan.. ni bukan emak or family related.. ni kawan.. we've been knowing each other for more than a decade (yep, time flies) and how we have bonded with each other, I would say we're like sisters.. eventhough we're worlds apart, but we know deep inside that we can rely to each other and know that there's shoulder to cry on..


makanan yang sentiasa buat mama teringat kat depa (you know who you are) - LAKSA JOHOR (oih, lama x rasa air tangan ko), NASI GORENG KETAM JURU (lebih 10 ekor sekali hadap, merasa bonus org cemerlang) n SAMBIL KERING MELAKA (makan kat dalam bilik blok K09)


sebab tu semalam mama masak ni.. ya Allah, rindunya aku pada kamu!


kalau raya masa di UTM, tak sah ngendeng emak si dia minta masakkan ini untuk mama.. tak malu ok!
nasib jugak semalam jumpa ikan yang mama rasa sesuai - rupa dia cam kembung, tapi lagi besar sikit.. dah dekat saiz cencaru mesia.. belasah.. nasib menjadi..


resepi dia pernah kawan mama tempek kat satu blog tempat kami jemaah borak2 merepek.. kalau citer pasal geng kami merepek, penuh inbox satu hari.. 


ni resepi nya.. main kopipes aje le



Laksa johor
Bahan Kuah:
Ikan kembung 3-4 ekor.. kalo dapat tenggiri lagi baik aa.. tp mahal seh!
Daun Kesum + asam keping
(a) Serbuk kari 2 peket
(a) Serbuk cili 1 peket
(a) Lengkuas
(a) Bawang Putih 2 ulas
(a) Bawang Merah 3 ulas
(a) Halia seruas jari
(a) Segenggam ikan bilis
(a) Santan pekat
(a) serai
Asam keping (3 nos)
kerisik utk kasik kuah lagi pekat ye kengkawan

Cara nak buat kuah : 
Memula, rebus ikan kembung dengan daun kesum dan asam keping. Dah siap rebus, asingkan ikan dengan sampah2 tadi.. simpan ketepi air rebusan ikan tu tadi. Ikan tu di buang tulang dan di blend bersama air rebusan. Ketepikan sekejap. Bahan2 (a) di masukkan ke dalam blender dan dikisar kesemuanya sekali hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk (biar lebih sket takpe) dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.. kalau pecah minyak tu bagus sekali.. pastu masukkan santan pekat kedalam periuk, asam keping dan ikan bersama air rebusan tadi.. biarkan menggelegak dan masukkan garam secubit rasa.. errmmm.. sedapnya… keh keh keh.. last masuk kerisik….

Bahan hiasan:
Daun selasih dihiris halus
Timun dihiris halus (kalau boleh buat memanjang macam ring lagi baik.. Fanor, aku x abis lagi khatam buat ni.. ko mmg pakar)
Kacang panjang hiris halus
Taugeh
Bawang besar hiris (kalo korang suka la)
Limau kasturi
Spaghetti direbus
bahan hiasan tu nak makan ngan sengkuang leh gak
lagi sikit….kalau nak makan ngan lobak asin hancur pun best

Bahan sambal:
Cili hidup dibuang biji
Cuka
Bawang putih
* Blend kesemua bahan ini dan masukkan sikit je gula buat penyedap rasa.. siap!

ماما أيمان

Jumaat, 23 Julai 2010

sap sap sui!

haritu masa ke lake biwa, ada sorang akak ni introduce char kuey teow resepi sempoi.. masa hari aiman eksiden haritu, kami memang dah habis penat seharian.. tak larat pulak nak menghadap nasi.. jadi mama masak le char kuey teow.. yang ini konfirm senang n menjadi.. masa kat penang, mama ikut resepi dari satu FP (tak ingat rinnchan ke kak liza) tapi memang yang tu similar betul dengan char kuey teow penang terbaikkk punya.. tapi renyah ya rabbi.. kena buat stok dia dulu.. rebus udang le, masak rebusan dengan petis le.. dah, korang jangan minta.. tak ingat portion dia.. kalau portion campak2 ingat le..

yang ini memang sempoi..


aaa..


kasi bau dulu.. hahahahha


amacam?


so, ni resepinya..

  1. kuey teow 1 peket - weh, jepun pun ade la kuey teow.. tapi dia tebal sikit dari yang mesia punya..
  2. udang ikut sesuka hati
  3. kerang kalau ada, rebus siap2 - yang ni surrender aa kat jepun tak jumpa lagi
  4. bawang putih n merah untuk menumis
  5. 2 sudu makan cili boh - ikut sesedap rasa.. mau pedas tambah lagi
  6. 1 sudu makan sos ikan
  7. garam secukup rasa
  8. kicap manis sikit - dalam 2-3sudu makan
  9. taugeh
  10. kuchai
  11. telur
  12. yang paling trick sekali adalah - perencah nasi goreng adabi 1 peket! yep.. you heard me right.. perencah yang kaler merah tu ye noks
aaa.. stepnya,

mula2 panaskan minyak n tumis bawang2.. masukkan cili boh biar sampai pecah minyak.. kendian masukkan perencah nasi goreng.. masukkan udang n kerang.. biar kejap.. pastu masukkan garam, sos ikan n kicap.. masukkan sayur2 n kuey teow.. last sekali telur..

trick char kuey teow adalah korang kena masak dengan api besar.. so tak boleh lama.. klung ketang klung ketang mesti kejap je..

ok?

sekian chef hari ini..

m

Rabu, 14 April 2010

kari ooo kari

semalam dalam twitter ada kawan ku sorang tu buat pengakuan berani mati tak pandai masak kari. Well dear, here is my curry version.. I have been making curries since my form 5! yeap! no kidding!! papa sendiri cukup suka kariku yang sentiasa dibega-bega sampai jumpa kekdah sendiri

so, here it goes

KARI IKAN versi mamaaiman (untuk 2 orang makan)

bahan-bahan
  • ikan - kalau kembung 2 ekor siap basuh dan kerat dua
  • 2 paket kari (mama selalu guna cap MATA dan cap BABA'S) tapi pakai setengah bahagian untuk 1 jenama.. kira kalau tambah 2 jenama tu serupa macam dapat satu pek le.. campurkan air sikit jadikan pes
  • daun kari - sila tanam dalam pasu jika malas beli ok! huhuhu
  • bawang merah kecil dua biji di racik halus
  • halia diracik halus lebih kurang setengah ruas ibu jari.. sikit je le..
  • rempah campur satu sudu besar (beli kat kedai india konpem ado)
  • asam jawa - kalau malas guna asam jawa adabi tu satu sudu kecik
  • santan - kalau cap ayam (ayam brand) pakai sekotak
  • bendi di basuh dan dikerat ikut suka
  • tomato pun dikerat2..
  • garam secukup rasa
cara-cara
  • mula2, panaskan minyak lebih kurang 3-4 sudu makan
  • bila minyak panas, masukkan bawang dan halia yang dah diracik
  • bila dah naik bau, masukkan pes kari tadi. make sure api kecik supaya rempah masak dan pecah minyak. bab yang ni paling penting.. kalau tak pecah minyak kari jadi tak sedap
  • sementara pes pecah minyak, masukkan rempah campur dan daun kari.. biarkan pes pecah minyak ok (ulang 2 kali dah)
  • bila pes dah pecah minyak, masukkan sedikit air dan ikan.. sikit je air.. dalam setengah cawan minum tu..
  • masukkan juga asam jawa tadi (kalau perahan, tak perlu masukkan air dalam step awal, terus guna air asam je)
  • biar menggelegak sikit supaya ikan hampir masak dan kendian masukkan santan.
  • bila hampir menggelegak, masukkan bendi dan tomato.. garam secukup rasa..
  • tadaaaaa... siap le.. kalau nak spesel lain sikit cam orang parit buntar buat, korang try taruh daun kesum.. serius lain kari korang..
ok.. kalau tak clear, sila ajukan soalan dalam komen ok..

Selasa, 5 Ogos 2008

pakai kasut petak- petak & char kuey teow

harini selesai sudah proses akreditasi program pengajian kami.. alhamdulillah, mulanya mama cuak jugak sebab kena standby untuk sesi Q&A.. tapi rupanya, more like discussion session.. kira okey.. banyak juga input untuk memperbaiki kualiti pengajaran.. tapi mama berdoa semoga kami dapat full accreditation untuk session ni.. insyaAllah.

semalam berbuka puasa mama masak char kuey teow.. resepi dari myresipi.com.. mama copy dari page tu je la.. nak menaip macam kurang je rajin.. hehehe.. tapi memang berbaloi aa.. sedap.. senang je pun resepinya... paste dia boleh simpan dalam fridge untuk diguna kembali..

pagi tadi mama buat macaroni sup untuk sahur cum bfast aiman n papa.. bekalkan untuk aiman sebenarnya ke nurseri.. balik ni nak kena tanya depa okey ke idak aiman makan.. lately dia macam memilih sikit makannya.. nasi kurang makan.. tapi dia cukup suka ikan n ayam.. part isi dia.. dan aiman skang banyak bergantung pada susu je.. kena bukak buku balik aa tgk kaedah weaning untuk aiman.. keyla.. mama stop sini.. nak gi solat and nak balik awal.. cam ade mood baking.. huhuhu chiow!

p/s: tajuk entry memang sengaja x ada kaitan dengan artikel.. hahaha.. tapi mama memang pakai kasut petak2 harini..

oleh: che'iza Penang Char Kuey Teow

Bahan-bahan ( 2 org )

* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula


* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur


Cara-cara

UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.


UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Isnin, 12 Mei 2008

udang masak ala rendang

Sebelum makan puding dibawah (dalam post sebelum ni), kami lunch dengan udang n sayur bayam masak air.. simple je.. tp puas ati sebab masak sendiri.. resepi ni dari arwah emak mama.. sebenarnya tak ingat sangat la sebab waktu dia suruh tgk dia masak tu cam tengok aje sambil lalu.. huhu.. skang ni berteka2 la.. hehehe.. tp alhamdulillah jadi..

Resepi ini untuk 2 orang makan..

Bahan2:


  1. Udang galah dalam 11 ekor saiz sedang (korang jangan imagine udang galah lobster tu.. kecik sikit ye puan2). dibersihkan

  2. Bawang merah (3 ulas) bawang putih (2 ulas)

  3. Serai sebatang

  4. Lengkuas 4cm

  5. Halia 2cm

  6. Cili kisar

  7. Santan

  8. Kerisik

  9. Garam secukup rasa

  10. Daun kunyit (kalau ada.. ) dihiris halus

Cara2nya:



  • Kisar bahan 2,3,4,5 dalam blender.

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yg telah dikisar.

  • Masukkan cili kisar (bergantung kepada citarasa anda.. lagi banyak lagi pedas aaa)

  • Biar sehingga pecah minyak

  • masukkan santan pekat

  • biar sehingga betul2 masak (macam nak jadi rendang gitu)

  • masukkan garam secukup rasa

  • masukkan udang pulak

  • kendian, boleh bubuh kerisik utk pekatkan kuah.. lebih kurang satu sudu makan penuh

  • last sekali masukkan daun kunyit yang dihiris (kalau ada lagi best)

  • tadaaaaa.. siap!!

huhu.. cuba la.. sedap seh.. harris tambah banyak kali!! ekekeke


acknowledgement: resepi ni datang dari arwah emak aku..