Memaparkan catatan dengan label recipe malaysian delight. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label recipe malaysian delight. Papar semua catatan

Ahad, 22 Januari 2012

typical sunday morning

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

bangun tak awal (segan nak cakap lewat) haha.. basuh baju (mesin kedua) sebelum hantar pi dryer (tak sanggup sidai dalam rumah) buat breakfast, mandikan anak2 (papa tolong), buka laptop kami berdua anak2 duduk balik kat meja makan sambil minta makanan.. hahaha.. gemuk belakang kira.. janji anak2 nak makan dah bersyukur sangat..

Typical sunday
typical view on weekend

orang breakfast cereal kan? anak2 mama cereal jadi kudapan.. layankan..

pagi tadi menjala kejap


sayang baki kari ayam semalam banyak lagi

rasanya tak ada lagi resepi roti jala.. well here it goes

ROTI JALA MUDAH 

1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
sikit kunyit utk pewarna
1 sudu makan minyak masak

blend kesemua bahan di atas -- menjala la korang atas kuali.. kalau tak ada non stick, bubuh minyak sikit supaya tak melekat

haih.. kalaulah ada kuah durian time macamni.. huhu.. http://www.emocutez.com

Jumaat, 26 Ogos 2011

mee udang senang

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

ape ke resepi sekali up sampai dua sehari? okk.. aku sayang inah, so aku upkan spesel untuk inah.. dah tengah rajin layankan aje le.. jangan marah aaaa.. mee udang senang.. cam bujang senang pun iye gak..


Picture
mee udang, keria dan sirap bandung.. yummssss

bahan2:

  • udang -- kalo ada besar penumbuk sure lagi sedap. rebus sampai masak, ketepikan.. air dia buat jadi stok
  • bawang merah n halia, di blend
  • 2 sudu makan cili blender
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram -- resepi asal pakai petis.. petis tak sampai kyoto harap maklum.. 
  • 1 biji keledek, rebus, blend dengan air stok -- untuk pekatkan kuah
  • tauhu kembung -- yang ni memang memandai tambah
  • minyak untuk tumis
  • garam
  • barang2 utk tabur - sawi dan taugeh celur, bawang goren (stok mama dah habis sob sob)
  • jangan lupa mee di celur
cara2
  1. tumis cili bender sampai pecah minyak, masukkan bawang n halia yg dah blend.. biar kejap
  2. masukkan sos tiram n sos tomato.. tumis kejap2, masukkan stok udang.. biar reneh.. 
  3. masukkan keledek yang dah diblend.. biar pekat.. reneh lagi.. lagi lama lagi mantap.. 
  4. masukkan udang.. garam sikit..
  5. siap!
  6. boleh la hidang..
nom nom nom..

Selasa, 9 Ogos 2011

puding karamel

* السلام عليکم *


こんにちは q(^_~)p

sebelum mama cerita pasal minggu lepas, mama nak share resepi mama jumpa dari myresepi. Plan asal papa nak makan puding koktail.. tapi sebab tepung kastad takdak kat kedai yang dekat dengan rumah ni, so mama tukar plan buat puding karamel..

masa berbuka semalam, makan.. ya Allah.. sedap seh! lembut, manis sedang2 aje.. yang paling penting tekstur dia cantik..

tak caya?

ha..


amik!!!!

IMG_0888
meleleh!!!!

baru mama tau tips dia.. nak kasi cantik.. huhu.. sebelum tu ni resepi nya..

bahan puding
400ml susu segar
2-3 titik esen vanilla
3 biji telur
2 biji kuning telur
5 sudu makan gula

bahan karamel -- yang ni mama buat lebih dari resepi asal
7 sudu makan gula
3 sudu makan air

buat karamel dulu..

panaskan gula dan 2 sudu air dalam periuk.. dah agak2 nak hangus tu, masukkan lagi satu sudu.. tuang dalam bekas.. sini tips mama nak kasi.. kalo nak cantik, pakai bekas gelas -- mama pakai 3 bekas gelas, 2 remekin mama -- outcome, yang dari gelas cantik! yg remekin biasa ada lubang2 sikit..

buat pudding pulak, masukkan telur dan gula sikit demi sikit.. pukul pakai whisk aje.. jangan bagi buih.. cuma bg sebati aje..

panaskan susu dgn esen vanilla.. jangan bg sampai gelegak..

masukkan susu sikit2 dalam bahagian telur.. masuk sikit kacau, masuk sikit kacau..

bancuhan tu tuang dalam bekas yang dah ada karamel tu.. tutup dengan aluminium foil.. kukus 30 minit.. resepi ni, walaupun dah sejuk, masih mudah nak kuarkan puding tu dari bekas..

dalam resepi asal, boleh juga bakar.. tapi kaedah bain marie.. bubuh air dalam dulang n bakar.. mama tak try lagi bakar.. nanti kalau ok mama kasi taruk dalam blog.. hehehe

sila la cuba.. sedap macam beli kat param.. hehehehe

Ahad, 27 Februari 2011

missing her

السلام عليکم


them actually.. not just one person.. bila korang terlampau rapat dan sayangkan orang tu, makanan pun korang boleh rasa associated dengan orang tu kan.. ni bukan emak or family related.. ni kawan.. we've been knowing each other for more than a decade (yep, time flies) and how we have bonded with each other, I would say we're like sisters.. eventhough we're worlds apart, but we know deep inside that we can rely to each other and know that there's shoulder to cry on..


makanan yang sentiasa buat mama teringat kat depa (you know who you are) - LAKSA JOHOR (oih, lama x rasa air tangan ko), NASI GORENG KETAM JURU (lebih 10 ekor sekali hadap, merasa bonus org cemerlang) n SAMBIL KERING MELAKA (makan kat dalam bilik blok K09)


sebab tu semalam mama masak ni.. ya Allah, rindunya aku pada kamu!


kalau raya masa di UTM, tak sah ngendeng emak si dia minta masakkan ini untuk mama.. tak malu ok!
nasib jugak semalam jumpa ikan yang mama rasa sesuai - rupa dia cam kembung, tapi lagi besar sikit.. dah dekat saiz cencaru mesia.. belasah.. nasib menjadi..


resepi dia pernah kawan mama tempek kat satu blog tempat kami jemaah borak2 merepek.. kalau citer pasal geng kami merepek, penuh inbox satu hari.. 


ni resepi nya.. main kopipes aje le



Laksa johor
Bahan Kuah:
Ikan kembung 3-4 ekor.. kalo dapat tenggiri lagi baik aa.. tp mahal seh!
Daun Kesum + asam keping
(a) Serbuk kari 2 peket
(a) Serbuk cili 1 peket
(a) Lengkuas
(a) Bawang Putih 2 ulas
(a) Bawang Merah 3 ulas
(a) Halia seruas jari
(a) Segenggam ikan bilis
(a) Santan pekat
(a) serai
Asam keping (3 nos)
kerisik utk kasik kuah lagi pekat ye kengkawan

Cara nak buat kuah : 
Memula, rebus ikan kembung dengan daun kesum dan asam keping. Dah siap rebus, asingkan ikan dengan sampah2 tadi.. simpan ketepi air rebusan ikan tu tadi. Ikan tu di buang tulang dan di blend bersama air rebusan. Ketepikan sekejap. Bahan2 (a) di masukkan ke dalam blender dan dikisar kesemuanya sekali hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk (biar lebih sket takpe) dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.. kalau pecah minyak tu bagus sekali.. pastu masukkan santan pekat kedalam periuk, asam keping dan ikan bersama air rebusan tadi.. biarkan menggelegak dan masukkan garam secubit rasa.. errmmm.. sedapnya… keh keh keh.. last masuk kerisik….

Bahan hiasan:
Daun selasih dihiris halus
Timun dihiris halus (kalau boleh buat memanjang macam ring lagi baik.. Fanor, aku x abis lagi khatam buat ni.. ko mmg pakar)
Kacang panjang hiris halus
Taugeh
Bawang besar hiris (kalo korang suka la)
Limau kasturi
Spaghetti direbus
bahan hiasan tu nak makan ngan sengkuang leh gak
lagi sikit….kalau nak makan ngan lobak asin hancur pun best

Bahan sambal:
Cili hidup dibuang biji
Cuka
Bawang putih
* Blend kesemua bahan ini dan masukkan sikit je gula buat penyedap rasa.. siap!

ماما أيمان