Saturday, May 29, 2010

Aku akan sentiasa berdampingan dengan PARIS HILTON

tak caya ke???...korang kena percaya sebab mulai dari hari ini mana saja aku pergi,pasti PARIS HILTON akan mengikuti ku

Aku pi keje ke,pi makan ngan rakan-rakan segossip ke,pi dating ngan en.hubby ke,tetap juga si PARIS HILTON ni kena ikut.kelass kan,bukan senang nak tengok artis ni berkepit ngan kita,apatah lagi artis barat.

Eh jap..jap..bukan PARIS HILTON kat atas tu aku maksudkan...tapi ni ha
*

*

*

*

*

*

*

*

Perfume Heiress by Paris Hilton


Aku sambar kat Sogo petang tadi..hari tu masa usha perfume kat Langkawi cam berkenan giler2 ngan perfume ni coz bau dia sangat sweet macam chewing gum perisa strawberry gitu...amik kau imaginasi aku.Tapi aku tak beli kat sana coz harga dia lebey kurang je mcm kat KL ni pastu takde free gift plak...hehehehe...Ni aku beli kat Sogo dapat RM 270.00. Antara barangan free yang aku dapat ialah


Lotion yang sangat wangi giler ibarat setiap malam adalah malam pertama gitu...sengall giler aku ni...pastu dapat

beg Guess ngan 2 sample perfume Juicy Couture...ok lah bau dia...gitu-gitu je...tapi beg tu sangat besh untuk di bawa berjalan coz segala harta karun Damia termasuk pampers ngan baju dan juga botol leh sumbat dalam beg tu...hahahaha

Owh aku dapat beg Guess tu lepas aku bodek2 "abang akak" yang jaga counter tu...hahaha hebat tak beli perfume PARIS HILTON dapat beg Guess...kuikuikui

p/s: Aku dah dapat semua detail pemenang giveaway aku tu...so InsyaAllah aku akan pos hadiah kalian on Monday..kalian akan dapat

2 key chain (Langkawi  & Sarawak) dan juga Lilin aromatherapy dalam bekas yang sangat comei itu :P.Bila aku dah pos kan nanti aku habaq kat sini ye.

ConTest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse


Marathon contest bermula lagi....kali ni nak join ConTest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse .Tarikh tutup contest ni adalah pada 31 Mei 2010.So ni lah gaya tido anak ku yang ku pertaruhkan.. :)
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
  Nama anak: Nur Damia Batrisyia Binti Ahmad Firdaus
Tarikh Lahir: 27 June 2008
Umur: 1 Tahun 11 Bulan
Warna pilihan: Pink :)

GIVEAWAY MY LIFE..MY STORIES..DEMI ADAM DANIEL

Contest anjuran:Saidah

Closed Date: 30 May 2010

Sangat la teruja nak join giveaway ni coz hadiah yang ditawarkan berupa set pinggan mangkuk dan cawan.Ade 10 hadiah yang akan diberikan kepada 10 pemenang bertuah.Antara hadiah yang akan diberikan seperti di bawah ni

sepasang cawan wild rose dan 4 biji acuan kuih lompang wild rose



3 biji piring VCR

8 pasang cawan buluh hijau, sebiji sugar bowl tanpa tutup dan 1 biji pinggan mungkum

Kalau nak tengok hadiah-hadiah lain boleh klik sini

Friday, May 28, 2010

Go Go Green Cutest Baby Contest by Mama_Aqish


Macam nak buat acara marathon bercontest di malam hari je rasanya.hehehe.Ni ada lagi contest yang aku nak join.tajuk contest ni Go Go Green Cutest Baby Contest by Mama_Aqish..Dah terang2 ada tulis perkataan Green kat situ maka haruslah gambar yang dipertandingkan ada kaler hijau.Contest ni anjuran mama_aqish dan penaja bersamanya adalah ManjakuSayang

Ni la dia gambar anak ku barbaju hijau

tersenget-senget bahu posing :P

Nama:Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
Umur:1 tahun 11 Bulan
Tarikh Lahir:27 June 2008

Apsal aku suka terjah blog Anje a.k.a Mama Aqish ni?...sebab blog ni selalu update dengan macam2 cerita,cerita tentang family dia,isu semasa,dunia artis dan paling besh tentang SALES :p....kalau nak tau kat mana ada sales...gi la terjah blog dia ni..sure ada info kat situ.Aku start follow blog mama_aqish ni lama dah dari aku mula berblog dulu.Anje ni aku dah jumpa 3 kali.Semuanya kat tempat event yang dianjrkan oleh blogger lain.Skang ni memang blog dia antara blog wajib terjah ku setiap hari...hehehe

Contest ni akan berakhir pada 13 June 2010...nak join klik sini

KID’S FUN TIME CONTEST BY FUNZ-UNIVERSE & SIMFONIKASIH.NET


Contest anjuran http://funz-universe.blogspot.com/ & www.simfonikasih.net


Saya ialah…. Follower http://funz-universe.blogspot.com/

 Nama yang digunakan untuk follow: MamaDamia a.k.a Haiza

 Nama penuh.: Norhaizamiah Abdul Kari

 Nama anak dan umur.Nur Damia Batrisyia Ahmad Firdaus (1 Tahun 11 bulan)

 Email.:kasihmama82@gmail.com

Penerangan gambar
Tak perlu di terangkan lagi.Tengok gambar pun dah tau betapa seronoknya Damia bila dapat main gelongsor ni.Boleh dikatakan tiap petang memang dah jadi acara wajib gitu buat Damia untuk main gelongsor kat playground kat umah atuk dia ni.Macam -macam gaya akan dibuatnya kejap duduk,kejap mengiring pastu kang sambil baring turun dari gelongsor ni.Bila tengok anak sentiasa ceria dan gembira macam ni,kita sebagai ibu tentulah lebih bahagia lagi rasa :)

I wanna watch Toy Story 3

Sypnosis Toy Story 3

In this comical new 3D adventure, Buzz, Woody and the gang face an uncertain future as Andy gears up for college. When the toys unexpectedly land in a room full of untamed tots who can’t wait to get their sticky little fingers on them, it’s pandemonium as they try to stay together, ensuring “no toy gets left behind.”



Toy Story 3 dah nak ditayangkan....yippiee besh ni boleh bawak Damia pi tengok.Sure dia pun suka jugak.Watak-watak dalam Toy Story ni sangat la cute2 belaka.Hah apa lagi tunggu Nuffnang dengan baik hatinya nak bagi 50 tiket free kepada Nuffnangers yang terpilih untuk menonton Toy Story 3 ni.Besh kan??


Toy Story 3 kali ni ada beberapa watak baru yang turut memeriahkan citer ni.Antaranya ialah Ken,Peas-In-A-Pod, Stretch,Mr. Pricklepants,Bookworm dan beberapa lagi.
Dari semua watak-watak baru tu,aku rasa aku dah tertarik hati ngan si gemuk pendek MR.PRICKLEPANTS tu....dah tak sabar dah ni nak tengok aksi si montel tu nanti dalam Toy Story 3.


Apalagi nak tiket free kan tengok Toy Story 3 ni...Nuffnang nak bagi ni...cepat join

Thursday, May 27, 2010

Cable Car Langkawi

Aktiviti kitorang kat Langkawi ni cuma gi cable car pastu shopping sampai lebam kat Pekan Kuah.Niat utama memang nak shopping....dekat 5 ratus gak la abis duit kat Pekan Kuah ni.Segala bagai tok nenek coklat aku rembat.Penuh satu beg tarik...hahahaha memang aku bawak extra satu beg sebab nak isi segala hasil rembatan aku kat sini.

 Ni on the nak masuk ke kawasan cable car...Damia nampak je itik kat kolam tu terus laju tarik tangan kitorang ke situ



Langkawi Cable Car...sangat besh bercuti time ni coz tak ramai orang so tak payah nak menunggu lama-lama...ni lah untungnya anak tak sekolah lagi,nanti bila dah sekolah sure payah skit nak berholiday.Kalau dapat holiday plak sure time tu sesak tempat2 tumpuan pelancong macam ni


Tiket kitorang dapat harga dia RM14.00 sorang,budak bawah 3 tahun free.Tiket ni amik ngan orang yang sama kitorang amik kete sewa tu,dia cakap kat aku,kalau tak jadi pergi cable car ni dia pulangkan duit balik.Bagus kan bisnes ngan orang Cina ni.

Time menunggu cable car....ada la dalam satu keluarga India je depan kitorang ni


Muka je senyum tapi dalam hati ada taman cuak tak ingat punya...control2

Bayangkan la kalau cable ni terputus....kompem inalillah

Damia tak takut pun siap nak berdiri tengok view kat luar tu


Serius nya la muka anak dara tu ...hehehe


Hijau bumi tuhan....cantik giler

Aku di ketinggian 652.5 meter dari aras laut

:)


siap pis tunjuk langit lagi laki aku tu....suka sangat la tu ye :P



Last pose sebelum turun....hihihi

laaaaa sambung lagi :P

Wednesday, May 26, 2010

Pulau Langkawi~Sheraton Langkawi Beach Resort

Bersambung dari entry sebelum ni...hihihi kan aku dah cakap,penyakit "M" dah menyerang la ni,lembab je rasa nak buat new entry,kang tetiba rajin kang,mau sampai 4-5 entry sehari aku buat.huhuhu meh tengok bilik kitorang kat Sheraton Langkawi ni.

Ni kat luar bilk...satu kasawan ni ada 4 bilik.Kitorang dapat 2 bilik ...connection room...besar giler rasa untuk menampung kitorang seramai 6 orang ni...bagi aku kan,satu bilik pun dah agak selesa untuk 5-6 orang duduk..



2+1 katil...yang tgh2 tu extra bed...aku tido katil yang tepi dinding tu...sangat selesa bergolek2 berdua ngan Damia...memang giler besh dapat tido kat sini,sampai nak bangun breakfast pun malas...so burn first day nya breakfast....ekekeke


sofa plak ada 2...dalam 1 kat luar pun ada 1...laki aku sampai tertido kat luar atas sofa tu...ye la keliling pokok2....kena plak angin laut..perghhh tangkap leleh air liur basi :P

ni bathroom dia...pintu tu pemisah kalau nak "melabur" ngan standing shower tu bleh masuk belah dalam tu,kalau nak berendam dalam bath tub pastu berlingerie merah...leh kat luar...hehehe

Kalau bercuti berdua je ngan pasangan memang happening...bayangkan betapa tak senang duduk nya laki kita kalau tengok kita duk berendam dalam bath tub tu....muahahaha mau dia melompat dari atas katil ikut tingkap tu terus masuk bath tub...pastu???...sendiri mau ingat la...muahahaha


tu semua tu aku dah berjaya sumbat dalam beg bawak balik KL kecuali towel,glass ngan dulang ye...muahaha souvinier gitu....muahaha

aku rasa air spritzer kat sana memang giler murah agaknya,satu hari sampai lebih 10 botol air spritzer tu kitorang mintak,selamba je dorang hantar....memang buat air panas pakai mineral water la kitorang...huhuhu

Memang sangat besh giler stay kat Sheraton Langkawi ni....kalau ade rezeki lagi memang aku nak datang lagi bercuti kat sini....maybe berdua ngan hubby je kot...Planning anak ke 2 atau ke 3.....hahahaha :P

Macam biasa la....bersambung ye puan-puan

Monday, May 24, 2010

Pulau Langkawi ~ Part 1

Gediks nak buat berpart2 konon...nanti baru separuh jalan dah datang penyakit "M".Aku bercuti ke Pulau Langkawi pada 18 May 2010 sampai 20 May 2010.Sangat gigih sebab aku ngan member opis aku gerak dari KL pukul 11 malam 17 May tu.Saja malas naik flight sebab dah plan nak singgah Penang on the way nak balik nanti.

Kitorang sampai Jetty Kuala Kedah pukul 7.30 pagi,sempat amik ferry pukul 8 pagi.Dari Kuala Kedah ke Langkawi amik masa dalam 1 jam 45 minit.So lebih kurang kul 10 pgi kitorang sampai ke Langkawi.

Dalam feri,semua pakai terlentok sebab ngantuk...aku??...harus segar bugar mensnap picca...hihihi

Bende pertama yang kitorang settlekan ialah kete sewa,so bincang punya bincang dan setelah beberapa pilihan yang ada,jadi kitorang pilih nak sewa Proton Exora.Kete ni memang masih baru coz aku tgk meter dia baru 1000 KM.Kitorang dapat sewa untuk 3 hari dalam RM 280.00 sahaja.


Lepas dapat kete,cari tempat untuk breakfast plak...ni kitorang breakfast kat salah satu kedai nasi lemak yang agak femes kat sini,kedai dia depan Langkawi Saga...masa kitorang sampai tu,pelanggan memang ramai.Tapi masakan dia memang sangat mabeles rasanya..buktinya tengok je la pinggan tu,LICINNN....

lepas makan terus gerak menuju ke Sheraton Langkawi Beach Resort,aku stay kat sini sebab aku ada Complimentary voucher for 3 day 2 night kat sini.Hadiah lucky draw dinner company aku last year.Untung kan?..save budget untuk penginapan.

Welcome drink by Sheraton Langkawi Beach Resort.rasa lime..boleh la buat segar2 kan bijik mata yang ngantuk dan penat ni setelah lebih 8 jam drive.

Ni sementara tunggu nak check in...kitorang just duduk je kat sini,then semua urusan check in diuruskan oleh receptionist.

Yang sebelah aku baju putih tu adalah General Manager Sheraton Langkawi ni.Nama dia Mr. Kumar Renoo.Dia ni ex-bos aku kat Sheraton Subang dulu,so sebelum nak gi ke Langkawi ni,kitorang siap call dia lagi bagitau yang kitorang nak ke sana dan mintak tolong kat dia uruskan supaya kitorang leh check in awal.

Biasa kalau hotel check in dalam pukul 3 petang,tapi kitorang dapat check in pukul 11 pagi siap dapat complimentary extra bed lagi,pastu siap dapat connecting room sebab kitorang amik 2 bilik.huhuhu.Rasa cam VVIP plak disambut oleh General Manager pastu siap dihidang welcome drink lagi.


Selepas segala urusan selesai,kitorang pun gerak ke bilik kitorang.Nak pergi ke bilik,kena naik buggy car,memang dalam kawasan resort ni,disediakan buggy car untuk kemudahan guest untuk kemana-mana.Tak kira la nak ke bilik ke,swimming pool ke hatta nak ke restaurant pun kena naik buggy car ni.

Pemandangan di waktu pagi.Damia nampak je air laut tu,terus jerit nak mandi...hihihi

Bilik kitorang ...no 1726 & 1727

sambung next entry....hihihihi :P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin