Sunday, February 28, 2010

Blogger's Family Day 2010


Date: 28 February 2010 (Ahad)
Time: 9am - 12pm
Venue: Taman Tasik Perdana, KL
Theme: U look BLUE
Concept: Potluck
Fees: FREE


Jam dah pukul 2.45 pagi...aku still duk ngadap lappy lagi...masih sibuk nak menghupdate blog yang dah 2-3 hari tak update...owwhh patutnya aku kena tidur awal sebab pagi nanti aku nak menjoinkan diri ku ke blogger's Family day 2010 anjuran Suziey ....adehh parah ni kalau tak terjaga pagi kang...padahal dalam hati sangat berbungan riang dan tidak sabar nak ke gath esok walaupun terpaksa drive sendiri ke KL nu...adeii

Ramai gak rakan bloggers yang akan join gath ni dalam 50 bloggers with their Famliy.Aktiviti yang akan diadakan juga nampak menarik...bleh tengok kat blog penganjur segala detailnya ok..

So skang aku nak pi tido dulu...kang takut lambat plak...harus terlepas photo session nanti...huhuhu pada yang join gath ni...kita jumpa pagi kang...kalau nampak muka saya yang poyo ni....sila2 lah tegur ye kerana saya adalah sejenis pemalu yang sukar nak mengaktifkan diri jika anda tak aktifkan diri anda dahulu...huhuhu ok semua daaa...

p/s:mau tidur sambil bermimpi indah tuk gathering esok...muahaha sangat hovers okeh

Pinknya kulit dia

owh sila lihat di sini...kulitku sudah bertukar pink...tetiba gedik plak nak tukar kulit blog ni...cuma nak buat 3 column jek tak pass lagi nih...ciss lembab tul aku ni....aku takut kang aku dok adjust sana adjust sini terus hilang segala bagai yang ada kat blog ni...jenuh nak buat balik...dasar malas.... hehehe..


Ni design yang aku pilih untuk kulit baru blog aku nih

Sebelum ni aku ada terjah beberapa blog yang bagi tutorial camna nak buat 3 column tapi ada yang aku try tak jadi pastu terus aku takut nak try lagi...hehehehe..tengok la nanti aku cuba lagi sekali....teringin gak nak ubah layout blog ni...kasi pembaharuan skit...

Kut kalau ada yang teringin nak tukar kulit blog korang leh lah singgah kat scrappin' blogs ni

Singa menyerang Dorsett

Menakutkan sekali bila dapat tau ada singa nak datang menyerang tempat keje aku.Uiiihh dah la datang pukul 12 tgh hari,time ni staff semua sibuk nak lunch..bertambah gerun la semuanya....ekeke tapi rileks tak perlu takut2...Singa ni tak makan orang...dia makan limau...kuikuikui


Ni dia 2 ekor singa tengah stanby nak serang Grand Dorsett Subang Hotel


Singa yang akan melompat batang-batang besi...ntah apa kejadah nama dia pun aku tatau ...yang blakang pakai kot tu tokey sarkis......muahaha


Tengoklah tu skit punya banyak palang besi...kalau aku..kompem jatuh tersungkur kat bawah takpun tersangkut kat palang tu..muahaha


Tapi singa ni selamba jek...respect la...


Hebat kan?


Lepas berjoget sakan atas besi tu...singa-singa ni buat tarian kat depan reception ni...bos aku cakap singa ni di jemput untuk sambutan tahun baru cina dan juga untuk buang perkara2 buruk serta untuk mendapatkan 'ong' supaya business bertambah masyuk...tu kata dia...ntah betul ke idak..tatau la aku..hehehe


posing tetap posing... :P


Member merangkap penyibuk nak interprame dalam ini cerita,....muahaha



Tuan punya kamera...maka picca harus berlambak...muahaha


Muka ni lagi...ekekeke


Lepas singa ni kupas limau tadi...terus bagi kat bos aku...upacara apa namanya ni pun aku tatau


Ni bos department aku..pompuantu plak bos untuk sales department...dua2 jadi wakil untuk general manager hotel ni yang keluar ntah pi mana...pi cari business kot...hehehe


Selepas selesai upacara kat depan lobby ni...singa ni dibawa pusing satu hotel...buang sial katanya...tu kata dorang...aku cuma tulis apa yang dorang cakap jek...kang salah kang mampus aku kena pelangkung kang..


Tengok tu,time aku tengah makan kat cafetaria ni pun singa ni ngikut gak...ceh macam banyak sangat bad luck kat aku ni....cisss...padahal aku yang gatal nak interprame...muahahaha


:P


Mamat ni bukan takat bontot pompuan jek dia pegang...bontot singa pun dia bedal...isk isk isk..lantak la ko Fazrin aku bubuh gamba ni kat blog aku...hahahhaha padan muka kau

p/s:Harap-harap lepas ni banyak la business masyuk kat hotel ni baru aku leh merasa gaji yang lebih kencang gitu...hehehehe

p/s:Aku salah seorang pemenang giveaway MamaTisya...hadiah dia nanti MamaTisya bagi time bloggers gathering esok..best..best...tengok ong sudah mari..hahhahaha


Tuesday, February 23, 2010

Sepetang bersama Damia di taman

Petang ahad haritu lepas balik dari Intekma Resort,aku bawak Damia main-main kat playground kat umah aku ni.Sangat jarang sekali dapat spend masa dengan Damia macam ni.Selalunya aku balik keje dah malam.Memang tak berpeluang nak bawak dia main-main kat playground ni.Pastu bila hari ahad,dah sibuk nak gi shopping moping plak...hehehe...meh la layan picca si ibu dan anak yang bergumbira di petang hari


Cam biasa lah feveret Damia....si gelongsor


Stanby...1...2...3


Sampai terbaring-baring...excited betul dak tecik ni


Really love this pic...terserlah kegembiraan di wajah Damia ni





Punyalah sukanya Damia bila maksu dia henjut jongkang-jongkit tu kuat-kuat....tergelak-gelak Damia...geli hati agaknya


kejap masam...


kejap senyum


time to go back....dah nak maghrib


Saaaayaaaang Damia...

Memang satu hari yang sangat menyeronokkan...rasa macam nak layan Damia macam ni setiap hari...tapi nak buat macam mana...kena keje...kalau duk kat umah jek mau tengah hari buta pun aku usung Damia gi taman ni....hahahahaha

Sunday, February 21, 2010

Avon Golden Circle 2009


Siang tadi aku pergi Intekma Resort Shah Alam sebab ada majlis anugerah Golden Circle 2009 oleh Avon.Majlis ini sempena meraikan wakil avon yang berjaya mencapai jumlah jualan yang mantap sepanjang tahun 2009.


Ye...saya juga adalah juara


Betul..betul...betul...anda boleh


Posing di luar dewan


Aku pergi sini ngan mak aku coz dia pun banyak tolong aku jualkan barangan avon ni...


anak ngan mak...sama naik :P


Ala-ala sangap gitu sementara menunggu yang lain sampai


Aktiviti pada sebelah pagi adalah ceramah motivasi diri cara-cara nak tingkatkan jualan.Masa dengar ni aku punya semangat jangan cakaplah...berkobar-kobar.Sapa taknak kan nak income bulan-bulan belas-belas ribu..bukan susah...jual barang Avon jek...cakap senang la beb..takda usaha tak jadik gak


Gaya cikgu disiplin ...muahaha jarang sekali aku pakai spek ni...sekali-sekala bila pakai...cam cikgu-cikgu pun ada ni

Lepas lunch aktiviti seterusnya adalah penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada wakil avon yang berjaya membuat jualan terbaik di pasaran.


Sijil Unit Executive 2009

Kiranya aku jugak diiktiraf sebagai wakil avon unit executive pada majlis tu.So dapatlah aku naik stage dan dapat sijil serta brooch.Cantik gak brooch tu siap ada tulis GC 2010(Golden Circle 2010)


Kotak brooch


Tadaa,....tantikkan brooch ni

p/s:Aku ingat lepas ni nak buat online business jual barangan avon...kena fikirkan secara mendalam ni




Saturday, February 20, 2010

MIDIAIDABIZ2U GIVEAWAY




Contest lagi...kali anjuran blog midiaidabiz2u.Pemenang akan di pilih melalui cabutan bertuah.Tarikh tutup adalah pada 28 February 2010.

Friday, February 19, 2010

Guess???


Ni la dia hadiah birthday yang aku dapat daripada my SIL,Kak Ezi.Dia ni kakak my hubby.Hari tu ada beli kat uptown jam Guess cap ayam.pakai 2-3 bulan terus jahanam.Masa beli tu pun ngan Kak Ezi gak...dia pun tau jam tu dah rosak.Agaknya sebab tu lah dia hadiahkan aku jam tangan Guess original lagi tu....Actually dia beli ni masa pagi sebelum jumpa aku semalam.Aku jumpa dia kat Dome Subang Parade n dia beli jam tu pun kat Subang Parade.


Nak harapkan aku...takdenya aku nak beli jam original ni.Tapi kalau gaji aku 4-5 ribu sebulan mungkin la kot.Hahaha.Bukan masalah kedekut tapi aku rasa duit aku ni banyak lagi kegunaannya yang lebih penting macam beli henbeg..ahaks tipu jek.Gaji yang ala kadar ni setakat duduk kat KL ni memang la tak cukup.ehh termerapu pasal gaji ni apahal lak...back to topic asal kita hari ni ye puan-puan


Memancar-mancar kilatnya tu.Nak pakai pun sayang rasanya.Hubby pun takde bagi hadiah kat aku besday kali ni..padahal memang tiap tahun tak bagi hadiah..cuma bagi anak jek :P


Tolong fokus dekat jam tu je ye...abaikan tangan aku yang berserabut tu ye...hahahaha


Buat Kak Ezi yang baik hati,thanks u so much..Memang Haiza sangat bersyukur dapat seorang kakak sebaik Kak Ezi ni.Walaupun Kak Ezi ni jenis yang happy go lucky tapi tetap prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang kitorang sekeluarga.

p/s:Kak Ezi pun Aquarius gak.Birthday dia 9 February.So masa besday dia aku blanja dia 2 kg Cheese Cake from Dorsett Subang Hotel.Adilkan :P

MOBS & Gift That Angel Send : Showers of Love Contest


                                    

Contest anjuran MOBS & Gift That Angel Send

Closed Date:20 February 2010




Mummy name: Haiza

Baby's name: Nur Damia Batrisyia

Baby's age: 1 year 8 month

Baby's gender: Girl

Your email address :kasihmama82@gmail.com
 
Gambar di atas diambil sewaktu Damia mandi di luar umah atuk.Idea atuk la ni memula masukkan Damia dalam besen ni,punyalah seronok Damia dapat mandi dalam ni.So sampai skang Damia ni memang teruja kalau dapat mandi dalam besen ni.

 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin