Saturday, November 28, 2009
Contest Reka Tagline Produk Dan Menang
Friday, November 27, 2009
Salam Aidiladha
Monday, November 23, 2009
Kerja kat hotel..best ke?
Sunday, November 22, 2009
Weekend activity...sopeng :P
So aku belum start lagi jenguk2 soping complex...awal lagi...dah dapat bonus hujung tahun ni baru bleh cite...hehehe..takat ni cukup la gi terjah warehouse sale jek dulu.
Pagi tadi aku gi terjah Pureen nya warehouse sale.Start dapat tau pasal pureen nya warehouse sale ni dulu...aku terus tak pernah miss la nak pergi..rasa gatal2 jek kaki ni kalau tak gi jengah ke sana...bila en.suami tanya aku cakap "ala papa,mama nak gi tengok2 jek"...wakaka tengok2 konon sekali amik ko melayang gak seratus lebey..huhuhu
tak cukup dengan tu..balik dari pureen sale tu ...singgah umah jap simpan hasil belian tadi pastu mandikan Damia skit...kul 4 petang kitorang gi jengah plak Bata nya sale...Sale Bata ni abah aku yang ajak...cam besa la aku on aje..laju jek kaki ni melangkah..
Aku kasut2 Bata ni aku ok jek pakai..ala takat nak pakai kat kaki buat pijak2 taik ayam segala bagai buat apa nak cari yang mahal2 ...tul tak?...tapi kira ok lah aku rasa kasut Bata ni...sebab masa pregnant dulu pun aku lebey selesa pakai sandal Bata jek...lembut,selesa n tahan lama...yela sepanjang 9 bulan pregnant sampai hari ni sandal yang aku pakai time pregnant dulu tu still ada lagi.
Kat Bata nya sale ni memang murah la kasut n sandal dia jual...harga sekitar RM5 - RM15 jek sepasang...abah aku sampai sambar 5 pasang kasut keje n kasut sport...aku belikan sepasang jek tuk Damia ngan satu sandal..
Aku sangatlah layan kalau dapat soping kat warehouse sale macam kat pureen n bata ni coz walaupun dorang tolak barang harga murah tapi barang still ada kualiti n tempat pun teratur...baru la rasa berbaloi-baloi...bukan macam yang kat stadium melawati shah alam baru ni aku gi...memang menyakitkan hati jek..
p/s:psssttt...kot-kot ada sesapa yang tau kat mana lagi ada warehouse sale yang berbaloi-baloi...habaq la kat aku ...leh aku gi terjah...layanzzzzz :P
p/s:tengah tunggu pc fair kat klcc 4-6 Disember ni plak....
Thursday, November 19, 2009
Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10
Setiap contest sure ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Jadi syarat tuk contest ni ialah :
- Sila letakkan link ke blog ini. Pastikan nama yang keluar di bloglist kalian adalah Siti Sifir's Supernova Share-Out Space. -Setel-
- Sila letakkan linkkan blog anda ke blog penaja Fitrah Cinta dan jadi follower Fitrah Cinta. Sila jengah ke sana dan tinggalkan komen tentang blog k.Sari di entry contest blog masing2. -Setel juge-
- Anak anda itu hendaklah perempuan, berumur bawah 3 tahun. Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai. -baru 1 tahun ++
- Letakkan banner di sidebar.-Setel-
- Tolong beri tajuk Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 di entry anda. -Setel-
- Tarikh tutup 30 November 2009 jam 12 pm (tengahari).
- Sebagai menambah perasa, sila rajin singgah dan beri komen. Mungkin ini caranya untuk merasuah saya... :P walaubagaimanapun biarlah gambar bertocang anak anda menyengat ye...( tocang budak ada sengat kah??).-Ayarkk..kena rasuah ke?
Wednesday, November 18, 2009
Anak mok cik juara...
Alhamdulillah ....hari yang sangat menggembirakan...mana taknya lepas penat-penat balik keje dalam kul 1 pagi....sebelum nak titon...apa lagi acara wajib sebelum tido ialah bukak blog....dan tadaaaaaa.....dapat msg dari unlisted_one n Mrs.K(tahniah juga kerana anak teruna anda jadik juara kategori lelaki terhangat di pasaran tuk contest ni..*clap..clap*) bagitau Damia menang contest dari blog Intan.
Ingatkan maksud menang tu....tempat ke-2 atau ke-3 ke,sekali gi terjah blog Intan tengok Damia jadik pemenang 1st place tuk contest tu.....yippiiee..rasa nak lompat-lompat tinggi2 pastu nak guling-guling jek atas lantai ni sebab hepi....tapi kena control jiwa...kang mak aku cakap aku meroyan plak....so sekadar tersengih2 cam kerang busuk la depan lappy ni...To Intan,Arissa bam-bam and En.Rizal ....tenkiu sangat2 sebab anjurkan contest yang menarik ni dan akhirnya memberi peluang buat Damia menang dan menghadiahkan Mamanya gelang kristal itu..hihihi...anak punya gambar,mak dapat gelang..hehehe time kasey gak buat Damia cinta hati mama sebab berjaya memberi posing2 menawan yang akhirnya dapat menawan hati pihak juri...ahaks
klik sini tuk lihat senarai penuh pemenang contest ni
klik sini tuk lihat hadiah yang ditawarkan...oh tidak tawar lagi kerana rasanya sungguh manis sebab aku dah menang
meh klik sini kot-kot ada yang nak tengok entry aku tuk contest ni
p/s: Intan sangat baik hati kerana memberi peluang kepada ramai blogger tuk dapat hadiah dalam contest beliau ini...Terima kasih banyak2....last minute pun bleh tambah lagi hadiah....best..best..tahniah buat semua yang join contest Intan tu
p/s:saya perlu berhenti membebel sebelum melalut macam orang menang anugerah bintang popular plak jadinya nanti
Sunday, November 15, 2009
Cutest Baby in Nature
Klik banner kat atas ni kalau nak join contest ni
Damia:"Mama tengok batu ni...keraskan?..pastu cuba Mama rasa air sungai ni..burrr sejuklah..tapi seronoklah Mama"
Buah durian yang sangat enak dinikmati di tepi sungai..menyegarkan
Menikmati durian di tepi sungai yang dikelilingi oleh daun-daun dan pokok-pokok yang menghijau.Sejuk mata memandang
- Dapat mendedahkan anak-anak kepada alam semulajadi ciptaan tuhan yang sangat menarik dan unik ciptaannya agar anak-anak dapat menghargainya.
- Melalui cara ini dapat meransang perkembangan anak-anak apabila didedahkan dengan dunia luar supaya anak-anak ni dapat belajar sesuatu tentang alam semulajadi ini.
- Ianya dapat membina kekuatan diri dan meningkatkan keberanian diri anak-anak untuk berdepan dengan keadaan sekeliling supaya anak-anak ini tahu apa yang ada disekeliling mereka.
- Melalui cara ini kita dapat mengajar secara langsung kepada anak-anak apa yang ada dikeliling kita.sekurangnya takdelah anak tu cuma dapat mengenal melalui tv jek.At least bila ada diluar ni anak-anak dapat melihat dan memegang bunga,pokok, daun dan melihat burung2 yang beterbangan serta unggas-unggas kecil yang merayap ke sana sini.
MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/
Rugi kalau tak join sebab hadiah-hadiah menarik untuk contest ni di sponsor oleh:-
- PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/
- AliceWonders : http://www.alicewonders.com/
Wednesday, November 11, 2009
Syyhhh...sengal
Tuesday, November 10, 2009
Berukband???
Top 20 winner~Online contest senyuman ceria si comel
Alhamdulillah...
Damia terpilih antara top 20 untuk contest ni...semua top 20 ni dapat hadiah tau berupa 'smileykidz 10% discount voucher'
Nak tengok entry Damia tuk contest ni...bleh klik sini
Saturday, November 07, 2009
Demi anak tersayang
Mula-mula masa aku tengok kotak tu aku tak tau pun tu produk apa....aku ingat kartun disney nya produk..sekali bila sorang minah ni explain ngan aku ...baru aku tau tu adalah produk Grolier...Korang tentu pernah dengar tentang Grolier ni kan..Aku pernah dengar pasal produk Grolier ni tapi tak pernah jumpa pun produk ni atau mungkin aku tak perasan kot sebelum ni...
Masa kat booth tu diorang siap pasang dvd tentang apa yang terkandung dalam set Magic English tu..Actually set Magic English ni ada 26 buah buku siap dengan cd tiap satu tajuk tu...kiranya boleh blaja dari cd n boleh refer kat buku tu sekali..Nampak memang menarik sebab utamanya dia gunakan kartun Disney n yang tambah menariknya buku tu very colourful n berkulit keras...sure tahan lama
Mula aku budjet nak tengok2 jek...tapi lepas terdengar kata2 dari minah yang promote tu terus aku isi form n bayar deposit..dah la waktu tu dekat pukul 11 mlm..Tesco pun dah nak tutup n aku orang last sekali yang ada kat booth tu... nak tau berapa harga set Magic English ni....jeng jeng jeng...ambik kau RM 2xxx....harga tu termasuk set Logico Primo n set Fun Thinkers(next entry aku letak plak gambo dua produk ni)
Tangan kecik yang dah tak sabar nak ber'magic' ngan set Magic English ni
- 1 Set Magic English (26 books with 26 cd)
- 1 set Logico Primo
- 1 set Fun Thinker
Pastu diorang siap bagi free rak buku dan 4 buah buku tajuk DisneyBook of Words(buku ni aku tak dapat lagi...sebab ni benda free diorang akan hantar kemudian)
Friday, November 06, 2009
Kembali normal
Wednesday, November 04, 2009
Jiwa Kacau....
Sunday, November 01, 2009
BabyIntan's Giveaway-" Cute Baby in Costume Contest"
Contest pertama aku *bukan aku tapi anak aku* untuk bulan November ni dimulakan dengan contest yang dianjurkan oleh rakan blogger ku iaitu Intan...Contest ni diadakan sempena 6th anniversary Intan n Hubby tersayangnya. Contest yang beliau anjurkan ni dinamakan
Tengok tema contest pun sure semua orang dah dapat bayangkan betapa kiut miutnya kalau baby ni digayakan dengan pelbagai jenis costume..Dahla baby ni semuanya memang cute pastu ditambah plak dengan costume yang pelbagai rupa maka bertambah-tambahla sinar kecomelan mereka tu *apsal la aku suka sangat guna ayat sinar ni*...
Bagi meng'extra'kan kecomelan Damia maka aku pilihlah tuk gayakan anak aku tu dengan costume lebah....maka jadilah anak aku Cutest baby in lebah costume...ekeke...So ni lah dia lebah comelku sewaktu berusia 8 bulan
So meh la join pada yang berminat...tak salah join banyak2 contest ni sambil meriahkan blog rakan-rakan blogger kan?...Tarikh tutup contest ni 7 November 2009...ada masa lagi tu kalau nak join.. saya punya part sudah setel...kohkohkoh...anda bila lagi?.