Friday, June 18, 2010

::Ingatan buat semua::

N3 ni adalah bertujuan untuk remind semua pasal bahayanya 'Thalassemia'...Ini adalah kerana ia terjadi dalam family saya sendiri.
Saya sendiri pembawa thalassemia. Alhamdulillah, suami tak da, bebas dari thalassemia. Penyakit ni pun dulu masa mula2 kawin, belum tersebar lagi. Ramai yang tak tahu. Saya sendiri membuat ujian khas 'Thalassemia' iaitu electroporisis untuk kenalpasti ada atau tak.
Semuanya selepas kakak yg sulong dah disahkan pembawa thalessemia trait (1/4)..Dana masa tu dia tengah pregnant. Jadi Dr pelik sebab HB rendah..Saya pun sama2 pregnant time tu. Jadi saya decide nak buat jugak ujian tu. Masa first bgtau Dr kat klinik, dia pun macam tak familiar..So, saya buat ujian di hospital gomen. Dan result memang sah saya jugak pembawa...
Bahayanya Thalassemia ni bila kedua-dua ibu bapa pembawa, anak boleh jadi thalassemia major.Memang sgt2 bahaya....Alhamdulillah, saya tidak diuji dengan dugaan ini. Anak-anak saya Insyaallah selamat sebab saya seorang saje yang ada.
Kalau diingat2 balik masa zaman sekolah dulu, saya selalu jugak pengsan masa main netball, masa rentas desa...semua nya sebenarnya gara2 saya ni pembawa thalassemia, tapi mana lah tahu time tu.Ingat normal la...Satu lagi simptom saya selalu kena time naik tempat tinggi, tak kisah la tangga ke, panjat tempat tinggi, mesti rasa macam badan tak boleh nak imbang, oksigen tak sampai...rupa2nya itula simptom nya...
Even sekarang pun saya selalu mengalami cumanya kurang sikit, sebab saya bukan pregnant..kalau pregnant kena share dengan baby sebab tu HB drop sampai 8..
Nasihat saya kepada semua, sebelum kahwin buat dulu ujian ni takut kalau suami isteri ada, nanti kesan pada anak-anak. Memang kesian kalau akibatnya kena buat pemindahan darah dan lebih dahsyat umur tak panjang..NAUZUBILLAHIMIN ZALIK...
Selepas saya bersalinkan Nina, HB saya drop sampai 6.5..sampai kena masukkan darah 1pek setengah..itula risikonya..setiap kali bersalin, memang saya kena tambah darah..Harap darah yg masuk dalam badan ni, tiada masalah..
Saya bercakap di atas pengalaman. Kakak & Abg Ipar saya pembawa Thalassemia. Jadi sekarang anak diaorang memang HB 6 saje..result darah sebenar belum keluar, harap2 bukan la thalassemia major..Sian pada Aidil. Badan pucat ja..Next week kena tambah darah..Bayangkan baby umur 6 bulan kena mengalami semua tu.
Saya kesian kat kakak, nasib yang menimpa..cuma sekarang hanya boleh cakap itu takdir dari ALLAH dan takdir jodoh dia dgn Abg Ipar..
"Prevention better than cure"
Moga Aidil Amsyar sentiasa diberi kesihatan yang baik..AMIN
N3 saya sebelum ni pasal kelahiran Aidil Amsyar , boleh di lihat di sini.

Tuesday, June 15, 2010

::Majlis Perkahwinan (Part 3)- Bersama siblings::









::Majlis Perkahwinan (Part 2)::































::Majlis Perkahwinan Adik 12 Jun 2010 (Part 1)::

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan baik. Semua berjalan lancar.
For the time being nak letak gambar jer dulu banyak2, nanti2 la nak story mory..Happy viewing everybody..
























Friday, June 4, 2010

::Perubahan demi perubahan..::

Salam,

Dah lama saya tak bercerita pasal Nina..


Kalau nak diceritakan perkembangan Nina dari kecik sampai la sekarang dah 3 tahun 9 bulan..macam2..di antaranya:



  1. Yang paling ketara, rambut dia dulu curly2, sekarang dah jadi straight lak..ikal2 sikit je kat bawah.
  2. Dulu kecik2 debab..sekarang memang kurus meninggi..rasanya dah 2 bulan timbang asyik 15kg jer, tak naik2.Puas dah bagi vitamin semua..tapi badan tak jugak naik..
  3. Dulu time kecik2 suka dia membaca, apa butir pun tak paham, tapi minat tu tinggi, pantang nampak buku. Sekarang dah ubah, lebih kepada menulis, mewarna & melukis..Kadang tu, dengan buku-sekolah-mama jadi tempat dia m-e-n-c-o-n-t-e-n-g.
  4. Dulu bahasakan diri dia bila cakap..samaada 'adik' atau 'Nina'..sekarang dah tukar 'kite'..mana dia dengaq tak tau. Paling kelakar malam tadi...Dia buat perangai, sajela mama baba buat2 packing baju. Dialog seperti bawah:

::Curly kan rambut dia..time ni 2 tahun::

:: Ni dah 3 tahun, selepas dok kena potong jer rambut, terus jadi straight::

Minat mewarna, melukis..

Scene 1:

Mama: Nina buat perangai, mama baba nak balik rumah opah penang, Nina,
mama hantar rumah mama zah (bbsitter)

Nina : Nina tak nak, Nina tak buat lagi (menangis tersedu2 time tu) - ulang 6,7 kali
Mama : (Dalam hati sebak sgt time dia cakap camtu) tapi, buat tak layan jer..
Nina : Ya Allah Ya Tuhanku, mama buat kite.

Masa ni nak pecah perut dengaq. Saya dgn abang jenuh la tutup2 mulut tak nak gelak.

Scene 2:

Time ni tengah berbuka puasa semalam dengan abang. Kena marah dengan baba dia,
terus merajuk. Kalau merajuk, memang dia jenis ambik bantai dia , pi dok baring tepi
dinding.

Baba: Nina merajuk ke?
Nina : Ye la Nina merajuk.
Baba: Ok, nanti dah habis merajuk, datang kat baba.
Nina : Tak habis merajuk lagi, banyak lagi merajuk.
Baba : Banyak ke merajuk. Ok, merajuk dulu.
Nina : Baba makan dulu, Nina lambat lagi merajuk. Banyak lagi. Tak payah tunggu
Nina.

Baba : Okey..

Kami dua2 nak tergelak dengaq, budak kecik ni kalau bab bercakap, no 1. Boleh lak merajuk tu ada banyak.

Wednesday, June 2, 2010

::Betul ke....just have fun doing it::


Macam kelakar jer tengok..hehe:) sape2 nak cuba,
leh la try kat sini http://www.in20years.com/
Apa kata survey, ada iras ker?:)

::1 bulan 30 hari lagi...::

Tengok tajuk mesti terfikir, knp dgn 1 bulan 30 hari lagi...kenapa la masa begitu pantas...kalau dihitung, dicongak, mesti la rasa cepat ja masa tu.
12 Julai ni saya dah start semester baru.Cepatnya rasa masa berlalu. Ini bermakna saya dah berada di semester kedua terakhir:)..kalau fikir camtu, tenang ja hati..tapi kalau nak pikir proposal nya thesis lum pikir lagi, mau tak tido malam dibuatnya..
Masuk sem depan ni, dah nak kena bagi tajuk, dan abtract...bila masa nak duduk pikir ni. tak start2 lagi ni...Idea tu dah ada, cuma......tak betul2 in detail. Supervisor pun belum booked lagi. Setakat emel nak tanya pendapat tu ada la...lum betul face to face lagi.Bila kan masa nya tu..belum decide lagi..harapnya sebelum end of June dah leh decide..Bantulah hambaMu, Ya Allah..
21 Jun 2010, dah kena start register...masa tu mesti dah rasa aura nak bz balik..
Sekarang ni, seronok sangat, sbb balik keje leh trus balik rumah, tak der la nak ke kuliah bagai..happy je, tenang je...leh la balik rumah masak2, rehat...Nanti dah masuk Sem, susah la nak bertapa kat dapur tu..masak pun ala kadar jer..
Dan satu lagi, ALHAMDULILLAH, saya bersyukur sgt,result alhamdulillah..Memang tak sangka subject yang sy rasa tak leh score A..sy dapat A..Rasa berbaloi sgt.Sbb Lecturer tu memang jenis particular, details, jenis yang baca word by word, yang 'cerewet' la..Kalau ingat balik, memang subjek tula saya menangis. Boleh tepon hubby on the way blik dari kuliah, memang tak tahan dah rasa penat, sbb keja yg lecturer tu bagi punyala banyak, rasa macam tak cukup masa nak buat semua, sbb saya kan keje. Tapi Alhamdulillah, dengan keizinanNya, saya dapat lalui dan tempuh...Memang berbaloi2 dgn penat lelah saya...:)
Syukur Ya Allah. Moga masa akan datang , saya akan lebih tabah dan gigih lagi..
Doakan saya ya kawan2....:)