A. Bahan biang
50 ml air
1 sudu teh ragi
1 sudu teh gula
B. Perisa ambon
2 batang serai
15 helai daun limau purut
200ml santan
C. Bahan utama
100gm tepung ubi kayu
50gm tepung gandum
100gm gula pasir
1/2 sudu téh garam
1/4 sudu teh vanila
2 biji telur ayam
Pewarna kuning
1 sudu makan margerin cair
Cara
1. Sediakan bahan biang A. Ragi yang molek, larutan ini akan kembang berbuih.
2. Masak bahan perisa B. Bila mula mendidih tutup api dan ketepikan.
3. Buat adunan tepung C. (tepung gandum, tepung ubi kayu, gula, garam dan perisa vanila.
4. Dalam bekas lain, pukul 2 biji telur ayam mengguna garfu/pemukul telur. Masukkan pewarna kuning dan margerin cair.
5. Campurkan A dan B. Akhir sekali campurkan kedua bahan secara selang seli.
6. Rehat adunan 3-4.jam.
Panaskan loyang sebelum memasukkan adunan.
Hati2 semasa masukkan adunan ke dalam loyang yang masih panas.
Pintu oven jangan tutup rapat. sendalkan.
Bila hampir masak, tutup rapat pintu oven dan kurangkan laras haba panas oven.
Tabur gula dan panaskan dalam oven sekali lagi sebelum di keluarkan.