Monday, October 12, 2015

RASA NAK START MENULIS BALIK

Teringin nak menulih balik
tapi keadaan macam tak sesuai
dok tengah2 dunia
cermin keliling..
masa break pun tak dak privacy..

Dok padam2 gambaq kat telefon
pasai tepon dah slow
tengok gambaq2 Nafisah
teruih gigih boh kat blog.

Ni gambaq tahun lepas
masa ni ada jamuan kat tadika Nafisah
cikgu tepon suruh pi (Nafisah kan sekali sekala ja pi sekolah)
tapi depa tak cakap mak pun kena pi
merajuk Nafisah.. dia sorang je mak tak datang..


Makchaq memang gayat kalau bawak anak tak pakai carseat
tu yang dah besaq pun dok atas carseat lagi..
selalu orang teguq..
"dah besar pun dok atas baby seat lagi.."
Nafisah pun suka dok atas ni
sampai dah pandai pasang harness sendiri
nak bukak je tak larat tekan button tu..


Tadika tak mau pi
baguih tolong mak kat rumah

buat mexico/coffee bun
buat cupcake....
buat biskut

belajaq tanam pokok





















Nafisah nak makan roti jala la...

Meh mak ajaq macam mana nak buat rotijala
lain kali nafisah nak makan dah boleh buat sendiri

Yang bagusnya dia suka pulak .....
sukat2 tepung semua..
kacau.. pastu  blend guna blender..
"senang je  rupanya buat roti jala ni mak.."


                                                 
La ni..
kalau  lempeng ke roti jala
dah berebut pulak dia nak buat..
makchaq ok ja...
senang kerja mak

Tapi kalau goreng guna minyak banyak
makchaq tak bagi dia buat lagi
bahaya.... takut  terkena minyak..













Masak nasik, potong sayur
pun dah boleh harap..

Ada sekali tu tengok dia dah siap masak nasik
untuk makan malam
masak elok ja nasik
(selalu makchaq tolong tengok air)
bila tanya dia kata
"nafisah letak beras 3, nafisah letak air kat tanda 3"
'"sape ajar Nafisah"
" tak de sape.. Nafisah fikir sendiri ja...."


Buat kerja sekolah pun rajin jugak..
tapi selalu kerja sekolah lukisan je..
subject lain semua siapkan kat sekolah

Alhamdulillah bila sekolah betui
dia tak dak masalah nak pi skolah
tak macam masa tadika
menagis sampai makchaq tak sampai hati
nak tinggai dia kat tadika



Gambaq masa first day kat sekolah
ok sangat..
langsung tak menangis
senyum je..







Anak bongsu...
semua orang selalu kena buli ngan dia..
bila manja... sweetttt sangat..
ada masa buat perangai...
pening jugak nak layan...


Monday, June 15, 2015

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
makchaq ucapkan kepada semua yang membaca dan terbaca blog makchaq

Semoga amalan2 kita sepanjang Ramadhan
diterima Allah dan dapat  meningkatkan darjat kita disisiNya

Sekadar renungan
terutamanya untuk diri sendiri...

Tuesday, June 9, 2015

Ahad baru ni
adik pakchaq yang bongsu
pi hantaq anak sulung masuk UPM Bintulu
makchaq pun masa anak2 sambung belajaq
semangat jugak pi hantaq..

Masa makchaq dapat masuk ITM Shah Alam
mak abah makchaq suruh pi sorang jimat...
"hang sampai stesyen bas, naik la teksi"
"orang teksi mesti tau ITM tu.."
Tapi nak jadi rezeki makchaq
anak boss abah makchaq dapat ITM  jugak
dia suruh abah hantaq (abah makchaq drebar)
bila abah cerita makchaq nak pi sorang naik bas
dia ajak pi sekali.. 
rezeki nak naik mercedes....
tapi pendaftaran semua buat sendiri la..
abah pi tolong angkat barang anak boss dia
dia bawak barang banyak..

Ramai mak, ayah, atuk, nenek yang tanya 
"datang sorang ke?"
bila tengok makchaq dok isi borang, heret beg ke bilik, pilih katil, cari bantal, kemas locker & pasang cadar sorang2...
"Tak..ayah hantar.. tapi dia tolong anak boss dia.."
dah siap semua 
makchaq tunggu abah kat tepi jalan 
tempat abah drop makchaq untuk salam & bye2

Makchaq rasa mak & abah tak suka kot hantaq2 ni
masa makchaq baru kerja kena hantaq ke Sabah
abah ja hantaq sampai stesen bas

Makchaq pi dengan 2 orang kawan
depa ramai yang hantaq ke airport
mak, ayah, abang,  kakak, anak penakan..
masa nak bertolak depa menangis2 bersalam

Makchaq Rahman drebar ofis yang hantaq
rezeki jugak tu.. kalau tak..
naik teksi la dari rumah sewa
jadi makchaq tak menangis apa la
makchaq ingat lagi makchaq cakap
"Bye man.." kat Rahman
sebab tak tau nak bye2 sapa
sampai sekarang makchaq baik dengan Rahman
dia dah jadi driver Tan Sri la ni..

Sampai 3 keluarga kami pi hantaq Ain ke airport.  Ni sebahagian ja..gambaq semua tak ambik pulak..

Saturday, May 30, 2015

CUTI

Minggu depan cuti sekolah
tak tau lagi nak pi mana2  ka dak..
tak cukup korum..
syuhada tak dapat cuti

"jalan sekeluarga baru Nafisah suka..."

Nafisah la ni kalau nak berjalan nak semua ada...
betui jugak la... jalan ramai-ramai baru seronok..

Baru ni masa cuti hari pekerja & wesak
semua free...
seronok Nafisah dapat jalan sekeluarga

Jalan santai... drebar mengantuk nak berenti rehat..
drebar tidoq dalam kereta kami pakat turun ambik gambaq.
Kesian drebar tak enter frame






Macam best ja pantai...  jom singgah main ayaq sat..











Ambik gambaq ataih batu
















Ambik gambaq ataih pasiaq..
Nafisah nak main ndoi..kena tolong hayun.. tak reti hayun
sendiri.. jarang main... makchaq masa kecik2 hero.. hayun
sambil berdiri sampai nak sama tinggi ngan palang ataih tu..
"Oooiii... Jahanam harta awam tu...."
"tak la mak.. ni besi kuat ni... mak pun boleh naik.."
Ni baru kena... 
Penat main singgah makan.  Masa cuti-cuti boleh la layan
 makan western...sesekali....
Dah happy-happy..
malam tu Nafisah jatuh 
terpijak stokin ja pun
ingat sikit ja... 
tapi dia menangis sepanjang malam 
esoknya sekerat hari kat sepital..x-ray bagai... 


Retak rupanya.. pasang cast sementara dulu...
pasai kami nak jalan-jalan lagi

 
Nafisah sakit tangan
Layan cuti mak pulak..
mak cuti nak tengok kambing...
manjanya kambing.....
macam nak bawak balik...
terus rasa nak bela kambing....


Pi pantai lagi.. tangan kiri berbalut.. boleh lagi lukis bunga
Hadi yang ambik gambaq ni..makchaq tak ikut pi ke pantai..
tengok panaih lit-lit.. takut makin gelap...he he
Pi pantai tak mandi pun, panjat pokok ja... ada ka??
hentam ja la.. asal bahagia..

Balik cuti
pi hospital balik
x ray lagi sekali
pasang cast penuh
mc seminggu lebih
Kesian kat dia..
pi seronok-seronok
dapat sakit la pulak..
benda nak jadi
dah tersurat....

Thursday, May 21, 2015

MURAH REZEKI TAPI MACAMMANA TAK NAK BAGI MEMBAZIR?

Hujung minggu baru ni
pakchaq & makchaq ada 4 jemputan
2 hari Sabtu, 2 hari Ahad

Hari Sabtu dua-dua tengahari
makan dua-dua berhidang

Satu meja 10 orang
lauk 6 ka 7 jenih (satu dome tu la)
meja kami semua tetamunya seusia kami la
masing-masing lebih setengah abad
makan memang dah tak banyak mana la..
habih kami makan
lauk pauk banyak lagi..
kalau orang baya2 kami
rasanya boleh 2 group lagi makan kat situ
tapi tak tau la..
kalau depa kemas  dan bagi orang lain dok situ pulak
tapi nampak gaya macam dak..

Keduri kedua pun sama
tambah cendoi & sengkuang calit sorang sekeping
yang dihantaq ke meja
makchaq bagi tau nak 1 ja..share ngan pakchaq
orang lain ambik sorang 1 jamah2 saja.. sayang tengok..

Hari Ahad
jamuan tengahari yang kena jawab tu
1 meja 10 orang jugak
tapi meja makchaq ada 4 orang saja
2 meja sebelah pun macam tu..
meja kami lauk pauk banyak sangat la lebih..
untuk 10 makan berempat..
dah jawab nak mai pun tak mai..

Makan malam berhidang jugak
tapi jenih bagi sepinggan2 tu..
tetamu sebelah makchaq
semua hidangan cuit sesudu ja rasanya
tak luak langsung
ada yang langsung di tak sentuh
kenyang.. katanya

Makchaq ngan pakchaq pulak
seboleh-bolehnya tak mau buang makanan
anak-anak pun  dah  ajaq macam tu
jangan buang makanan/rezeki
kalau buffet pun pesan ambik setakat nak makan
biaq pi tambah dari buang.

Bila tengok makanan yang bakal2 terbuang
memang rasa sedih/sayang/membazir
teringan masa dulu-dulu
masa makanan tak mewah..
nasik tumpah pun kutip balik
ikan kembung sekoq berkongsi..
kalau orang pangge kenduri
menangis nak ikut..
nak makan daging/ayam masa kenduri la
dapar secubit ja pun..
teringat orang-orang yang la ni pun
nak makan payah
apa lagi makan makan mewah-mewah

Mungkin kenduri/jamuan cara buffet lagi kurang pembaziran kot..
entah lah..













Wednesday, April 29, 2015

FRASER HILL

Sapa pernah pi Fraser Hill?
makchaq 1st time pi 20 lebih tahun dulu
pi urusan rasmi
seminar ke apa tah
langsung tak pi mana
duk dalam hotel ja 3 malam
tak best langsung..

Baru ni sempena pakchaq tak kena pi Kedah hujung minggu
kami pi Fraser Hill
nak cari tempat dekat
tu yang pilih Fraser Hill

Tempat kecik..
orang tak ramai..
kedai pun 2 ke 3 buah..
kedai makan ada la kot 5
sejam dah habih lawat semua..termasuk tempat2 riadah dia..

Pada kami yang tak suka sesak-sesak ni
memang heaven sangat la Fraser Hill tu..
memang sesuai sangat nak bercuti tak mau buat apa2
lepak ja kat banglo yg kami sewa..
cuaca pulak sejuk...
memang feeling oversea la.....
sahih kena pi lagi..
tapi next time kena bawak makanan lebih sikit..
baru x payah keluaq pi cari makan..

Seperti biasa gambaq ada la beberapa keping..

Teatime depan rumah
teh & kuih tak dak la pulak..





Lepak baca buku kat bilik ni..


Saja tengok2 buku tinggalan penjajah
ambik dlm almari buku



Jemu baca tengok keluaq tingkap..
cantiknya....

Ni betui fefeling obesea..
siap pasang pendiang..
bukan sejuk sangat pun
saja nak bagi nafisah tengok..
main boad game ramai-ramai
dlm hangat2 pendiang...
over kan....





Makchaq cadangkan sapa2 yang suka pi bercuti
betui-betui cuti..
lepak pasai tak dak nak pi mana
pi la Fraser Hill..

Lain kali kalau kami pi..
nak pi jungle trekking
trail banyak nampak..
tapi tak dan
pasai pi pun semalam saja..

Thursday, April 23, 2015

PAKCHAQ DAH PINDAH..

Pakchaq dah pindah kerja KL awai tahun hari tu
tapi pasai ada lagi kerja yang tak dan habih di Kedah
kena la pulak  berulang pi sana hujung minggu

Rasanya semenjak pakchaq pindah sini..
makin jarang pulak kami dapat santai-santai sekeluarga....
dulu bila hujung minggu pakchaq balik sini
kami makan/outing sama-sama
la ni dah hujung minggu pakchaq pi kedah
memang tak  dapat la nak santai2 sekeluarga..
hari keja memang dah tak dan..
masing2 balik malam..

Tu la kita ni.. setakat merancang
memohon pada Allah
apa yang kita ingat baik untuk kita..
bila dah dapat..
ada kalanya benda tu tak la sebaik yang kita jangkakan..
sebab kita ni sebenaqnya tak tau apa..
hanya Allah yang maha mengetahui

Apapun Alhamdulillah makchaq bersyukur sangat
kami dah kumpul sekeluarga
tak payah la pakchaq dok sorang-sorang
makan minum kena urus sendiri
Nafisah pun happy abah selalu ada...
lagipun berulang Kedah tu sementara ja
selesai kerja tak payah pi dah la..