DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan

Ahad, 10 Jun 2012

Bayangan Dajjal.

Satu kampung sudah akur bertapa berkiranya Pak Maon.Dia kaya,selain dari harta yang dipusakainya,dia juga adalah satu individu yang punya kelebihan dari sudut fizikal dan mentel dalam menghimpun harta.Fizikalnya kuat,otot-otot yang pejal,tenaga ala-ala badang,tidak kenal arti penat dalam meraih kekayaan. Ideanya juga panjang,sangat cekap dalam selok belok meraih keuntungan masa hadapan,teknik dan tektik mendapatkan harta tidak terfikir oleh manusia biasa.Kehebatannya itu menyebabkan dia terlupa bahawa itu adalah satu kurniaan.Dia terlupa yang dia punya amanah.Dia kena membantu pehak yang tidak mendapat peluang itu.

Dia menjadi tempat bergantung penduduk kampung,yang menjadikannya sebagai institusi kewangan .Mana-mana penduduk kampung yang mahu menghantar anak ke sekolah atau IPT terpaksa merujuk padanya untuk mendapatkan pembiayaan pendaftaran atau perbelanjaan. Tetapai dia mengenakan bunga pada setiap pembayaran balik. Penduduk kampung tidak ada alternatif lain terpakasa akur.

Bukan sahaja pada penduduk kampung tapi juga pada anak-anak sendiri. Mana-mana anak yang tidak sealiran fikiran dengannya akan disingkir dan diabaikan,dikurangkan pemberian nafkah atau tanpa sama sekali. Ya dibekukan. Anak-anak kena akur kepadanya samada perkara betul atau sebaliknya,barulah mendapat nafkah penuh. Bukankah tindakannya adalah seolah-olah bayangan makhluk dajjal.

"Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang sejuk dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, karena ia sesungguhnya adalah air tawar yang sejuk"


Satu ketika,anak-anak yang disingkirkan mula mendapat kekuatan,mereka sadar mereka punya hak.Dari sumber ilmu yang mereka perolihi dari para ilmuan dipersekitaran mereka,mereka tahu anak-anak adalah amanah ibubapa,samada mereka menepati apayang ibubapa mahukan atau sebaliknya hak mereka telah ada.Sedangkan dalam harta orang kaya ada hak orang miskin apa lagi dalam harta ibubapa,ada hak anak-anak,jadi mengapa ibubapa memilih-milih pula pemberian pada anak-anak.

Anak-anak mula meninggalkannya,menumpang kasih pada bapa,ibu saudara yang simpati.Sudah jarang menziarahinya. Pak Maon mula diserang kegelisahan,dia takut hilang kasih sayang anak-anak,dia takut akan ditinggalkan di hentian bas oleh anak-anak bila dia tua nanti.

Orang kampung pun sama,meraka mendapat kekuatan. Mula mencari alternatif lain kerana tidak sanggup menanggung bunga dalam pembayaran pembiayaan.Mereka sudah pandai mencari sumber bantuan dari pada pusat-pusat bantuan lain atas kelayakan mereka. Pak Maon gelisah,orang kampung sudah tidak bergantung padanya,takut nanti apabila nayawa terpisah tida siapa yang mahu mengkafankan dan mengkebumikannya.

Sekarang Pak Maon telah mencairkan kembali hartanya. Kalau lah tindakan Pak Maon itu atas kesedaran bahawa semua yang ada pada kita adalah hak Allah. Allahlah yang memberi kelebihan kepada kita hingga dapat mengumpulkan harta yang menimbun,Orang lain tidak dikurniakan itu semua.Maka merak punya hak keatas timbunan harta itu.Alhamdulillah,beliau adalah digolongkan dalam golongan ahli syorga. Namun kalaulah lah tindakannya itu semata-mata kerana takut ditinggalkan di perhentian bas oleh anak-anak atau kerana takut tiada yang menguruskan pengkebumiannya,maka sia-sia sahajalah,walaubagaimana pun masih yang lebih baik dari langsung tiada apa apa perubahan hingga tiba hujung hayatnya.

 Daoa menjauhi Dajjal.




“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahannam dan dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan buruknya fitnah Al-Masihuddajjal.”(Dibaca selepas tahyat akhir,sebelum salam)





Khamis, 7 Jun 2012

Nekad


Dulu DIA memang popular,kenapa dia popular? kerana ramai yang suka padanya. DIA aktif, ceria, kelakar lawa dan yang penting selalu wangi. Dia juga confident, glamour,bijak dan ada daya penarik. Seterusnya DIA faminin, romantik,bersopan santun dan manis orangnya. Pendek kata hidup mesti enjoy  adalah selogannya. Dia menjadi buruan Pemburu Cinta.

 Satu ketika DIA mendapat musibah,akibat khianat dari kawan-kawan yang cemburu.


  Pemburu cintanya dahulu memalingkan muka. Jiwanya bagai terhempas,hancur luluh. Muncul pula kawan-kawan baru memberikan impati. Meraka menggantikan keseronokan dan kebahagian yang berbeza.



DIA bangkit,dan sudah tidak suka enjoy-enjoy.Dia masih ingat kata neneknya  "Kalau banyak sangat ketawa nanti menagislah"

DIA sudah tidak kesah  kehilangan pemburu cintanya. Ciri-ciri penyebab pemburu cinta memburunya lah yang menjatuhkannya. Beberapa kali juga cubaan si pemburu cinta mahu mengembalikan DIA ke tempat asal. Tapi DIA sudah nekad.

"Kasihan DIA, telah kehilangan  ramai  kawan " kata Pemburu-pemburu cintanya
"Padan muka DIA,hilang kawan" kata kawan yang mengkhianatinya.


Adakah betul DIA kehabisan kawan?



“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaanya itu melewati batas.” (QS. Al-Kahfi : 28)


“Manusia itu mengikuti agama teman karibnya, maka hendaklah seseorang di antara kamu menilai orang yang manakah seharusnya yang dijadikan teman.” Hadith

Rabu, 16 Mei 2012

Guru oh guru


Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekosongan slot.

"Pentadbir kat sekolah saya pilih bulu.Dah berapa lama saya ka sekolah tu,ta pernah dapat APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) Orang-orang lebih baru datang, boleh dapat."

Yang menjadi tandatanya Makbonda,bulu apalah agaknya yang dipilih oleh pentadbirnya,memandangkan keterampilannya yang begitu vogue itu.

Tiba kerja-kerja perbengkelan,masing masing membuat kerja kumpulan.Tugas diagih-agihkan. Pencatat,pereka persembahan power point,pembentang, masing-masing memainkan peranan. bila tiba padanya;

"Hah!Pencatat? tulisan i tak cantik. I tak mahir guna komputer. Pembentang?No no no  I  nervous"

Makbonda tak tahulah apa yang ada dalam fikiran orang lain,mengenai jenis bulu yang dipilih oleh pentadbirnya.

Sebaliknya,disini Makbonda mahu mengongsikan kesah seorang rakan sekerja juga, yang sangat sinior berbanding Makbonda. Dia datang dari Pulau Pinang,dapat posting ke sekolah sekarang hinggalah bersara 2 tahun yang lalu,tanpa pindah.Semasa mula-mula datang,sekolah tersebut letaknya 4 km dari jalan raya dengan tidak berturap.Sehinggalah beliau bertemu jodoh dengan penduduk tempatan dan menetap di sini.

Bergaul dengannya, Makbonda mendapat banyak munafaat. Keikhlasan,kejujuran,kerajinan,ketekunan,dan semua yang positif darinya menjadi penanda aras pada kami-kami. Beliau sentiasa berusaha menaikan nilai tambah dalam tugasnya. Dari asalnya buta komputer dia belajar sehingga pendai. Ringkasan mengajarnya seperti guru baru posting.Penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti guru dalam praktikum.Setengah orang semakin menghampiri hari bersara,semakin turun graf komitednya,tapi dia tidak,semakin menghampiri bersara semakin ligat.Setengah orang akan mengambil cuti sehingga tiba hari bersara,tapi beliau tidak juga begitu.Semakin gila kerja. Beliau takut orang yang menggantikannya nanti menghadapi kesukaran. Di hujung persaraannya beliau menjawat jawatan GPK HEM(Guru pen kanan ehwal murid).Semua kerja seboleh
-bolehnya dibuat sendiri.Sepatutnya beliau boleh menurunkan tugas kepada orang bawahan.Hubungan dengan pelajarpun amat rapat,pelajar-pelajar membuatnya seperti emak mereka. Dikalangan masyarakat sekitar juga namanya amat popular.Sepatutnyalah guru yang sebegini yang layak menerima ucapan Selamat Hari Guru.

Semasa majlis persaraannya,Makbonda ditugaskan membuat dokumentasi.Semasa ditayangkan dihadapanya tidak hairanlah beliau menangis terharu sebab beliau yang diraikan,tapi yang hairannya Makbonda yang membena klip pun ikut sama.,Silalah mengikuti klip ini sehingga ke penghujungnya.


Rabu, 19 Oktober 2011

Diman generasi Y

Sejak kecil Diman diajar jangan menipu,kena jujur dalam hidup,hormat orang tua,selalu ucap terimakasih, kalau mahu jadi orang baik. Bila sekolah dia belajar banyak peribahasa,antaranya "Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang" "Lebih sudu dari kuah" "ukur baju di badan sendiri"  "khabar-khabar angin" "Macam ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan" dan bermacam-macam lagi. ini semua kena hafal maknanya  kalau mahu tinggi markah Bahasa Melayu,kerana ia adalah warisan khazanah kita. Bila semakin meningkat usia,dia diajar agar menjadi manusia yang kreatif,berani dan berbagai-bagai lagi nilai murni. Di sekolah agama juga ustaz selalu ingatkan agar jadikan Al Quran dan Hadith sebagai panduan jika mahu hidup selamat di dunia dan di akhirat.

Di kampungnya ada seorang bernama Mak Diyang,Dia kaya dan sangat baik pada Diman dan keluarganya. Ibu bapa Diman telah banyak terhutang budi padanya,entah mengapa dia terlalu bermurah hati pada keluarga Diman. Pendek kata keluarga Diman menumpang senang pada Mak Diyang.Hari-hari dia akan belikan Diman gula-gula,kacang tumbuk,asam katok,asam masin,chekedis,aiskrim milo dan bermacam-macam lagi.

Namun akhir-akhir ini Mak Diyang sering mengadu yang dia kena fitnah,orang kata dia bela hantu. Sejak beberapa hari makin menjadi-jadi dia menafikan.

"Mana ada aku  bela hantu,Kamu jangan percaya cakap-cakap orang  Diman, Mak Diyang  kan baik,kamu mahu jajan lagi?"

Tambah lagi kalau dia jumpa Diman. Bagai kacang direndang. Berterusan  dia menafikan segala tuduhan.Sebenarnya Diman tidak mendengar pun orang berkata, cuma Mak Diyang yang bercakap sendiri.Dia tahu Mak Diyang bela hantu pun dari mulut Mak Diyang Sendiri,bukan dari orang lain yang seperti Mak Diyang selalu kata.

Bila Diman bertanya kepada ibu bapanya,betulkah Mak Diyang bela hantu.

"Dah kamu jangan sibuk-sibuk,Yang penting kamu cukup makan pakai. Kamu senang ni pun dari jasa Mak Diyang.Bersyukur kamu tak kelaparan macam orang Somalia,jangan peduli kesah orang tua-tua"Kata Ibubapa Diman

Kalau selama ini Diman tidak peduli sebab dia mahu jadi anak yang baik,tapi kini naluri Diman telah terangsang, "Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang" Begitulah yang Diman belajar.

Olah kerana Diman golongan Generasi Y iaitu  generasi yang hidup di dalam siber, maya, IT, YM, IM, Facebook, blog, internet, broadband, handphone atau lebih dikenali sebagai pintu kepada generasi Millenium/millenial,maka tidaklah dia duduk diam sambil menerima sahaja apa yang disuapkan .Diman bukan lagi generasi anak-anak Bagai jawi ditarik keluar. Perasaan simpati pun ada terhadap insan yang selalu memberikan dia nikmat gula-gula itu. Diman meneroka maklumat dari berbagai saluran. Kadang-kadang dia memasang telinga di warong Pak Kenik,ada ketikanya dia mengawasi pergerakan Mak Diyang.Adakalanya dia melayari website ataupun blog,tanda-tanda orang membela hantu.

Dari  banyak maklumat yang dia cari dan jumpa,kini terbongkarlah bahawa bukan sahaja Mak Diyang membela hantu tapi juga toyol,hantu raya dan berbagai makhluk keturunan Jin.Dan betul tanda-tanda sesaorang membela hantu samalah dengan ciri-ciri yang ada pada Mak Diyang.

Kini Diman mulai goyah,mula hilang percaya pada Mak Diyang."Adakah selama ini jajan yang Mak Diyang beri pada Diman  halal?" Kata hati Diman " Mungkin toyol yang ambil dari kedai  Abang Miskan. Hih tak mahulah dekat-dekat Mak Diyang lagi,tak apa tak dapat makan jajan,bukan berkhasiat pun" Diman sudah mulai kenal yang mana batu yang mana permata,kerana Diman generasi yang terdedah kepada berbagai sumber  maklumat.Ya  berita perdana yang Mak Diyang sering sumbatkan dalam telinga Diman ternyata tidak semuanya  benar.Kalau tidak Mak Diyang berlebih menyiarkan cerita  akan fitnah pada dirinya itu sudah pasti Diman tidak akan ternafsu untuk membuat penyiasatan.Selama ini Mak Diyang  " Bagai dekan di bawah pangkal buluh." .Kini pekung di dadanya telah terbuka,kesan dari tindakannya sendiri.

Sesugguh Yang benar itu hanyalah al Quran dan Hadith sumbernya.

Catatan Popular