Lek Miah punya 5 orang anak,Siah(lulsan SPM pangkat 3,suri rumah suaminya mengerjakan tanah bapanya),Liza guru Berijazah,(sumainya peniaga),Rosni guru berijazah suaminya guru juga,Zizi siswazah UM,dan yang bungsu tahun ke 3 UTM.
Kini beliau tinggal berdua di rumah bersama-sama suaminya yang sudah uzur-uzur.Anak anak balik ikut cuti hujng minggu dan kelapangan. Nasib baik ada Siah suami isteri yang 15 min perjalanan,dan tidak memerlukan cuti-cuti,hanya kemahuan dan perasaan.Siah akan datang bila-bila masa menghantar lauk pauk yang sederhana atau tulang empat kerat digunakan untuk menyelesaikan tugasan agak kasar,tapi Siah tak datang masa hujung minggu kerana memberi peluang adik-adik yang hanya punya hujung minggu,dan amt kadang-kadang bermalam.Adik-adik kena bermalam dihujng minggu kerana prjalanan 3 jam atau lebih.
Semalam semasa gejobos(rewang,gotong royong kenduri) Lek Miah mengesahkan anak-anaknya.Dengan riak-riak wajah kepuasan,gembira anak-anak dah berjaya,tidak sesia susah payah mereka berdua membesarkan anak-anak. kini anak-anak dah lepas,suami pula dah sakit-sakit tak boleh kerja berat
"Tapi tulah cikgu,anak saya yang siah tu,kesian dia,masa depan dia gelap,sekoah tak terus,tak ada kerja,kawin pulak dengan orang kampung"
"gelap yang macamana tu Lek?"
"Yelah adik-adik kereta besar-besar,gaji tetap,dia suami je yang kerja,rumah duduk dengan mertua,ialah suaminya tu bungsu,kenelah duduk rumah maknya,rumah maknya besar,bahgian suami dialah,adik beradik jauh."
"Tapi akan jadi rumah dia kan,sumainya pun kerjakan tanah keluarga maknanya adalah tanah,adik adiknya dah ada rumah belum?"
"Liza duduk quarters guru,Rosni dah ada rumah dua tingkat,rumah taman kat terengganu"
"Owh Liza masih nyewalah ye,Rumah Rosni 2 tingkat mesti bayar bulan,25 tahun atau lebih baru habis bayar tu Lek,Siah rumah dah tak payah beli,kereta 2nd hand pun dah tak ada hutang,orang kerja kampung jarang yang beli kereta hutang."
"Ya jugak ye cikgu,tak perasan Lek"
"Siah tak kerja tak perlu upah orang jaga anak,beli baju kerja,tambang pergi kerja,cukai macam-maca lagi,pulak tu boleh jaga dua-dua keluarga mertua ngan mak sendiri,bela anak-anak lagi"
"Ya,anak nya periksa dapat 5A tapi tak nak pergi asrama penuh,nak duduk ngan maknya juga"
"Tulah ,maknanya dia pandai jaga anak,sampai anakpun tak nak duduk jauh,maknaya sapa yang terang masa depanya Lek?"
"Ya lah cikgu,betul-betul,terimakasih cikgu ye"
DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan