Friday, December 28, 2018

Pasar Sayuran Filipina @ KK

Setiap petang Pasar Filipina yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu bertentangan dengan Hotel Le Meridian sentiasa menerima kunjungan penduduk setempat dan para pelancong.
Di samping menyedikan pelbagai jenis bekalan ikan, udang ketam dan hasil laut yang segar, ia juga menjadi pasar kering sayur-sayuran dan pelbagai keperluan.
Kawasan di sini berubah suasana apabila gerai menjual keperluan dapur harian, sayur-sayuran serta bekalan ikan memulakan operasinya.


Pasar petang/malam yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dengan hargayang lebih murah ini turut menerima kunjungan para pelancong ke Kota Kinabalu.
Selamat berkunjung ke Pasar Filipina.

Monday, December 24, 2018

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary @ Sandakan


Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan satu 
 kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey).
 Pengunjung yang ingin melihat 
haiwan ini secara dekat boleh ke sini. 
Ia terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berhampiran  Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan.

Pengembaraan melalui sungai juga boleh diaturkan untuk melihat Monyet Belanda dengan lebih dekat serta jenis monyet lain.


Jadual pemerhatian ialah:
11.30 pagi – 1.30 petang
& 4.30 petang – 6.00 petang
 Proboscis Monkey Sanctuary terletak  38 km dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa  sejam untuk sampai ke tempat ini.

Pasar Siti Khadijah @ Kota Baru

Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan  
dan simbol membeli-belah di Kota Baru.
Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum wanita 
menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan. 
Pasar ini sungguh sebok di hari minggu dan cuti sekolah.
Ia dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 6 petang.
Di bahagian bawah , antara yang dijual adalah barangan 
basah, kuih muih, sayuran, beras, dab buah-buahan.
Barangan di tingkat bawah lazimnya dibeli oleh penduduk setempat.

Oxford Street & Piccadilly Bermandi Cahaya

Kawasan belibelah di London kini mula
 bermandi cahaya menjelang Perayaan Krismas.
 Kedai-kedai dan kompleks belibelah memberi perhatian 
kepada hiasan masing-masing bagi menarik pelanggan.
Antara kawasan yang menjadi tumpuan 
pastinya Oxford Street & Piccadilly Circus.
Kedai2 kini berubah wajah menanti kehadiran Krismas.
Selamat berkunjung
Foto Ehsan Zaharah Othman.

Sunday, December 23, 2018

Masjid Beijing @ Rantau Panjang, Kelantan

Masjid Beijing terletak di Rantau 
Panjang bandar perbatasan Malaysia-Thai.
Masjid Beijing kelihatan bagaikan istana maharaja China 
di zaman silam dan ada yang keliru menganggapnya pagoda. 
Keindahan dan keunikan bangunannya menggamiat pelancong berkunjung untuk menyaksikan keindahannya 
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra’  ini
dibangunkan di atas tanah seluas 3.7 hektar.
Masjid bernama ‘Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra’  
dibangunkan di atas tanah seluas 3.7 haktar
Ahli-ahli ukir masjid ini didatangkan khas  adari China sementara  hiasan dalaman masjid adalah hasil tangan juru ukir Uzbekistan.

Thursday, December 20, 2018

Pasar Murah Les Puces @ Paris


Pasar murahan di Les Puces dipinggiran kota Paris popular 
di kalangan golongan yang menggemari barangan murah.
Barang-barangan yang lebih murah menjadi tumpuan 
bagi golongan yang tidak berada di Paris.
Pelbagai jenis barangan termasuk barangan terpakai 
seperti jualan bundle tersedia untuk pelanggan.
Rata-rata pengunjung adalah golongan 
imigran yang berhijrah ke Paris.
Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...