Saturday, June 27, 2015

Promo Raya Bangsar Shopping Centre, BSC

Foyer Bangsar Shopping Centre di ibunegara sekali lagi berubah wajah. Lokasi promosi Aidilfitri dibuat khusus berkonsepkan kesenian Turki yang menarik.
Pengunjung boleh merasakan seperti 
membelibelah di Pasar Ankara ataupun di Istanbul.
 Bahan-bahan jualan disedia khas 
untuk menyambut kedatangan Aidilfitri.
 Kueh Muih, pakaian serta barangan keperluan berhari
raya yang popular tersedia untuk pilihan pelanggan.
Selamat berkunjung.

Tuesday, June 23, 2015

Bazar Ramadhan Shah Alam - 2015

 Setiap tahun Bazar Ramadhan Shah Alam yang terletak bersebelahan Stadium Shah Alam terus menjadi 
tumpuan utama penduduk di sekitar Shah Alam.
Ia popular di kalangan penduduk setempat dan 
pengunjung kerana kemudahan parkir yang tersedia.
Pelbagai jenis kueh mueh, lauk pauk 
pelbagai resipi tersedia untuk pengunjung.
Pemuzik jalanan yang ada turut menceriakan 
suasana belibelah di Bazar Ramadhan Shah Alam.
Selamat berkunjung.

Thursday, May 14, 2015

T'kafe D'Muara Live Seafood @ Kg. Kuala Hiliran, Losong Hj Su, K.Terengganu


Berlatarkan  suasana perkampungan nelayan, T’kafe D’ Muara Live Seafood menjadi alternatif terbaru kepada kepada pengunjung.
Restoran ini  mampu menampung jumlah pengunjung sehingga 400 orang serta menawarkan jumlah hidangan mencecah 120 jenis menu.
Bagi pelanggan yang datang berkumpulan atau sekeluarga,
 restoran ini turut menyediakan beberapa set makanan.
Menu yang disediakan bercirikan menu 
tradisional tempatan, masakan Cina serta barat.
10 akuarium menempatkan lima jenis ikan hidup air tawar dan lima jenis ikan hidup air masin disediakan untuk pelanggan memilih hidangan.
T’kafe D’ Muara Live Seafood beroperasi di sebuah rumah tradisional yang dikenali sebagai rumah warisan di kalangan penduduk tempatan Terengganu.
Selamat berkunjung.
Foto2 Ehsan Azizi Sunip.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...