Munich adalah sebuah kota yang tersusun, kaya dengan bangunan bentuk Gothic lama dengan adunan bangunan moden.
Bangunan-bangunan lama dipelihara dengan teliti. Adalah ditaksirkan kira-kira 40%v daripada bangunan lama di kota itu musnah akibat peperangan.
Antara bangunan moden di kotaraya ini ialah bangunan BMW serta Uptown Munchen.
Kota yang terkenal dengan pasukan bolasepak Bayern Munich ini juga adalah syurga bagi pelancong membelibelah.
Kota ketiga selepas Berlin & Hamburg ini didirikan pada tahun 1150. Kini ia mempunyai jumlah 1.35 juta penduduk.
Antara tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong pastinya Stadium Olimpik Munich yang menganjurkan sukan bertaraf dunia itu pada tahun 1972.