Thursday, December 29, 2011

Teh Petang di Cafe Bawang Merah @ Subang Parade

Bagi anda yang mencari tempat bersantai sambil minum teh petang apa 
kata ke Cafe Bawang Merah @ Market Place, Subang Parade.
Di samping menyediakan pelbagai jenis masakan makanan Melayu, Kafe ini  
turut menyediakan pelbagai jenis kuih-muih melayu untuk minum teh petang.
Anda boleh mencuba kuih lopis, cucur udang, buah melaka, apam  dan pelbagai lagi.
Anda juga boleh memesan pelbagai jenis bubur.
Lihat juga blog sebelum ini mengenai  Kafe Bawang Merah.

Wednesday, December 28, 2011

Restoran Nu-In Little Perak @ Bangi

 Restoran Nu-In Little Perak terletak di Bandar Baru Bangi
Restoran ini  terletak di deretan kedai2 dan  
bertentangan dengan Bangi Kopitiam (seberang jalan).
Restoran yang  berunsurkan kopitiam ini ditambah sentuhan 
moden dengan meletakkan sofa di satu sudut kedai.
Daripada menunya, kebanyakkan resipi yang ditawarkan berunsurkan 
"Perak" seperti Mee Rebus Taiping, Popia Tanjung Malim dan sebagainya. 
Untuk maklumat lannjug mengenai restoran ini ikuti link berikut:

Monday, December 26, 2011

Sup Utara Power @ Seksyen 18, Shah Alam

Restoran Sup Utara Power menawarkan pelbagai 
jenis sup untuk para penggemarnya.
Ia boleh dikunjungi di Seksyen 18, Shah Alam.
Di samping anika sup yang tersedia, restoran ini turut menyediakan Nasi 
Ayam Utara, Bihun Sup, Mee Sup, Mee Rebus, Laksa Utara & Bubur Ayam.
Restoran ini dibuka bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 malam.
Selamat berkunjung.

Sunday, December 25, 2011

United Buddy Bears di Pavilion, KL


Pameran UNITED BUDDY BEARS  yang memberi fokus untuk
membantu kanak-kanak yang memerlukan kini berada di Malaysia.


Ia dipamerkan berhadapan kompleks belibelah Pavilion, Bukit Bintang.
Pelbagai aktiviti  memungut derma diadakan sempena pameran 
 yang bermula  8 Disember hingga 15 Februari 2011.
Patung  Buddy Bear Malaysia diilhamkan oleh artis IMUDA. Lakarannya menggambarkan kepelbagaian kaum Malaysia, budaya serta Flora & Fauna Malaysia.

Setiap patung yang dipamerkan melambangkan karya kreatif artis negara masing
-masing yang melambangkan kekayaan budaya, sejarah dan tradisinya. 
Pameran ini disokong oleh Kementerian Luar, DBKL, Tourism 
Malaysia, Bank Pembangunan, Kontena Nasional, Pavilion, 
JW Mariott dan Tesco. Ia adalah anjuran bersama  Jojo Events 
dan E-Plus Entertainment Productions. 

Sebelum ini, pameran ini diadakan di Helsinki & Astana pada 1010.
 Sebelum ke Malaysia pameran ini diadakan di Berlin & Sofia.

Wednesday, December 21, 2011

Pusat Makanan Jalan Medan Pusat 3 & 4 @ Bangi

Jalan Medan Pusat di Bangi adalah lokasi menarik bagi 
mereka yang mahukan kepelbagaian jenis makanan.
Blog sebelum ini pernah meninjau ke Jalan Medan Pusat 2C & 2D 
yang menawarkan pelbagai jenis restoran istimewa.
Jalan Medan Pusat 3 & 4 juga turut menyediakan pelbagai jenis restoran.
Antaranya ialah Restoran Amir yang menjual Tomyam, Nasi Campur & Nasi Lemak, 
Wong Solo - Makanan Indonesia berasaskan Ayam Bakar 
& Ani Sop Utara juga terdapat di lokasi ini.
Tidak ketinggalan di lokasi yang sama ialah  Nuin, 
Juga terdapat Restoran & Cafe Bamboo, & JM Bariani House.
Selamat Berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...