Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

Jumaat, 28 September 2012

Roti Kentang



Roti Kentang

Bahan-bahan untuk roti:
350g tepung roti
1 1/2 sudu teh yis segera
2 sudu gula
2 sudu besar susu tepung
1/2 camca teh garam

1 biji telur
80g kentang-direbus sehingga lembut dan dilenyek halus

100ml susu segar
2 1/2 sudu besar mentega

Cara membuatnya:

  1. Satukan ke semua bahan kering dalam mangkuk adunan. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan telur, kentang dan susu. Gaul rata. Lenyek-lenyekkan sehingga kentang tidak berketul.
  3. Buat lubang di tengah bahan kering tadi. Tuangkan bancuhan basah tadi ke dalamnya sambil digaul dengan garpu. Aduk rata hingga jadi sebuku. 
  4. Uli sehingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega. Uli lagi sehingga doh menjadi kenyal dan tidak melekat pada mangkuk adunan.
  5. Tutupkan dengan kain lembap atau plastik lutsinar(cling wrap) dan biarkan ia naik 2 kali ganda. (Letakkan di tempat yang agak panas supaya doh cepat naik).
  6. Apabila telah naik, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli seketika. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. Bulat-bulatkan dan susun di dalam dulang pembakar yang telah digliskan dengan sedikit minyak atau mentega supaya tidak melekat.
  7. Tutup dengan kain lembap dan perap lagi sehingga naik untuk kali yang kedua(lebih kurang 40 minit). 15 minit yang terakhir bolehlah panaskan oven pada suhu 180C.
  8. Kemudian, picitkan kastad di atasnya dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga bahagian atas roti berwarna keemasan. 
  9. Apabila telah masak, keluarkan dari oven dan sapukan mentega cair di atasnya. 
sebelum dibakar


Bahan untuk kastad:
1 sudu tepung kastad
1/2 cawan susu segar
2 sudu gula pasir
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:
  1. Satukan semua bahan di dalam periuk sos. Kacau rata sehingga tepung kastad larut.
  2. Masak secara double boil (untuk mengelakkan dari hangit) sehingga pekat. Kacau selalu.
  3. Tutup api dan angkat dari atas dapur. Masukkan esen vanila dan kacau rata. 
  4. Masukkan ke dalam plastik dan biarkan sejuk.

Selepas dibakar

Selasa, 6 Disember 2011

Roti Gulung Kismis dan Krenberi


Bahan-bahan:

2 cawan tepung berprotein tinggi
1 sudu besar yis kering
2 sudu besar gula perang-kisar halus
1 sudu teh garam
1 biji telur
air
80g mentega-didadu
sedikit minyak-untuk melengser

Untuk inti gulungan:
½ cawan kismis
½ cawan krenberi kering
sedikit mentega cair
sedikit gula perang
* didihkan kismis dan krenberi dengan sedikit air untuk melembutkan kedua-duanya

Cara membuatnya:

  • Satukan bahan-bahan kering, kecuali garam. Gaul rata.
  • Masukkan mentega yang didadu ke dalam bahan kering. Gaul semua bahan bersama menjadi seperti serbuk roti.
  • Bancuhkan telur+air(sukat hingga 150ml) dan garam. Gaul sebati.
  • Buatkan lubang di tengah-tengah bahan kering tadi. Tuangkan separuh bancuhan telur+air+garam tadi. Gaul rata. Tuangkan bancuhan yang selebihnya. Gaul sebati.
  • Uli doh sehingga kenyal (lebih kurang 10 minit).
  • Lengserkan sedikit minyak masak pada mangkuk adunan. Perapkan doh di dalamnya (tutup dengan kain lembap atau plastik pembalut) sehingga naik dua kali ganda. *Nak tahu doh sudah sedia atau tidak, lepas sejam, tekan doh dengan jari. Kalau doh tidak menganjal, maka doh sudah sedia untuk digunakan).
  • Tumbukkan doh untuk membuang angin. Uli dalam 2,3 minit.
  • Taburkan tepung pada papan pencanai, canai doh menjadi 4 segi dengan ketebalan ½ cm.
  • Sapukan mentega cair, taburkan gula perang di segenap permukaan doh. Taburkan kismis dan krenberi kering rata-rata.
  • Kemudian gulung doh ketat-ketat. Pastikan bahagian hujungnya dirapikan supaya gulungan tidak terbuka. Potong setebal 2cm. Aturkan di atas dulang pembakar atau boleh juga masukkan dalam acuan petitin/muffin. Tutup dengan tuala lembap. Biarkan 10 minit sebelum dibakar.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 190C selama 10 minit. Kemudian bakar selama 20 minit. (Sebelum bakar  bolehlah sapukan gulungan dengan mentega cair atau susu segar atau telur untuk kemasan yang cantik dan menarik).
  • Sejukkan dan bolehlah dinikmati.

Isnin, 28 November 2011

Kayu Keramat II

Bahan-bahan:
2 cawan tepung berprotein tinggi
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar yis segera
1 biji telur
Air
Minyak

Cara:

  • Campurkan semua bahan kering di dalam satu bekas kecuali garam. Gaul rata.
  • Masukkan telur dalam cawan sukatan dan masukkan air. Sukat sampai 150ml.Masukkan garam. Kacau sebati.
  • Buatkan lubang di tengah-tengah campuran bahan kering tadi. Tuangkan campuran telur+air+garam tadi. Gaul sehingga sebati. Masukkan minyak dalam lebih kurang 2 hingga 3 sudu besar. Uli sampai doh tidak melekat pada tangan.(uli lebih kurang 10 minit).
  • Tutupkan doh dengan kain lembap atau cling wrap. Biarkan doh berehat dan naik sehingga 2 kali ganda(lebih kurang 45-60 minit).
  • Tumbuk doh untuk buang angin. Uli beberapa minit. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Gentel bentuk bantal peluk. Rehatkan doh sekali lagi selama 10 minit. Kemudian goreng menggunakan api perlahan sehingga masak sepenuhnya.


Jumaat, 17 Jun 2011

Voodoo Doughnuts


Sumber rujukan: Man v. Food TLC(Travel & Living Channel)
(Boleh juga gunakan resipi donat yang anda biasa gunakan).

Bahan-bahan:
2 cawan tepung berprotein tinggi
2 sudu makan gula
1 sudu makan yis segera
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
75ml air suam
1 sudu makan marjerin/mentega/minyak sayur/lemak sayur

Bahan saduran dan hiasan:
200g chocolate chips/coklat masakan
2 sudu susu segar
1 sudu mentega
4 sudu gula aising
1-2 sudu air masak

Cara:
1. Larutkan yis segera bersama gula dan air suam. Biar berbuih (lebih kurang dalam 15 minit).
2. Satukan bahan-bahan lain (kecuali telur) dalam mangkuk pengadun.
3. Selepas 15 minit, yis dah naik berbuih, masukkan telur. Kacau seketika. Tuangkan yis tadi ke dalam bahan-bahan kering tadi sedikit-sedikit sambil digaul.
4. Uli sampai semuanya sudah sebati. Tambahkan tepung kalau terlalu lembik, tambahkan air kalau terlalu kering. Masukkan marjerin. Gaul dan uli (dalam 10 minit) sampai doh tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.
5. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda asal.
6. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Uli sekali lagi lebih kurang 3 minit.
7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Bentukkan menjadi 4 segi tepat setiap satu. Buatkan tangan dengan memotong belah tepi tetapi jangan sampai putus. Naikkan bahagian yang dipotong ke atas. 

Potong bahagian yang ditandakan garis putus-putus.

8. Perap sekali lagi lebih kurang 10 minit. Goreng dengan api perlahan sampai masak dan sejukkan.
9. Panaskan air dalam periuk. Ambil satu mangkuk tahan panas dan masukkan chocolate chips/coklat masakan ke dalamnya. Letakkan mangkuk tadi ke dalam periuk. Biarkan hingga coklat cair. Masukkan susu segar. Gaul rata dan masukkan mentega. Keluarkan mangkuk tadi daripada periuk. Biarkan sedikit sejuk. 
10. Celupkan donat-donat tadi ke dalam coklat. Ketepikan.
11. Bancuh gula aising dan air masak (masukkan air sedikit-sedikit). Pastikan ia tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan ke atas donat.

Ahad, 24 Oktober 2010

Puding Roti


Bahan-bahan:
4 keping roti putih
4 biji telur
3/4 cawan gula
¼ cawan susu segar/cair
½ cawan esen vanila
mentega secukupnya
buah-buahan campuran secukupnya

Cara-cara membuatnya:
  1. Potong roti putih kepada dua secara menyerong. Ketepikan.
  2. Campurkan telur, gula, susu cair dan esen vanila ke dalam mangkuk adunan. Kacau sehingga sebati dan gula larut.
  3. Lengserkan loyang pembakar dengan mentega. Aturkan roti ke dalamnya. Taburkan buah-buahan campuran. Tuangkan bancuhan telur tadi dan perap selama 30 minit.
  4. Bakar di dalam oven selama 30 minit atau sehingga masak pada suhu 180C. 

Sabtu, 26 Jun 2010

Roti Gulung Serunding Ikan


Bahan-bahan:
Serunding ikan
Beberapa keping roti-buang tepinya
Telur
Minyak untuk menggoreng
Sedikit tepung + sedikit air-dibancuh untuk dijadikan pelekat

Cara-cara membuatnya:








    Letakkan inti di atas roti.  









    Gulung dan sapukan sedikit bancuhan tepung tadi di bahagian hujung roti supaya tidak terbuka.









    Celupkan roti ke dalam telur dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan. Sejukkan.
    Hidangkan bersama sos cili atau boleh dimakan begitu sahaja.

      Rabu, 21 April 2010

      Pizza Mini Sardin + Sosej

      Bahan-bahan:

      Untuk roti:
      300g tepung roti(high protein flour)
      1 sudu besar yis segera
      2 sudu besar gula
      1 sudu teh garam
      1 bijik telur+air=175ml
      1 sudu teh pemantap roti
      1 sudu teh pelembut roti
      80gm marjerin
      Untuk topping:
      Ikan sardin (dalam tin)-lecek sampai halus
      beberapa batang sosej-mengikut keperluan
      Sos cili
      Mayonis

      Cara-cara membuatnya:

      1. Masukkan tepung roti ke dalam mixing bowl. Masukkan yis segera dan gaul hingga rata.
      2. Kemudian barulah masukkan bahan-bahan kering lain.
      3. Masukkan bancuhan telur+air sedikit-sedikit sambil kacau adunan perlahan-lahan.
      4. Gaul hingga sebati. Masukkan marjerin dan uli sehingga menjadi doh yang elastik (lebih kurang 15 minit).
      5. Perapkan doh selama sejam. Tutup doh dengan kain lembap atau cling wrap.
      6. Apabila doh telah naik 2 kali ganda saiz asal, tumbuk doh untuk membuang angin. Uli untuk beberapa minit (lebih kurang 3-5 minit).
      7. Bahagikan doh kepada 80gm setiap satu. Canai untuk menghasilkan doh yang nipis. (sambil tu bolehlah terus panaskan ketuhar-190C).
      8. Sudukan sardin lecek. Ratakan di seluruh permukaan doh roti. Letakkan kepingan sosej.
      9. Paipkan sos cili dan mayonis. Perapkan sekali lagi selama 10 minit.
      10. Bakar selama lebih kurang 15-16 minit. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.

      Doh sebelum diperap.

      Isnin, 26 Oktober 2009

      Seafood Oriental Delights Pizza









      Bahan-bahan doh:

      3 cawan tepung gandum berprotein tinggi
      1 sudu besar gula
      1 sudu besar garam
      1 sudu besar yis segera(mauripan)
      1 sudu besar susu tepung(optional)
      ½ sudu teh pelembut roti(optional)
      ½ sudu teh pemantap roti(optional)
      1 sudu teh pizza seasoning(optional)
      1 biji telur
      ½-1 cawan air
      3 sudu minyak zaitun

      Cara-cara:
      1. Satukan semua bahan kering. Gaul rata.
      2. Satukan telur dan air.
      3. Masukkan campuran telur dan air sedikit-sedikit ke dalam campuran bahan kering sambil diuli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Tambahkan tepung jika doh masih melekat di tangan).
      4. Tuangkan minyak zaitun dan uli lagi sehingga menjadi doh yang kenyal dan licin. (Uli lebih kurang 10 minit). Alaskan sedikit minyak pada mangkuk. Masukkan doh dan tutup dengan tuala lembap atau cling wrap. Perap selama lebih kurang 1 jam atau hingga doh naik 2 kali ganda.
      5. Apabila doh telah naik 2 kali ganda, tumbuk doh untuk membuang angin. Uli sekali lagi selama 3 minit.
      6. Doh sudah sedia digunakan.

      Bahan untuk topping A:
      2 ulas bawang putih-ketuk atau cincang halus
      3 sudu pes tomato
      sedikit air
      garam gula secukup rasa
      2 sudu besar minyak zaitun

      Cara-cara:
      1. Tuangkan minyak zaitun ke dalam pan.
      2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
      3. Masukkan pes tomato bersama sedikit air. Gaul rata.
      4. Masukkan garam dan gula. Kacau hingga semuanya sebati. Tutup api dan ketepikan.
      Bahan-bahan untuk topping B:
      2 labu bawang besar - potong separuh bulat
      1 cawan cendawan butang-hiris nipis
      sedikit garam dan perasa
      2 sudu besar minyak zaitun

      Cara-cara:
      1. Tuangkan minyak zaitun ke dalam pan. Tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan cendawan. Gaul rata. Masukkan garam dan perasa.
      2. Kacau goreng sehingga cendawan masak sepenuhnya. Siap. Ketepikan.
      Bahan-bahan topping C:
      2 cawan jejari ketam(crab stick)-dipotong dalam 1 inci panjangnya
      1 tin gegelang nenas-ambil nenasnya sahaja dan potong kecil
      1 blok keju mozzarella-diparut

      Cara-cara:
      1. Bahagi 2 doh pizza tadi. Ambil satu dan canaikan. Letakkan doh di atas dulang pembakar.
      2. Ratakan topping A tadi di atas permukaan doh.
      3. Taburkan dengan topping B di atasnya.
      4. Kemudian susun jejari ketam dan nenas pula.
      5. Taburkan parutan keju mozzarella tadi ke seluruh permukaan doh.
      6. Ambil satu lagi doh dan ikuti langkah yang sama di atas.
      7. Biarkan 10 minit sebelum dibakar. Bakar pada suhu 200C selama 15-20 minit.


      Photobucket
      Topping A

      Photobucket
      Topping B

      PhotobucketPhotobucket
      Topping C






      Jumaat, 9 Oktober 2009

      Roti sosej

      Photobucket


      Bahan-bahan A:
      240g tepung gandum berprotein tinggi
      1 sudu gula
      1 sudu yis kering(mauripan)
      1 sudu susu tepung
      1 sudu teh pelembut roti-optional
      1 sudu teh pemantap roti-optional
      ¾ sudu teh garam
      1 sudu teh pizza seasoning-optional

      Bahan B:
      1 biji telur
      65ml air
      Bahan C:
      1 sudu marjerin atau minyak sayuran

      Bahan D:
      Sosej
      Sos cili
      Sos tomato
      Mayonis
      1 biji telur- dipukul sedikit untuk disapu atas roti

      Cara :
      1. Masukkan 220g tepung(yang 20g lagi masuk kemudian) bersama bahan-bahan A yang lain. Gaul kemudian baru masukkan garam.
      2. Satukan bahan B dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam gaulan tepung tadi. Gaul adunan hingga semua bahan tepung tadi bersatu.
      3. Masukkan marjerin. Gaul lagi hingga bersatu semua dan uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Cara menguli ialah dengan cara tolak dan lipat. Masa menguli lebih kurang 10 minit.
      4. Jika masih melekat, masukkan 20g lebihan tepung tadi sedikit-sedikit. Jika sudah tidak melekat, tidak perlu letak tepung.
      5. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang telah dilengserkan dengan marjerin atau minyak supaya doh roti tidak melekat. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap.
      Biarkan roti hingga naik 2 kali ganda asal (lebih kurang 45-60 minit).
      6. Apabila naik 2 kali ganda, tumbuk roti untuk keluarkan udara.
      7. Uli roti sekali lagi selama lebih kurang 3 minit. Bulat-bulatkan adunan menjadi 8 bahagian yang beratnya lebih kurang 60 gram. Setiap satu dibujurkan. Buat alur pada tengah adunan roti. Letakkan sosej. Ulang langkah ini sampai habis.
      8. Biarkan seketika dalam 20-30 minit. Sapukan telur diatasnya. Kemudian barulah dibakar dengan suhu 180C selama 18-20 minit.
      9. Apabila masak, sejukkan seketika di atas redai.
      10. Picitkan sos cili atau tomato dan mayonis ke atas roti dan bolehlah dinikmati.

      Pizza seasoning

      Biarkan 10 minit sebelum dibakar


      Roti Keramat (@kayu keramat)

      Photobucket


      Bahan-bahan A:
      230g tepung gandum berprotein tinggi
      5 sudu besar gula
      1 sudu besar yis kering(mauripan)
      2 sudu besar susu tepung
      3 sudu besar tepung naik sendiri(SRF)
      1 sudu teh pelembut roti-optional
      1 sudu teh pemantap roti-optional
      ¾ sudu teh garam

      Bahan B:
      1 biji telur
      65ml-80ml air
      Bahan C:
      2 sudu besar marjerin atau minyak sayuran

      Cara :
      1. Masukkan bahan-bahan A kecuali garam ke dalam satu bekas. Gaul kemudian baru masukkan garam.
      2. Satukan bahan B dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam gaulan tepung tadi. Gaul adunan hingga semua bahan tepung tadi bersatu.
      3. Masukkan marjerin atau minyak sayuran. Gaul lagi hingga bersatu semua dan uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Cara menguli ialah dengan cara tolak dan lipat. Masa menguli lebih kurang 10 minit.
      4. Jika masih melekat, tambahkan sedikit tepung . Jika sudah tidak melekat, tidak perlu letak tepung.
      5. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang telah dilengserkan dengan marjerin atau minyak supaya doh roti tidak melekat. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap.
      6. Biarkan roti hingga naik 2 kali ganda asal (lebih kurang 45-60 minit).
      7. Apabila naik 2 kali ganda, tumbuk roti untuk keluarkan udara.
      8. Bahagikan kepada 3 bahagian. Ambil satu, dan canai 4 segi tepat setebal 1cm, dan lebarnya lebih kurang 3 inci. Potong memanjang lebar setiap satu 1 inci.
      9. Ikut langkah yang sama kepada 2 bahagian lagi. Biarkan seketika(lebih kurang 10 minit) sebelum menggoreng.
      10. Tarik-tarikkan doh sebelum masukkan ke dalam kuali dan goreng menggunakan api perlahan supaya tidak mudah hangus dan bahagian dalamnya masak sepenuhnya.
      11. Biarkan sejuk seketika sebelum dinikmati.


      Photobucket



      Cinnamon Roll

      Photobucket

      Sumber: CMG

      Bahan-bahan:

      400g roti (high-protein flour)
      100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
      100 g gula halus (gula kastor)
      5 g garam
      20 g susu tepung
      1/2 camca teh bread improver (resipi asal guna 1/4)
      1/2 camca teh bread softerner (resipi asal tak letak)
      1 biji telur gred B, dipukul sedikit
      11 g instant yeast
      40 g shortening (lemak sayur)
      250 ml air

      Bahan Inti :-)

      3 camca besar mentega, dicairkan
      1/4 cawan gula perang*
      1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
      1 cawan kismis (mat guna halwa kulit limau)

      CARA MEMBUATNYA :-)

      1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemal sayur, uli hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
      2. UNTUK CINNAMON ROLL :- Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi (seperti dalam gambar), sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis. Gulung seperti swiss roll. buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.
      3. Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 15 - 20 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti. boleh dihidangkan bersama teh atau kopi......




      Cinnamon roll sebelum dan selepas dibakar.




      Roti pintal (goreng)

      Photobucket


      Bahan-bahan:
      2 cawan tepung berprotein tinggi
      2 sudu makan gula
      1 sudu makan yis segera
      1/2 sudu kecil garam
      1/2 sudu kecil bread improver
      1/2 sudu kecil bread softener
      1 biji telur
      75ml air suam
      1 sudu makan marjerin/mentega/minyak sayur/lemak sayur
      Gula kaster - untuk ditabur lepas goreng

      Cara:
      1. Larutkan yis segera bersama gula dan air suam. Biar berbuih (lebih kurang dalam 15 minit).
      2. Satukan bahan-bahan lain (kecuali telur) dalam mangkuk pengadun.
      3. Selepas 15 minit, yis dah naik berbuih, masukkan telur. Kacau seketika. Tuangkan yis tadi ke dalam bahan-bahan kering tadi sedikit-sedikit sambil digaul.
      4. Uli sampai semuanya sudah sebati. Tambahkan tepung kalau terlalu lembik, tambahkan air kalau terlalu kering. Masukkan marjerin. Gaul dan uli (dalam 10 minit) sampai doh tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.
      5. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda asal.
      6. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Uli sekali lagi lebih kurang 3 minit.
      7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Setiap bahagian dibahagi 3. Pintalkan doh(buat tocang).
      8. Perap sekali lagi lebih kurang 20 minit. Goreng dengan api perlahan sampai masak.
      9. Salutkan gula kaster ke atas roti.



      Pizza




      Bahan-bahan untuk membuat roti pizza:

      1½ cawan tepung gandum berprotein tinggi
      1 sudu yis
      2 sudu gula
      80ml air suam
      1 biji telur
      1 sudu marjerin
      1 sudu kecil garam
      ½ sudu kecil pizza seasoning

      Cara:
      1. Larutkan gula ke dalam air suam. Masukkan yis. Kacau sebati. Biarkan sehingga yis membiak(berbuih).
      2. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Gaul rata.
      3. Masukkan telur ke dalam yis tadi. Gaul seketika. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi bahan kering. Gaul rata. Masukkan marjerin. Uli sampai doh tidak melekat pada tepi mangkuk pengadun selama lebih kurang 10 minit.
      4. Perapkan selama lebih kurang sejam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap.
      5. Bila dah naik 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin. Uli sekali lagi selama lebih kurang 3 minit. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan sehingga menghasilkan satu doh bulat nipis. Letakkan di atas pan pizza.

      Bahan-bahan untuk membuat sos tomato:

      2 biji buah tomato-cincang atau kisar
      1 sudu cili kisar/cili boh
      3 ulas bawang putih
      1 biji bawang besar-cincang halus
      Garam dan gula secukup rasa
      Minyak untuk menumis

      Cara:
      1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan layu. Masukkan cili kisar.
      2. Masukkan buah tomato yang telah dicincang halus. Kacau rata. Masukkan garam dan gula. Apabila sudah agak pekat, matikan api. Sejukkan.

      Bahan-bahan untuk 'topping':

      Sosej-potong kecil
      Keju mozarella
      Cili benggala-potong kecil-optional

      Cara:
      1. Ratakan sos tomato ke atas doh yang telah dileperkan tadi. Taburkan sosej yang telah dipotong kecil. Diikuti dengan cili benggala. Tabur keju.
      2. Biarkan seketika (lebih kurang 10 minit). Bakar dengan suhu 200C selama 20-25 minit.(bergantung kepada oven anda).



      Roti Paun

      Photobucket


      Bahan-bahan:

      3 cawan tepung berprotein tinggi
      ½ cawan air suam
      1 sudu yis basah-gue takdak yis basah, guna yis kering jer
      4 sudu susu tepung- takdak susu tepung, gue letak krimer
      1½ sudu teh garam
      2 sudu gula
      1 sudu teh sebuk penaik
      1 bijik telur+½ cawan air-bancuh bersama
      2 sudu mentega/marjerin/lemak sayuran
      1 sudu marjerin


      Cara:

      1. Satukan semua bahan kering dalam satu mangkuk adunan.
      2. Satukan yis basah, air suam dan gula. Larutkan. tunggu sehingga yis membiak.
      3. Bila yis dah membiak, masukkan ke dalam mangkuk bahan kering. Gaul menggunakan garpu hingga rata.
      4. Masukkan bancuhan telur dan air tadi. Gaul lagi. Kali ini guna tangan. Gaul sehingga sebati.
      5. Masukkan 2 sudu mentega/marjerin/lemak sayuran. Gaul bersama dan uli sehingga menghasilkan doh yang licin dan tidak melekat pada mangkuk.
      6. Perap doh roti sehingga naik 2 kali ganda.
      7. Tumbuk doh untuk membuang angin. Uli doh sekali lagi. Sekejap sahaja(lebih kurang 3 minit). Bahagikan doh kepada beberapa bahagian(sukati korang nak buat besar mana).Bulatkan setiap bahagian doh yang telah dibahagikan. Masukkan ke dalam acuan pembakar berbentuk bulat. Susun doh tadi rapat-rapat hingga penuh.
      8. Perap seketika dalam 10 minit.
      9. Bakar dengan suhu 175C selama 25-30 minit.
      10. Keluarkan roti dari acuan sebaik sahaja masak. Ratakan nipis marjerin pada 'montot' roti paun tu. Sejukkan seketika dan makan. Time suam-suam tu paling best menikmati roti paun ni.






      Rupa roti paun sebelum dan selepas dibakar.




      Pau Inti Kelapa

      Photobucket


      Bahan-bahan:
      2 cawan tepung naik sendiri
      1 sudu teh serbuk penaik
      1 sudu yis kering
      100ml-120ml air suam
      1 sudu gula kastor
      1 sudu teh cuka makan
      1 sudu marjerin/minyak sayur/lemak sayur
      Inti kelapa secukupnya
      Sedikit garam(kalo guna marjerin, tak payah letak)

      Cara:

      1. Satukan semua bahan kering dalam satu mangkuk adunan.
      2. Gaulkan dengan marjerin/minyak sayur/lemak sayur hingga menjadi seperti serbuk roti.
      3. Satukan air suam, cuka dan garam. Tuangkan sedikit-sedikit ke dalam adunan bahan kering tadi.
      4. Gaul sehingga semuanya bersatu. Uli (dan banting roti sekali-sekala) sehingga menghasilkan doh yang licin dan elastik.(Lebih kurang 10 minit).
      5. Perapkan doh lebih kurang 1 jam di tempat berhawa panas.
      6. Tumbuk roti untuk menghilangkan angin di dalamnya. Uli lagi lebih kurang 5 minit.
      7. Bulat-bulatkan doh ikut suka besar mana yang anda mahu. Letakkan inti. Tutup dan rapikan. Buat langkah sama sampai habis.
      8. Perap doh pau yang sudah siap selama lebih kurang ½ jam.
      9. Kukus selama 10 minit (atau sampai masak).

      Bahan untuk inti kelapa:
      Kelapa parut putih
      Gula merah/gula melaka/gula kabung/gula manisan
      Sedikit air
      Sedikit gula pasir
      Sedikit garam
      Daun pandan

      Cara:

      1. Masakkan gula merah dan gula pasir bersama sedikit air dan daun pandan.
      2. Apabila gula sudah larut, masukkan kelapa parut. Gaul rata.
      3. Masukkan sedikit garam untuk membangkitkan lagi rasa lemak.
      4. Masak hingga gula dan kelapa benar-benar sebati dan kelihatan berkilat.
      5. Tutup api dan sejukkan sebelum digunakan.



      Rabu, 7 Oktober 2009

      Roti bun manis

      Photobucket


      Bahan-bahan A:
      240g tepung gandum berprotein tinggi
      1 sudu gula
      1 sudu yis kering(mauripan)
      1 sudu susu tepung(boleh songlap susu anak)
      1 sudu teh pelembut roti-optional
      1 sudu teh pemantap roti-optional
      ¾ sudu teh garam

      Bahan B:
      1 biji telur
      65ml air sejuk (dalam peti sejuk)

      Bahan C:
      1 sudu marjerin atau mentega atau minyak sayur atau lemak sayur


      Cara :
      1. Masukkan 220g tepung(yang 20g lagi masuk kemudian) bersama bahan-bahan A yang lain. Gaul kemudian baru masukkan garam.
      2. Satukan bahan B dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam gaulan tepung tadi. Gaul adunan hingga semua bahan tepung tadi bersatu.
      3. Masukkan marjerin. Gaul lagi hingga bersatu semua dan uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Cara menguli ialah dengan cara tolak dan lipat. Masa menguli lebih kurang 10 minit.
      4. Jika masih melekat, masukkan 20g lebihan tepung tadi sedikit-sedikit. Jika sudah tidak melekat, tidak perlu letak tepung.
      5. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang telah dilengserkan dengan marjerin atau minyak supaya doh roti tidak melekat. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap.
      6. Perap roti hingga naik 2 kali ganda asal (lebih kurang 45-60 minit).
      7. Apabila naik 2 kali ganda, tumbuk roti untuk keluarkan udara.
      8. Bulat-bulatkankan doh sebesar bola pingpong. Susun di atas dulang pembakar. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap. Biar 15 minit (naik 2 kali ganda) untuk naik kali kedua. Sementara itu boleh panaskan ketuhar atau oven. Suhu 185ºC.
      9. Masukkan roti ke dalam ketuhar. Masak selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
      10. Keluarkan dari ketuhar. Periksa sama ada roti masak atau tidak dengan ketuk(jentik) bahagian bawah roti. Kalau bunyi macam kosong maknanya dah masak. Sejukkan dulu sebelum potong.

      *Kalo nak bagi kulit berkilat-sapu atas roti dengan bancuhan susu+telur+sedikit gula halus sebelum bakar.
      *Kalo nak bagi kulit rangup-sapu roti dengan bancuhan air+garam sebelum bakar.
      *Kalo nak bagi kulit lembut-sapu roti dengan mentega cair atau susu segar+telur selepas bakar.