Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala kerna masih di beri izin serta limpah kasih sayangnya. Hari ini kerja... sengaja untuk bekerja 'menyibukkan diri' :) Alhamdulillah peluang yang di berikan lebih menenangkan.. Pada mulanya agak tension dengan kesibukkan hidup ni.. dengan kerja.. masalah kesihatan ayahanda.. masalah diri.. sedikit terjejas dengan 'gangguan emosi.. kesihatan' Alhamdulillah... merangkak dan belajar untuk bangun serta bertatih untuk kuat berjalan semula. Semuanya masih belajar serta mendidik diri. Dalam hidup ini, semuanya jangan di sangka mudah. Kadang kala terpaksa berlakon kuat untuk mengaburi mata insan tersayang.. padahal, apabila di dalam bilik keseorangnya 'Akulah hamba yang paling kuat menangis'. Tidak mengapa... belajarlah untuk lebih menerima serta tabah dengan ujian Allah Taala. Siapalah kita untuk tidak menidakkan perintah Allah? Hanya Allah sahaja maha mengetahui. Alhamdulillah.. insan tersayang sentiasa bersama di kiri dan kanan.. tempat di mana aku perlu berpaut untuk berdiri stabilkan diri....
Hari ini 13 September 2013 genaplah sebulan 'Rasa' ini.. sunyi, rindu, sayang, 34u, masih menanti, mengharap, kembali... Tak tipu... tak baik tipu :) tetapi semuanya itu perhiasan hati semata-mata.. mengharapkan semuanya kembali seperti biasa. iya.. 'Biar takdir yang menentukan segala'..
Semoga insan kesayangan sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi. InsyaAllah..
juga, Tidak melupakan aku di sini....
oklah.. hari ini untuk bekerja... Bosan dengan treatment sebenarnya :)
Tapi, apakan daya kan.....