Ahad, 24 November 2013

~Aiskrim vanila coklat

Assalammualaikum.. Lame da ibu buat eskrim ni. Buat yang pertama kat umah mak ibu da habis da pun. Balik umah buat lagi tapi kali ni lebih sedap rasenye. Nak cube buat tak..? Jom tengok resepi ni pasti akan buat punye sebab bahan2nye pun senang je.

Bahan2:
-2 cawan susu full cream dutch lady
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 susu ovelette
-1 sudu esen vanila
-1 biji telur
- coklat hershey
- coklat rise untuk hiasan

Cara2nye:
- campurkan semua bahan kecuali coklat hershey mixer hingga kembang sampai pekat.
- kemudian asingkn 2 bahagian 1 perasa vanila dan 1 lagi letakkn coklat hershey.
- isikan dalam mangkuk secara berselang seli kan vanila kemudian coklat sehingga habis.
- boleh hiaskn dengan coklat rise taburkn atasnye.
- ok siap boleh simpan dalam esbok beku. Da keras boleh nyumm..nyumm..nyummmyyyy...

Ini la hasilnye dapat 4 mangkuk. Mangkuk yang besar panjang tu da separuh ibu makan. Hehee..Sedap tau.

SELAMAT MENCUBE.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

~ Akhirnya tercapai jugak

Assalammualaikum.. yeay dapat jugak ibu beli mesin jahit tepi tudung ni. Niat memang da lame nak beli tapi bak kate pepatah "no money no talk" kan hehehee.. Bukan ape senang kalau da ade sendiri mesin jahit tepi ni nak jahit tepi kain ape pun boleh. Bolehla ibu buat shawl untuk pakai sendiri je nanti.

Inila rupa mesin jahit tepi tudung.

Sangat berpuas hati dengan mesin jahit ni.hihii..

Lepas ni boleh la ibu buat tudung sendiri kan. Akan ibu cube buat dan tunggu ye hasilnye.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 22 November 2013

~ Hari Konvo Afdhal

Alhamdulillah..selesai sudah majlis konvo akhir persekolahan Afdhal dan Fatin pd hari khamis yg lalu. Diam tak diam tahun depan anak2 ibu da semakin membesar da kan. Si kak long da naik tahun 2 manakala si abg ngah da pra 6.

Kad aturcara majlis.

Posing dulu dalam kelas sebelum ambil ijazah.Hihiii..

Begambo bersame2 rakan2 sekelas.

Ni pulak kak long bersama rakan2 sekelasnye. Sempat lagi nak begambo ek.

Alhamdulillah..selesai sudah. 
Amin.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

~ First time dapat hadiah GA

Ha..ha..haaa...rezeki ibu menang GA untuk kali pertama. Sebelum ni ada jugak join mane2 GA tapi tak de rezeki nak dapat hadiah la kan. Tak pe..hihii. Oppss..hadiah yang ibu dapat ni sekuntum brooch ros. Ok la kan. Yang paling bestnye tu wane ros tu wane biru tu. I like it memang peberet kale ibu macam tau2 je kan. Nak tengok tak..jom tengok.

Cantik kan wane biru ni. Thanks....ibu suke sangat.

*Oppsss...ibu minta maaf la sbb tak dapat nak buat link atas name GA yang ibu menang tu sebab ade masalah teknikal sikit.*
SORRYYYY...



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Rabu, 20 November 2013

~ Family day FIL

Assalammualaikum.. tibe la hari yg di rancang2 di tunggu sudah pun selesai dengan jayanye Family day Family In Law (FIL) di loksai Pantai Pasir Lanun, Penyabung, Mersing. Perjalanan bermula pada hari jumaat petang last cuti sek bermula. Sampai sane da agak malam tak nampak ape yang bestnye la kan. Maklum la malam cahaya lampu pun kurang memuaskan. Check in bilik siap2 je mulakan operasi membabiekiu pulak. Masing2 bawak yang suda di rancang, ibu bawak ayam kampung ngan tomyam campur. Tapi ayam tu ibu perap sendiri la campur sikit dgn ayam bando yg dibeli oleh adik2 ipo. Haa..adejugak yang bawak kambing perap, kerang, ikan, udang serta lauk2 dan nasi yg siap dimasak dari umah. Sambil memanggang santai2 sambil tu la makan2.hehee..best kan. Pulak tu makan dengan deruan ombak tepi pantai tu. Budak2 pulak da tak sabo nak mandi esok pagi. Ingatkn lepas makan2 tu nak buat acara cabutan hadiah bertuah. Tapi ade yang da kepenatan tido da..maka berlangsung esok harinye. Hadiah bertuah ni dari 1 family 1 hadiah manakala untuk budak2 pulak 1 orang 1 hadiah. Nanti masing2 cabut la no sape naik dapatla hadiah tu.hehee..buat suka2 je. Memang sernok...

Da pagi baru nampak suasana pantai di sini. Pagi2 lagi kami da mandi pantai.

Lepas mandi siap2 sarapan baru buat cabutan bertuah. Ni cabutan hadiah dari 1 family ke 1 family.

Ni acara cabutan hadiah dari budak2. Seronok dorang masing2 dapat hadiah sorang satu.

Sebelum check out amik gambo dulu.hehee..

Selesai sudah family day untuk kali ni. Insya'allah ade rezki panjang umo tahun depan pulak. Oppss..tak sempat nak amik gambo mase makan2 tu. Hihii..

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...