Jumaat, 12 Oktober 2012

~ 3 hari 2 malam

3 hari 2 malam..sekali bunyi semua ingat macam package honeymoon je kan. Wah! beruntung la sangat dapat package honeymoon ni (ermm..jangan harap la yek..). 
Sebenarnye ni perjalanan Ibu yang tak dirancang sama sekali hanye kebetulan saje. Ayah dan mak mertua ibu dapat panggilan pergi haji tahun ni jadi en.abang kena antar mereka ke Komplek Tabung Haji di Kelana Jaya, Kuala Lumpur pada 4 hb ni. Memandangkan kurang pasti perjalanan ke sana berapa jam boleh sampai ayah mertua pun tempah hotel yang berdekatan dengan Komplek Tabung Haji tu. Kami berangkat awal pd 3 hb sebelah petang dalam jam 2.30 ptg bertolak dari umah. Bukan ape, kepada jemaah2 haji yg nak pergi haji kena tiba awal sebelum jam 12 tenghari pd 4 hb tu. Pada awalnye ibu memang tak dapat nak ikut antar mereka disebabkan anak ibu cik Fatin ade pertandingan bercerita pada tarikh tersebut. En.abang pun ajak bapa saudaranye buat teman bicara dalam perjalanan nanti. Tiba2 last minit cikgu cik Fatin beritahu dan beri surat keizinan untuk membawanye ke acara tersebut pada tarikh 11 hb pulak. En.abang pun ajak ibu la ikut sekali ke sana. Ibu ok je..hehee..Setibanye di Kelana Jaya kami check in dulu KTHaji senang da tau tempat tak la tercari2 nanti kan. Da jumpa je..check in hotel pulak untuk penginapan 1 malam di sana.

ini la hotel penginapan untuk 1 malam sahaja ok.. "GOODHOPE HOTEL". Untuk pengetahuan, ibu pun baru dapat tahu kat SKUDAI, JB adehotel ni. Kepada sesiapa yg tempat tinggalnye jauh nak pergi LEGOLAND, JB tu boleh la menginap kat hotel ni. Eh, ibu pulak yg promote da macam hotel ibu je kan..ape la... huhuuhuuu..

Pagi tu kami check out awal pg dan terus menuju ke KTHaji langsung bersarapan pagi di sana. Selesai sarapan pagi setelkan pendaftaran. Lame jugak menunggu nak buka kaunter ni..dalam beberapa jam kemudian kaunter dibuka kepada jemaah2 haji untuk mengambil keperluan yg telah ditetapkan untuk para jemaah haji sekalian. Dapat barang2 tersebut terus buat ape yang patut. Selesai..ayah dan mak mertua pulak tukar pakaian, bg kaum adam kena memakai ihram terlebih dahulu bg kaum hawa pulak memakai telekung. Siap suda menukar pakaian ibu sibuk buat sesi begambar le..hehee..

mase ni menunggu la sehingga jam 12 tengahari sampai anak ibu, Aqil kepenatan tertido. Nasib baik senang tido tak meragam.. Syukur Alhamdulillah..

Suami Pn Mama Sara dengan Cik fatin dan Afdhal sibuk menolong kemas barang. Rasanye budak berdua tu tukang tengok je..heheeheee..

Ni antara sesi gambar kami semua. Tengokla si Aqil tu sampai buka baju kepanasan. hehee..

Sudah mahu mula berangkat. Semoga perjalanan ayah dan mak mertuaku selamat pergi dan selamat kembali.

Tepat jam 12 tengahari jemaah haji mula menaiki bas hendak di bawa ke KLIA. Ibu dan en.abang pun mulakan perjalanan pulang. Sebelum tu ibu singgah di Nilai 3 saje shopping. Tapi shopping tak banyak mane pun cuma beli karpet je. Anak2 ibu pulak dapatla beli sorang sehelai baju. (Nak puaskan hati mereka yg dalam kepenatan) kesian..hehee.. Habis kat Nilai niat tu nak pegi Port Dickson, Seremban memandangkan da petang sangat batal niat ke sana. Ibu singgah kat Melaka Afamosa Resort terus check in hotel. Habis 1 hari da masuk 2 hari 1 malam. Kat Afamosa Resort ni sebelah malam ade Cowboy Town memang best tau. Kalau nak cite kat dalam blog memang panjang berjeler la jawabnye.. Nak tahu cube pegi nanti yek! 



Malam kat Cowboy Town.

Habis jam dekat kul 11 malam terus masuk bilik (dapat 2 hari 2 malam).Tidooo.. sampai pagi. Bangun pagi sarapan percuma kat Hotel lepas tu bersiap2 kemas barang nak check out ok. Check out dr hotel ibu bawe anak2 mandi dulu kat Waterworld Afamosa. Ade jugak Safariworld ibu tak masuk pun kat situ malas la penat bejalan. Mandi manda je..(tetap nak puaskan hati anak2 jugak)hehee.. 
 
Tengokla gelagat anak2 ibu ni bukan main suka la tu. Yang si kecik tu pun same sukanye tak padan. 
 
Siap mandi makan percuma pulak kat waterworld. Lepas makan mase untuk pulang ke rumah. Ok, cukupla 3 hari 2 malam package yang tak dirancang sama sekali. HUHUUU...

Apepun..ALHAMDULILLAH.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Selasa, 2 Oktober 2012

~ Dah siap beli

Hujung minggu lepas en.abang ajak makan Mc D kat sebelah Carefour,JB. Tiba kat sane je ramai orang la pulak. Cuba cari parking tak de yang kosong semua penuh. Tanpa membuang masa ibu pun ajak makan Mc D kat Giant. Niat tu memang hanya nak belanja makan Mc D je da alang2 pergi Giant boleh cari kain ela sekolah Fatin untuk tahun depan. Dan secara kebetulan pulak akak ipar nak kahwin awal tahun, katenye baju nak same tema wane oren. Masing2 sibuk pikir cari wane oren yang macam mane sampaikan mak mertua boleh pening kepala nak pilih baju wane oren. Hehee... Siap ibu pilih kain ela baju sekolah, ibu pun cari kain ela wane oren. Kat dalam nagoya tu macam2 jenis kain ela ade.. nak cari wane oren tu memang banyak tp macam tak sedap bila mata memandang. Pilih punye pilih ibu pun nampak satu kain ela wane oren yang terdampang memanjang antara kain2 ela yang berbagai wane hanye kainela tu saje yang wane oren. Corak pun berbeza..bile rasa pegang macam sejuk jeee tak panas la bile dipakai. En.abang pun kate ok, nampak cantik. Ibu terus beli 3 ela untuk dibuat baju ngan anak ibu sekali Cik Fatin. Cik Fatin ni bukan boleh kalau ibu pakai baju kurung dia pun sibuk jugak nak same macam ibu. Setel pilih baju, pilih kain pulak. Baju ni ibu nak matching ngan kain oren plain. Kain plain tak susah nak cari nampak boleh match kira ok la tu...hehee.. Ok, setel suda cari itu wane oren. 

Kain ela sekolah Cik Fatin untuk tahun depan da darjah 1.

Ni la kain ela wane oren tu yang duk sibuk tercari2..terpilih2...yang berkenan ni juga. Lagipun ibu memang nak cari corak berbeza sikit dari baju2 ibu yang ade. Asik corak bunga je..sesekali nak pakai jugak corak yang berbeza. 

Alhamdulillah....selesai.




♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Ahad, 30 September 2012

~ TQ..mummy


     Sebenarnye ni hadiah dari Mummy (kak ipar) untuk Fatin ngan Afdhal. Hadiah ni ibu da tau mummy nak bagi dia berdua ni tapi ibu sengaja tak nak bagitahu kat dorang berdua ni. Tau je la anak ibu ni...pantang kalau ibu cakap ade hadiah untuk dia memang tak sabar la. Asik bertanya je nanti bila nak dapat hadiah.Tak boleh di acah main2 sikit...betul la katanya tu ade. Haaa..bila da dapat hadiah tu terus la nak buka. Sukanya...amboi bukan main lagi. Nak tahu ape isi dalamnya? Jeng..jeng...jeng...!!! nak tahu tanyala Fatin ngan Afdhal yek.. hehee...

Apepun ibu nak ucapkan ribuan terima kasih buat mummy atas pemberian hadiah besday Fatin ngan Afdhal.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Selasa, 25 September 2012

~ Selamat Hari Lahir Afdhal

Diam tak diam da masuk 4 tahun sudah anak bujang ibu ni. Tahun depan da nak sekolah.. Cite bab sekolah ni Afdhal memang suka bila di tanya nak sekolah tak Adal? Nak..jawabnye. Tapi yang tak boleh tahan tu kalau di suruh eja satu perkataan mesti huruf yang same bunyi je yang berlainan. Suruh la eja nama ibu katanya tak pandai yang pandai 'air masak'. Adal pun eja la... "tmm... air masak.." itu la jawapannya. Memang kelako dia sorang ni. Kalau mase kecik dulu bukan main penakut orang bile da besar ni makin ligat. Bab cite besday Adal tahun ni cume sambut biase je ajak dia makan luar...tapi hadiah tetap ade dari ibu dan ayah. Bile dapat hadiah tu..amboi suka sangat. 

duduk sopan je..bile dapat hadiah..

ni hadiah dari ibu dan ayah..

Dikesempatan ini juga, ibu nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR ye Afdhal tersayang.
Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur hingga ke akhir hayat.
Semoga menjadi anak yang soleh dan belajar pandai2 tau.
Kami sayang Adhal...





♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Ahad, 23 September 2012

~ Selamat Hari Lahir Fatin

Genap arini anak ibu yang sulong Fatin Haziqah 6 tahun. Da besar da yek kak Fatin... Tahun ni ibu tak sambut besar-besaran macam tahun lepas. Kalau tahun lepas sambut kebetulan dalam bulan syawal sekali la ngan buat rumah terbuka. Tahun ni sambut besday buat simple je..ibu beli makanan ringan (jajan) beberapa jenis masuk dalam plastik bungkus. Nanti bawe ke sekolah sedekahkan pada kawan-kawan Fatin.. Beli kek tiup lilin bersama kawan2nye je kat sekolah nanti. Tapi ibu tak lupa...hadiah tetap ada walau kecik ke besar, mahal @ murah ke...tetap ade. Bukan ape nak buat Fatin suka je.. Pada mulanya ibu ingatkan nak bagi hadiah tu sekali dengan adiknye si Afdhal pada hari 25.9. Tapi Fatin da tak sabo nakkan hadiahnye terpaksa la ibu bagi jugak. Bila da bagi hadiah tu pada Fatin, si Afdhal pulak sibuk nak jugak hadiah. Ibu memang da siapkan hadiah untuk Afdhal cume nak bagi pada 25 hb la nanti. Ibu pun bagi la hadiah yang ayahnye belikan dulu. Hadiah yang ibu nak bagi tu simpan untuk mase besday Afdhal nanti. Kena adil kalau tak bergaduh nanti. Senang cite kan... Yang ibu tak tahan tengok tu bile da dapt hadiah tak habis2 melaram..berangan aje kejanye.

ni jajan yang telah siap dibungkus tinggal nak bawa ke sekolah je..

ni la hadiah dari ibu dan ayah.
yang belakang tu ibu bagi, yang depan pulak ayahnye yang bagi.

Si Afdhal yang sibuk nak hadiah jugak.

haa..ni la wajah Fatin bila da dapat hadiah. 

Ok di kesempatan ini, ibu nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat anak ibu yang tersayang.
Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur hingga ke akhir hayat. 
AMIN...



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...