Followers

Showing posts with label Zahid Hamidi. Show all posts
Showing posts with label Zahid Hamidi. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

Lagi Usaha Jatuhkan @Zahid_Hamidi


Nampaknya usaha untuk membunuh karektor pemimpin UMNO semakin menjadi-jadi.Jika sebelum ini ianya melibatkan tangan ghaib yang menggunakan portal pro-pembangkang untuk memburukkan Menteri Dalam Negeri Baca Sini kini ianya berulang lagi malah lebih dasyat apabila ianya berlaku dalam sidang Dewan Rakyat.

Tindakan MP pembangkang jelas sekali berniat jahat dan ianya merupakan satu cubaan untuk membunuh karektor Zahid Hamidi di saat pemilihan UMNO yang bakal tiba.

Semuanya, gara-gara Gobind yang menyoal Zahid mengapa tiada siasatan dan tindakan susulan polis berhubung kes tumbuk membabitkan menteri itu dengan seorang pemuda pada tahun 2006, walaupun laporan polis dibuat.



Berikutan kekecohan yang berterusan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa bangkit untuk meredakan ketegangan apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) terus bertikam lidah antara satu sama lain.

Ahmad Zahid kemudiaan membidas Gobind kerana menyalahgunakan dewan apabila membangkitkan kes itu. Katanya, isu berkenaan sedang diselesaikan menerusi prosedur undang-undang di mahkamah.

"Kita jumpa di mahkamah," katanya.sumber 

Mungkin itu adalah kejadian yang berlaku dalam Dewan Rakyat yang boleh di saksikan oleh banyak pihak namun tahukah anda apakah insiden atau kes yang sebenarnya berlaku membabitkan isu tumbuk itu ?

Syed Hussein Al Atas dalam tulisannya mendakwa, anak perempuan Zahid tiba-tiba hilang dari rumah selama tiga bulan dengan cucunya dilarikan oleh orang yang menuduh dan membuat lapuran polis konon dia dibelasah oleh Zahid dan menuntut ganti rugi akibat kecederaan. Walaupun dia tak lagi berkerja, bukan bererti dia tak boleh lagi berkerja. Dulu kerja apa menanggung dua anak dan menaiki motor besar?

Puas YB Raden Zahid mencari dan bermacam ikhtiar yang telah dia lakukan namun anak perempuannya dan cucunya itu tidak juga kembali ke pangkuan keluarga. Tentu sekali sebagai ibu bapa semakin resah dan cemas.

Sebagai seorang yang percaya dengan kekuasaan Allah swt, Raden Zahid, mengambil keputusan untuk ke Mekah menunaikan umrah sambil bermohon kepada Allah agar anak perempuannya itu kembali ke pangkuan keluarga. Zahid juga tak tahan hati melihat isterinya, Hamidah setiap hari berada dalam kesedihan.

Maha suci Allah Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi, maka sekembalinya YB Zahid, dari Mekah dia menemui kembali anak perempuannya dan cucunya.

Betapa gembiranya hati seorang bapa bila anak kesayangan telah ditemui.Setelah menemui anaknya itu barulah dia mengetahui kenapa tiba-tiba sahaja anak perempuannya itu menghilangkan diri.

Rupa-rupanya ada manusia yang sanggup menggunakan ilmu hitam, ubat guna-guna untuk menculik anak perempuannya. Mengikut cerita Zahid lagi dalam kereta anak perempuannya itu, dia menemui bermacam-macam tangkal atau apa saja yang boleh dikaitkan dengan ilmu hitam termasuk dibadan anak perempuannya.

Setelah diberitahu alangkah terkejutnya Zahid, bila mengetahui lelaki terbabit adalah salah seorang yang terlibat bersama-samanya menyertai ekspidisi motosikal besar yang dianjurkan oleh beliau.

Cuba anda berada di tempat Dato Zahid? Apa perasaan anda bila mengetahui orang yang dipercayai sanggup buat begitu? Sanggup memalukan Zahid sekeluarga?

Apakah anda akan hanya duduk berdiam diri atau akan singgahkan sebiji penumbuk di muka orang itu? Baca Selanjutnya 

Apa pun yang berlaku kita harus ingat bahawa pembangkang sememangnya terkenal dengan sikap membela mereka yang bersalah dan ini dapat di lihat dalam banyak kes sebelum ini.Jangan lupa bagaimana pembangkang begitu bersungguh-sungguh membela kematian banduan dalam penjara sedangkan pada hakikatnya mereka itu adalah pesalah.

Jadi dalam isu membabitkan Dato Zahid ini ianya adalah usaha terancang yang di sengajakan bagi mencari ruang supaya imej pemimpin itu tercalar.Seperkara lagi yang harus kita tahu pembangkang sebenarnya amat tertekan dengan tindakan dan ketegasan Dato Zahid menerajui Kementerian Dalam Negeri.

Moral Of The Story ini semua adalah agenda politik pembangkang Puiiii...

MMI

Tuesday, 9 July 2013

Ada Tangan GHAIB KRITIK @Zahid_Hamidi ??


Pemilihan UMNO yang akan datang nampaknya menjadi semakin menarik apabila banyak pihak menunjukkan minat untuk mengikutinya.Istimewanya kali ini adalah , ianya bukan sahaja menarik minat ahli-ahli UMNO tetapi juga mereka-mereka yang berdiri atas kapasiti pembangkang.

Lagi mengejutkan adalah minat itu bukan sahaja di kalangan penyokong pembangkang tetapi turut melibatkan portal pro-pembangkang.The Malaysian Insider misalnya sudah pun mengeluarkan artikel berkenaan pemimpin UMNO dan tulisan mereka sudah pastilah lebih kepada propaganda dan "character assasination" seperti mana yang dilaporkan oleh blog Dr MiM.


Tetapi, itulah tugas dan misi portal-portal pro-pembangkang. Dah namanya pro-pembangkang, maka sepatutnya, sesiapa pun perlu berhati-hati untuk berkongsi maklumat. Terutamanya wujud spin, putar belit atau apa sahaja yang sewaktu dengannya dan semua itu sudah pasti tidak akan menguntungkan parti. Malah boleh mencalar imej kepimpinan parti UMNO.

Namun ada sesuatu yang agak mengejutkan MMI apabila Dr MiM mendedahkan bahawa terdapat orang dalam UMNO sendiri yang menjadikan portal pro-pembangkang sebagai medan untuk mengadu serta membongkar cerita-cerita melibatkan pemimpin tertinggi UMNO.

Yang pastinya kita tahu niat dan tujuan pembongkaran yang belum tentu benar itu hanyalah merupakan satu agenda menjatuhkan kredibiliti pemimpin tertentu khususnya mejelang pemilihan UMNO tidak lama lagi.

Merujuk kepada blog Dr MiM 

MiM berasa amat kesal apabila ada orang yang memegang jawatan dalam UMNO tetapi tidak kisah mengadu dan membongkar cerita kepada portal-portal pro-pembangkang tersebut. Apakah bodoh sangat individu-individu tersebut?

Dan di dalam kesungguhan pihak-pihak lain seperti MiM sendiri berpegang teguh untuk tidak mendedahkan perkara yang negatif tentang pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri kerana MiM percaya wujudnya saluran dalaman parti yang efektif, individu-individu yang berjawatan ini telah mencabul kepercayaan ini!

Mereka dengan sewenang-wenangnya menghina dan menjatuhkan imej rakan parti sendiri secara terbuka. Yang lebih bangangnya ialah mereka menggunakan saluran media yang diketahui pro-pembangkang!

Dan ianya ibarat pucuk dicita ulam mendatang bagi portal-portal tersebut dengan 'kerjasama' pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri. Sebagai contoh ialah kenyataan di bawah yang Malaysian Insider rujuk daripada sumber pemimpin parti UMNO itu sendiri :
"Jangan harap Zahid berhenti bermain kontroversi depan ahli Umno yang tercari-cari kepimpinan dalam parti pada masa ini. 
"Dan Zahid memberitahu parti yang beliau seorang pemimpin yang baik berbanding orang lain dan wajar kekal sebagai naib presiden melalui ketegasan pendiriannya," kata seorang pemimpin parti itu kepada The Malaysian Insider. 
"Zahid sudah lama jadi sekutu Najib. Jadi ini hanya 'ribut dalam cawan' sahaja dan suatu permainan menjelang pemilihan Umno," kata pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider. 
"Seperti kebanyakan pemilik Harley-Davidson, menunjuk-nunjuk cuma di hujung minggu bersama anak. Ia menarik tapi hanya untuk masa lapang," kata pemimpin Umno itu.
'Hebat' sungguh kritikan pemimpin UMNO itu di dalam portal pro-pembangkang! Siapa yang perlu dipersalahkan?

Sudah tentu pemimpin UMNO itu dan MiM percaya The Malaysian Insider tidak mungkin akan mendedahkan sumbernya, walau pun sumbernya itu mungkin hanyalah ciptaan portal pro-pembangkang itu sendiri.

Malangnya, pembaca portal itu akan mendapat persepsi negatif tentang kepimpinan parti UMNO, sama ada pemimpin UMNO yang memberi maklumat dan juga yang kena kritik. Bukankah bodoh namanya dan melanggar etika parti? Baca Selanjutnya 

Psst Gila Darjat ! Gila Nama ! Gila Kuasa ! Gila Semua ! Semua Gila ! Hukum Karma

MMI

Friday, 31 May 2013

TERKINI Zahid Berundur Setelah Di Desak 20 Ribu Pelajar Di Putrajaya ??!!!


Zahid hari ini mengumumkan beliau akan berundur dari menerajui Kementerian Dalam Negeri setelah di desak lebih dari 20 ribu pelajar yang turun berdemo bagi mendesak beliau meletakkan jawatan serta merta.Kehadiran 20 ribu orang pelajar tersebut benar-benar membuatkan Zahid terasa hati malah menganggap tindakan demo oleh pelajar tersebut merupakan isyarat awal supaya beliau segera melepaskan jawatannya.

Haaaa macam mana puas hati ka ??? Ada yang dah tersenyum ka ??? Hihihihi alo brader , jangan pikir tindakan tak bertamadun yang kamu sokong tu mampu menggugat keupayaan Menteri Dalam Negeri yang baru ni.


Ampa semua jangan main-main lah dengan Menteri Dalam Negeri yang baru ni sebab dari pengamatan MMI sendiri beliau bukanlah seorang pemimpin yang suka kepada amaran sahaja.Malah tindakan pelajar yang turun berdemo di Putrajaya hari ini membuktikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa setelah beliau menerajui KDN benar-benar berjaya.Kalau tidak masakan akan ada juak-juak macai bangang yang sanggup turun berdemo semata-mata nak mendesak Menteri letak jawatan ?

Ampa pernah dengar benda ni berlaku masa Hishamuddin jadi menteri KDN ????

PUTRAJAYA: Kira-kira hanya 20 pelajar yang menyertai perhimpunan di luar Kementerian Dalam Negeri hari ini bagi menuntut supaya menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan. Ini berikutan rasa tidak puas hati mereka berhubung beberapa siri tangkapan ke atas aktivis pelajar dan juga pemimpin pembangkang.

Sambil berhimpun, pelajar berkenaan membawa sepanduk yang tertera “Polis untuk rakyat”, “Pulihkan imej polis” dan “Ahmad Zahid letak jawatan”.




Mereka juga menuntut Ahmad Zahid meletakkan jawatan kerana didakwa gagal bertindak secara profesional.

Antara yang hadir selepas solat Jumaat tadi adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 setelah dituduh mengeluarkan kenyatan berbaur hasutan.

Safwan yang ditangkap 28 Mei lalu mendakwa Zahid menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tujuan memorandum hari ini diserahkan oleh kami adalah untuk menuntut Datuk Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana terdapat tuduhan-tuduhan bersifat politik.

"Kenapa tuduhan ini dibuat secara berpilih-pilih? Orang yang tertentu sahaja yang terlibat di bawah tuduhan menghasut. Ini telah menjejaskan imej KDN," katanya.

Selain Safwan, empat orang aktivis lain iaitu Haris Ibrahim (NGO - Asal Bukan Umno), Naib Presiden PKR, Tian Chua dan pemimpin PAS Tamrin Ghaffar turut ditangkap atas tuduhan yang sama.

"Kami rasakan Datuk Zahid telah menyalahguna kuasa dengan mengarahkan PDRM untuk turut bersekongkol membuat tangkapan dan tuduhan terpilih.

"Zahid menggunakan jentera kerajaan untuk motif politik," katanya kepada wartawan selepas sesi serah memorandum yang diterima oleh Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Abdul Hafiz.

Beliau seterusnya menempelak Zahid kerana didakwanya tidak menjalankan tugas memerangi jenayah dalam negara.

"Zahid sepatutnya memerangi jenayah bukan membuat tuduhan dan mengarahkan PDRM untuk membuat tangkapan," katanya.antarapos 

Hahahaha ramai lagi wartawan dari peserta demo kihkih agaknya berapa sen puak-puak tu dapat maklumlah asal bangkang ja mesti masyukkkkk....

Kepada Menteri Dalam Negeri teruskan gerak kerja rakyat di belakang kerajaan dah lama kami menantikan tindakan agresif seperti ini.Lama sangat dah juak-juak macai ni di biarkan bebas bergayut sana sini  !!

MMI.

Saturday, 25 May 2013

KANTOI Perjumpaan SULIT ZAHID & Pemimpin Pembangkang !!!


Tanpa diketahui umum, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid yang dipetik Bernama sebagai berkata pemimpin pembangkang berkenaan “menyanyikan lagu yang berlainan” apabila bersama dengan penyokong mereka.

“Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka.

“Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, malam Sabtu.

Persetujuan itu katanya, dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsiaan perjumpaan itu.

Macam yang MMI sebut di entri sebelum ini , masanya dah sampai untuk mengambil tindakan terhadap puak-puak bangsat ini.Jangan pedulikan tentang suara juak-juak macai pembangkang lagi kerana mereka bukan membawa suara majoriti rakyat Malaysia.

Huru-hara yang di cetuskan dengan membelakangkan undang-undang sudah cukup untuk membawa samseng-samseng ini kemuka pengadilan.

MMI.

Labels