Followers

Wednesday, 25 May 2016

DEKLARASI RAKYAT ! Sejauh Mana Ianya Berkaitan Rakyat ?


Semua pihak sedar dan tahu bahawa Malaysia kini sedang berdepan dengan apa yang MMI istilahkan sebagai konflik politik melibatkan pemimpin-pemimpin bernama besar.Konflik politik ini bukan sahaja sedang merosakkan reputasi negara tetapi juga rakyatnya walaupun ramai dikalangan kita masih lagi tidak sedar bahaya yang bakal terjadi sekiranya konflik ini tidak ditangani dengan baik.

Sejujurnya MMI cuba mengelak untuk menulis tentang gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri memandangkan ia bakal melibatkan seorang tokoh dan pemimpin yang amat MMI sanjungi.

Malahan untuk berlaku adil , MMI sendiri telah turun mendengar serta menyaksikan sendiri ucapan mereka-mereka yang mengaku sebagai pejuang rakyat marhain di pentas yang terpampang dengan logo parti serpihan PAS iaitu AMANAH.

Sesuatu yang pasti , MMI hadir di pentas tersebut bukanlah untuk mendengar cakap-cakap retorik manusia bernama Mat Sabu , Azmin Ali atau mereka-mereka yang seangkatan dengannya kerana sejak awal lagi MMI sudah mengenali personaliti pemimpin-pemimpin politik ini.

Tetapi kehadiran itu kerana mahu memberikan ruang dan peluang kepada Tun Mahathir untuk meyakinkan MMI untuk bersama-sama menandatangi deklarasi rakyat serta bangkit berjuang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Niat dan hati sudah pun dipasakkan untuk menerima hujah demi hujah yang bakal diungkapkan oleh Tun M dan pastinya setiap hujah itu akan dinilai dan ditapis sebelum MMI membuat keputusan.

Selama 3 jam MMI berdiri tanpa sekali duduk untuk memberikan tumpuan kepada ucapan Tun M , ternyata apa yang diucapkan oleh tokoh negarawan itu jauh sama sekali mampu merentap jiwa dan pendirian MMI untuk bersama-sama dengan agenda deklarasi rakyat.

Sayang seribu kali sayang kerana apa yang dipertontonkan kepada MMI cukup menyedihkan sekali.Kehadiran para pimpinan pembangkang disulam dengan segelintir mereka-mereka yang lebih banyak mengata dari mengemukakan fakta ternyata mengecewakan MMI.

Tun M jelas tidak lagi mampu untuk memberikan pencerahan yang sewajarnya malah apa jua yang dilontarkan oleh beliau dilihat kabur dan lebih stereotaip dengan asyik mengulangi laungan "Tolak Najib" !!

Barangkali kerana faktor usia , Tun M gagal untuk menjelaskan apa yang beliau mahu jelaskan.Malahan dalam keadaan tertentu orang ramai yang berada disekeliling MMI pun mengelengkan kepala tanda betapa mereka bingung dan tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh mantan Perdana Menteri itu.

Dan lebih mendukacitakan MMI adalah pendirian deklarasi rakyat yang kononnya bergerak atas dasar kepentingan rakyat sedang hakikatnya semua yang dipertontonkan itu adalah tindakan berbau politik yang penuh dengan sikap retorik pemimpin-pemimpinnya.

Boleh dikatakan semua pemimpin yang berucap di pentas deklarasi rakyat itu PEMBOHONG BESAR.Mereka tanpa segan silu mengaku kononnya kehadiran bersama dengan latar balakang politik yang berbeza itu sebagai bukti bahawa mereka beragendakan rakyat.

Sedang realitinya mereka berdiri atas kapasiti (pentas) parti politik AMANAH !

Tun Mahathir jelas dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk kepentingan kepartian kerana dari gerak dan ucapan mereka MMI dapat melihat dengan jelas terpancarnya agenda tersembunyi mengikut acuan masing-masing.

Buktinya pembangkang sendiri  mengakui 'memperalatkan' Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi kerjasama dalam menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana kata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, pembangkang menyedari adalah sukar berdepan Barisan Nasional (BN) tanpa penglibatan Dr. Mahathir kerana majoriti orang Melayu masih memberi sokongan kuat kepada parti itu dan Najib.

Dalam soal kerjasama dengan Dr. Mahathir berhubung deklarasi menjatuhkan kerajaan, Khalid berkata, tiada persetujuan dibuat yang bekas Perdana Menteri itu atau pemimpin UMNO lain akan menggantikan Najib sekiranya kerjasama tersebut berjaya.

“Kita manfaatkan Dr. Mahathir kerana dia masih ada sokongan. Ketika ini, hanya sekitar 40 peratus orang Melayu menyokong pembangkang, manakala selebihnya terus berada di pihak UMNO, jadi sukar untuk tumbangkan Perdana Menteri,” katanya dalam ceramah anjuran pembangkang di Kampung Petani di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 50 orang.Seterusnya 

Mereka mengaku bahawa yang mahu ditolak adalah Najib semata-mata dan siapa jua yang bakal memimpin negara mestilah datang dari parti yang membentuk majoriti di parlimen.

Apa yang boleh MMI katakan adalah ini merupakan ungkapan doktrin yang cuba diterapkan ke dalam minda rakyat supaya melihat serta mempercayai betapa ikhlasnya gerakan deklarasi rakyat.

Sedangkan kalau kita nilai dengan akal fikiran , ianya hampir pasti tidak akan mampu berlaku !

Sekiranya Najib disingkirkan dan penggantinya akan hadir dari pihak yang mempunyai majoriti kerusi di parlimen maka sudah tentulah jawapannya perkara sedemikian tidak akan berlaku disebabkan Timbalan Perdana Menteri dan kesemua menteri-menteri termasuklah dalam Barisan Nasional kini memberikan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Najib.

Jadi dimana relevannya laungan deklarasi rakyat untuk menjatuhkan Najib ?

Apakah kita punya keyakinan mereka-mereka yang bersama dengan Tun M itu akan berbicara tentang kepentingan rakyat ?

Apakah kita yakin dengan pimpinan Mat Sabu yang sanggup meninggalkan PAS semata-mata kerana kepentingan diri untuk terus bersama perjuangan DAP ?

Apakah kita ada keyakinan terhadap Azmin Ali yang kini sedang tersepit dek suara dari Sungai Buloh ?

Apakah kita mahu mengangguk dan bersetuju dengan segala janji-janji Wan Azizah untuk membela nasib rakyat ? Jangan lupa langkah Kajang !

Atau masih ada yang percaya dengan janji dan momokan puak-puak cauvinis dari DAP ?

Terimalah hakikat bahawa gerakan deklarasi rakyat ini tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada rakyat dan warga marhain.

Ianya lebih berkisar kepada gerakan awal bagi parti-parti politik dalam Pakatan Harapan untuk mewujudkan gelombang rakyat menolak Barisan Nasional khususnya dalam persiapan mereka menghadapi PRU 14.

Tidak ada yang istimewanya tentang deklarasi rakyat kerana apa yang disebarkan melalui media jauh sama sekali menyimpang daripada apa yang mereka sampaikan secara langsung kepada penyokong-penyokong mereka.

Seriously ,

Tun M dan mereka yang terlibat dalam deklarasi rakyat GAGAL untuk meyakinkan seorang penulis blog jalanan yang telah membuka ruang seluas-luasnya untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang mahu menjatuhkan Najib !

Tidak ada istilah berjuang untuk kepentingan rakyat di pentas deklarasi rakyat sebaliknya ia dipenuhi dengan agenda mempergunakan orang lain untuk kepentigan politik kepartian semata-mata.

Akhir kalam , Siapa MMI untuk menegur Tun M , beliau punya banyak pengalaman dalam politik tetapi kita jangan sesekali lupa bahawa pengalaman sahaja tidak akan mampu menjadikan seseorang itu sebagai yang terbaik kerana disebalik pengalaman seseorang itu masih perlukan pemikiran yang waras dan rasional agar setiap tindakan kita itu tidak menjadi retorik !

Dengan izin , Tun M you dah salah pentas !!!

MMI

5 comments:

  1. Deklarasi Rakyat berpentas adalah bersebab. Pelaburan 1MDB adalah penyebab. Rakyat melihat, merasa dan membaca perjalanan jalan cerita 1MDB kerana ada unsur penipuan, penyelewengan kuasa,rasuah dll.
    Sepatutnya PM berani jika beliau berpihak atas pentas kebenaran. Berani berdiskusi atau berdebat secara bijak dengan sesiapa saja bukan diam menikus atau 'melantik' mana-mana jurucakap yg. tidak berkenaan. Tun Mahathir mahu pemimpin yg sebegini letak jawatan..bukan suatu kesalahan. DSN pun dah announced , beliau tidak akan letak jawatan...bukan juga suatu kesalahan. Pemfaktoran sebenar isu pertembungan dua orang besar ini adalah encouragement... siapa anak jantan. Kalau TSMY, DSSA ,DSMM dan selain Mahathir, DSN boleh kenakan tindakan keatas mereka mengapa tidak ada tindakan sama keatas Tun M boleh diambil. Setidaknya DSN boleh saman Tun M kerana apa yg Tun M cerita adalah sama dengan catatan buletin yg dipetik dr WSJ, Washington Post, Economist dan SR. Jadi disini perlu adanya check and balance dan Tun M sahaja dilihat mampu menyilang isu hangat 1MDB kerana rakyat putuskan keputusan.

    ReplyDelete
  2. Blogger yang menyanyanjungi Perdana Menteri Bongok dan Perasuah Besar!!!

    Kira sama la Bongok dan Samdolnya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tlampau taksub bro.. gunakan akal fikiran sebaiknya...jangan tlalu mgunakan emosi..

      Delete
  3. Sekadar 1mdb jer ker???!!!!!!
    Bagaimana dgn perjanjian bodo dan bangang konsesi tol era mamak Kerala tu?????Naik dan terus naik dan terpaksa diberi subsidi dgn Wang rakyat.Tak ada win win situation!!!!!
    Bagaimana dgn Wang rakyat yg digunakan utk bailout syarikat waris dan kroni era mangkuk mamak Kerala?!!!!??
    Klu jumlahnya sejuta...bolehlah dimaafkan.Tetapi dilaporkan hangus mghampiri rm300billion nilai skrg.
    Perjanjian IPP yg berat sebelah yg mguntungkan kroni dan membebankan rakyat!!!!
    Jual tanah rakyat kpd kroni rm3xxjuta dan beli balik rm3billion.
    Skrg pulak bagi projek bestari.net kpd kroni ttp capaian internet haram jadah.Laju lagi internet peribadi.Diberitakan sebuah sekolah perlu membayar rm500 hingga rm600 sbln sebagai sewa.Kiralah klu hampir semua sklh di malaysia terpaksa guna bestari.net laju bagai bangsat???.Goyang kaki dpt Wang juta2 masuk poket puak pakatun.
    Mujur ura2 pgswastaan farmasi hospital dan Klinik kerajaan ditolak.Klu tak senyum kroni pakatun dpt wang juta2.

    Hanya yg bongok dan samdol jer yg tak nampak lakonan serta fitnah puak pakatun pimpinan mahdey aka mamak Kerala.

    ReplyDelete

Labels