Followers

Friday, 31 May 2013

Kenapa Dengan Bung Mokhtar ??


Entahlah semacam ada sesuatu yang sedang bermain fikiran MMI sejak dulu lagi.Kini ianya semakin kuat dan kuat , apa mungkin telahan ini benar atau sebaliknya ? Kepada semua jangan salah sangka MMI bukan Psycho macam sorang mamat tu yang gila nak jadi perdana menteri tetapi cuba mencari jawapan kepada persoalan yang sering timbul berkenaan sorang ahli parlimen ni.

Bung Mokhtar ! siapa yang tak kenal dengan nama tersebut malah boleh tahan juga dia punya citarasa keremajaannya tu.Namun bukan soal citarasa yang MMI nak bangkitkan tetapi berkenaan kenyataan beliau berkenaan isu si anak papa yang di halang masuk ke Sabah baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari memasuki Sabah merupakan satu kesilapan dan malapetaka.

Menerusi akaun twitternya, Bung Mokhtar berkata beliau tidak faham kenapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Bung Mokhtar juga menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izah dari memasuki Sabah itu merupakan satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan.


Menjawab satu soalan apakah yang akan beliau lakukan jika menjawat jawatan Ketua Menteri dalam kes seperti yang dialami Nurul Izzah, Bung Mokhtar hanya menjawab, malangnya beliau tidak memegang jawatan tersebut.

Nurul Izzah ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah dan diarahkan pulang. Beliau dimaklumkan arahan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke Sabah untuk bersama rakyat sabah menyambut Pesta Keamatan.sumber 

Bagi MMI senang , ada pihak sering bercakap soal hak dan rasanya hak itu seharusnya di berikan kepada kerajaan negeri Sabah yang sebenarnya mempunyai alasan tersendiri.Malah si anak papa yang kita kenal bukanlah seorang pemimpin yang baik kerana sering sahaja berada dalam gerakan-gerakan haram di seluruh negara.

Jadi persoalan mudah mengapa Nurul perlu bising ??

Keduanya kenapa dengan Bung Mokhtar ?? Apakah beliau tidak kenal siapa Nurul Izzah ??

Hmmm senang cakap hati-hatilah dengan sorang dua mamat yang ada sebab macam-macam boleh berlaku.

MMI.

TERKINI Zahid Berundur Setelah Di Desak 20 Ribu Pelajar Di Putrajaya ??!!!


Zahid hari ini mengumumkan beliau akan berundur dari menerajui Kementerian Dalam Negeri setelah di desak lebih dari 20 ribu pelajar yang turun berdemo bagi mendesak beliau meletakkan jawatan serta merta.Kehadiran 20 ribu orang pelajar tersebut benar-benar membuatkan Zahid terasa hati malah menganggap tindakan demo oleh pelajar tersebut merupakan isyarat awal supaya beliau segera melepaskan jawatannya.

Haaaa macam mana puas hati ka ??? Ada yang dah tersenyum ka ??? Hihihihi alo brader , jangan pikir tindakan tak bertamadun yang kamu sokong tu mampu menggugat keupayaan Menteri Dalam Negeri yang baru ni.


Ampa semua jangan main-main lah dengan Menteri Dalam Negeri yang baru ni sebab dari pengamatan MMI sendiri beliau bukanlah seorang pemimpin yang suka kepada amaran sahaja.Malah tindakan pelajar yang turun berdemo di Putrajaya hari ini membuktikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa setelah beliau menerajui KDN benar-benar berjaya.Kalau tidak masakan akan ada juak-juak macai bangang yang sanggup turun berdemo semata-mata nak mendesak Menteri letak jawatan ?

Ampa pernah dengar benda ni berlaku masa Hishamuddin jadi menteri KDN ????

PUTRAJAYA: Kira-kira hanya 20 pelajar yang menyertai perhimpunan di luar Kementerian Dalam Negeri hari ini bagi menuntut supaya menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan. Ini berikutan rasa tidak puas hati mereka berhubung beberapa siri tangkapan ke atas aktivis pelajar dan juga pemimpin pembangkang.

Sambil berhimpun, pelajar berkenaan membawa sepanduk yang tertera “Polis untuk rakyat”, “Pulihkan imej polis” dan “Ahmad Zahid letak jawatan”.




Mereka juga menuntut Ahmad Zahid meletakkan jawatan kerana didakwa gagal bertindak secara profesional.

Antara yang hadir selepas solat Jumaat tadi adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 setelah dituduh mengeluarkan kenyatan berbaur hasutan.

Safwan yang ditangkap 28 Mei lalu mendakwa Zahid menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tujuan memorandum hari ini diserahkan oleh kami adalah untuk menuntut Datuk Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana terdapat tuduhan-tuduhan bersifat politik.

"Kenapa tuduhan ini dibuat secara berpilih-pilih? Orang yang tertentu sahaja yang terlibat di bawah tuduhan menghasut. Ini telah menjejaskan imej KDN," katanya.

Selain Safwan, empat orang aktivis lain iaitu Haris Ibrahim (NGO - Asal Bukan Umno), Naib Presiden PKR, Tian Chua dan pemimpin PAS Tamrin Ghaffar turut ditangkap atas tuduhan yang sama.

"Kami rasakan Datuk Zahid telah menyalahguna kuasa dengan mengarahkan PDRM untuk turut bersekongkol membuat tangkapan dan tuduhan terpilih.

"Zahid menggunakan jentera kerajaan untuk motif politik," katanya kepada wartawan selepas sesi serah memorandum yang diterima oleh Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Abdul Hafiz.

Beliau seterusnya menempelak Zahid kerana didakwanya tidak menjalankan tugas memerangi jenayah dalam negara.

"Zahid sepatutnya memerangi jenayah bukan membuat tuduhan dan mengarahkan PDRM untuk membuat tangkapan," katanya.antarapos 

Hahahaha ramai lagi wartawan dari peserta demo kihkih agaknya berapa sen puak-puak tu dapat maklumlah asal bangkang ja mesti masyukkkkk....

Kepada Menteri Dalam Negeri teruskan gerak kerja rakyat di belakang kerajaan dah lama kami menantikan tindakan agresif seperti ini.Lama sangat dah juak-juak macai ni di biarkan bebas bergayut sana sini  !!

MMI.

Salam Jumaat , Apa Benar Kerajaan BN ZALIM ?!!!!


Macam-macam cita sekarang ni kerajaan tak betul sana , tak betul sini malah dah sampai tahap gaban dah !! Mana tidaknya segala rasuah , kroni , menipu , perabih duit rakyat dan macam-macam lagilah semuanya lengkap ada pada kerajaan.Ada pula tu lepas sahaja pilihanraya baru-baru ni siap buat perhimpunan lagi..Mak ai dah sampai ke tahap tak boleh terima ketentuan tuhan dah !! manusia apa puak-puak ni sampaikan semuanya salah semuanya tak betul ?

MMI bukannya apa kadang-kadang sebagai manusia ni kita selalu lupa tentang nikmat yang Allah swt berikan kepada kita.Apalagi sebagai orang Melayu dan beragama Islam kita di tuntut untuk berterima kasih sesama manusia selain dari berterima kasih dan bersyukur kepadanya.

Bagaimana masih ada sebahagian dari kita yang langsung tidak berterima kasih sesama sendiri tapi boleh pula bersyukur dengan nikmat pemberian tuhan.Bukan soal MMI mahu menidakkan rasa syukur kita kepada Allah swt tetapi Allah lebih suka kepada umatnya yang berterima kasih sesama sendiri sebelum berterima kasih serta bersyukur kepadanya.

Entahlah agak sukar untuk kita labelkan mereka-mereka ini namun sebagai rakyat MMI yakin dan pasti sebahagian besar rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sebenarnya sentiasa mendapat manafaat daripada sebuah kerajaan bernama Barisan Nasional.

Ya Barisan Nasional merupakan sebuah kerajaan yang sering di herdik dan di caci oleh sebahagian besar juak-juak pembangkang.Namun MMI ingin berpesan kepada semua kerajaan yang di herdik dan di maki inilah yang saban detik dan waktu memikirkan tentang untung nasib rakyatnya.

Sebenarnya MMI sendiri kurang memberi perhatian dan baru semalam sewaktu mengemas meja tiba-tiba terpandang sesuatu..Masyaallah besarnya nikmat yang Allah swt kurniakan kepada rakyat Malaysia selama ini.



Terima kasih kerajaan !! Terima kasih Ya Allah !! Sesungguhnya aku bersyukur dengan limpah kurniaMu dan nikmat pemberianMu.Amin.

Psst chek bil masing-masing...

MMI.

KECOH Di PHUKET.....Gulp !!!


Pembantu khas  Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah diserang empat lelaki di resort lima bintang di Phuket, Thailand dalam kejadian Rabu lalu.

Mangsa, Mohd Sobri Said cedera di kepala, namun dilapor stabil.

Menurut laporan Phuket Wan, mangsa dipukul empat lelaki ketika memasuki bilik hotel yang sepatutnya didiami Tunku Annuar, yang merupakan adinda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sebelum itu, mangsa menyarankan agar dibuat pertukaran bilik hotel berikutan bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada Tunku Annuar, tengah malam kejadian.

Ketika mangsa berjalan masuk ke dalam bilik itu, dia diserang termasuk dipukul teruk di kepala sehingga berdarah.

Berdasarkan maklumat awal polis Thailand, mangsa mendakwa diserang empat lelaki berbangsa Thai dan Malaysia. Suspek dipercayai guna kad akses bilik hotel untuk masuk ke bilik jam 10.30 malam.

Ketua Istiadat Istana Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, sejurus kejadian, Tunku Annuar dan rombongan terus pulang ke negara ini.

“Saya dimaklum tiada kecederaan babitkan ahli rombongan lain termasuk tiada barangan berharga dicuri. Beliau segera pulang bagi memastikan keselamatan beliau dan rombongan,” katanya. 

Tunku Annuar berada di Phuket sejak 27 Mei menghadiri persembahan FantaSea untuk menerima plak kenangan daripada penganjur, pada malam sebelum kejadian.

Rombongan kerabat itu menempah 10 bilik hotel di Patong’s Millennium Resort bersebelahan Komplek Beli Belah Jungceylon.

Dalam perkembangan sama, tiga lelaki ditahan di Sadao, Songkhla, petang semalam dipercayai ada kaitan dengan serangan terbabit.

Komander Polis Phuket, Mejar Jeneral Chote Chawanwiwat berkata, suspek turut curi pasport, kad pengenalan Malaysia, sebuah iPhone5, 14,660 baht dan RM640.

“Dua daripada empat lelaki yang menyerang mangsa ditahan dan dibawa ke Phuket untuk siasatan.
Seorang daripada mereka ditahan di sempadan Sadao dan seorang lagi di Wilayah Trang,” katanya, yang dipetik dari Phuket Wan.

Suspek yang ditahan dikenali sebagai Prakong Lisopa, 31, dan Sakorn Sisopa, 30.

“Dua lagi yang diburu adalah rakyat Malaysia. Motif serangan masih dalam siasatan, termasuk sama ada serangan disasarkan kepada Tunku Annuar atau pembantu khas beliau,” katanya.sumber 

MMI.

GST ~ BEBAN RAKYAT Atau BEBAN...... ?? MESTI BACA !!!


Seperti yang MMI janjikan entri ini bakal menceritakan tentang apa itu GST.Sebelum ini MMI ada bagi preview sikit tentang isu GST ni kerana kebanyakkan yang berbicara tentang GST ini sebenarnya langsung tidak memahami apa itu GST sebenarnya.Klik Sini 

Malah dalam tinjauan MMI sendiri terdapat mereka-mereka di luar sana yang hanya mendengar perbualan dan cakap-cakap dari satu meja ke satu meja sedangkan hakikatnya mereka sendiri kosong tentang perkara sebenar.

Sebagai permulaannya kita harus terlebih dahulu memahami apa itu GST !!

GST atau maksud penuhnya Goods & Services Tax atau dalam bahasa Melayunya Cukai Barangan & Perkhidmatan adalah  sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Ianya juga adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:-

Cukai terselindung

Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan.

Cukai bertindih

Cukai bertindih (double taxation) berlaku di dalam dua keadaan iaitu:-

1. Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.

Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

2. Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan.

Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna. 

Kepada yang kurang arif tentang cukai pasti agak pening dengan penjelasan di atas namun MMI sarankan agar ampa semua terus membaca sekurang-kurangnya sebagai rakyat kita dapat mengetahui sejauh mana GST ini dapat membantu rakyat dan juga negara.

Jika dikira pandangan sesetengah pihak yang mungkin pro kepada pembangkang sudah pasti akan ada yang berkata sekiranya di sebut perkataan cukai maka ianya merupakan beban maka sudah tentu beban ini akan berakhir di tangan pengguna di mana pengguna itu adalah rakyat dan sudah pasti rakyatlah yang akan menerima kesan daripada pelaksanaan GST.

Namun sejauh mana maklumat tersebut benar-benar tepat ?? Teruskan membaca...

Manfaat serta-merta

Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.

Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain. Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai.

Kamariah berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah. GST akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain.

Beliau memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal.

Menurutnya, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai. Harga untuk minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan.

Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan. Mereka meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST. Adalah penting supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di tempat lain.

Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar empat peratus adalah kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku. Beliau menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.

GST tidak sebabkan harga barang naik

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.

Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang. Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia. GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.

GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

GST tidak membebankan

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah , Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata , sebaliknya kadar empat peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini. Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali. Ia supaya tidak ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada negara.


Cukai GST sekitar 4%

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah. Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST. Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan.

Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam. GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

GST: Naik harga kena tindakan

Kerajaan mempunyai Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, akta itu penting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh para peniaga.

Akta yang akan dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungi pengguna jika terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan. Husni berkata, pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

Beliau menambah, GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia. Husni menolak tanggapan ramai bahawa GST membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas

Katanya, pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. Ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan.

Kajian mendalam GST jaga kesejahteraan rakyat

Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa sama, kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing.

Kerajaan telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST yang telah dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

Ahmad Husni berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus. Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit.

Ujar Ahmad Husni. dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkan GST. Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kajian komprehensif GST

Kerajaan telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensif mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata, kajian itu penting bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat di samping memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara kompetitif.

Kerajaan telah membuat kajian yang mendalam...matlamat kerajaan adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat bukan membebankan rakyat.

Seperkara yang harus kita semua faham adalah kerajaan sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik buat rakyat malah sebagai sebuah negara yang kini sedang memacu kearah negara maju sudah semestinya rakyat adalah sebahagian daripada perkara utama yang menjadi keutamaan kerajaan.

MMI akui akan ada pro dan kontranya dalam pelaksanaan GST namun percayalah kerajaan sedang berusaha untuk menyeimbangkan kek ekonomi yang hari ini nampaknya agak berat sebelah kerana secara kasarnya kita sendiri dapat melihat siapa sebenarnya yang mendapat manafaat daripada apa yang dilaksanakan sebelum ini.

Jangan lupa tentang siapa yang menguasai ekonomi sekarang .... Melayu ? Cina ? India ?

Baca juga di SINI & SINI 


MMI.

Guru CINA Hina MELAYU BABI SIAL ~ DAP / Dong Zong Jangan Jadi BARUA !!!


Seorang guru perempuan berbangsa Cina di laporkan telah menghina bangsa Melayu sewaktu berada dalam kelas beliau.Malah guru perempuan bernama Poh Kim Thye ini telah bertindak melebihi apa yang sepatutnya di lakukan oleh seorang guru.

Beliau yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah ini bukan sahaja bertindak menghina bangsa Melayu malah melakukan tindakan secara fizikal dengan menonjol kepala para pelajarnya yang terdiri daripada bangsa Melayu dan India sekiranya bertanyakan apa-apa soalan.Namun tindakan sebaliknya di lakukan kepada pelajar berbangsa Cina dan ini jelas merupakan tindakan bersikap rasis yang seharusnya tidak berlaku dalam mana-mana sekolah di Malaysia.

Paling kurang ajar apabila guru tersebut turut menyebut "Melayu Bodoh" , "Melayu BABI" , "Melayu Bangang" , "Melayu Sial" , "Melayu Pukimak" dan turut menghina kerajaan apabila menyebut "Kerajaan Bodoh" , "Kerajaan Lembu" dan "Kerajaan Babi sebab diketuai oleh orang Melayu".

Apa yang pasti guru tersebut mencari penyakit kerana hampir pasti orang Melayu akan berasa marah dengan tindakan beliau yang begitu rasis dan menghina kaum lain khususnya Melayu.

Merujuk kepada blog Dr MiM , Kita bukan sahaja terkejut tetapi sangat marah dengan sikap seorang guru yang sepatutnya menjadi tauladan baik kepada anak-anak muridnya. Benarkah wujud seorang guru yang bukan sahaja menghina bangsa Melayu tetapi turut mencarut di depan anak-anak muridnya? 

MiM menyarankan Kementerian Pendidikan turut menyiasat perkara ini dengan kadar segera. Dan jika benar, kita mahu sesuatu tindakan dikenakan ke atas guru itu.Baca Selanjutnya 

Apa yang MMI boleh katakan pihak bertanggungjawab harus segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.MMI menyarankan kepada pihak kerajaan agar jangan lagi berlembut dengan bangsat-bangsat seperti ini dan sudah sampai masanya guru ini menjadi permulaan kepada apa yang harus kita sebut sebagai pengajaran kepada yang lain.LUCUT KERAKYATAN BELIAU & HALAU KELUAR DARI BUMI MALAYSIA !!!!

Seperkara lagi walaupun guru tersebut mengajar di sekolah menengah kebangsaan yang sudah semestinya di bawah kementerian pendidikan , pihak yang sebelum ini bercakap banyak pun harus segera mengeluarkan kenyataan berkenaan insiden ini.

Dong Zong dan parti DAP khususnya harus segera memberikan sokongan kepada kerajaan supaya guru tersebut dikenakan tindakan seberat-beratnya dengan melucutkan kerakyatan serta dihumban keluar dari bumi Malaysia.Sekiranya dalam isu ini Dong Zong atau parti DAP malah mana-mana persatuan yang selama ini membela kaum Cina  berdiam diri maka jelaslah mereka semuanya RASIS.

Kepada Dong Zong dan DAP jangan jadi BARUA kerana orang Melayu semakin hilang sabar !!!!!!

MMI.

PANAZZZ Gambar Siapa Berpeluk Di AirPort Bangkok ??!!!!


Semakin panaz nampaknya berita mengatakan seorang pemimpin pembangkang yang ada onar di negara jiran.Kalau diikutkan dari cerita yang tengah HOT ni semacam makan luarlah tapi ianya melibatkan seorang pemimpin wanita.Huhuhu KANTOI sudah !!!

Tapi ampa semua mau dok rilek sama , gambaq kat atas sana tu MMI cilok ja bukan gambar sebenar saja bikin gempaq sikit.Apa pun cerita dia , memang hebatlah onar ni sebab dua-dua katanya kepunyaan orang.

PRU14 dia bakal berhadapan dengan krisis yang dia ciptakan sendiri..pengundi d tipu..kononnya berimej bersih..kononnya setia pada suaminya yang berbangsa India..dia lupa..dia pakai baju tradisi India hanya ingin mengaburi pengundi India Subang Jaya..dia lupa..wayang yang dia mainkan kononnya setia pada sang suami takkan bertahan lama.."aakj ada d mana-mana' !!

Hannah bersama siapa d Airport Bangkok pada Raya Cina yang lalu ?

Hannah pegang tangan siapa ? ehhh pegang ke berjalan sambil peluk seseorang ?

Jejaka itu suami orang ? Bujang ? Teruna ? India ? Melayu ? Cina ?..soalan untuk Hannah !!

Nak tau cerita selanjutnya ampa kena terjah blog AAKJ Klik Sini 

MMI.

Thursday, 30 May 2013

Jom Borak-Borak Tentang GST ?!!!!


Beban ? Sebut sahaja perkataan tersebut kita sudah pasti dapat membayangkan tentang satu perkara iaitu beban atau tanggungan yang pasti berat untuk di pikul oleh sesiapa sahaja.Malah pada ketika entri ini di tulis juak-juak pembangkang yang sinonim dengan bangkang apa saja asalkan ianya bukan dari pembangkang sudah pun menggerakkan seluruh jenteranya untuk memanipulasikan isu melibatkan dasar kerajaan berkenaan GST.

Apakah GST itu benar-benar membebankan rakyat ? Apakah dengan pelaksanaan GST itu nanti maka rakyat akan berhadapan dengan kenaikan harga barangan yang pastinya akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dalam ekonomi seterusnya melibatkan kos-kos lain turut meningkat naik ?

Apa akan berlaku semacam satu tsunami besar-besaran rakyat tidak lagi mampu untuk berbelanja ?

Sebelum itu timbul satu persoalan mengapa agaknya kaum Cina antara paling ramai yang menentang pelaksanaan GST oleh kerajaan ? Adakah kerana ianya benar-benar akan menekan pengguna ?

Disinilah sebenarnya kita di tuntut untuk membuat sedikit pembacaan dan mendapatkan pencerahan sekurang-kurangnya apa yang di gembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu dapat kita saring dengan sebaik-baiknya.

Apakah kita semua boleh percaya bahawa Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang baru-baru ini berjaya membentuk kerajaan setelah  keputusan pilihanraya di umumkan boleh dan sanggup mengeluarkan idea atau dasar GILA yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat ?

Perlu diingat Barisan Nasional sudah faham dan menerima dengan baik setiap suara rakyat yang turun menunaikan tanggungjawab mereka baru-baru ini di peti-peti undi dan mereka tidak memberikan Barisan Nasional 2/3 majoriti seperti mana YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan.

Apakah ampa semua yakin tanpa 2/3 majoriti kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melakukan tindakan yang boleh membebankan rakyat ?

Perlu diingat kerajaan hari ini akan berdepan dengan pilihanraya ke-14 dalam tempoh masa mungkin lagi 5 tahun sahaja.5 tahun bukanlah satu tempoh yang lama bagi sebuah kerajaan yang perdana menterinya baru mendapat mandat rakyat dan kita juga harus melihat suasana politik hari ini di mana pembangkang yang ada bukanlah pembangkang yang profesional dari segi politiknya.

Tahukah negara kini memiliki pembangkang ekstrem yang sanggup melakukan apa sahaja waima turun ke jalanraya bagi mencapai cita-cita gila mereka ?

Sekali lagi MMI nak tanya , ampa yakin kerajaan hari ini akan melaksanakan sesuatu dasar yang boleh menekan rakyat ????????

Kita dah berbicara sedikit sebanyak tentang senario politik , masyarakat dan beberapa perkara yang sempat MMI catatkan namun jangan lupa semuanya berkisar tentang GST.

Oleh kerana itu MMI nak tanya semua , ampa faham ka apa tu GST ???? 

Huh kalau GST pun tak tau macam mana ampa boleh bercakap tentang GST ????

Psstt jangan jadi macam monyet kat atas tu dia tau ka apa yang dia pegang tu ???

Nantikan entri seterusnya tentang GST..Insyaallah.. 

MMI.

HOT Mesti Meletup !! Sapa Pula Yang KANTOI Nii ???


Hati-hati bro ?? Kihkih...

Psstt Jangan macam-macam la dah nak dekat dengan pemilihan !!

MMI.

Wednesday, 29 May 2013

Masanya PAS HARUS Tinggalkan Nik Ajiz !!


MMI tak pasti kitab apa yang di pegang oleh juak-juak PAS selama ini , jika di ikutkan dari pekik lolong mereka di pentas-pentas ceramah sudah semestinya Islam merupakan pegangan mereka-mereka yang hari ini masih bertahan dalam parti PAS.Dalam sedar atau tidak PAS tidak dapat lari dari seorang manusia bernama Nik Ajiz dan orang ini yang mengaku ulama sebenarnya sudah lama memesongkan perjuangan PAS sebagai parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai keutamaan dalam perjuangan politiknya.

Namun makin celupar mereka maka makin berbeza tindak tanduk bukan sahaja pemimpinnya tetapi turut meragut kesetian para juak pencacai PAS yang kini di pergunakan sepenuhnya oleh Anwar dan parti paling rasisi di Malaysia DAPIgs.

Pasti janggal apabila parti yang kononnya menjaga tata-susila pengikutnya kini tidak lagi kisah dengan percampuran di antara lelaki dan perempuan malah para tok-tok aji juga di heret sama untuk sama-sama duduk dengan mereka yang bukan muhrim.Lebih membanggakan para pimpinannya barangkali apabila duduknya juak-juak mereka bersama kaum Cina dan mereka yang jelas tidak menutup aurat.




Fuh apa ada nas atau dalil yang membolehkan mereka-mereka ini bercampur-baur atas nama Islam ????

Jangan risau kerana PAS mempunyai pakar dalam hal ehwal agama dan hanya mereka sahaja yang mampu menyatakan sama ada sesuatu itu boleh dilakukan atau tidak.Teringat isu tangkapan ADUN di atas gerabak keretapi kihkih..Baca Sini 

Dalam pada itu jangan ada sesiapa yang mengaku alim ulama kerana sesiapa sahaja yang berada dalam kelompok tersebut dan di lihat berada di sebelah UMNO mahupun kerajaan maka mereka PASTI bukannya ulama mahupun orang-orang agama kerana tersasar jauh dari Islam.Kononnya kerana menyokong UMNO yang kini di tuduh sekular.

Hihi apa tindakan juak dan pemimpin PAS hari ini lebih Islamik ??


Banyak lagi kalau nak di catatkan disini namun persoalannya di mana manusia yang mengaku ulama itu tatkala perlakuan sebegini didedahkan dan di mana teguran yang seharusnya dibuat ?? Sehingga ke hari ini yang kita dengar hanyalah penafian.

Apa mungkin kerana ianya melibatkan kroni-kroni sesat dalam PAS ??

Ayuh PAS , kalau UMNO boleh saja di caci maki hingga dengan syaitan pun sanggup bersahabat masakan parti yang ada ulama agung ini boleh membisu apabila sahabat sendiri bergelumang dengan najis ?? Mana tegurannya ?? Mana tindakannya ?? Oh ya mana HUDUDnya ?????

Malah kenyataan terbaru dari Nik Ajiz ulama hampas yang kamu dewa-dewakan selama ini jelas merupakan bukti bahawa beliau bukan membawa sifat seorang ulama apatah lagi sebagai orang yang mengaku Islam tidak ada langsung dalam dirinya sifat kasih dan maaf , sedangkan Allah swt boleh memaafkan umatnya ?

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara Pas dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama Pas dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Nik Aziz berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas.Baca Selanjutnya 

MMI tak nak ulas banyak sangatlah cumanya kenyataan di atas tu rasanya umpama meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri.

UMNO menolak Islam ?? Apakah PAS hari ini benar-benar membawa Islam seperti mana yang sepatutnya atau PAS mempergunakan Islam bagi kepentingan politik mereka dan politik dendam seorang pemimpin bernama Nik Ajiz yang mengaku ulama ???


MMI yakin dan penuh percaya di luar sana ramai orang-orang PAS yang jauh lebih layak memimpin parti tersebut dan mampu menjadikan Islam itu sebagai wadah terbaik dalam usaha kita bersatu demi kemajuan dan kemakmuran bersama khususnya dalam kita membina serta mempertahankan Bangsa , Agama dan Negara.

Dah sampai masanya PAS dan seluruh ahlinya menolak Nik Ajiz dan kembali dengan pendirian Islam yang dulunya kamu agungkan.

#Melayu bangsa dominan di Malaysia dan sinonim dengan agama Islam maka dengan itu tidak akan kuat Islam sekiranya bangsa Melayu berpecah dan runtuh.Kuat Bangsa Kuat Agama Insyaallah Islam Terus di Persada.

MMI.

Anwar Ibrahim ~ Antara Psycho & Psychology !!!


Tidak sukar mentelaah sikap dan strategi Anwar Ibrahim setelah keputusan PRU 13 diumumkan. Rata-rata rakyat Malaysia tahu bahawa cara demonstrasi jalanan, yang memungkinkan keganasan sebagai kemuncaknya bakal dilakukan.

“Winning psychology” yang telah dibuat sejak 2 tahun kebelakangan ini berjaya mengaburi mata penyokong mereka, dibuai dengan hasutan dan angan-angan kononnya mereka sudah menang, waima sebelum tempoh berkempen lagi.  Lihat sahaja lagak Anwar, dengan menggunakan jet peribadi serta helikopter pada lawatannya menggambarkan seolah-olah “he is no. 1 in Malaysia”. Dari perspektif antarabangsa pula, Anwar tanpa segan silu sering menwar-warkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.

Seluruh penyokong mereka percaya, apatah lagi hampir segenap industri telah dipenetrasi melalui bekas panglima ATM, artis, peguam serta pemimpin veteran UMNO.  Semua ini dirancang dengan begitu teliti, demi mewujudkan “winning psychology”. Suka atau tidak, kita perlu mengakui bahawa taktik Anwar ini hampir berjaya, terutamanya kepada pengundi muda dan atas pagar dari kaum Cina dan India.

Melalui “winning psychology” inilah Anwar mewujudkan sentimen, kononnya berlaku penyelewengan SPR yang menyebabkan mereka kalah pada PRU13. Rata-rata itulah ucapan oleh wakil-wakil PR di setiap perhimpunan haram 505; kepercayaan bahawa rakyat telah memilih PR, tetapi telah dinafikan oleh SPR, UMNO dan BN.

Tentu sahaja dengan arus “winning psychology” atau harapan kemenangan seperti yang dibuaikan oleh Anwar berkecai apabila keputusan PRU 13 diumumkan. Sungguhpun sekelian rakyat yang membuat keputusan, mereka tidak dapat menerima kenyataan itu.  Kekecewaan inilah yang digunakan sepenuhnya oleh Anwar pada waktu dan ketika ini, bagi menghimpunkan penyokong-penyokongnya untuk turun berdemonstrasi. Pada saat perhimpunan inilah, hasutan untuk turun ke jalanraya bagi kononnya memulihkan demonstrasi.


Apa maksud turun ke jalanraya? Lihat kembali pada 1998, anda pasti mengetahui maksud yang tersirat. Anak muda yang mentah, yang masih dikuasai sifat amarah dan “rebellion” menjadi saluran pemuas nafsu Anwar yang sehingga kini gagal menjadi perdana menteri “at all cost”. Adam Adli, pelajar yang gagal dalam kuliah, contohnya, digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej agar kerajaan ditumbangkan melalui jalanraya.

Lebih mudah untuk menghasut sekiranya mereka yang dihasut sudah punya kekecewaan yang amat mendalam.  Contohnya, masyarakat Cina, yang dikhabarkan telah membuat “full swing” untuk menumbangkan kerajaan tetapi masih gagal, pastinya mengalami kekecewaan yang tiada tolok bandingnya. Pasti tidak sukar untuk menghasut mereka turun ke jalanraya.

Anwar bijak memanipulasi rakyat dengan “winning psychology”; mewujudkan rasa kemenangan sekaligus mempengaruhi “first time voters” dan pengundi atas pagar pada PRU 13 yang lalu.  Apabila gagal, kekecewaan penyokongnya diterjemahkan pula dalam bentuk demonstrasi, yang akhirnya dibawa ke jalanraya untuk menggulingkan kerajaan.

Sebijak-bijak Anwar bermain psywar, Allah jua yang maha berkuasa.sumber

Seperkara yang mungkin ramai tidak tahu adalah Anwar hari ini semakin tertekan dan beliau sebenarnya bukan sahaja sudah menggerakkan perang psychology kononnya pembangkang sebenarnya menang dalam pilihanraya baru-baru ini tetapi manusia bernama Anwar Ibrahim ini sebenarnya sudah Psycho dengan impian dan cita-citanya !!


Kepada Anwar nantikan masa kamu akan tiba kerana sahabat dan saudara mara kamu dari luar sana sedang memerhatikan kamu dengan penuh minat.Janji kamu kepada mereka sebelum ini GAGAL dan KEGAGALAN kali ini sebenarnya meletakkan manusia bernama Anwar Ibrahim ibarat TELUR DI HUJUNG TANDUK !!!

Baca juga di SINI 

MMI.

DAP BODOkan ANWAR IBRAHIM !!!


Memang sesuatu yang dijangka akan berlaku dan pastinya apa yang berlaku itu membuktikan betapa puak pembangkang kini sebenarnya hilang arah dan kita sudah dapat memahami apa sebenarnya niat mereka.

Jangan lagi ada pihak di luar sana bercakap soal ketelusan dan kebenaran kerana apa yang bakal diungkapkan di bawah adalah senario di mana puak pembangkang sebenarnya cakap tak serupa bikin.

DAP membuka pekung pembangkang apabila sanggup menggadaikan maruah serta perjuangan sendiri apabila mengambil sikap berkecuali dalam perjuangan rakan-rakannya menuntut sebuah pilihanraya yang bersih.

Kahkahkah memang lawan DAP sebagai parti yang sering melalak tentang pilihanraya bersih tiba-tiba mengaku baik dan semua pihak yang sudah bertungkus-lumus dalam pilihanraya baru-baru ini dianggap terbaik termasuklah badan SPR sendiri.

Tatkala para juak macai pembangkang khususnya anak-anak kaum Cina bangsat yang tidak tahu berterima kasih melalak bersama juak pencacai PAS di lapangan yang di cipta oleh Anwar Ibrahim kononya himpunan menolak keputusan pilihanraya , Guan Eng dan soldadu-soldadunya kelam-kelibut menyusun atur majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Hahahaha mengapa terburu-buru ? Bukankah Pakatan Haprak sejiwa mengatakan SPR bersekongkol dengan Barisan Nasional untuk menentukan kemenangan ? kemudiannya bantah dan yang menghairankan mengapa keputusan di Pulau Pinang tidak di bantah ?

Alo brader mau bikin apa ? jangan ingat rakyat bodoh dan tonggong seperti mana kamu bersikap bahlol dalam pemilihan parti sendiri !!

DAP Pulau Pinang tidak berhasrat untuk menfailkan petisyen berhubung keputusan PRU13 baru-baru ini walaupun PKR begitu beria-beria untuk memfailkan 27 petisyen berikutan keraguan yang wujud ketika pilihan raya.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, sehingga kini mereka tidak menerima sebarang laporan atau bukti mengenai kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya untuk membolehkannya membuat petisyen.

Selain itu, faktor kemenangan besar DAP di Pulau Pinang pada PRU13 juga memberi kepuasan kepada parti itu untuk terus kekal menerajui kerajaan negeri bagi penggal kedua sejak 2008.

Ini membuktikan wujudnya sandiwara PKR kerana tidak berpuas hati dalam pilihan raya. Disebalik mengatakan pilihan raya tidak adil dan bersih, negeri pembangkang seperti Pulau Pinang pula begitu yakin pilihan raya di kawasan mereka telus dan bersih.

Permainan sebenar Anwar Ibrahim adalah untuk menumbangkan kerajaan melalui cara yang kononnya sah adalah melalui petisyen.

Pakatan Haprak hanya memperoleh 89 kerusi, dan mereka mengemukakan 27 petisyen, Anwar cuba meraih kemenangan melalui sejumlah 136 kerusi sekiranya kesemua petisyen mereka itu berjaya mengetepikan keputusan PRU lalu.

Bagaimanapun, berdasarkan pengamatan lain, majoriti kerusi yang difailkan petisyen adalah kerusi peminpin mereka yang tewas kepada Barisan Nasional (BN), dan majoritinya adalah kerusi PKR.

Ini membuktikan, Anwar begitu beria-ia mahu menjadi perdana menteri walaupun rakan-rakan pembangkangnya berpuas hati dengan keputusan PRU13 yang menunjukkan PR gagal untuk ke Putrajaya dan membentuk kerajaan pusat.

Kebodohan dan bongkaknya Anwar nyata tidak menarik perhatian PAS dan DAP yang tidak mengendahkan tindak tanduk Anwar membantah keputusan PRU13. Anwar juga membodohkan rakyat dengan demonstrasi-demonstrasi yang tidak masuk akal.

Jika benar mereka menolak keputusan PRU 13, bubar DUN negeri pembangkang, dan gesa PRU dijalankan semula.

“Semua kerusi yang DAP tandingi memperolehi kemenangan besar dan saya belum terima sebarang laporan yang membolehkan kita kemukakan petisyen.

“Bagaimanapun, DAP menyokong tindakan PKR untuk menfailkan petisyen mengenai kemenangan tipis BN yang meragukan bagi kerusi parlimen Balik Pulau dan tiga kerusi Dun” memetik kenyataan DAP Pulau Pinang yang mengakui PRU di Pulau Pinang adalah bersih dan Anwar menjadi bodoh kerana mahu jadi PM.sumber 

Kihkih DAP jelas makan sorang dan Anwar terkinja-kinja mencari sokongan nak jadi perdana menteri...Alo ANWAR !! di saat kamu bergelumang dengan najis ciptaan kamu sendiri Guan Eng sudah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang...Kihkihkih Sapa BODO ????

MMI.

HANCUR Wanita Di Iktiraf Untuk Kahwin Sejenis !!!


Sepasang wanita lesbian yang berasal dari Pakistan, Rehana Kausar, 34, dan Sobia Komar, 29, yang berkahwin di United Kingdom (UK), Mac lalu telah meminta suaka politik dari kerajaan UK selepas tindakan mereka itu menerima kecaman serta ugutan bunuh daripada segelintir pihak.

Pasangan ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Catatan Sivil Leeds, Yorkshire Barat.

Menurut sumber terdekat, sebelum proses pernikahan mereka, pasangan itu telah ditanya sama ada mereka mahu teruskan dengan perkahwinan kontroversi tersebut dan dengan tegasnya, Kausar berkata, “negara ini memberikan kami hak dan ini adalah keputusan yang sangat peribadi dan berani yang pernah kami ambil.

Ini bukan urusan sesiapa kerana kami melakukan ini untuk kehidupan peribadi kami”.


“Masalah yang kami temui di Pakistan adalah bahawa setiap orang percaya, satu orang bertanggungjawab atas kehidupan orang lain dan hal ini lebih kepada moral terhadap orang lain dan bukannya hak seseorang individu itu,” ulas Kausar.

Seperti yang kita ketahui, Pakistan merupakan sebuah negara Islam dan majoriti penduduknya berpegang teguh dengan ajaran Islam yang mengharamkan perkahwinan sesama jantina.mynewshub 

Komen MMI , negara seperti Pakistan pun tidak dapat lari dari masalah sebegini apatah lagi Malaysia negara yang sebahagian rakyatnya sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan apa yang mereka labelkan sebagai HAK.

Paling menyedihkan kumpulan ini (di Malaysia) mendapat pula sokongan sebahagian besar daripada mereka yang kononnya meletakkan Islam sebagai perjuangan utama mereka.

Hati-hati dalam membuat pilihan jangan sampai Islam di Malaysia hanya tinggal nama.

MMI.

Tuesday, 28 May 2013

PANAZZ 10 Ahli Parlimen Pakatan Haprak LOMPAT PARTI ?!!


Anwar Ibrahim melihat 24 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri terutama dari Sabah, bahkan sudah pun menyediakan wang dan yuran pembelian sehingga dikatakan mencecah RM1 bilion, bagi merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri.

Pakatan Rakyat sekarang ini menguasai 88 kerusi Parlimen. Majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan Malaysia adalah 112 kerusi Parlimen.

Biarpun di sebalik kempen Anwar Ibrahim untuk memperkenalkan UNDI POPULAR bagi melayakkannya sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim juga sangat sedar, Undi Popular sahaja tidak akan membolehkan dia ke jawatan tersebut sebaliknya yang diperlukan adalah penguasaan majoriti kerusi Parlimen.

Pada tahun 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan lebih awal tentang Kerajaan 16 September apabila dia begitu yakin dapat membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama dari Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, sehingga ke penggal akhir PRU12, tidak seorang pun Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat masuk ke PKR, PAS atau DAP, sebaliknya 8 orang Ahli Parlimen PKR dan DAP bertukar status menjadi Ahli Parlimen Bebas mesra Barisan Nasional.

Nampaknya kali ini, Anwar masih berharap dia mampu membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional terutama dengan cerita-cerita menakutkan tentang penghujung hayat Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan Persekutuan. Anwar cuba membayangkan dan menimbulkan persepsi bahawa dia telah semakin hampir untuk menubuhkan Kerajaan ikut pintu belakang.

Tidak kecik anak modal yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk tujuan berkenaan. Tetapi tanpa disedarinya, dia hanya mampu merancang sedangkan perancangan sebenar terletak di Tangan Allah Taala.

Dalam kesibukannya merancang untuk bersorak kerana Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional khususnya dari Sabah dan Sarawak telah termakan dengan duit yang ditawarkan, beberapa orang Ahli Parlimen dari PKR pula sedang berkonspirasi untuk melompat dan meninggalkan parti pimpinan Anwar Ibrahim itu.

Bagaimanapun, tidak pula dapat dipastikan sama ada mereka akan menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional atau mereka sekadar menjadi Ahli Parlimen BEBAS mesra Barisan Nasional sepertimana yang dilakukan oleh 8 orang rakan mereka pada penggal lalu.

Siapa mereka?

Soksek-soksek yang semakin kencang bertiup, salah seorang daripada mereka adalah Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan yang menang dengan majoriti 19,216 undi!

Beberapa siri pertemuan sulit telah diadakan di sebuah hotel di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya untuk membincangkan tarikh yang sesuai untuk mereka. Kumpulan Ahli Parlimen PKR yang sudah membayangkan untuk keluar parti itu, berjumlah lebih dari 10 orang.

Perkembangan yang semakin menarik, apatah lagi, PAS dan DAP pula pada masa yang sama, semakin berkrisis selain timbul perasaan tidak puas hati di kalangan Ahli-Ahli Parlimen PAS terhadap layanan DAP dan PKR kepada mereka.

Dalam Anwar Ibrahim duk sibuk nak membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional, nampaknya Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pula semakin hampir untuk meninggalkan parti yang mereka sertai.

Kita tengok sahajalah nanti, siapa yang keluar dulu dan siapa yang akan tergolek dog sambil menepuk dahi berkali-kali!!! sumber 

MMI.

Labels