Semenjak dua menjak ini Pakatan Haprak yang semakin hilang arah dan dilihat berkecamuk semakin galak sekali untuk berdebat.Pantang ada apa saja isu pastinya pentas debat akan disediakan atas alasan untuk mencari kebenaran dan menyampaikan maklumat kononnya kepada rakyat.
Begitulah juga yang berlaku di Tasek Gelugor apabila Seketariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) yang merupakan penganjur program debat perdana PR vs BN dilihat cukup tidak profesional apabila dengan penuh rasa megah menaikkan banner-banner dan menyalurkan maklumat bahawa debat ini akan diadakan pada 29 Februari 2012 bertempat di Dewan Besar Sungai Dua.
Untuk makluman semua seketariat ini di ketuai oleh Syed Mikael Ketua AMK Tasek Gelugor yang sememangnya gagal bekerja untuk rakyat Tasek Gelugor.MMI melihat ini adalah satu cubaan daripada Syed Mikael untuk mempopularkan dirinya mungkin dalam usaha untuk meyakinkan Anwar Ibrahim supaya memilih beliau sebagai calon dalam PRU ke13 nanti.Buat kerja dululah Mikael.
Apa pun MMI akan membawa kepada anda kronologi bagaimana bermulanya episod dakyah pembangkang haprak ini.
Pihak Seketariat program GASAK292 ini pada mulanya berarak dari Dewan Besar Sungai Dua ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk menyerahkan surat jemputan tersebut yang bertarikh 1 Februari 2012.MMI dimaklumkan ketika rombongan yang diketuai oleh Syed Mikael ini tiba di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang terletak hanya beberapa ratus meter sahaja dari Dewan Besar Sungai Dua,mereka tanpa memberikan salam terus menyerbu masuk ke ruang pejabat Pusat Khidmat dan menyerahkan surat jemputan tersebut kepada Sdr Hasbul Hazani Daud Pegawai Khas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Kedatangan rombongan ini seperti yang dimaklumkan oleh petugas Pusat Khidmat sungguh tidak profesional dengan serbuan tanpa memberikan salam.Namun Sdr Hasbul Hazani Daud Pegawai Khas Pusat Khidmat Ahli Parlimen tetap menerima surat jemputan yang diserahkan.
Kandungan surat jemputan tersebut telah menyatakan untuk menjemput YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat isu "Malaysia Bankrap Jika Mansuh Tol" bertempat di Dewan Besar Sungai Dua pada tarikh 29 Februari 2012 tanpa menjelaskan masa debat tersebut bakal dilansungkan.Jemputan itu juga menyebut masa selama 7 hari diberikan kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk menjawab samada menerima jemputan tersebut ataupun tidak.tempoh 14 hari lagi diberikan kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk mempersiapkan diri dengan fakta-fakta sekiranya menerima jemputan tersebut.
Bagi pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen melalui Pegawai Khasnya Sdr Hasbul Hazani Daud telah memaklumkan kepada MMI bahawa tidak ada sebarang surat persetujuan dikeluarkan oleh pihak YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk menerima jemputan tersebut sehinggalah tempoh masa 7 hari yang diberikan berakhir.
Ini membuktikan bahawa jemputan tersebut jelas tidak diterima oleh pihak YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan sebagai pihak pengelola program yang telah meletakkan syarat dalam surat jemputan itu sepatutnya telah pun mempunyai jawapan dan mengetahui bahawa YB Tan Sri tidak akan hadir.
Namun apa yang dikesalkan adalah pihak seketariat program dilihat telah menaikkan banner-banner dan kain rentang disekitar Sungai Dua dan kawasan Tasek Gelugor memaklumkan bahawa debat diantara YB Lim Guan Eng dan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop akan berlaku pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Ini merupakan satu tindakan yang cukup tidak profesional dan merupakan satu dakyah yang dilakukan oleh pihak Pembangkang dalam mencari kredit politik.Mereka juga dilihat telah menggunakan nama dan gambar YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tanpa persetujuan oleh YB Tan Sri sendiri dan ini merupakan satu usaha memburukkan nama beliau seterusnya memburukkan nama seorang menteri dan kerajaan Malaysia.
Sehingga ke jam 10 pagi tadi banner-banner dan kain rentang masih lagi tidak diturunkan dan ini bermakna mereka jelas tidak menghormati dan bertindak biadap kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.Maka Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor diketuai oleh Sdr Hasbul Hazani Daud yang juga Pegawai Khas Pusat Khidmat Ahli Parlimen bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor Sdr Abdul Rahman Saad serta barisan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan kumpulannya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Dua.
Kepada yang diluar sana inilah sifat dan sikap juak-juak pembangkang yang sebenar bila mana terdapat saja isu-isu yang tidak menguntungkan mereka pastinya debat akan menjadi pilihan semata-mata untuk mengalih tumpuan rakyat kepada isu yang lebih penting.
MMI ucapkan syabas kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerana tidak menerima jemputan tersebut.MMI juga difahamkan oleh Sdr Hasbul Hazani Daud bahawa Lim Guan Eng dan Pembangkang khususnya di Pulau Pinang sebenarnya tertekan dan gagal menunaikan janji yang mereka buat sendiri sewaktu kempen PRU Ke12 yang lalu.Mana mungkin rakyat Pulau Pinang lupa janji Lim Guan Eng untuk menghapuskan tol Sungai Nyior sekiranya pembangkang menang di Pulau Pinang.Sehingga ke hari ini janji hanya tinggal janji.
Guan Eng juga sebenarnya perlu menjawab 23 soalan yang telah diajukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Sdr Ir Shaikh Husin Mydin terlebih dahulu berkenaan ketelusan penjualan tanah Bayan Mutiara di Pulau Pinang.Jika ini pun Guan Eng tak boleh lakukan jangan bicara soal berdebat dengan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerana kita tidak akan melayan manusia berlidah biawak ini.
Kepada semua buatlah penilaian anda sendiri mana lebih penting berdebat dengan manusia berlidah biawak atau bekerja untuk rakyat ?
Kepada Lim Guan Eng dan Pakatan Haprak kalau dah terdesak sekalipun janganlah sampai jadi budak-budak.MMI di maklumkan malam ini program tersebut tetap diteruskan kerana mereka telah pun menyediakan 6 pemidato untuk menghiasi pentas utama mereka malam ini.Bayangkan 6 pemidato dengan barisan pimpinan mereka yang bakal hadir menunjukkan mereka sebenarnya telah pun bersedia dan tahu malam ini program tersebut hanya akan dihadiri oleh juak-juak Pakatan Haprak sahaja.
Jelas Pakatan Haprak hanya mempergunakan nama YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semata-mata untuk mencari kelemahan UMNO dan BN di Tasek Gelugor.Tapi Mikael lupa mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO terlebih dahulu.
Ikrar Pemuda UMNO dan BN Tasek Gelugor kita akan kuburkan siapa saja calon Pakatan Haprak yang bertanding di Tasek Gelugor pada PRU Ke13 nanti.Nak tahu rasanya cuba lah..
Psssttt setakat debat dengan Guan Eng tu bagi MMI ja .. Hehe..
MMI.
Apa pun MMI akan membawa kepada anda kronologi bagaimana bermulanya episod dakyah pembangkang haprak ini.
Pihak Seketariat program GASAK292 ini pada mulanya berarak dari Dewan Besar Sungai Dua ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk menyerahkan surat jemputan tersebut yang bertarikh 1 Februari 2012.MMI dimaklumkan ketika rombongan yang diketuai oleh Syed Mikael ini tiba di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang terletak hanya beberapa ratus meter sahaja dari Dewan Besar Sungai Dua,mereka tanpa memberikan salam terus menyerbu masuk ke ruang pejabat Pusat Khidmat dan menyerahkan surat jemputan tersebut kepada Sdr Hasbul Hazani Daud Pegawai Khas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Kedatangan rombongan ini seperti yang dimaklumkan oleh petugas Pusat Khidmat sungguh tidak profesional dengan serbuan tanpa memberikan salam.Namun Sdr Hasbul Hazani Daud Pegawai Khas Pusat Khidmat Ahli Parlimen tetap menerima surat jemputan yang diserahkan.
Kandungan surat jemputan tersebut telah menyatakan untuk menjemput YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat isu "Malaysia Bankrap Jika Mansuh Tol" bertempat di Dewan Besar Sungai Dua pada tarikh 29 Februari 2012 tanpa menjelaskan masa debat tersebut bakal dilansungkan.Jemputan itu juga menyebut masa selama 7 hari diberikan kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk menjawab samada menerima jemputan tersebut ataupun tidak.tempoh 14 hari lagi diberikan kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk mempersiapkan diri dengan fakta-fakta sekiranya menerima jemputan tersebut.
Bagi pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen melalui Pegawai Khasnya Sdr Hasbul Hazani Daud telah memaklumkan kepada MMI bahawa tidak ada sebarang surat persetujuan dikeluarkan oleh pihak YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk menerima jemputan tersebut sehinggalah tempoh masa 7 hari yang diberikan berakhir.
Ini membuktikan bahawa jemputan tersebut jelas tidak diterima oleh pihak YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan sebagai pihak pengelola program yang telah meletakkan syarat dalam surat jemputan itu sepatutnya telah pun mempunyai jawapan dan mengetahui bahawa YB Tan Sri tidak akan hadir.
Namun apa yang dikesalkan adalah pihak seketariat program dilihat telah menaikkan banner-banner dan kain rentang disekitar Sungai Dua dan kawasan Tasek Gelugor memaklumkan bahawa debat diantara YB Lim Guan Eng dan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop akan berlaku pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Ini merupakan satu tindakan yang cukup tidak profesional dan merupakan satu dakyah yang dilakukan oleh pihak Pembangkang dalam mencari kredit politik.Mereka juga dilihat telah menggunakan nama dan gambar YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tanpa persetujuan oleh YB Tan Sri sendiri dan ini merupakan satu usaha memburukkan nama beliau seterusnya memburukkan nama seorang menteri dan kerajaan Malaysia.
Sehingga ke jam 10 pagi tadi banner-banner dan kain rentang masih lagi tidak diturunkan dan ini bermakna mereka jelas tidak menghormati dan bertindak biadap kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.Maka Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor diketuai oleh Sdr Hasbul Hazani Daud yang juga Pegawai Khas Pusat Khidmat Ahli Parlimen bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor Sdr Abdul Rahman Saad serta barisan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan kumpulannya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Dua.
Laporan Polis ini di buat supaya pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani usaha pihak pembangkang yang jelas telah menggunakan nama dan gambar serta maklumat yang tidak tepat berkaitan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan pihak Pemuda UMNO menganggap ini merupakan satu tindakan yang tidak profesional dan biadap yang perlu dihentikan kerana mereka yakin ianya akan dipergunakan untuk kepentingan politik sempit dan terdesak Pakatan Haprak.