next monday will be my 36weeks of pregnancy. 9 months. another 1 months plus minus to the labour room. hiyarghh!
macam² experience dah rase ok. dari cramp kaki, dari kena siku, dari sakit kepala, dar benci sambal, benci nasik segala, gila gula, berasa gemuk, minum air yang super sweet, semua best sangat! berapa tahun lagi nak merasa semua ni. hmmm.
actually sayang sangat perasaan ditumbuk², disiku² dan ditendang² dalam perut ni. tapi, someday dia harus keluar jugak. tak sabar, gemuruh, nervous semua ada. takut? tak berapa ada, sebab biasanya perasaan takut tu datang bila dah sampai situation yang menakutkan, dan tiba² terpaksa buat atau go through something yang scary. gegegege. cakap besar kejap! HAHAHA.
tapi syukur. baby kat dalam ni tak banyak kerenah. sungguh! dari makan minum, ayah dia tak pernah rasa susah. mama dia je yang rasa susah sebab terpaksa meminta dengan orang nak makan itu, nak makan ini. guguguuuu.
sekarang memang tak berapa nak berselera dalam makan². minum² adalah sangat! hari² mesti nak kena nescafe ais & bahananya dah dapat tadi. urine kotor! haa, padan muka mama dia. tapi alhamdulillah, tak sakit². dugaan kecik je tu. alhamdulillah. pendek kata mengandungkan bayi ini adalah sesuatu nikmat yang takda tolok bandingnya. sebab memang enjoy the wholeeeeee 8months+. tido jangan cakap la. letak kepala je terus nak tido. even merasa jugak siku² dia tapi boleh teruskan tido buat macam takda pape yang berlaku. sampaikan satu pagi, bila kena siku, terus terbawak ke dalam mimpi. mengadu dengan nani baby, yang baby siku² perut mama dia. grrr! mujur tak terjaga pagi² hari. puas sangat tido! jangan nanti dia dah keluar, dia meragam tengah² malam, kacau mama tido. kacau ayah takpe, sebab ayah memang suka kena kacau malam². ngeeee.
nama baby?
astaghfirullahal 'azimmm. dah listdown lameee dah. tapi belum sempat duduk semeja dengan hubby dan bincang nama apa nak letak. tapi kalau tanya mama dia sekarang, satu nama dah ada dah. sebab macam suka pulak sebut, sejuk hati dengar. tapi hubby tak suka. sebab kata dia, bila besar nanti, kat sekolah takut kena perli dengan kawan². isk isk. kite tak kisah dorang nak perli nama anak kite sebab bukan salah dia pun, lagipun nama tu ade maksud ape?? grrr. eh, kalau minat siti, boleh letak nama Siti Nurhaliza tak? Angelina? Megan?? ngeh ngeh.
baby stuff.
almost complete. yang tak complete are :
* almari baby
* bedak baby (small size)
* kelambu (mula² macam taknak sebab konpiden bilik takda nyamuk, tapi mama dia selalu kena baham ngan nyamuk!)
* bottle rack (orang cakap tak penting, tapi bagi kami penting!)
* raga laundry
* itu sahaja.
HAHA just imagine. dalam shopping list ada 15 pending item. baby stuff 5 items je, lagi 10?? tolong jangan tanya. sebab handbag pun termasuk dalam list. (:
tapi gudnews, bakal paksu dah belikan stroller untuk baby & hamper besarrr punya untuk mama. yess!